Showing posts with label KL. Show all posts

BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL

 BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL. selamat menyambut Hari PKPB buat seluruh warga selangor & sabah. Tu dia dah macam ucapan untuk cuti perayaan pulak kan? Padahal PKPB bukan cuti untuk holiday tapi untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 tapi tu la katanya sejak semalam jalan raya sesak sebab ramai mula lari dari kawasan yang bakal di pkpb.

Apa punya turrr... la hangpa ni kan? Tak ikut saranan kerajaan & agama Islam pun ajar kita. Kalau berlakunya sesuatu wabak jangan masuk kekawasan tersebut atau yang dah ada dalam kawasan tersebut jangan keluar. Semua untuk tidak menyebabkan penularan wabak ke serata tempat. Yang hangpa pakat lari keluar selangor pasaipa?!! PKPB bukan kena penjara pun.. cuma di sarankan duduk di rumah jika tiada  hal penting untuk keluar. Cuma tak boleh keluar daerah & negeri sahaja. Allahu depa punya kelam kelibut macam kawasan PKPB tu bakal kiamat pulak.

Tapi kita bersangka baik maybe ada yang tak faham apa itu PKPB. Orang sebut PKPB dia pun sebut PKPB. Orang tanya apa tu PKPB.. dia nganga 360▫️ Sebagai pengenalan kita kena tahu dulu apa itu PKPB.

PKPB adalah singkatan dari Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat. Kalau dah nama perintah kawalan pergerakan tu bermakna pergerakan kita akan di had kan. Bukan suruh lari balik kampung atau keluar dari kawasan PKPB yer.

PKPB ni bukan la kata semua kena kurung diri dalam rumah. Masih ada yang boleh keluar atas urusan tertentu seperti bekerja, keluar membeli barang keperluan etc.. Cuma yang di kawal adalah aktiviti berkaitan majlis sosial atau aktiviti sosial sahaja.

Tapi ada perbezaan PKPB (prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Sabah, dan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.)

Berikut perbezaan yang digariskan pihak berkuasa:

PKPB Sabah

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan
Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN;

Pasar Borang, Pasar harian (6 pagi – 2 petang);

Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6 pagi – 6 petang)

Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6 pagi – 6 petang). Bagaimanapun, terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away;

Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6 pagi – 6 petang);

Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6 pagi – 8 malam);

Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6 pagi hingga 6 petang).

Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam;

Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan; dan
Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

B Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan;

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan;

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup;

Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup;

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan;
Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan;

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Jadi tak tertulis bila PKPB di laksanakan bagi yang tak nak duduk rumah boleh lari keluar dari kawasan PKPB sebelum tarikh bermulanya PKPB yer. Pada yang lari keluar dari kawasan PKPB di doakan anda tidak membawa bersama virus covid keluar. Ambil pengajaran dengan apa yang berlaku sebelum ni. Bila ada yang lebih mementingkan politik.. sanggup redah kawasan wabak lepas tu balik ke tempat habitat masing masing tak kuarantin sehingga menyebabkan statistik kes naik & kita semua perlu melalui sekali lagi gelombang ketiga ni.

Moral of the story.. kita jaga lah diri sendiri. Harap ahli politik jaga kita depa pun bagi kita susah balik. hurmmm

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK. Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah.


Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah ni. Tapi kalau golongan bujang atau pasangan yang masih tak ada anak.. Maybe la malas masak sahur kat luar je senang. Lepas makan tak payah kemas dapur atau cuci pinggan.

Tapi masalahnya.. Kat mana tempat best boleh bersahur pepagi buta macam tu? Alah.. setakat mamak 24 jam jemu la. Nak cari port best sikit la kan bersahur. Baru buka selera nak makan katanya.

Jangan risau kat Malaysia ni banyak port makan. Orang malaysia memang 24 jam cari makan sebab tu banyak restoran & kedai buka 24 jam. Antara tempat best korang boleh jadikan port untuk bersahur adalah kat sini >> Selalu tak sempat nak prepare untuk sahur? No problem, 7 tempat ni kan ada. << Tu dia.. hang nak sahur western food ka, mamak food ka, malay food bagai semua ada. Tiada alasan lagi untuk tidak bersahur.

