Showing posts with label cerita lucah. Show all posts

BAHAN LUCAH JADI PILIHAN UNTUK SESUATU TUJUAN

Bila terbaca berita hari ni tentang sekali lagi salah satu masjid di pulau pinang di kejutkan gambar lucah dalam naskah surah yassin macam terjadi tak lama dulu di sebuah masjid di pulau pinang juga. Kalau dulu 9 naskah surah yassin menjadi mangsa golongan yang sengaja nak menghina Islam, kali ni 11 naskah surah yassin di jadikan album gambar lucah pula.

Kalau kanak - kanak terlalu terdedah dengan benda2 lucah, apa akan jadi?? hasil carian google. sekadar hiasan

Terkenang kes yang masih dalam perbicaraan tentang video lucah seorang pemimpin parti politik. Tetap isu lucah di gunakan bagi menjatuhkan pihak lain. Dan isu blogger/blog lucah untuk menaikkan traffic di blog. Buat cerita lucah, maki hamun dengan perkataan lucah, paparkan gambar lucah semata - mata mahu rating & ranking blog naik.

Apakah benda lucah tu saja yang menjadi perhatian masyarakat kita? Sana - sini guna isu lucah untuk menaikkan atau menjatuhkan pihak lain mahupun diri sendiri. Takde pendekatan lain ke nak guna kalaupun nak menaikkan diri sendiri atau takde cara lebih mulia ke nak guna kalaupun nak bersaing dengan pihak lain. Balik - balik bahan lucah juga di guna pakai.

Sampai jadi pelik sang lekit tengok fenomena lucah sekarang. Masing - masing nak guna bahan lucah. Sebab tu budak kecik sekarang pun dah pandai melucah & buat benda - benda lucah. Terlalu terdedah dengan perkara lucah secara umum. Yang menyebarkan isu2 lucah ni tak fikir ke kesannya pada generasi yang sedang membesar ni?? Masing - masing fikir kepentingan sendiri je. Benda - benda lucah ni macam dah jadi perkara biasa sampai iklan tv pun dah tak sensitif lagi pasal ni. Bagi mereka mungkin sesuatu yang berunsur kelucahan mampu menarik perhatian orang ramai.

Kalau tak di bendung tak mustahil masyarakat kita akan di sebelungi kelucahan tanpa sempadan lagi di masa akan datang sebabnya isu lucah sekarang macam tak di anggap satu benda yang memalukan dah.

Ini sekadar pandangan & pendapat peribadi sang lekit saja tentang isu2 semasa yang sang lekit lihat,baca & dengar setiap hari. Tidak berniat untuk menjatuhkan atau mengaibkan mana - mana pihak. Kalau ada yang terasa hati dengan entri ni terlebih dahulu sang lekit minta maaf.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com