Showing posts with label segmen. Show all posts

BUKAN 100% SALAH STESEN RADIO ERA.FM ISU PRANK MELAMPAU

BUKAN 100% SALAH STESEN RADIO ERA.FM ISU PRANK MELAMPAU. Hari ni asyik lalu isu pasal rancangan prank di era.fm yang di kendalikan dj Dina & tauke jambu. Walaupun aku dah lama tak dengar radio. Kalau dalam kereta pun asyik dengar anak aku je menyanyi so tak perlukan radio lagi.. Zaman aku dengar radio zaman sekolah & remaja dulu ja. Time tu bukan takat dengar siap call lagi stesen radio. Kalau tengah2 malam dengar suara aku kat radio tu tak pelik la. Tahap obses jugak la time tu. Tapi stesen radio dulu dulu rasanya segmen2 depa tak ada yang melampau tapi tetap enjoy kita dengar berbanding radio sekarang. Dah la iklan bersepah.. lepas tu segmen2 pun dah semakin membosankan. Sebab tu aku dah malas dengar radio hahahhahaha


Isu prank yang di buat dua DJ era.fm yang mendapat kritikan hebat nitezen.. Aku tak tau la jalan cerita prank tu sapa yang bagi idea. Tapi mereka prank mengikut maklumat yang di beri si dalang. Si dalang ni memang orang yang mengenali mangsa prank la. Mungkin si dalang la yang mencetuskan idea prank macam tu bukan sesaja dj radio tu nak buat prank. tapi yang kena kutuk tetap la para dj yang mengendalikan rancangan prank tu.


Bagi aku la kan.. Nak salahkan penyampai & stesen radio 100% pun tak boleh jugak walaupun depa pun ada bahagian salah masing2 cuma bukan semua yang berlaku pasal prank tu salah depa. sebabnya punca dari si dalang yang hantar penyertaan prank orang yang dia kenal. Dia yang tak ada perikemanusiaan minta orang prank kawan atau sedara dia sampai macam tu sekali. Sebab prank yang di buat berdasarkan maklumat yang di hantar oleh dalang. Kita pun kalau orang prank macam tu macam seolah2 mempermainkan perasaan kita yang tengah berharap sangat pada sesuatu tu mesti kecewa jugak kan. Kena prank ni tak semua menyeronokkan. Tapi orang yang berjaya prank orang memang seronok.

Tak salah nak bergurau dengan prank cuma berpada pada. Rasanya kena ada garis panduan dah untuk rancangan2 prank macam ni. Bukan apa kalau tak ada guide line nanti melampau lampau pulak depa prank orang semata mata nak dapatkan rating tinggi untuk rancangan depa tu. Prank pun kena ada penapisan jugak agar yang kena prank enjoy & yang mencetuskan idea prank pun happy. Konsep bergurau kedua belah pihak terhibur bukan sebelah pihak gelak & sebelah pihak lagi makan hati, ye dak.

Tu la ragam manusia.. ada hobi prank orang dia tak habis2 cari idea nak prank. Masing2 ada perangai mengikut minat tertentu kan. Itulah kita yang bernama manusia.

Moral of the story.. bersederhana & berpada pada la dalam melakukan apa sahaja sebab kalau keterlaluan benda yang baik pun jadi buruk.

P/S : teringat rancangan prank kat TV dulu prank culik ziana zain. Kalau sakit jantung boleh arwah. Boleh nampak muka ziana zain time tu takut sangat. kena culik kot...

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA. Perkara yang pernah popular satu ketika dulu ingatkan blogger dah ada kesedaran tentang cara salah untuk meraih clik pada banner iklan nuffnang & iklan special 8share rupanya masih ada yang berani buat segmen secara terbuka macam tu untuk membuat penipuan clik (clik fraud) pada iklan. Aku ingat dah pupus budaya menipu clik ni.. Rupanya wujud lagi. Hahaha. Kalau takde masakan ada yang bangkitkan isu ni kan?


