BLOGGER PENIPU BUAT CONTEST

3/20/2013 08:59:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Ada la terbaca 2 3 hari lepas pasal sorang blogger adik2 ni buat contest kemudian bila ramai yang join, traffic mencanak ke awan biru dia batalkan contest. Contest dia memancing orang dengan hadiah yang lumayan pak... Gadget2 mahal jadi taruhan gitu maka ramailah orang tertarik nak sertai. Manatau rezeki.. Kan??

Sang lekit takde la join.. blog budak tu pun tak pernah clik rasanya cuma tadi terbaca kat blog sorang adik yang buat entri pasal blogger tu. Sapapun akan geram, kan?? susah payah orang buat entri untuk contest tu.. katanya, syarat pun buat boleh tahan juga cerewet tapi tetap ramai yang sudi bersusah payah semata2 berharap dapat menang gadget impian. Alih2 impian hancur berkecai Uolls... Contest di batal sebab apa tak sure pulak.

Dari umur.. memang sangat budak blogger yang anjurkan contest tu dengan menawarkan hadiah berupa..
Samsung Galaxy Note II
Baju peplum
Baju superman
Shawl
Iphone 4s
Keychain
Instax mini hello kitty
Beg moustache

Menurut apa yang sang lekit baca budak tu baru tingkatan 1 Uolls.. Anak jutawan ke hartawan ke kurang periksa la pulak. Yelah dari hadiah dia canang canangkan tu memang gempak gila. Daku yang semekin ni telan air liur je tengok.. jangankan nak buat hadiah contest nak pakai sendiri pun tak mampu gitu. Kesian kan daku.. kekekekeke

Ni kes nak dapat rating blog tinggi, pageviews juta2 lemon & traffic jam sepanjang highway la ni. Maybe dia fikir singkat.. buat trick macam ni lepas tu batalkan contest orang pun diam. Silap la dik Ooi.. siap sedia ko di keji. Kejian tu mampu ko tutup semua account facebook/twitter bagai mahupun blog.

Carian google
Dulu daku pun suka join giveaway contest segmen bagai ni tapi makin warga emas ni makin takde daya pulak nak buat semua tu. Pernah jugak la menang contest tapi hadiah tak dapat sampai sekarang. Sang lekit tak pernah tanya atau tuntut.. sebab bagi sang lekit penganjur tu sendiri kena alert. Kalau ko bagi hadiah topup ko kena makesure ko betul2 bagi topup tu lepas ko dah topup masuk ke enpon orang tu sila la sms ke call ke tanya. Kalau tak seumur hidup la orang cop ko sebagai penganjur auta Bin propa.

Nak buat contest ke giveaway ke segmen ke.. pastikan korang berkemampuan nak laksanakan. Macam segmen bloglist terutamanya.. kalau korang nak buat segmen untuk pacak link blog orang lain dalam blog korang pastikan blog korang tu mampu memberi pulangan traffic kepada blog yang berjaya menempatkan link dorang dalam bloglist korang. Bukan nak hina kalau setakat blog Unique Visitor bawah 200K ni.. tak payah bersegmen bloglist bagai.

Yang buat giveaway @ contest yang menawarkan hadiah tu.. ambil perhatian. Bukan takat korang mampu bagi hadiah je.. korang kena mampu blogwalking setiap contestant untuk korang memilih dengan adil. Memang orang tak nampak apa korang buat & korang boleh seleweng sesuka hati tapi ingat Allah nampak. Sesungguhnya apa yang berlaku dengan keizinanNya juga. Dan ingat setiap perbuatan tu ada balasannya. Tak sekarang.. mungkin esok hari.

Moral of the story.. buat la apa yang korang mampu tak payah sembang besar padahal isi seciput jer. Nak blog di kenali tak semestinya kita kena berdiri dengan contest/giveaway/segmen.. banyak cara sebenarnya. Bagi yang mampu, mungkin cara tu adalah jalan pintas untuk memperkenalkan blog sekaligus menaikkan rating blog tapi bagi yang tak mampu terpaksa guna tangga untuk berjaya. Macam daku ni.. selama 4 Tahun berblog.. blog ni hanya hidup dalam rating yang sederhana jer tapi tuan tanah tetap happy dengan blog dia sampai sekarang.

15 comments:

  1. ish berani bebenor budak tu.. sesuka hati je menipu org..

    ReplyDelete
  2. nak komen nak komen he3...owh sy pun dh jrg nk join apatah lg kalau segmen yg kena tag-mengetag aduhai bkn semua blogger free nk join,dh lah tu kena klik link itu link ini link sana lagi seakan-akan paksa utk 'like' n follow huhu..

    mmg ada bc n3 kwn yg join bdk form 1 tu buat alahai...bdk2 pun dh kreatif nk menipu ye.ptt benda ni dijadikan pgjaran utk bdk tu..sesuka hati ribena dia je.

    #ops...wah dh 4 thn?maknanya dh 3 thn lbh usia blog saya..(segan ngehh)..dan dah 3 thn lbh ler sy follow blog ni taraaa..... ^^ )

    ReplyDelete
  3. Satu lg entry pasal si blogger penipu chaiyok2

    ReplyDelete
  4. nak baca entry budak tu.. xbaik buat orang kan

    ReplyDelete
  5. seb baik akak x minat kontest2 ni..

    ReplyDelete
  6. dh cuba buka blog adik tu.. dah tutup. harap maklum

    ReplyDelete
  7. hoho.. dasaat... mcm2 jenis penipuan skrg

    ReplyDelete
  8. kalo budak2 mmg x heran la buat pangai gtu, dia x pk pnjg..asalkan trefic tinggi..dia nak merasai org rmi masuk blog dia.hehe..skali rmi plak yg join, tuh dia gelabah..mesti dia bajet x rmi yg join kot..hehe..

    ReplyDelete
  9. SAMA.. NANA PUN KENA JUGA.. HADIAH SAMPAI SEKARANG X DAPAT.. ENTAH PAPE JA..

    ReplyDelete
  10. nasib baik lah tak minat nak join contest pasal tau tak memang. isyy.macam macam cara kan orang nak naikkan blog traffic ni

    ReplyDelete
  11. Salam abby..
    Huhu.. reuk la perangai klu betui2 kejadian..seian kat depa yg dah join.. haihhh..


    hahaha.. saya sayang blog saya... lama jgk x menjoin Ga bagai ni.. mintak mood..mintak mood... :p

    ReplyDelete
  12. fuhhhhhhhh..berani betol budak tu menipu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com