Moral of the story.. Jangan sahur pukul 7 pagi ok! Pastikan sahur anda sebelum waktu imsak hehehe. Amaran keras, hindari geng beg plastik hitam. Ambil sahur setiap hari sepanjang bulan puasa bagi memastikan anda tidak di serang gastrik. Peace Yo!

PENIAGA KL/SELANGOR TAK PANDAI MASAK LAKSA UTARA

Jangan marah tapi itulah kenyataannya.. Majoriti laksa utara yang di jual di sekitar KL/Selangor ni memang menghampakan tekak original orang utara macam aku. Dah dekat 10 tahun aku tinggal kat sini.. Tak jumpa lagi laksa yang betul2 sedap macam orang utara masak. Majoriti kalau tak terlebih masin, mesti terlebih masam atau kuah terlebih pekat sampai tak nampak kuah nampak isi ikan jer tebal tebal. Sedangkan laksa utara yang sedap semuanya kena seimbang. Ni bukan laksa utara dah rasa macam asam laksa cina kalau terlebih ikan,terlebih asam bagai.

Balik kampung kalau nak makan laksa malas nak masak senang nak cari laksa sedap sedap dengan rasa utara yang original.. Bagi aku negeri2 di kawasan utara jer pandai masak laksa utara. Kedah, perlis,penang & perak utara. Negeri2 lain terutama selangor & KL memang kebanyakkan failed masak laksa utara. Maybe kena tangan orang utara jugak kot buat. Tapi kadang2 tengok peniaga tu kemain loghat utara pekat tapi laksa alahai.. tetap tak menepati standard kesedapan laksa utara yang original. Tu pendapat aku la.. pendapat tekak aku yang merasa. Tak mewakili pendapat orang lain.. So, tak perlu pertikaikan. Taste orang kau nak paksa dah kenapa kan? kalau aku rasa tak sedap takde undang2 boleh mendakwa aku. Tekak aku, aku punya suka la kan.

Orang kulim nak rasa laksa Seafood kawan aku ni boleh la try. Ramai puji sedap
( LOKASI GERAI )
Tmn Tiram Lunas ikut jln simen besebelahan pdg bola..npk khemah merah tu la gerai laksa tumis seafood iejazol
(WAKTU NIAGA)
12 tghri - 7 mlm

Sebab teringin sangat nak makan laksa utara yang sedap lepas balik dari kampung. Nak beli memang susah nak dapat rasa yang macam aku nak even laki aku cakap setakat nak makan sepinggan dua laksa beli je tak payah susah2 masak tetap aku nak masak jugak katanya. Kalau beli confirm aku tak puas hati. Maka masaklah aku di malam hari semalam. Tak banyak pun aku buat... cuma 10 ekor ikan sardin size kecik tu. Aku masak aku makan & tahniah aku berjaya memuaskan selera serakah aku ni... Almaklum la.. air tangan orang utara la katakan.

Ni la hasil bertukang kat dapur semalam..Pinggan tak lawa tapi aku bukan makan pinggan hahahaha

Resepi laksa utara ni mudah jer

Ikan (terpulang korang nak guna ikan apa. Bagi aku ikan kembung & ikan sardin tu sedap)
Cili kering
belacan
Bunga kantan (kalau ada.. takde pun takpe)
Daun kesom (Ni kena adakan jugak)
bawang (aku guna bawang besar & putih)
laksa ( kalau takde tak nama laksa la kan)
Asam keping (2 keping cukup la sebab aku masak sikit je. 10 ekor ikan sardin size kecik)

Cara buat...
Rebus ikan.
Asingkan isi dengan tulang
Blend isi ikan (jangan halus sangat)
Blend tulang ikan tapis ambil air je
Air ikan yang rebus ikan tu pun simpan nak guna jugak
Blend cili kering, sedikit belacan, bawang besar & putih

