Showing posts with label hempas. Show all posts

PENGAKUAN WANITA HEMPAS BAYI 7 BULAN SEBAB MARAH SUAMI

Ya Allah masa baca statement seorang wanita ni, berderau darah aku baca tau. Betapa perasaan marah menguasi akal & hati seorang ibu sampai hilang rasa sayang & simpati pada si kecil baru baru berusia 7 bulan tu. Apapun jangan buat spekulasi meh baca dulu apa yang aku nak tulis...


Aku biasa la suka baca post2 artikel berita kat FB. Terbaca satu post Harian Metro Online ni. Sebab rajin aku baca la komen2 kat bawah tu terjumpa satu komen pengakuan berani mati seorang perempuan ni. Niat dia betul la nak orang lain jadikan iktibar tapi aku rasa cara dia tak berapa betul jugak la sebab boleh memudaratkan diri sendiri. Ada yang reply komen dia yang berbaur negatif ada yang bersimpati.


Pengakuan yang dia buat paling orang rasa tak boleh terima adalah pengakuan dia menghempas anak dia masa berumur 7 bulan sebab terlalu geram dengan perangai suami dia. Serius aku baca tak tau nak rasa simpati atau nak rasa marah tapi sememangnya sebagai seorang ibu even macam mana pun tekanan kita hadapi perbuatan macam tu agak kejam. Walau dia mengaku menyesal & menyebabkan anak dia jadi trauma sehingga sekarang.

Yelah.. apa yang jadi dah terjadi. Tak perlu la kita nak salahkan dia cuma kita ambil iktibar supaya kita tak melakukan perkara yang sama. Dan berhati2 dalam berkongsi cerita di laman sosial. Penerimaan orang berbeza takut benda tu membawa kemudaratkan pada kita.

Moral of the story cakap siang pandang pandang.. cakap malam dengar dengar. Peace!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com