Dulu masa 8share mula2 nak naik.. memang ramai yang dengan beraninya buat penipuan clik dengan cara exchange clik. Penuh je rewards dia delete semua link yang dia post minta orang buat exchange clik. Bukan kata blogger picisan yang kurang follower je yang buat, yang ramai follower & agak popular pun tak terkecuali. Semua sebab duit.. Bila orang persoalkan betul ke cara dia berkongsi iklan tu.. Dia cuma jawab entah. Sebenarnya dia pun tau cara tu salah sebab menipu. Kalau dia tak tau mustahil lepas penuh rewards dia delete link2 yang dia share kat media sosial kan. Supaya security 8share tak dapat detect la tu penipuan dia buat. Bila delete takde bukti penipuan. Tapi tak kemana.. akhirnya account depa tetap kena banned. Takpe la depa tak dapat nak jana pendapatan dengan 8share sebab depa blogger yang banyak job2 luar kan. Apalah sangat kena  banned dengan 8share tu. hehehe

Kalau nak cari pendapatan tambahan melalui media sosial.. Buat la cara yang betul. Menipu ni serius mungkin sebelum di tangkap korang boleh jana banyak tapi bila tertangkap.. peluang nak jana pendapatan dah tak ada. Menipu ni untung yang bersifat sementara je. Aku pun pernah jugak tersilap share iklan 8share kat blog tapi bukan lah niat aku nak menipu cuma aku tak tau cara tu tak boleh. So, account aku masih selamat sebab dalam code of honour 8share tak jelas sangat. Sekarang aku pilih berkongsi secara selamat. Rezeki tu dari Allah.. So, usaha je la.

Pada adik2 yang masih buat aktiviti clik fraud dengan segmen clik iklan macam tu rentikanlah.. Serius! tak untung banyak mana pun. Banyak cara nak dapat duit contoh macam kat Instagram ni. Tak perlu nak share iklan atau letak banner kat blog bagai cuma cuba buat ni jer >> Inilah Cara Paling Mudah Untuk Dapat RM1000 Melalui Instagram Tanpa Perlu Share Iklan << Cubalah mana tau rezeki korang kan? Dari dok menipu clik jer.. Buat apa.

Moral of the story.. Takde benda senang nak dapat duit.. Menipu jugak bukan benda mudah nak buat jadi pilihlah jalan selamat. Ia soal rezeki yang kita nak guna mungkin beli buku untuk belajar, makanan untuk isi perut atau keperluan harian yang perlu kita guna. Jadi renung renungkan selamat beramal... peace no war! hehehe

BLOG MENGUNTUNGKAN ATAU MERUGIKAN MASA

Mesti ramai yang bukan blogger nak tahu pasal ni kan sebab persepsi blogger dengan bukan blogger mestilah berbeza, betul tak? Umpama orang yang suka makan sambal belacan & dengan orang yang tak suka.. Mustahil la yang tak suka akan cakap sambal belacan tu sedap. Kalau dia rasa benda tu sedap.. confirm la dia pun suka makan. Bagi mengupas kupis & kopek dengan rakusnya isu ni.. Nak bagitau ini adalah task dari segmen #bloggertalk yang di anjurkan oleh group Sahabat Blogger.


Untung atau Rugi bukan dari berapa sen yang korang dapat dari hasil berblog tapi dari dalam diri korang sendiri bila buat sesuatu. Kalau korang rasa suka, puas & enjoy buat sesuatu takde istilah rugi buat apa yang kita suka. Mungkin bagi orang yang tak suka atau tak minat berblog nampak perkara ni macam buang masa.. Tapi sebagai blogger yang minat membebel dalam blog aku tak rasa apa yang ruginya pun. Sebab aku buat apa yang aku suka. So, masa lapang aku terisi dengan buat sesuatu yang aku sukai. Macam korang hobi memasak ke, mengumpat ke, atau bertandang kat rumah orang.. Korang rasa enjoy mustahil korang rasa benda tu merugikan even orang lain rasa tak berfaedah. Tu sudut dari pandangan sendiri.

Yang jadi rugi kalau.. masa yang patut di gunakan pada perkara yang lebih penting tapi sebab terlalu obses dengan blog semua masa untuk perkara penting di gunakan untuk berblog. Contoh masa bersama family.. Pergi shopping sibuk dengan blog.. pergi holiday sibuk dengan blog.. sampai macam tiada masa untuk family semuanya habis dengan blog. Itu mungkin akan jadi satu kerugian besar dalam hidup. Macam aku berblog bila aku free2 kat rumah jer.. Takde makna pergi holiday bagai nak buat live update. Sebab tu aku tak pernah berniat buat masa ni untuk jadikan blog satu kerjaya (tak tau la masa akan datang tetiba aku jadikan blogger satu kerjaya maybe time anak dah besar atau terpaksa tanggung hidup sendiri & tu je sumber pendapatan aku, siapa tahu akan datang ye dak??) sebab aku tak nak bagi komitmen terlalu besar untuk blog. Duit kadang2 boleh di cari tapi kalau kita terlepas moment2 penting dalam hidup takkan boleh turn back dah.