Masak cili & bawang blend tadi sampai masak (tak masak kang sakit perut pulak)
Dah masak masukkan air rebusan ikan tadi. Tapis takut ada tulang ikan
Lepas tu masuk air tulang ikan yang blend tadi (tapis jugak takut ada tulang)
Masukkan isi ikan yang dah blend.
Masukkan asam keping, daun kesom & bunga kantan kalau ada.
Biar je dia berdikari kat situ atas api.. Jangan lupa masukkan garam jugak.
Korang pi rebus laksa dulu. Kalau beli laksa kering la. sebab laksa kering lama sikit nak rebus. Kalau laksa Instant tu kejab jer

Bahan ulam ulaman dia
Aku guna daun senohom.. (orang Kl panggil apa daun ni tak sure)
Takde daun senohom guna daud salad pun boleh ikut suka la
Bawang mentah
Timun
Telur
Cili padi

Sebenarnya nak buat laksa sotong tapi sotong kering lupa nak pesan laki aku beli. Jadi buat laksa utara tanpa sotong je la hahaha. Alah sotong kering tu masak macam sambal tumis jer makan dengan laksa memang sedap.

Nak buat kuah laksa ni memang mudah cuma kena pandai matchingkan bahan perasa dia.. Paling penting belacan,cili, & asam keping jangan terlebih. Bagi aku kalau terlebih atau terkurang benda tu akan buat rasa kuah laksa jadi hampeh. Isi ikan pun jangan terlampau banyak, jangan terlampau halus masa blend.. Tu pun mempengaruhi rasa. Kuah laksa memang nampak berkuah bukan macam makan isi ikan jer. Tapi jangan cair sangat macam sup.

Tu je la tips & resepi aku boleh share dengan hangpa. Aku bukan la pandai masak sangat tapi boleh la setakat nak kenyangkan tekak sendiri & tekak orang2 di sisi katanya.

20 CAFE BARU HALAL & TIDAK HALAL YANG PERLU ANDA TAHU

Buat kaki kaki makan sekalian entri ni memang untuk korang yang suka bersegmen jalan jalan cari makan. Bukan apa.. kadang2 kita tak tahu yang mana restoran halal & tidak halal.. Ada orang yang jenis semborono jer makan bila ada mention pork free... Tak semua pork free tu halal yer. Haram bukan babi jer.. Banyak perkara lain yang boleh membuatkan jadi haram untuk kita makan.


Jadi untuk memudahkan korang aku nak share 20 cafe baru halal & non halal. Memudahkan kerja korang la.. Takkan tiap kali nak makan nak search kat directori halal JAKIM kan.. Banyak pulak kerja nak buat. Buatnya korang jenis macam aku memang takde mobile internet sebab aku tak suka online bila berjimbaraya di luar. Cukup la aku lenjan Streamyx kat rumah ni.. Kang jadi anti social pulak asyik melekat jer denga gadget. Takut anak pun rasa macam gadget tu anak mak dia bukan dia.. so berpada pada. hehehehe

Ops... terkonar baring pulak. Ok kita berbalik pada 20 cafe baru halal & non halal ni kalau korang nak tahu cafe mana yang tersenarai dalam 20 cafe baru ni meh la rerajin sikit baca kat sini >> 20 Cafe baru Halal & tidak Halal yang perlu anda tahu <<

Kalau dah baca bagus la.. So, jangan ada yang termakan kat cafe tak halal pulak. Info di hujung jari.. Malas dengan rajin je korang untuk cari. Moral of the story... Mencari yang halal itu fardu. Sekian makaseh! Peace Yo!


