CIRI CIRI BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN KHADAM DALAM RAWATAN
CIRI CIRI BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN KHADAM DALAM RAWATAN. Disebabkan zaman sekarang manusia kembali ke zaman jahiliah di mana kembali mempercayai bomoh2 khurafat yang kadang2 menggunakan nama rawatan Islam walau cara dia merawat tu bercampuk aduk. Dia campur mentera dengan ayat2 Al Quran.Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Jadi penting untuk kita tahu ciri - ciri bomoh yang menggunakan khadam @ Jin supaya anda tidak menggunakan khidmat bomoh2 macam ni. Kadang2 bomoh2 macam ni berani guna title ustaz yang kononnya memberi rawatan alternatif berkonsepkan islamik ni. Jangan ingat tak ada.. Banyak tau.
Antara ciri ciri bomoh yang menggunakan khidmat Jin @ Khadam dalam rawatan dia adalah..
1. Tengok cara dia berpakaian masa menjalankan sesi rawatan. Biasanya bomoh2 yang guna jin sebagai perantaraan ni ada pakaian khas dia pakai contoh macam pakai baju berwarna hitam & melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok berwarna hitam & sebagainya. Cuba bandingkan dengan perawat2 di pusat rawatan islam yang terkenal macam Darussyifa.. Ada ke perawat2 kat situ pakai benda2 macam tu. Biasanya perawat2 kat pusat rawatan islam ni berpakaian sopan & menutup aurat je. Takde uniform khas macam pahlawan zaman dulu kala bagai.
Ada jugak yang berjubah putih atau kuning. Kebiasaanya kuning la. Konon dari keturunan raja. Ada jugak pakai jubah hijau yang kononnya bersahabat dengan jin Islam.
Tapi jangan tak tahu ada jugak berpakaian baju melayu,kain pelikat & bersongkok @ berketayap. Yang ni kadang2 kita tak perasaan sebab pakaian biasa bagi orang melayu Islam.
Ada yang rambut panjang kononnya berketurunan dari jawa sumatera. Yang ni memang boleh nampak mencurigakan sikit.
2. Cara dia merawat atau mengubat pesakit. Kena tengok jugak. Kalau jenis yang menurun sampai lupa diri tu memang nampak lain macam la. Biasanya sebelum menurun ni bomoh ni akan membaca jampi serapah atau mentera2 yang pelik & kadang2 ada jugak yang membaca ayat2 suci Al Quran. Ada jugak yang menggunakan keris atau mengasapkan kemeyan. Lepas tu Jin akan mula merasuk dalam tubuh si Bomoh. Time tu macam2 aksi boleh nampak. Ada yang mengeletar, ada yang berguling guling & macam macam la ketika jin khadam mula masuk ke dalam badan mereka.
Time jin khadam masuk kadang2 suara & raut wajah bomoh akan bertukar. Ada yang nampak tua & berkedut & suara jadi terketar ketar & perlahan bila bercakap sampai kadang2 susah untuk di fahami. Maybe Jin khadam bomoh tu dah tua. Biasanya dia akan pejam mata & tunduk ke bawah. Slang & bahasa pun mengikut dari mana jin tu berasal. Kalau dari indonesia maka slang dia macam indonesia la. Jangan terpedaya sebab biasanya dia akan mula berinteraksi dengan memberi salam & bertanya hajat kita datang mencari dia.
3. Ada jugak yang tak menurun.. Tapi tetap ada Jin khadam. Cuma cara dia lain sikit. Antara cara2 Bomoh yang tak menurun ni guna untuk minta bantuan jin depa semasa rawatan adalah..
3. Ada jugak yang tak menurun.. Tapi tetap ada Jin khadam. Cuma cara dia lain sikit. Antara cara2 Bomoh yang tak menurun ni guna untuk minta bantuan jin depa semasa rawatan adalah..
- Meletakkan air,limau,sintuk atau barang2 lain yang di rasakan perlu ada di hadapannya.
- Ada jugak yang menilik dulu dengan menggunakan limau & menggolek atau membelah kemudian di masukkan ke dalam air & melihat reaksi limau tu samada terbalik atau tertiarap. Ada jugak guna air yang di letakkan dalam mangkuk putih untuk menilik. Ada juga yang guna jarum yang di letakkan di atas air. Jadi kalau korang jumpa perawat rawatan alternatif yang guna cara2 macam ni make sure becareful.
4. Bomoh yang menggunakan kaedah pembedahan batin. Macam mana pembedahan batin ni.. Dia merawat tanpa menggunakan peralatan pembedahan macam pisau, gunting sebagainya. Tapi ada jugak guna pisau cuma tak ada kesan luka yang dapat di lihat oleh pesakit. Tapi pesakit boleh rasa seolah olah sedang di bedah, rasa macam ada kesan darah mengalir tapi tak nampak perkara tu berlaku. Biasanya selepas selesai melakukan pembedahan batin ni, bomoh tu akan menggunakan daun sireh & limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan batin @ ghaib ni.
Tu antara ciri ciri yang anda perlu tahu samada bomoh @ perawat untuk rawatan alternatif tu menggunakan jin khadam atau tidak. Jangan tertipu bila orang tu guna title ustaz bagai.. Bomoh sekarang banyak bomoh cari makan. Yang ada khadam ni kadang2 kita yang tak ada sakit berkaitan sihir atau terkena gangguan makhluk ghaib pun dia boleh adakan untuk buat kita follow up dengan dia. Kat situ la dia boleh menjana pendapatan.
Paling senang nak detect tengok peralatan yang di gunakan oleh perawat tu la.. Selalunya yang guna khadam ni suka guna barang2 lama.. Tak semestinya keris jer. Sebab tu la barang2 lama ni kadang2 ada jin menumpang. Sebab tu jangan suka2 hati terima barang2 yang nampak rare dari orang yang kita tak tahu background dia. Takut dia bagi sekali dengan jin jenuh nak berubat pulak.
Moral of the story.. Memang wujud penyakit yang di sebabkan jin, syaitan & sihir ni. Perubatan moden memang tak mampu merawat penyakit penyakit macam ni cuma cari perawatan yang betul2 menggunakan rawatan Islam & ayat2 suci Al Quran.