Kesimpulannya.. apapun kita buat termasuk berblog adalah cara kita handle dia yang memberi hasil untung atau rugi. Kadang2 kita untung dari segi material tapi kita rugi dari sudut lain.. hubungan, perasaan atau kita akan kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Jadi pilih atau buat sesuatu yang memberi keuntungan pada semua perkara dalam hidup. Selamat berblog.


FAKTOR FAKTOR BERGIAT DALAM DUNIA BLOG

Aku kalau segmen2 yang nak korek rahsia kehidupan aku memang aku takkan join la sebab aku ni kadang2 straight to the point sangat. Cakap mengikut topik perbincangan.. tak reti kona baring ke.. kona lentang ke.. atau kona tak lepas simpang. Tapi di sebabkan Segmen Blogger talk yang di anjurkan Sahabat Blogger ni bagi topik dia untuk episod kedua ni tak de kes2 nak korek rahsia dalam hati ke, dalam spender ke atau dalam selimut maka rasa nak join la jugak.


Tajuk dia macam tertulis kat tajuk entri. Sama je takde editing apa2. Faktor yang menyebabkan aku bergiat dalam dunia blog.. of course la sebab aku suka menulis tapi sekarang di transfer kepada menaip yer.. Minat mengomel dalam bentuk cerita ni sebenarnya dari zaman aku sekolah lagi.. Dari tulis diari, lepas tu cipta puisi & cuba try karang cerpen dan seterusnya melantang dalam blog. Biarpun tema penulisan aku berubah ubah tapi aku tetap suka mengarang sesuatu. Bagi aku, bila aku buat mendatang kepuasan. Yelah.. dah suka mesti la rasa best. Ada ke orang buat benda dia suka rasa tak best? Kalau macam tu kena check maybe ada something wrong somewhere. Hobi bukan satu paksaan. So, ini antara hobi aku yang aku sangat enjoy buat.

Faktor lain.. adalah peluang. Berblog ni sebenarnya banyak peluang yang boleh dapat kalau pandai menggunakan blog dengan betul. Salah satu adalah menjana pendapatan tak kira la banyak atau sikit. Macam aku ni blogger tersorok di celah2 yang ramai.. ada la sikit2 yang masuk tiap2 bulan. Boleh la buat menabung kat guardian katanya. hehehehe..

Isi masa lapang kat rumah.. Tu salah satu faktor jugak. Yelah surirumah kan. Dari dok up status 5 minit sekali kat FB tak tentu arah baik manafaatkan di blog.

Menjadikan kita seorang yang sentiasa up to date dengan apa yang berlaku. Yelah.. blogger macam aku ni harus la ambil tahu tentang semua perkara.. dari isu semasa, dunia hiburan, isu viral di laman sosial, isu kemanusiaan di luar & dalam negara. Sebab benda2 tu semua penyumbang cerita dalam blog. So, kita akan lebih banyak tahu perkembangan semasa bila berblog. Takde la macam penduduk hutan amazon yang tak tau pekebenda yang berlaku di luar. Yang dia tahu hidup dalam puak dia jer.. Nampak orang lain sikit terus rasa terancam.

Apa yang penting berblog membuatkan kita sentiasa berfikir. Ini senaman yang baik jugak untuk otak. Asyik dok layan drama korea atau drama adaptasi novel kat tv jer memang boleh tumpul otak. Kita kena jugak buat sesuatu yang membuatkan otak kita sentiasa berjalan. Bila nak tulis blog banyak benda kita akan fikir.. nak tulis cerita apa.. nak tulis tajuk apa.. nak tulis jalan cerita macam mana.. apa yang nak tulis yang boleh tarik orang baca blog kita. Semua tu buat otak kita berfikir. Dari asyik tidur jer bukan setakat otak jadi lembab.. muka pun jadi sembab.