CADANGAN RESTORAN WESTERN FOOD UNTUK AZWAN ALI

Bang Wan tak payah maki hamun sebab nak survey restoran western food jer... Maybe salah faham bang Wan terhadap restoran Me'nate buat bang wan maybe akan rasa malu seumur hidup untuk jejak kaki ke restoran steak 5 star tu.. Jadi kat sini sebagai peminat prihatin cheq nak suggest la beberapa restoran western food yang maybe kena dengan citarasa & standard bang wan... hehehe


Untuk Azwan Ali & Pada peminat western food yang nak makan steak atau apa2 makanan western korang boleh try kat 9 restorance halal ni. Yang penting halal.. kedua bersih & ketiga sedap. Tak perlu nak sumpah seranah orang bagi sebab nak survey restoran western food jer meh la tengok kat sini >> Restoran 'Western' Halal Yang Anda Mesti Kunjung <<

Tu dia.. penuh keywords Azwan Ali nanti. Jangan maki cheq noh bang wan.. Nanti cheq report Ayahanda Rani kulup. hehehe. Ok bang wan... lepas ni boleh serbu & selfie kat sana. Nasib la kalau tak kena dengan tekak bang wan..hehehehe. Hope cheq tak kena maki hanjing la yer... hehehe

Moral of the story.. Kalau nak makan steak try la 9 restoran yang di cadangkan ni. hhehehe


KEDAI BORONG BANGLA KEREK

Tudia.. rare tak nama kedai ni? Confirm hangpa cari guna gps tak jumpa punya. Aku sorang ja tau kat mana kedai borong bangla kerek ni. Nama pun kemain kerek.. gamaknya barang2 yang dia jual kerek ke tidak?

Sekadar hiasan

Alkisah sabtu lepas saja nak pi beli mainan berilmiah untuk anak aku... Aku ni mana pernah beli mainan anak aku kat tempat memahal.. Tak main la beli kat ToysRus katanya.. tak rare sangat hahahhaa... Aku kalau tak beli kat kedai RM2, kat kedai Mr DIY.. mesti aku beli kat kedai borong bangla kerek ni.. kedai borong ni kat KL.. aku tak sure nama kedai dia apa.. Tapi kat situ pekerja dia semua bangla.. kerek2 belaka.. tapi tu dulu. Sekarang ni aku pergi dah tak berapa kerek sangat dah.... Tapi tetap aku panggil kedai bangla kerek. Sebab asben aku pun kalau nak bagitau aku kedai tu dia pun sebut kedai borong bangla kerek... hahahahaha

Semalam pergi membeli belah sempena nak sambut kedatangan GST tak lama lagi.. beli la 6 jenis mainan anak aku antaranya learning arabic tablet, laptop abc & song & musical instrument box, satu bunga berlampu dengan kipas berlampu dan beberapa barang lain asben aku punya.. semua harga cuma RM51 sahaja. Kalau kat DIY aku tengok musical instrument tu harga boleh tahan sebab harga dia dua angka jugak.. tapi beli kat kedai borong bangla kerek ni tak sampai pun RM10. dalam RM5++ ja... nama pun kedai borong even tak beli borong tetap harga runcit dia murah.

3 dari 6 mainan yang sempat rembat lepas bayar kat kedai bangla kerek. Yang budak lala pegang tu semalam dah kena lemaskan dalam air tapi Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik lepas di keringkan. Ok la tu rega dalm RM5++ je

Kedai tu segala mak nenek ada.. tak tau nak cerita barang dia jual. Kedai borong la katakan.. memang murah sangat. Ramai peniaga memborong kat situ.. kedai dia agak terpencil maybe tak ramai yang tahu.. Tapi aku ni takde skill meniaga barang... aku cuma reti jual ayat jer... Jadi aku selalu pergi beli barang2 keperluan sendiri je la. Nak beli barang dapoq pun banyak.

Orang macam aku ni.. Tak mampu nak shopping kat Ikea apatah lagi makan meatball lepas tu upload kat IG & FB.. jenjalan boleh la katanya. So, memang asben aku terer la kalau bab2 kedai borong ni. Mesti ramai nak tau kedai tu kat mana kan? meh la bodek aku.. kalau aku tergoda dengan bodekkan korang.. Aku akan interview laki aku siap plan ke kedai borong bangla kerek tu sebab aku sendiri pun tak tau nak habaq lokasi dia even banyak kali pergi tapi aku ada penyakit lemah ingat tempat & jalan... hahahaha


MALU JADI ORANG KEDAH, KOLOT, BAHASA KASAR & TAK MODEN

Amboi hang.. lupa daratan ka? Lahir besaq & jadi orang pun kat kedah.. tup tup buleh dok key el terus tak mau ngaku orang kedah. Konon orang key el sangat tu... Balik kedah kena hambat baru hang tau!!

