BUKAN 100% SALAH STESEN RADIO ERA.FM ISU PRANK MELAMPAU

5/19/2016 09:44:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

BUKAN 100% SALAH STESEN RADIO ERA.FM ISU PRANK MELAMPAU. Hari ni asyik lalu isu pasal rancangan prank di era.fm yang di kendalikan dj Dina & tauke jambu. Walaupun aku dah lama tak dengar radio. Kalau dalam kereta pun asyik dengar anak aku je menyanyi so tak perlukan radio lagi.. Zaman aku dengar radio zaman sekolah & remaja dulu ja. Time tu bukan takat dengar siap call lagi stesen radio. Kalau tengah2 malam dengar suara aku kat radio tu tak pelik la. Tahap obses jugak la time tu. Tapi stesen radio dulu dulu rasanya segmen2 depa tak ada yang melampau tapi tetap enjoy kita dengar berbanding radio sekarang. Dah la iklan bersepah.. lepas tu segmen2 pun dah semakin membosankan. Sebab tu aku dah malas dengar radio hahahhahaha


Isu prank yang di buat dua DJ era.fm yang mendapat kritikan hebat nitezen.. Aku tak tau la jalan cerita prank tu sapa yang bagi idea. Tapi mereka prank mengikut maklumat yang di beri si dalang. Si dalang ni memang orang yang mengenali mangsa prank la. Mungkin si dalang la yang mencetuskan idea prank macam tu bukan sesaja dj radio tu nak buat prank. tapi yang kena kutuk tetap la para dj yang mengendalikan rancangan prank tu.


Bagi aku la kan.. Nak salahkan penyampai & stesen radio 100% pun tak boleh jugak walaupun depa pun ada bahagian salah masing2 cuma bukan semua yang berlaku pasal prank tu salah depa. sebabnya punca dari si dalang yang hantar penyertaan prank orang yang dia kenal. Dia yang tak ada perikemanusiaan minta orang prank kawan atau sedara dia sampai macam tu sekali. Sebab prank yang di buat berdasarkan maklumat yang di hantar oleh dalang. Kita pun kalau orang prank macam tu macam seolah2 mempermainkan perasaan kita yang tengah berharap sangat pada sesuatu tu mesti kecewa jugak kan. Kena prank ni tak semua menyeronokkan. Tapi orang yang berjaya prank orang memang seronok.

Tak salah nak bergurau dengan prank cuma berpada pada. Rasanya kena ada garis panduan dah untuk rancangan2 prank macam ni. Bukan apa kalau tak ada guide line nanti melampau lampau pulak depa prank orang semata mata nak dapatkan rating tinggi untuk rancangan depa tu. Prank pun kena ada penapisan jugak agar yang kena prank enjoy & yang mencetuskan idea prank pun happy. Konsep bergurau kedua belah pihak terhibur bukan sebelah pihak gelak & sebelah pihak lagi makan hati, ye dak.

Tu la ragam manusia.. ada hobi prank orang dia tak habis2 cari idea nak prank. Masing2 ada perangai mengikut minat tertentu kan. Itulah kita yang bernama manusia.

Moral of the story.. bersederhana & berpada pada la dalam melakukan apa sahaja sebab kalau keterlaluan benda yang baik pun jadi buruk.

P/S : teringat rancangan prank kat TV dulu prank culik ziana zain. Kalau sakit jantung boleh arwah. Boleh nampak muka ziana zain time tu takut sangat. kena culik kot...

3 comments:

  1. Yang baru ni viral prank suami isteri sampai suami dia ni lempang ingat isteri dia menggatal dengan lelaki lain..

    ReplyDelete
  2. teruklah program camni. mmg bukan salah stesen radio jugak, tapi masih salah juga pada stesen. kawan tu pun lagilah salah

    ReplyDelete
  3. Oh, ya! Akak tengok yang prank kenakan Ziana Zain tu dulu!

    Yalah, si kawan yang suruh pihak radio prank tu patut dipersalahkan. Tapi dia pun beri maklumat penting aje, idea tentulah datang dari kedua DJ ni macamana nak prank kasi menjadi. Tapi berpadalahkan. Kalau sampai orang yang kena prank tu makan hati, tak ke kesian!

    Akak kalau dengar radio sekarang memang sakit tangan ni. Kejap-kejap akak tukar channel sebab tak tahanlah asyik iklan aje. Membebel pun banyak! Walaupun akak suka membebel tapi bebelan kat radio ni rasa lain macam pulak!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com