Faktor paling besar antara semua yang aku sebut kat atas kenapa aku bergiat dalam dunia blog adalah aku suka ada orang yang membaca penulisan aku sebab tu kadang2 aku agak gila traffic even aku tak gila glemer yer.. Kalau boleh aku nak satu dunia baca apa aku tulis cuma aku tak mampu je buat camtu jadi aku terima je la berapa orang yang sudi baca. At least ada jugak orang baca dari tulis diari lepas tu mangga sapa pun tak boleh baca. hahahahaha

Cukuplah faktor2 tu menyebabkan  aku bergiat dalam dunia blog. Kang aku tulis banyak faktor macam melampau pulak kan? Langsung ada pulak segmen faktor2 saya meluat nak baca blog apa yang melekat lekit hari ni. hahahaha...

P/S : nak join boleh join group sahabat blogger di Facebook


BLOGGER PENIPU BUAT CONTEST

Ada la terbaca 2 3 hari lepas pasal sorang blogger adik2 ni buat contest kemudian bila ramai yang join, traffic mencanak ke awan biru dia batalkan contest. Contest dia memancing orang dengan hadiah yang lumayan pak... Gadget2 mahal jadi taruhan gitu maka ramailah orang tertarik nak sertai. Manatau rezeki.. Kan??

Sang lekit takde la join.. blog budak tu pun tak pernah clik rasanya cuma tadi terbaca kat blog sorang adik yang buat entri pasal blogger tu. Sapapun akan geram, kan?? susah payah orang buat entri untuk contest tu.. katanya, syarat pun buat boleh tahan juga cerewet tapi tetap ramai yang sudi bersusah payah semata2 berharap dapat menang gadget impian. Alih2 impian hancur berkecai Uolls... Contest di batal sebab apa tak sure pulak.

Dari umur.. memang sangat budak blogger yang anjurkan contest tu dengan menawarkan hadiah berupa..
Samsung Galaxy Note II
Baju peplum
Baju superman
Shawl
Iphone 4s
Keychain
Instax mini hello kitty
Beg moustache

Menurut apa yang sang lekit baca budak tu baru tingkatan 1 Uolls.. Anak jutawan ke hartawan ke kurang periksa la pulak. Yelah dari hadiah dia canang canangkan tu memang gempak gila. Daku yang semekin ni telan air liur je tengok.. jangankan nak buat hadiah contest nak pakai sendiri pun tak mampu gitu. Kesian kan daku.. kekekekeke

Ni kes nak dapat rating blog tinggi, pageviews juta2 lemon & traffic jam sepanjang highway la ni. Maybe dia fikir singkat.. buat trick macam ni lepas tu batalkan contest orang pun diam. Silap la dik Ooi.. siap sedia ko di keji. Kejian tu mampu ko tutup semua account facebook/twitter bagai mahupun blog.

Carian google
Dulu daku pun suka join giveaway contest segmen bagai ni tapi makin warga emas ni makin takde daya pulak nak buat semua tu. Pernah jugak la menang contest tapi hadiah tak dapat sampai sekarang. Sang lekit tak pernah tanya atau tuntut.. sebab bagi sang lekit penganjur tu sendiri kena alert. Kalau ko bagi hadiah topup ko kena makesure ko betul2 bagi topup tu lepas ko dah topup masuk ke enpon orang tu sila la sms ke call ke tanya. Kalau tak seumur hidup la orang cop ko sebagai penganjur auta Bin propa.

Nak buat contest ke giveaway ke segmen ke.. pastikan korang berkemampuan nak laksanakan. Macam segmen bloglist terutamanya.. kalau korang nak buat segmen untuk pacak link blog orang lain dalam blog korang pastikan blog korang tu mampu memberi pulangan traffic kepada blog yang berjaya menempatkan link dorang dalam bloglist korang. Bukan nak hina kalau setakat blog Unique Visitor bawah 200K ni.. tak payah bersegmen bloglist bagai.

Yang buat giveaway @ contest yang menawarkan hadiah tu.. ambil perhatian. Bukan takat korang mampu bagi hadiah je.. korang kena mampu blogwalking setiap contestant untuk korang memilih dengan adil. Memang orang tak nampak apa korang buat & korang boleh seleweng sesuka hati tapi ingat Allah nampak. Sesungguhnya apa yang berlaku dengan keizinanNya juga. Dan ingat setiap perbuatan tu ada balasannya. Tak sekarang.. mungkin esok hari.

