Showing posts with label hantaran. Show all posts

BARANG DECO HANTARAN & CENDERAHATI UNTUK MAJLIS KAHWIN DARI SERENDAH RM2

BARANG DECO HANTARAN & CENDERAHATI UNTUK MAJLIS KAHWIN DARI SERENDAH RM2. Kalau perkahwinan orang dulu dulu kebanyakkan semua homemade & handmade. Dari gubahan hantaran sampai la deco pelamin. Semua gotong royong buat. Hantaran pun tak payah tempah.. Ada jer nanti orang kampung yang akan bawa 1 gubahan bagi. Tapi zaman sekarang budaya macam tu semakin dah pupus. Semua kena pengantin atau keluarga pengantin yang sediakan sendiri. Jadi peredaran zaman dah mengubah segalanya maka nak tak nak kita kena ikut jugak la.

Masa aku kahwin memang kedua belah pihak decide tak nak buat apa2 hantaran barang ni. Lagipun masa tak cukup nak prepare semua jadi majlis kami lebih meriah dengan jamuan makan untuk tetamu. Pengantin just biasa2 je la. Tapi masa adik aku kahwin memang dia nak buat semua. Hantaran, goodies bag, gift semua ada la. So dia memang buat semua. Hantaran banyak dia buat sendiri just beli barang barang nak deco jer. Zaman sekarang memang dah senang.. Tak payah nak susah sangat. Semua produk untuk buat gubahan hantaran, gift & cenderahati untuk tetamu masa kahwin banyak di jual. So, nak mengubah pun semakin senang sebab barang2 decoration tu pun dah sedia cantik & unik.

Antara yang biasa kita tengok ada dalam perkahwinan sekarang adalah.. gubahan hantaran, bunga telur, cenderahati untuk tetamu, goodies bag, Walaupun majlis kahwin aku dulu simple tapi tetap ada goodies bag & bunga telur untuk tetamu. Benda2 macam tu sekarang dah memang macam satu kemestian untuk sebuah majlis kahwin walau bukan wajib tapi yelah.. Lain orang lain pendapat dia. Bagi yang berkemampuan nak buat tak salah. Kalau semua nak tempah memang budget untuk semua tu agak banyak tapi kalau nak jimat korang boleh beli sendiri barang2 deco & buat sendiri memang lebih jimat. Macam kotak cincin, paper bag untuk buat goodies bang, barang2 untuk gubahan hantaran.. semua tu boleh di beli dengan harga yang berpatutan & boleh di gubah sendiri untuk jimat kos.

Cuma kena pandai pandai survey la kalau nak dapat yang lebih murah. Kebetulan aku terserempak dengan satu homepage yang jual produk untuk deco2 hantaran, gift, goodies bag bagai macam trend orang sekarang buat. Sebab barang2 macam tu di jual macam macam harga. Ada barang yang sama di jual dengan harga berbeza. Ada murah ada mahal. Sebagai manusia kita memang nak cari yang murah & cantik la kan..

Kebetulan barang2 wedding dia jual dengan harga yang not bad. Ada antaranya yang kat luar harga normally dalam RM5 - RM7 tapi kat homepage tu boleh dapat harga dalam kurang RM2 - RM4 macam tu jer. Agak murah la kalau kita berniat nak memborong dalam jumlah yang banyak untuk jadikan cenderahati untuk tetamu atau barang untuk deco hantaran perkahwinan
Antara barang yang comel tapi murah yang di jual kat homepage tu..

Pink Aluminum Gift Box with Marriage Theme harga dia RM2 je ok!



Bride & Groom Salt & Pepper Shaker Set ni RM3.50



Treasure Chest Box (Second Version) ni pulak harga dia cuma RM4.00


Sebenarnya banyak lagi barang2 deco hantaran atau cenderahati untuk tetamu mahupun barang2 untuk buat goodies bag kat homepage tu. Yang aku tunjuk antara 3 barang yang harga dia memang murah tapi barang dia cantik. Kalau korang rasa nak cuci2 mata atau cari barang untuk majlis kahwin korang boleh la tengok kat sana. Manalah tau kebetulan korang pun memang dok merancangan majlis kahwin kan.

