Showing posts with label di kutuk. Show all posts

BILA PENERBIT FILEM SAMPAH RASA LEBIH HEBAT DARI P.RAMLEE

BILA PENERBIT FILEM SAMPAH RASA LEBIH HEBAT DARI P.RAMLEE. Sampai bila2 selagi dia terus menerbitkan filem asal siap.. asal boleh jual sebab guna pelaris retis lawa, hensem, kontroversi padahal filem dia memang tak layak di tayangkan layar perak aku akan terus labelkan filem dia filem2 sampah yang mengotorkan industri perfileman malaysia. Seorang businessman yang terjun ke bidang penerbitan filem semata mata untuk cari untung memang sampai bila2 takkan faham & takkan reti apa itu seni. Yang dia tau asal boleh jual. Buat la apa saja asal filem tu boleh jual.. Itu bagi dia dah cukup untuk buat dia berjaya. Sebab tu dia tak kisah menerbitkan lambakkan filem2 sampah sebab bagi dia bukan kualiti karya seni tu tapi perniagaan.


Kita memang tak ada hak nak halang dia nak berniaga apa termasuk la meniaga filem yang hanya gah pada kuantiti tapi miskin pada kualiti.. Sebab dia ada duit. Tapi bila dia membandingkan diri dia dengan seorang anak seni sejati di mana karyanya sehingga kini menjadi kebanggaan & masih di minati setiap generasi memang dia sengaja minta kena kecam la. Siapa kau wahai apek nak kata 'Jangan jadi seperti P.Ramlee yang miskin." Yer.. dia mungkin miskin dari segi harta. Tak mampu jadi jutawan macam kau semasa hayatnya. Dah la tak kaya di aniaya pulak dengan manusia2 yang tak ada perikemanusiaan. Sehingga akhir hayat dia terpaksa menanggung kesusahan akibat di aniaya oleh manusia durjana.

Komen seorang pengarah filem melayu berkenaan isu seorang apek yang rasa dia lebih hebat dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Kerana dia miskin semasa hayatnya bukan bermakna kau boleh rasa kau lebih hebat dari dia wahai apek. Kalau di bandingkan dengan P.Ramlee.. P.Ramlee jauh beribu batu lebih hebat dari kau. Setakat kau buat filem sampah setahun penuh panggung dengan cerita bodoh yang orang rasa nak bakar panggung tu.. Baik kau duduk diam diam buat kerja kau sudah. Buat je la filem bodoh tu sampai kau mati. Lepas kau mati.. nescaya filem2 kau terbitkan tu pun akan mati bersama kau. Sebab filem2 kau tu semua filem sampah yang orang takkan ada hati nak tengok lebih dari sekali apatah lagi nak kenang sebagai satu karya seni yang hebat.

Ni statement apek tu yang buat dia kena kecam. Mentaliti orang meniaga memang macam tu. Buat apa target dia adalah mesti jadi kaya & dapat untung banyak. Berlakon macam kayu Tapi gah dengan kontroversi & publisiti murahan pun takpe asal ada nama & orang kenal dah boleh buat duit.

P.Ramlee Sampai bila bila pun nama dia meniti di bibir peminat filem melayu. Tak tau la akan lahir pelakon, pengarah, penyanyi sehebat P.Ramlee di masa akan datang tapi sampai sekarang memang tiada siapa mampu menandingi kehebatan P.Ramlee. Cara P.Ramlee mengangkat filem melayu keperingkat yang lebih tinggi patut di jadikan inspirasi & motivasi kepada semua pembikin filem. Filem melayu sekarang cuma mampu jual kat panggung tempatan jer.. Satu dua jer boleh lepas sikit kat pasaran luar. Kalau filem Apek tu jangan harap la.. Nak tayang kat indonesia pun tak lepas jangan berangan la nak pergi jauh dari tu.

Pengarah & retis yang bawah produksi apek yang rasa dia lagi hebat dari P.Ramlee tu jangankan nak buat filem yang boleh menjadi kebanggaan Negara nak buat iklan macam ni pun belum mampu >> 10 Iklan Raya Yang Sangat Menyentuh Hati & emosi << Jadi jangan nak dabik dada sangat la. Seni bukan semata mata duit tapi seni adalah sesuatu yang boleh sampai ke hati orang yang menonton.