Moral of the story.. buat la apa yang korang mampu tak payah sembang besar padahal isi seciput jer. Nak blog di kenali tak semestinya kita kena berdiri dengan contest/giveaway/segmen.. banyak cara sebenarnya. Bagi yang mampu, mungkin cara tu adalah jalan pintas untuk memperkenalkan blog sekaligus menaikkan rating blog tapi bagi yang tak mampu terpaksa guna tangga untuk berjaya. Macam daku ni.. selama 4 Tahun berblog.. blog ni hanya hidup dalam rating yang sederhana jer tapi tuan tanah tetap happy dengan blog dia sampai sekarang.


BLOG NI AKU RASA PATUT POPULAR LAA ..

 Pepagi lagi Ben Ashaari buat segmen. So, pagi ni ada masa terluang harus join.

http://www.benashaari.com/2011/04/segmen-hujung-minggu-blog-ni-aku-rasa.html


5 blog yang korang rasa patut popular dan kenapa blog tu patut popular?

1. Rasa Hati - Penulisan yang mantap & cerita dalam entri yang menarik selain memounyai pendapat/pandangan/teguran yang berguna.

2. Kucing terbiar dot com - Blog ni blog insan yang sangat mulia dimana penulisnya blog ni adalah pencinta haiwan & memperjuangkan nasib - nasib kucing terbiar, kucing kurap & kucing jalanan. Ia harus jadi blog yang paling popular kerana mampu menerapkan kasih sayang sesama makhluk.

3. Kakimotongdot com - Blog ini juga blog cats lover tapi memperjuangkan nasib kucing jalanan yang di kejami oleh manusia juga kucing - kucing jalanan yang memerlukan perhatian & kasih sayang. Ia harus popular kerana memberi pengajaran kepada kita semua bahawa jangan menganiaya sesama makhluk.

4. Hakeemkira - Suka dengan penulisan blog ni yang adakalanya agak sinis pendapat di keluarkan beliau & kadang - kadang santai. Layak untuk popular sebab mempunyai ciri - ciri blog yang tak jemu di baca

5. LekatLekitgurl - Blog sendiri. Blog ni sangat rojak.. Macam - macam kisah ada. Nak merasa gak jadi blog popular. kekekekekeke

apa yang patut dilakukan untuk popularkan sesebuah blog itu ?

Promosi, Selalu update, tingkatkan kualiti dalam penulisan, Pastikan blog kemas tidak terlalu banyak widget yang memberatkan blog, pelbagaikan kisah dalam entri supaya orang tidak jemu membaca.

Pentingkah populariti sesebuah blog dan kenapa ?

Memang penting. Tanpa ada orang membaca apa guna menulis blog. Populariti sebuah blog adalah penentu kejayaan seseorang blogger. Kalau kita buat sesuatu mesti nak berjaya.. takde orang buat untuk gagal, kan??



BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !


Lagi segmen BA. Harus join. Nak join sila clik BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

CERITA KREATIF AKU PASAL BEN ASHAARI


Ben Ashaari Blogger yang tidak asing lagi di Malaysia. Entri yang ringkas, segmen yang membantu blogger memperkenalan blog. Tak perlu di perkenalkan lagi.. Yang bernama blogger tak kira penyokong atau musuh semua kenal beliau. Tidak mudah patah semangat.. Terus berjuang dalam blog dengan identiti tersendiri. Selain berblog beliau suka ber gym menambah ketak2 pada otot.

Setiap perjalanan hidupnya seharian.. apa yang di temui pasti di kongsi dalam blog. Tak kira dimana juga beliau berada, bersamanya tetap blog. Beliau berhak mendapat apa yang beliau kecapi kini kerana komitmennya terhadap blog sangat tinggi. Biar di kecam.. di puji.. Beliau tetap Ben Ashaari. Terus memperjuangkan apa yang di mulakan. Tidak tenggelam dengan pujian juga tidak mati dengan kritikan. Yakin.. dengan keikhlasannya akan membuahkan satu kejayaan bersama. Tidak hanya untuk diri sendiri, malah untuk semua yang menyokong beliau dari dulu, kini & selamanya.