Amboi hangpa.. sa kata aku tulis tajuk entri lagu tu tak menyempat nak semboq dah.. tunggu la sat. Baca dulu apa ceqita dia... Ni aku nak story.. mai la baca lekaih...

Terbaca jugak status yang menjadi Viral seorang awek cun.. erkk.. dua orang kot. Sorang pencetus isu.. sorang lagi tukang komen yang seolah2 menghina atau memperlekehkan negeri & loghat kedah. Amboi.. cheq pun orang kedah tau.. Sampai hati cakap lagu tu kat kedah noh.. ceruk2 kedah pun ramai jugak orang kedah yang berjaya malah ada yang di kenali dunia.. Contoh Tun Mahathir Mohamed. Dia bukan lahir kat kedah besaq kat KL tau... Sampai hujung dunia pun dia bawak loghat kedah tu even dua gadis key el ni katanya loghat kedah memalukan.. teruk & kasaq.


Takpa la sapapun gadis2 itu... Tak perlu cheq sebarkan sapa dia. Kalau teringin sangat nak tau pi la google yer.. Apa cheq nak cakap.. yang hina negeri kedah konon tak maju, tak moden, loghat kedah memalukan, kasar & kolot tu.. maybe dia hanya hidup dalam KL jer.. Tak dak duit nak keluaq dari KL kot sampai dia tak tau setiap negeri dalam Malaysia ni ada loghat daerah dia tersendiri yang kita boleh kenal. Itulah namanya Malaysia... Bukan je pelbagai bangsa malah pelbagai budaya & loghat daerah.

Yang katanya lahir kat kedah tapi besaq kat Key El tu.. malu nak ngaku lahir kat kedah sebab kedah ni tak moden macam Key El.. takpa orang kedah tak kecik hati pun. Tak kesah pun kalau tak sudi jadi orang kedah tapi tak perlu menghina sangat. Nasib baik masa hang lahir ada jugak orang kat kedah tu pandai potong tali pusat kalau dak kesian hang.. Tak tau la jadi apa sampai besaq tali pusat tak potong. Orang paling2 pusat timbul ja.. hang pusat panjang.

Yang kata loghat kedah ni kasaq.. takpa tu pandangan hang. Cheq orang kedah pun tak nafikan bunyi kasaq jugak loghat kedah bagi orang yang cakap kasaq la.. kalau orang tu cakap lemah lembut tetap dengar sopan jugak macam orang key el.. kalau dia cakap kurang ajaq macam hangpa dua orang tulis kat FB tu tetap dengaq kasaq jugak walau dalam slang kl. Sama ja negeri mana2 pun.. Yang dengar kasaq atau tak.. orang yang menyampaikan tu bukan loghaq daerah dia. Loghat tu kalau di lagukan dalam bahasa yang lembut tetap kedengaran lembut.

Ada jugak dia kata.. lebih rela guna slang indonesia dari loghat kedah.. Dik.. jiran sebelah akak ni orang indonesia tapi suka cakap ala2 orang kedah sebab dia tak nak orang tau dia datang dari Indonesia jadi dia pilih loghat kedah supaya kedengaran dia cakap macam orang Malaysia even akak boleh detect sebab akak anak kedah jati kot cuma berhijrah ke bandar ni sejak bertahun tahun dulu. See.. Orang indon pun malu nak cakap indon bila mai dok Malaysia.. hang pulak bangga cakap indon kat Malaysia.

