Showing posts with label musim sejuk. Show all posts

INILAH MUSIM PENUH DENGAN NIKMAT DUNIA DI KOREA

INILAH MUSIM PENUH DENGAN NIKMAT DUNIA DI KOREA. Sedikit info pasal korea. Korea ni ada 4 musim tau.Ada musim bunga, musim luruh, musim sejuk & musim panas. Tapi kat korea takde musim durian hokay! Sebab tu korea tak special macam Malaysia. Tak tau la akhir zaman ni tetiba korea ada musim durian pulak kan.. Semua tu kuasa Allah.. tapi setakat ni rasanya orang tak jumpa lagi la pokok durian kat korea kan.. Macam mana tetiba nak ada musim durian kat sana. hahahaha


Contoh Musim bunga.. kebiasaanya berlaku akhir bulan mac sehingga awal bulan Mei. Time ni la kalau sapa2 nak menari tarian para para sakura boleh berbuat demikian kat korea sebab musim bunga la.. bunga sakura akan berkembang mekar bagai dara sunti yang sedang elok di pinang. Nama pun musim bunga kan.. tetiba sakura berkembang masa musim sejuk pun pelik jugak. Elok2 ada musim dia.. nak jugak tumpang musim orang. hahahaha...

Tapi ada satu musim katanya sesuai untuk kita melawat korea.. sebab bukan semua musim best kalau pergi korea. Musim ni di katakan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. So boleh la melaram. Tak payah pakai baju tebal atau baju terlalu nipis. Nak berjalan jalan pun rasa best jer. yang kaki selfie pun mesti suka musim ni sebab permandangan dia pun cantik sangat bila tiba musim ni.

Pada musim ni jugak korang boleh jumpa sayur sayuran yang fresh sangat. Musim ni jugak strawberry akan jadi merah & rasa manis sangat. Wah.. celup2 coklat ni confirm balik Malaysia badan lagi besar dari bagasi hahaha. Tapi yang ni paling menitik air liur.. Katanya musim ni la korang boleh makan makanan laut yang fresh.. Bukan seafood jer.. Malah musim ni juga terdapat belangkas yang fresh. Peminat makanan eksotik mesti berjujuran air liur dengar berita ni. Sabar yer...

Tapi mesti korang tertanya tanya.. Musim apakah yang ada semua nikmat dunia tu kat korea. Nak tahu musim apa paling ramai pelancong di korea meh baca kat sini >>  Inilah Musim Paling Sesuai Melawat Korea <<

Jadi pada yang merancang percutian ke korea jangan salah pilih musim yer.. Pastikan musim tu sesuai dengan kita yang beriklim panas ni. Bukan apa kalau pergi pada musim yang sejuk sangat mungkin badan kita kena kejutan budaya sikit terus jatuh sakit dah tak best nak jenjalan. Dah la jauh pergi korea tu.. Bukan tiap2 bulan boleh travel ke sana.. Rugi la kalau pergi tetiba jatuh sakit sebab tak serasi dengan cuaca.

WAJIB TAHU JIKA ANDA KE KOREA PADA MUSIM SEJUK

WAJIB TAHU JIKA ANDA KE KOREA PADA MUSIM SEJUK. Almaklum la kita kat Malaysia ni masa ada musim sejuk bersajli. Musim sejuk kita ada air hujan je la katanya.. Jadi elok siapa siapa yang merancang nak ke korea waktu musim sejuk ambil tahu perkara ni supaya boleh buat persediaan awal sebab katanya musim sejuk kat korea ni akan berlaku sekitar disember hingga febuari. So, kalau korang dah buat plan ke korea dalam bulan tersebut wajib baca entri ni.


Katanya pada musim sejuk dia korea bukan sejuk sikit sikit memang sejuk giler, berangin & kering. Jadi jangan skip baju panas.. kena pakai banyak lapis sikit. Sarung tangan & penutup telinga pun wajib pakai. Jangan anggap benda tu fesyen pulak. Tak pakai pun tak memudaratkan. Wajib pakai, hokay.

Tu antara persediaan asas yang korang mesti buat sebelum pergi ke korea pada musim sejuk. Jangan nanti orang built snow man korang membeku jadi snow man pulak sebab pakaian tak cukup tebal & tak memakai kelengkapan sepatutnya di musim sejuk.

Almaklum la Malaysia ni takde sajli kan.. Bila pergi ke tempat salji mesti la ramai excited nak main salji, sukan ais bagai.. Setiap negara ada permainan ais dia tersendiri.. Kat korea ni ada satu suka ais tradisional yang unik & kelakar. selain tu setiap tahun ada pertandingan memancing dalam ais. Memang menarik sangat. Semua info tu korang boleh baca kat sini >> Sukan ais tradisional orang korea <<

Jadi kalau korang rasa nak mencuba aktiviti musim sejuk korea boleh la try melancong ke korea selatan pada sekitar bulan disember hinggan febuari. Mesti memberi pengalaman baru yang menarik.

ASAL USUL ORANG KOREA YANG KITA TIDAK TAHU

ASAL USUL ORANG KOREA YANG KITA TIDAK TAHU. Orang Malaysia kenal korea kalau tak sebab artis KPOP mesti pasal drama cinta korea. Yelah depa punya retis muka dah di awet dengan plastik katanya. Semua comel2 & licin gebu belaka. Lain la retis malaysia.. Masih ramai yang terpaksa tempek foundation tebal sebab nak tutup lambakkan jerawat. Ok la tu.. At Least original bukan fake, ye dak? Kita tahu pasal orang korea kebanyakkan sebab hiburan tapi tak ramai yang tahu asal usul orang korea ni.


Orang korea merupakan pendatang yang berbahasa Altaik yang berasal dari Siberia selatan tengah yang tinggal di korea purba sejak zaman neolitik & zaman gangsa. Siberia adalah salah satu kawasan yang terletak di Rusia. Kajian polimorfisme menunjukkan dalam kromosim-Y membuktikan bahawa orang korea ada sejarah yang sangat panjang sebagai kelompok etnik yang tersendiri yang lazimnya mereka berkahwin dengan orang2 yang sekaum dengan mereka. Walaupun berkacukan kaum Asia Timur yang lain tapi kebanyakkan orang korea masih menunjukkan fenotaip yang memperlihatkan asal usul Altai mereka. Contohnya seperti berbadan tinggi, batang hidung panjang & tulang pipi yang tinggi & ada bintik mongolia iatu gentik yang menghasilkan tanda lahir berwarna kebiruan pada parasa bawah badan yang tumbuh sehingga usia awal kanak kanak. Nak baca info penuh pasal asal usul korea baca ke kat Wikipedia. hahaha

Apapun sekarang ni orang bukan takat gila dengan retis korea malah orang gila nak pergi jenjalan jugak kat korea.

Moral of the story.. Pentingnya kita tahu tempat yang kita nak lawati tak kira dari segi sejarah,budaya, cara hidup sampailah tempat menarik & kosnya supaya bila sampai kita dah tahu kat mana tempat yang berbaloi kita lawati. Tapi yang best Air Asia pun ada buat promosi tiket berharga serendah dari RM 319. Aku tengok offer kat sini tadi >> Air Asia Promotion <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com