Kita tak boleh cakap semua benda ni tak perlu sebab trend sekarang memang orang nak kahwin akan cari semua benda benda ni. Yang tak buat benda benda macam ni sekarang dah boleh kira dengan jari berbanding yang nak buat majlis ikut trend macam ni. So, bagi mereka yang perlukan semua barang2 ni mungkin perlukan info2 macam ni.

Jadi pada mereka yang tengah dok buat preparation nak adakan majlis kahwin tu tak ada masa nak keluar cari barang2 untuk deco hantaran atau nak buat cenderahati untuk tetamu boleh la layari website tersebut. Mungkin yang anda cari ada di situ.

Sekadar berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan. Almaklum la zaman sekarang orang nak cari info apa2 semua google je kan so sebagai blogger rasanya benda benda macam ni perlu di sebarkan sebab kita sedia maklum setiap bulan setiap tahun ada je orang berkahwin. Bila nak buat persediaan perkahwinan benda benda macam ni memang orang cari, ye dak.

BELAJAR MENGAJI,JADIKAN HADIAH & HANTARAN DENGAN SET QURAN DIGITAL PEN

Takde alasan tak reti mengaji untuk tak baca Al quran. Zaman teknologi ni banyak alatan di cipta untuk memudahkan kita belajar mengaji Al Quran.. Yer betul belajar dengan guru adalah lebih afdal tapi orang kata kalau kat rumah takde guru nak practive boleh la guna teknologi2 terkini yang membantu memudahkan kita. Apa guna teknologi kalau tak mampu memudahkan. Betul tak??

 

Maka hari ni aku nak memperkenalkan produk yang maybe ramai yang dah tahu atau mungkin ada masih belum tahu. Pen Quran Digital. Sesuai untuk semua, membantu anda dan keluarga anda mengaji, bertadarus & ajar anak anak mengaji. dengan Visual & video produk ni mampu menarik minat anak anak kecil untuk belajar mengaji. Senang di gunakan sebab bacaannya jelas & satu persatu. Senang la kita nak ikut. Cara penggunaan jugak senang, sebab terdapat butang2 pelbagai fungsi pada pen digital ni memudahkan anda belajar membaca Al Quran.

 Dan di sertakan bersama Al Quran yang mempunyai fungsi terjemahan, merakam bacaan, cetakkan berwarna, boleh mengawal volume & bacaan di alunkan oleh Qari2 yang di luluskan KDN.


Produk ni di jual secara set. Set yang terdapat Pen Digital Quran:


Semua tu dengan harga yang berpatutan RM199.00. Harga ni adalah harga Promo sempena Ramadhan 2015. Percuma postage & ada free gift jugak kalau anda membeli sekarang.


Ia jugak sesuai untuk di jadikan hadiah,hantaran perkahwinan. Dari korang dok buat hantaran dengan sebijik gitar karan tu adalah lebih baik list kan produk ni sebagai salah satu barangan hantaran. Bukan mahal sangat pun berbanding handbag Bonia.. Ye dak?

kalau berminat nak miliki set Pen quran Digital korang boleh lawati
FB page : Quran Digital Pen
Sms/Whatsapp myq ke 0192172510
Atau boleh menghantar mesej ke :  http://tinyurl.com/lc4nu2a

Pastikan anda berurusan dengan Abang Man sahaja ( 0192172510 ) untuk memastikan anda membuat pembelian yang selamat & tidak berisiko di tipu.

Kalau yang berkemampuan elok la simpan satu set di rumah. Kerana produk ni sangat berguna untuk memastikan kita membawa Al Quran dengan betul. Tak rugi beli, sebab produk yang membawa manafaat & tak mustahil boleh menjana pahala kalau kita gunakan dengan niat yang betul, Insya Allah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com