Ben Ashaari.. Mungkin insan biasa seperti kita semua tapi mempunyai daya kreativiti yang luas untuk mengembangkan dunia blog di Malaysia. Mencipta pautan antara blogger.. yang tidak pernah kenal, saling mengenali hasil dari segmen anjuran beliau. Jutaan terima kasih Ben Ashaari.. kerana mu kami saling kunjung mengunjungi walau hanya dalam dunia blog ini.



ingin menjana pendapatan sampingan di blog atau membeli gift yang cantik & murah secara online sila clik banner diatas

Blog Hitam

Kali ni tetiba jer rasa nak join Segmen dari Blog Pilihan Malaysia setelah di ugut dengan tag oleh cik Yana.. Wah ugut tu. Macam kes jenayah lak, kan?? Di sebabkan kami dari keturunan blog yang sama warna.. Maka di kira macam adik beradik la jugak.

kenapa Sang Lekit memilih hitam?? Hitam itu menawan, mutu & keunggulan.. Kekekeke.. Memang kedengaran seperti mencedok dari iklan yang pernah siar kat tv dulu. Ok.. Kenapa Sang Lekit memilih tema hitam kat blog ni.. Hitam tu bagi lekit nampak luas, then senang nak match dengan warna - warna lain (kecuali warna gelap ler.. tapi warna gelap ni tak banyak so warna cerah & ceria lebih banyak pilihan). Dan menyerlahkan header, widget, gadget or apa attachment dalam entri. Dengan memilih warna hitam ni.. Membuatkan blog Sang Lekit lebih nampak kemas, ringkas & menarik. Tu bagi pendapat melekit ku la. Korang rasa macam mana Sang Lekit tak tahu lak.

Segmen ni harus tag 2 blogger atau lebih pun takpe yang mempunyai tema warna yang sama dalam blog. Sapa ekk... Jom kita tengok sapa yang kena??

1. Warkah Seorang Lelaki
2.Tentang Seseorang
3. Rasa Hati

Bagi mereka - mereka yang nak join.. Tak kira blog korang warna apa sekalipun.. Sila Clik : Blog Pilihan Malaysia

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

http://www.benashaari.com/2011/01/header-blog-best.html
Walau agak lewat tetap gitu nak join segmen BA ni.. Segmen ni berkenaan header blog..

Dongak atau scroll balik keatas & tengok header Melekit tu?? Amacam?? Cool tak??Kekekekekekeke
  • Sapa yang buat header tersebut
    Sendiri buat.. Nak upah orang takde duit. kekekekeke
  • Perisian yang digunakan 
    Perisian yang di gunakan cukup simple.. di mulakan dengan meng edit di photoimpression, kemudia di touch up menggunakan picnik.com seterusnya untuk menghasilkan transparent background GIMP di gunakan.
  • Maksud header tersebut
    Santai sambil menunggu kedatangan pelawat.. Ala - ala penyambut tetamu yang malas berdiri gitu
  • Jangkamasa yang diambil buat header itu
    Maybe 2 - 3 jam kot.. Normally itulah masa yang di ambil kalau nak buat header
  • Header blog lain yang anda suka tengok 
     Banyak header yang cantik2 tapi.. kena pilih satu jer la http://shahjiehan.blogspot.com/

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??

http://www.benashaari.com/2011/01/segmen-ben-ashaari-masihkah-kau-ingat.html
Masih ingat.. Buat blog sebab memang minat menulis. 1st time buat blog memang dungu la sampai nak buat new post pun tak tahu tapi takde apa yang mematahkan semangat pun. Terus belajar & belajar. Sepanjang berblog takde apa pun yang datang buat aku putus asa.. Malah segala teguran & nasihat aku ambil dari sudut yang positif. Nak kata susah nak naikkan blog ni memang di akui tapi kunci kesenangan adalah usaha. Kena rajin cari jalan untuk ketengahkan blog. Berpokok pangkal dari kerajinan juga kalau tak.. takkan berjaya. Susah pula nak cerita sebab aku memang tak banyak pengalaman pahit dalam blog ni. Orang pertama komen di blog ni adalah Dakmuo. Blog yang aku follow hari ni adalah blog Angin Lalu

Selesai sudah syarat en BA.

SEGMEN MADAH PUJANGGA


Assalamualaikum pembuka bicara.. Moga apa yang di tutur tidak mendapat cela


Mencari damai yang hilang.. Tiada pepohon tegak merendang.. Tiada sungai berkocak riang.
Makhluk rimba hilang arah, satu persatu dunianya di tarah.. sumber rezeki di terjah.. mereka kian bersepah dan terpisah.

