Showing posts with label hotel di langkawi. Show all posts

BILA LEKATLEKIT JADI PERANCANG PERCUTIAN KELUARGA

BILA LEKATLEKIT JADI PERANCANG PERCUTIAN KELUARGA. Dah lama tak pergi bercuti kemana mana. Tahun lepas tu rasanya holiday balik kampung aku je kat kedah.. Tahun ni dok plan jugak la nak pergi holiday. Semalam dok sembang santai - santai dengan asben tanya kat mana boleh pergi holiday paling bajet. Almaklum la zaman Ah Nang Jib sekarang semua kena jimat.. termasuk nak pergi holiday. Lagipun dari dulu kami suka mengamalkan percutian bajet kalau setakat kami 3 beranak jer..


Bila terlanjur sembang pasal holiday ni.. Sebagai pengamal media sosial.. memang gatai tangan jugak la nak cari tempat - tempat percutian yang bajet. Bajet bukan setakat perjalanan jer tapi kalau nak bajet semua perkara termasuk transport & penginapan. Kalau boleh dapat yang harga bajet tapi selesa & berbaloi la kan.. Biasa la sapa yang nak bayar lebih semua orang kalau boleh nak murah tapi kualiti dia terbaik.

Cuma tu la.. benda2 macam ni kena rajin survey. Gunakan kemudahan hujung jari anda tu. Jangan hanya reti scroll news feed FB, update moment kat wechat & bergosip kat Whatsapp jer.. Ada talian internet manafaatkan kepada perkara yang lebih menguntungkan. Belajar la cari tempat2 percutian menarik.. jugak.

Dalam hati memang rindu nak bercuti jenjalan tempat orang. Setahun dua ni nampak tak berpeluang pergi bercuti jadi tahun ni dah buat planning nak bercuti la. Sebelum - sebelum ni memang pergi holiday mana2 suami yang buat semua. Dari urusan perjalanan, penginapan semua dia yang buat. Rasa tahun ni nak belanja family cinonet aku ni pergi holiday guna duit sendiri. Almaklum la kan.. dah ada lebih sikit income sekarang ni tak salah nak belanja family.

Tengok juga la kat website Traveloka nak cari hotel yang best - best untuk golek golek katanya. Tapi jenis aku & suami kami kalau holiday tak suka duduk kat hotel2 mahal sangat.. Asalkan selesa tapi kalau dapat hotel yang cantik, selesa & lokasi yang strategik dengan harga yang murah memang nak sangat la kan. Gila kau tak suka yang murah tapi berkualiti...

Selama pergi holiday jarang ada planning awal macam ni kecuali kalau dengan Family besar la termasuk mak & adik beradik aku. Kalau 3 beranak kami suka meredah je tanpa planning. Tapi tahun ni memang nak percutian yang terancang sikit.. So planning tu bulan Ogos sebab bulan tu bulan kelahiran aku dengan anak aku.. heheheh. Kira macam celebrate birthday la jugak. Aku nak cari tempat ada laut.. Jadi aku rasa langkawi la kot pilihan terbaik. Sebab last aku pergi masa pregnant kan shahila & shahila merasa pergi langkawi masa usia 5 bulan dalam kandungan selain tu langkawi ada banyak tempat yang shahila boleh explore juga merangsang perkembangan otak dia.. Boleh main laut semua. Jadi aku rasa best jugak la pergi langkawi ni. Lagipun langkawi ni rasa tenang sikit. Traffic pun tak jam..

Try google hotel murah kat langkawi. Rasa macam nak try kat ab motel sebab dekat dengan pantai cenang selain antara penginapan bajet juga. Last aku pergi tak menginap kat ab motel Langkawi tapi duduk kat resort yang area2 situ jugak. Sebab kami cari yang betul2 buka pintu terus nampak laut. ab motel ni dia tak jauh dari pantai cenang jalan kaki jer. So, ok kot ab motel ni kan. Lagipun kat situ banyak kedai2 makan.. kedai souvenir. Takkan nak duduk resort yang sama.. Kita kena cuba jugak yang lain untuk cari pengalaman tu. Yang penting boleh bermalam di langkawi hotels yang selesa jer. Sebab kalau tidur tak selesa nanti ganggu aktiviti percutian di siang hari. So, bila pergi bercuti penting sangat penginapan yang selesa supaya mendapat tidur yang nyenyak. hehehehe

ab motel.. Dulu resort aku duduk kat pantai cenang pun konsep dia lebih kurang macam ni. Dapat bilik yang betul2 tepi laut memang best ok. Malam2 boleh dating dengan asben sambil kejar ketam hahahaha

