Memori 2010 Seorang Blogger

12/30/2010 08:32:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Memori 2010 Seorang Blogger

Biarpun blog ni di lahirkan pada Mac 2009 Namun hanya aktif pada tahun 2010 umpama kelahiran semula selepas ianya on & off.. Kadang2 update kadang2 takde.. 2010 pun ia jadi hyperactive dalam bulan October kalau tak silap & entri yang mencecah 100++ dalam sebulan bermula dari bulan November & bermula dari Novemberlah peningkatan jumlah views & follower menampakkan hasil termasuk juga tabung nuffnang.
Sepanjang siku liku perjalanan seorang blogger melekit ni.. Takde banyak sangat la dugaan yang mampu buat aku menyorok bawah katil then menangis teresak - esak. Semuanya berjalan sederhana & takde lopak - lopak sangat. Kira jalannya sentiasa di turap agar lancar tapi tak licin sampai buat aku atau orang lain tersungkur dalam blog melekit ni.
Namun masih juga terpalit sebuah kisah yang amat taik juga la.. Namun takde la parah sangat. Just mendapat warning dari cik Anon (Anonymous) tentang isu dari akhbar kosmo yang aku kopek. Biarpun takde ciri - ciri plagiat kat situ siap bagi kredit lagi kat sumber asal, namun menggigil juga hujung kuku sebab aku pun bukan paham sangat protokol2 berblogging ni. Tapi hati yang gundah gulana akhirnya terjawab oleh blogger dimana memperjelaskan maksud plagiat. Disitulah aku tahu.. Aku tak bersalah, Ok!
Membuat orang lain terasa dengan tidak sengaja.. Itu juga adengan muram yang berlaku sepanjang aku berblogging ni. Hati orang mana sama tahap kekenyalan & kekentalannya. Dalam halus mulus kata2 pun kadang - kadang yang mudah tersentuh akan terasa. Rasa bersalah ada even sekali fikir rasa macam takde lak salah. Just memberi pandangan peribadi jer.. Bukan point mana2 pihak pun. Lalu jiwa nan rakus ni membuat keputusan.. "Biarlah.."
Lain - lain memori di blog ni adalah kawan - kawan blogger yang sudi bertenggek & membaca taipan melekit sekligus mengomen dengan rakus & jayanya. Hari demi hari nampaknya semakin mendapat sambutan yang menghairahkan jugak la. Thanks to all my friends,followers & visitor.
Tu je la kot memori sebuah blog aku sepanjang 2010.

Korang mesti tertanya tanya apakah makna di sebalik coretan melekit ni?? Ia adalah sebuah segmen dari anjuran Dauspozi dot com. << Clik je situ kalau nak join.

5 comments:

  1. teruskan berblog !!! idop lekat lekit girl yeeaaayyyyy

    ReplyDelete
  2. Owh..buat n3 utk segmen rupanye...Ptt bhasa agak tersusun giler jeee.. :)

    ReplyDelete
  3. wah... nice entry... anyway.. jom join GA blog yad'z pulak... jom2..^^

    ReplyDelete
  4. Sama la kita start ective berblog bulan sepuluh aritu. hihi

    Latest Entri :
    Azam Tahun 2011

    ReplyDelete
  5. teringat dulu masa mula2 nak naik..perghh mmg susah gle kot..tapi ape yg kite dapat skang berbaloi dan setimpal dgn apa yg kite dh lakukan.. :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com