PENGAKUAN WANITA HEMPAS BAYI 7 BULAN SEBAB MARAH SUAMI
Aku biasa la suka baca post2 artikel berita kat FB. Terbaca satu post Harian Metro Online ni. Sebab rajin aku baca la komen2 kat bawah tu terjumpa satu komen pengakuan berani mati seorang perempuan ni. Niat dia betul la nak orang lain jadikan iktibar tapi aku rasa cara dia tak berapa betul jugak la sebab boleh memudaratkan diri sendiri. Ada yang reply komen dia yang berbaur negatif ada yang bersimpati.
Pengakuan yang dia buat paling orang rasa tak boleh terima adalah pengakuan dia menghempas anak dia masa berumur 7 bulan sebab terlalu geram dengan perangai suami dia. Serius aku baca tak tau nak rasa simpati atau nak rasa marah tapi sememangnya sebagai seorang ibu even macam mana pun tekanan kita hadapi perbuatan macam tu agak kejam. Walau dia mengaku menyesal & menyebabkan anak dia jadi trauma sehingga sekarang.
Yelah.. apa yang jadi dah terjadi. Tak perlu la kita nak salahkan dia cuma kita ambil iktibar supaya kita tak melakukan perkara yang sama. Dan berhati2 dalam berkongsi cerita di laman sosial. Penerimaan orang berbeza takut benda tu membawa kemudaratkan pada kita.
Moral of the story cakap siang pandang pandang.. cakap malam dengar dengar. Peace!
Kesian budak tu kan..sekarang dah jadi trauma dah..kecian dia
ReplyDeleteTu mcm org hilang akal kot...pffttt
ReplyDeleteAlhamdulillah mujur takde kejadian buruk berlaku kat anak dia.
ReplyDeleteSebenarnya dia pun dapat balasan juga iaitu penyesalan yang tiada kesudahan walaupun dah 4 tahun berlalu. Patutlah ada peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna memang tepat sangat peribahasa tu kena kat dia.
Uish... Hempas anak ke lantai.. Gilosss ni..
ReplyDeletekesian budak tu jadi mangsa..... follow blog ni...
ReplyDeletekesian budak tu jadi mangsa..... follow blog ni...
ReplyDeletememang kesian kat budak tu...maybe maknya lupa yang dia hempas bayinya..dia ingat barang kot..yela akal tak waras bila dalam keadaan marah
ReplyDeleteKita tak berada ditempat dia, kita tak tau macamana keadaan dia ketika itu. Mungkin tekanan yg terlampau, buat dia jadi gitu. Entahlah...
ReplyDeleteIni sudah serius! Dahsyat tu bak kata pepatah, marahkan nyamuk kelambu dibakar! Apa pun yang penting kena ingat, kalau pun hebat pergaduhan lakibini, jangan anak dijadikan taruhan. Kesian kat anak. Kita ni penjaga bukannya pendera :)
ReplyDelete