Kejamnya makhluk perkasa.. Lupa akan setiap inci bumi ada penghuninya.. Rindu makhluk rimba akan kedamaian rimbanya.. Rindu sang ikan pada air yang tidak celanya.. Rindu sang burung bernyanyi tanpa derita.. rindu sang unggas bermelodi tanpa duka.. rindu setiap satu makhluk rimba.. hanya rindu pada yang tiada

Memori 2010 Seorang Blogger

Memori 2010 Seorang Blogger

Biarpun blog ni di lahirkan pada Mac 2009 Namun hanya aktif pada tahun 2010 umpama kelahiran semula selepas ianya on & off.. Kadang2 update kadang2 takde.. 2010 pun ia jadi hyperactive dalam bulan October kalau tak silap & entri yang mencecah 100++ dalam sebulan bermula dari bulan November & bermula dari Novemberlah peningkatan jumlah views & follower menampakkan hasil termasuk juga tabung nuffnang.
Sepanjang siku liku perjalanan seorang blogger melekit ni.. Takde banyak sangat la dugaan yang mampu buat aku menyorok bawah katil then menangis teresak - esak. Semuanya berjalan sederhana & takde lopak - lopak sangat. Kira jalannya sentiasa di turap agar lancar tapi tak licin sampai buat aku atau orang lain tersungkur dalam blog melekit ni.
Namun masih juga terpalit sebuah kisah yang amat taik juga la.. Namun takde la parah sangat. Just mendapat warning dari cik Anon (Anonymous) tentang isu dari akhbar kosmo yang aku kopek. Biarpun takde ciri - ciri plagiat kat situ siap bagi kredit lagi kat sumber asal, namun menggigil juga hujung kuku sebab aku pun bukan paham sangat protokol2 berblogging ni. Tapi hati yang gundah gulana akhirnya terjawab oleh blogger dimana memperjelaskan maksud plagiat. Disitulah aku tahu.. Aku tak bersalah, Ok!
Membuat orang lain terasa dengan tidak sengaja.. Itu juga adengan muram yang berlaku sepanjang aku berblogging ni. Hati orang mana sama tahap kekenyalan & kekentalannya. Dalam halus mulus kata2 pun kadang - kadang yang mudah tersentuh akan terasa. Rasa bersalah ada even sekali fikir rasa macam takde lak salah. Just memberi pandangan peribadi jer.. Bukan point mana2 pihak pun. Lalu jiwa nan rakus ni membuat keputusan.. "Biarlah.."
Lain - lain memori di blog ni adalah kawan - kawan blogger yang sudi bertenggek & membaca taipan melekit sekligus mengomen dengan rakus & jayanya. Hari demi hari nampaknya semakin mendapat sambutan yang menghairahkan jugak la. Thanks to all my friends,followers & visitor.
Tu je la kot memori sebuah blog aku sepanjang 2010.

Korang mesti tertanya tanya apakah makna di sebalik coretan melekit ni?? Ia adalah sebuah segmen dari anjuran Dauspozi dot com. << Clik je situ kalau nak join.

Entry Penyertaan Blog List Dauspozi.com

 

sekarang blog list Dauspozi dibuka untuk para blogger, tak kiralah blogger baru ke, blogger lama ke, blogger kaya mahupun blogger miskin. So saya blogger merempat bleh ker join?? Kekekeke.. Mestilah boleh. Mari menjawab soalan yang di beri..
  • Dari manakah korang kenal blog Dauspozi.com?
  • Hasil Blogwalking.. clik punya clik.. then sampai ter clik blog Teruna suci.. semak entri beliau then jumpa segmen ni kemudian clik link rujukan yang di beri seterusnya berkenalanlah saya dengan blog Dauspozi. Tapi tak kenal rapat2 lagi.. Baru jeling - jeling & senyum - senyum jer. :) 
  • Kenapa korang nak join blog list Dauspozi.com?
  • Untuk memeriahkan lagi blog saya sekaligus menambah kenalan di antara blogger. Dan statement yang tak tipu punya adalah untuk meningkatkan jumlah PV & traffic. Semua blogger pun camtu. Tipu la kalau cakap tak, kan?? 
  • Apakah tujuan sebenar korang menulis blog?
  • Tujuan sebenar adalah sebab minat menulis, mengarang, menaip & mahu penulisan saya jadi pembacaan orang lain untuk di nilai demi mempertingkatan mutu & keunggulan saya dalam penulisan blog. Sungguh tak tipu ni. 
  • Siapakah 3 blogger yang menjadi sumber inspirasi korang?
    Blogger yang menjadi sumberi inspirasi saya sebenarnya banyak sebab setiap blogger & setiap entri yang saya baca adalah berbeza setiap hari. Setiap blogger juga adakalanya membuat kupasan yang menarik, dan kadang2 tidak. So, setiap blogger pada setiap hari kualiti penceritaan mereka tidak consistent sangat. Kadang - kadang bagus & menjadi sumber inspirasi saya & kadang - kadang entri yang sekadar lepas batuk di tangga atau lebih senang asal update jer. Tapi atas syarat saya senaraikan juga blogger yang sering menjadi rujukkan & inspirasi saya iatu Ben Ashaari, Rasa Hati & Kucing terbiar dot com.
Okies selesai sudah soalan yang diberi.. Kalau korang rasa berminat nak join segmen ni sila clik : Dauspozi