Moral of the story zaman media sosial ni tak payah la nak buat status yang menyentuh sensitiviti negeri atau loghat atau apa2 yang boleh jadi viral. Setiap negeri dalam Malaysia ada keunikkan loghat daerah dia.. Orang pendalaman ke orang bandar ker.. dah takde beza sebab orang membesar kat bandar ada yang tak jadi manusia moden pun. Nak tunjuk contoh tu takut ada yang kecik hati.. hangpa tengok la sendiri yer... Jadi peringatan pada diri sendiri jugak. Hope tak tertulis sesuatu yang boleh jadi kontroversi maha hebat kat alam maya.


12 JAM DARI KULIM KE SUNGAI BULOH SELANGOR

Sepanjang minggu ni kalau banyak entri kisah raya & balik kampung tu biasa la kan.. Yang belum cerita pasal balik kampung & raya tu mungkin masih bercuti lagi. Yang dah habis cuti akan mula la cerita ceriti.

Sang Lekit pun balik kampung jugak raya. Pagi raya tu baru nak gerak balik kampung. Sebelum sampai kulim singgah dulu taiping rumah sedara sebelah bapak mertua. Petang baru sampai kulim. Raya haji ni kalau kat kampung sang lekit di sambut ala kadar saja. Tak macam raya puasa. Tak berapa meriahkaripapusing sangat la. Makanan pun yang ala2.. sekadar ada untuk jamu tetamu. Tetamu pun tak ramai macam raya puasa. Lebih banyak santai2 depan TV dengan family je. Raya kedua tu jenjalan penang dengan family. Tu kisah balik kekampung. Tapi kisah dari kampung pulang kekota pula lain.

Mee Goreng RM8 kat padang kota

Semalam orang mula balik kekotaraya kan. Jam toksah cakap tak cukup roti nak sapu. Kalau ikut highway yang pandai menjahit tu boleh siap jugak la sepasang dua baju kurung.Jadi kami taknak ambil risiko termeroyan dalam jam nanti maka kami ikut jalan alternatif iatu jalan lama bukan jalan mati yer. Kalau jalan mati tak sampai KL la gamaknya. Memandangkan ada budak kecik gigi 4 batang tu memang time2 camtu tak sesuai sangat nak ikut highway. Kang terberak tengah jam.. Jam jugak la orang dalam kereta, walau sepanjang di jalan dia takde pulak berak. Siap singgah kuala kangsar shopping barang plastik. Gedung apa ntah lupa namanya.. murah2 barang dia. Takde la shopping pun. Beli sikit sikit je. Lepas tu singgah makan. Lupa pulak kat mana & nama warung tu tapi yang specialnya warung tu tukang masak & tukang hantar order golongan OKU yang bisu. semuanya adik beradik.. yang tak bisu cuma sorang perempuan (samada kakak @ adik perempuan dorang je) & emak dorang je. Yang empat lagi bisu (3 lelaki & sorang perempuan).(Daku ni banyak benda lupa.. hahahahaha)

Kelam kabut sikit masa tu sebab yang nak masak tu la kena ambil order sebab yang lain2 semua bisu sebelum mak dorang muncul membantu. Ingat nak makan masakan panas ala thai tapi tak dapat sebab tukang masak terpaksa jadi waiters. Memang kelam kabut sampai banyak pelanggan yang masuk ambil keputusan berpaling tadah ke restoren lain. Maybe sebelum warong dorang tak sesibuk semalam kot sampai dorang tak fikir nak ambil sorang yang normal untuk ambil order. Semakin kelam kabut bila duit tukar pun sold out. Sang lekit kesian.. offer tukarkan duit kecik dengan sang lekit. Kebetulan ada.

Tu kisah dalam perjalanan balik.. Tapi yang paling special semalam perjalanan kami langsung tak guna highway & sangat2 advanture bila perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 12 jam berbanding kebiasaannya perjalanan paling cepat 4 jam & paling lambat pun 5 - 6 jam. Pukul 3pagi baru sampai rumah. Lala tak perlu risau sebab dia susah nak meragam.. penat dia main, dia tidur tu je selama lebih kurang 12 jam tu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com