FAKTOR FAKTOR BERGIAT DALAM DUNIA BLOG
Tajuk dia macam tertulis kat tajuk entri. Sama je takde editing apa2. Faktor yang menyebabkan aku bergiat dalam dunia blog.. of course la sebab aku suka menulis tapi sekarang di transfer kepada menaip yer.. Minat mengomel dalam bentuk cerita ni sebenarnya dari zaman aku sekolah lagi.. Dari tulis diari, lepas tu cipta puisi & cuba try karang cerpen dan seterusnya melantang dalam blog. Biarpun tema penulisan aku berubah ubah tapi aku tetap suka mengarang sesuatu. Bagi aku, bila aku buat mendatang kepuasan. Yelah.. dah suka mesti la rasa best. Ada ke orang buat benda dia suka rasa tak best? Kalau macam tu kena check maybe ada something wrong somewhere. Hobi bukan satu paksaan. So, ini antara hobi aku yang aku sangat enjoy buat.
Faktor lain.. adalah peluang. Berblog ni sebenarnya banyak peluang yang boleh dapat kalau pandai menggunakan blog dengan betul. Salah satu adalah menjana pendapatan tak kira la banyak atau sikit. Macam aku ni blogger tersorok di celah2 yang ramai.. ada la sikit2 yang masuk tiap2 bulan. Boleh la buat menabung kat guardian katanya. hehehehe..
Isi masa lapang kat rumah.. Tu salah satu faktor jugak. Yelah surirumah kan. Dari dok up status 5 minit sekali kat FB tak tentu arah baik manafaatkan di blog.
Menjadikan kita seorang yang sentiasa up to date dengan apa yang berlaku. Yelah.. blogger macam aku ni harus la ambil tahu tentang semua perkara.. dari isu semasa, dunia hiburan, isu viral di laman sosial, isu kemanusiaan di luar & dalam negara. Sebab benda2 tu semua penyumbang cerita dalam blog. So, kita akan lebih banyak tahu perkembangan semasa bila berblog. Takde la macam penduduk hutan amazon yang tak tau pekebenda yang berlaku di luar. Yang dia tahu hidup dalam puak dia jer.. Nampak orang lain sikit terus rasa terancam.
Apa yang penting berblog membuatkan kita sentiasa berfikir. Ini senaman yang baik jugak untuk otak. Asyik dok layan drama korea atau drama adaptasi novel kat tv jer memang boleh tumpul otak. Kita kena jugak buat sesuatu yang membuatkan otak kita sentiasa berjalan. Bila nak tulis blog banyak benda kita akan fikir.. nak tulis cerita apa.. nak tulis tajuk apa.. nak tulis jalan cerita macam mana.. apa yang nak tulis yang boleh tarik orang baca blog kita. Semua tu buat otak kita berfikir. Dari asyik tidur jer bukan setakat otak jadi lembab.. muka pun jadi sembab.
Faktor paling besar antara semua yang aku sebut kat atas kenapa aku bergiat dalam dunia blog adalah aku suka ada orang yang membaca penulisan aku sebab tu kadang2 aku agak gila traffic even aku tak gila glemer yer.. Kalau boleh aku nak satu dunia baca apa aku tulis cuma aku tak mampu je buat camtu jadi aku terima je la berapa orang yang sudi baca. At least ada jugak orang baca dari tulis diari lepas tu mangga sapa pun tak boleh baca. hahahahaha
Cukuplah faktor2 tu menyebabkan aku bergiat dalam dunia blog. Kang aku tulis banyak faktor macam melampau pulak kan? Langsung ada pulak segmen faktor2 saya meluat nak baca blog apa yang melekat lekit hari ni. hahahaha...
P/S : nak join boleh join group sahabat blogger di Facebook
setuj.. menulis blog buatkan kita byk berfikir... matang, dan percambahan ilmu dan pendapat..
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDelete#nice...memang best...sape suka menulis memang tahu sangat kepuasan menulis a.k.a menaip ni kannnnnnnn....
bagi saya, blog tempat meluah rasa. hihi.. dan berkongsi ilmu yang ada.. insyallah
ReplyDeleteOkey, samalah kita. Akak pun suka menulis/menaip sejak dulu lagi. Sebelum zaman teknologi canggih, siap tulis novel atas kertas untuk bacaan sendiri. Kalau hantar kat penerbit mahu dah glamor akak ni jadi penulis yang novelnya diadaptasi ke drama bersiri nak muntah orang menghadapnya!
ReplyDeleteSetakat ni akak menang tak cari income through blogging sebab bab bisnes ni memang karat sikit otak, tak reti nak cari lubang duit. Nak perabih lubang duit yang secoet tu bijaksanalah!
Akk suka msk blog sis sbb penulisan sis la..syiok baca..tahniah sis!!
ReplyDeleteSel-sel otak akan bergabung la ek? Ahaha
ReplyDeleteYeah... Betul tu.. Sampai cair otak ni memikirkan entri apa nak tulis.. Heheheh.
ReplyDeleteHEHEHEHE. seronok bila dapat idea. xde idea rasa nak marah haha
ReplyDeleteSetuju point yang buat kita berfikir tu. Kadang2 kalau nak buat advertorial post, mau pening nak pikir ayat client suka. Hahaha
ReplyDelete