Tapi macam teringin juga nak rasai pengalaman menginap bergembira di bayviews hotel tahun 2017 ni. Memandang dah 2 tahun kami skip percutian keluarga katanya. Cuma rasa macam under budget pulak. Maybe next time la kot ada rezeki. Sebab sekarang memang nak planning untuk percutian bajet jer.. Yelah.. Tunggu ekonomi dah stabil, income dah berkepuk kepok katanya kita check in kat hotel 5 bintang pulak. hahahaha


Tapi banyak jugak la hotel2 & penginapan yang best2 kat Traveloka ni. Yelah.. selama ni aku jarang ambil tahu sangat benda2 macam ni. Selalu suami aku je.. kerja aku packing barang2.. siap anak & siap diri sendiri jalan je. Kemana orang bawak.. membontot je janji dapat berjalan makan angin je. Sekali sekala jadi travel planning ni macam culture shock pulak. Semua tengok rasa macam murah & best. Tu baru traveloka.. yang lain2 belum survey lagi katanya. Doakan aku masih waras ok. Bukan apa banyak sangat dah aku tengok yang best offer ni.. Risau tak tau pilih yang mana jadi gila pulak. Hahahaha

Tu bab penginapan.. Bab nak cari tempat-tempat untuk dilawati di langkawi pun kena buat list jugak supaya boleh atur masa. Penting juga tu pengurusan masa supaya sepanjang percutian tu di isi dengan macam2 aktiviti & boleh melawat banyak tempat. Ni betul2 planning gila dah ni. Tak pernah di buatnya aku sebelum ni. Bukan apa sejak ada anak & anak dah sekolah ni memang tak boleh dah nak buat percutian tak di rancang ni. Kalau boleh memang taknak cutikan anak aku sekolah semata mata nak pergi holiday. Taknak biasakan diri dia dengan perkara macam tu. Nanti dia anggap boleh ponteng sekolah untuk berseronok pulak kan.

Pintu Masuk Taman Lagenda Langkawi. Aku pernah masuk sekali dulu tapi masa tu baru sangat buka. Tahun 1999 kalau tak silap masa aku masuk Taman Lagenda ni. Mungkin sekarang dah banyak perubahan kot

Jadi antara tempat tempat untuk di lawati kat langkawi, underwaterworld sebab rasa budak shahila suka tempat2 macam ni sambil tengok hidupan laut, makam mahsuri,cable car,dataran lang boleh pergi taman lagenda memang asyik membaca cerita2 di sebalik nama tempat2 di langkawi yang pelik pelik tu, kompleks kraft langkawi.. yang ni untuk para mak mak macam aku cuci2 mata katanya, langkawi wildlife park untuk mendekatkan anak aku mengenali alam semulajadi & haiwan.. target pun untuk anak aku explore kan.. Tu antara senarai pendek yang aku list kan la. Mungkin senarai jadi panjang kalau tempoh percutian di panjangkan hahahaha.

Bila mula planning macam ni masalahnya.. Rasa macam lambat pulak nak sampai bulan Ogos. Bukan apa tak sabar pulak nak pergi bercuti. Hope perancangan ni jadi kenyataan la.. Asyik mengadap blog je sesekali kena jauhkan diri dari pc baru boleh bercuti dari berblog katanya. Aku ni kalau selagi boleh mengadap pc memang susah nak ada istilah cuti berblog kecuali Internet takde je hahahaha.

Moral of the story.. Nak buat apapun dalam hidup memang perlu perancangan awal supaya kita boleh buat persediaan. Apapun perkara kalau buat last minute ni selalunya akan jadi kelam kabut. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com