BLOG YANG KE-33 DALAM 200

No. 33 itu milik saya!!! Wah walaupun lambat buat entry.. selepas 40 minit di post.. tetap di senarai ke-33.. ingat dah di tangga dalam angka ratus.

Mesti korang pelik apa si lekit meroyan pagi2 ni kan??? Tu ha... segmen BA 200 Blog. Blog aku pun terperangkap juga dalam no.33. Apa segmen seterusnya ekk?? Suspen betul en. BA ni kan?? Pada korang yang ada hantar penyertaan untuk segmen 200 Blog BA tu sila check disini.


200 blog

Lagi segmen Ben Ashaari. Syarat mudah jer.. Nak join sila clik 200 Blog

KEPANTASAN MATA BLOGGER


 Okey kena pantas setelah dapat jawapan. Maaf tak pasti lak kena attached sekali ker serpihan header blog yang di cari tapi jawapan mengikut susunan soalan yang di beri dari blog segmen BA juga. Hanya mencuba

1.Hidup Itu Indah
2.http://fiarcacoutura.blogspot.com/
3. Borak kosong.com
4. Erti Kehidupan
5. Ben Ashaari

KEPANTASAN MATA BLOGGER


Sepantas kilat aku buat entri ni nak join segmen BA lagi. Kalau dah taksub sangat kalau BA buat segmen. then dengan cara yang semudah petik jari.. dah siap. Pacak banner, buat entri seperti tajuk kat atas & post then share link kat comment box BA. Siap! Bersedia menyahut cabaran.

KENANGANKU SEBAGAI BLOGGER

  1. Tarikh lahir blog anda .. 
    Blog ini dilahirkan pada 09 March 2009

  2. Punca kelahiran blog anda 
    Untuk mencatatkan setiap aktiviti di radio online.. (masa tu DJ la konon!) Dan selepas tidak aktif berDJ ia cuma menjadi sebagai diari harian

  3. Orang pertama yang jadi follower anda 
    Tak silap saya hanizirfan_hi2 (bukan seorang blogger tak silap just dia add follower by gmail acc)

  4. Entri pertama anda sebagai blogger  
    Entri pertama saya Jom lekat Lekit di Blog Baru Aku, di post pada pukul 6.45 AM

  5. Entri pertama anda yang mendapat banyak komen /hits 
    Entri 1st dapat komen & hits isu Rafiqin Darwin (Budak yang menghina Arwah Din Beramboi) Ada 5 Entri berkaitan dengan isu tersebut dan mendapat views & traffic yang agak tinggi masa tu. Tapi takde komen sangat. Just orang views & baca jer.

  6. Blogger pertama yang anda jumpa ..
    Kak Reen @ PnStoberi masa premier screening Rapunzel hari tu.

  7. Blog yg anda minat .. 
    Salah satu BA la.. Kalau tak minat takde la join segmen ni.

  8. Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger 
    Manisnya pertama kali dapat BE dari nuffnang setelah lama berblog

  9. Ceritakan kenanan pahit anda sebagai seorang blogger 
    Kenangan pahit mendapat warning dari Anonymous pasal artikel dari kosmo yang saya ambil sebagai rujukan untuk entri di blog saya. Entri tu dah di delete kan bagi tidak mengundang kesan buruk kat blog ni.

  10. Impian anda terhadap blog anda .. 
    Semoga setiap catatan & penulisan saya menjadi paparan & pembacaan orang lain. Saya mahu di kenali juga sebagai penulis blog macam BA, Hanis Zalikha & blogger2 yang popular lain. Mahu di kenali dengan hasil penulisan saya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com