Kesimpulannya.. Memang Apek tu banyak menaikkan nama2 retis melayu walaupun ada yang berlakon macam kayu. Memberi peluang artis melayu menjana pendapatan tapi tak bermakna dia lebih hebat dari P.Ramlee. Dia guna muka2 cantik, hensem & ada kontroversi untuk di ketengahkan dalam filem dia bukan semata mata nak tolong retis tu kalau benda tu tak memberi pulangan pada dia balik. Orang meniaga ni tetap la 'Untung' menjadi target dia.

P/S : Untuk mengangkat Industri Seni Hiburan Tempatan Ke peringkat Tertinggi Memang Perlukan Duit Tapi Dengan Duit Sahaja Belum Tentu Mampu Menghasilkan Karya Seni Yang Hebat.

AMRAN FANS MENGELABAH BILA DI KECAM ISU GADIS & CANGKUL

AMRAN FANS MENGELABAH BILA DI KECAM ISU GADIS & CANGKUL. Bukan senang nak tengok kaki troll & viral orang ni mengelabah bila dia mendapat kecaman hebat dari berbagai lapisan masyarakat bila tersilap melawak pasal isu kes gadis yang di rogol kemudian di rodok kemaluannya menggunakan batang cangkul hingga menyebabkan beberapa organ dalaman dia pecah & kemudian meninggal dunia.


Isu tu sangat sensitif. ia melibatkan kekejaman terhadap kaum perempuan nak2 lagi gadis di bawah umur. Walaupun berlaku di negara jiran memang seluruh dunia rasa terkesan dengan jenayah kejam macam tu. Nak2 kaum wanita la kan.. Yang ada ank gadis memang benda ni memberi kesan trauma & fobia jugak mengenangkan dunia sekarang penuh dengan manusia yang dah tak ada perikemanusiaan.

Aku antara orang yang suka layan jugak la lawak lawak Amran Fans tapi tak bermakna aku bersetuju dengan semua perkara yang dia cuba Troll & buat lawak. Kalau aku rasa melampau selalu aku direct komen tak setuju je kat post dia. Kalau aku rasa setuju dengan pendapat dia.. Aku cakap setuju. Aku sangat simple sebab prinsip aku memang takkan taksub dengan mana2 manusia bergelar public figure atau orang2 terkenal di media sosial. kau ada follower juta2 pun aku tak heran sangat. Kalau aku tak setuju tetap la aku cakap tak setuju.


Bila dia di kecam dari segala sudut sampai masuk blog ohBulan.. nampak jugak Amran Fans yang kaki sarcasm, kecam & troll orang yang dia rasa salah tu melatah jugak. Tengok jugak post2 tak keruan dia pasal isu tu. Mula2 minta maaf, lepas tu cakap post tu dari admin baru yang dia lantik (kononnya), lepas tu dia cakap minta maaf pun still kena kejam so dia dah tak nak minta maaf lagi. Jadi dia terus cuba menunjukkan kesalahan dia tu macam kesalahan yang kecik jika di bandingkan dengan kesalahan yang orang lain pernah buat. Padahal salah tetap salah la meran ooi.. Kau tak payah nak kecam pasal kes Antaltuya yang konon orang tak kisah padahal isu tu juga menjadi satu isu besar di negara ni & masih di perkatakan.

Amran Fans.. aku tetap la follow kau tapi macam kau cakap la.. pengamal media sosial ni semua sama je. Macam kau & aku jugak la meran. Orang lain buat kita hentam bila time kita tersalah langkah orang lain pulak hentam. Aku pun pernah kena hentam kaw kaw sampai beberapa hari di komen artikel berita tak berapa lama dahulu. Lumrah la.. Ada masa kita menghentam ada masa di dihentam.So, kau tak perlu rasa teraniaya atau apa2 sangat la.. Kau pun kadang2 menganiaya orang lain jugak dengan isu2 yang kau viralkan sebelum ni. Jadi bila kena kat batang hidung sendiri kau kena terima seperti yang kau selalu buat kat orang lain & harap mereka terima kenyataan perbuatan mereka tu memang boleh mengundang kecaman dari orang lain.

Moral of the story.. Amran fans popular di sebabkan lawak berbaur sindiran dia. Sehingga berjaya menerbitkan buku & agak laris di pasaran. So Amran fans salah seorang di kira selebriti media sosial jugak yang berjaya dengan cara dia. Mungkin cara dia tak berapa elok untuk menjadi contoh sebagai seseorang yang menjadikan diri dia macam selebriti & berjaya. cara dia mungkin berisiko & kesilapan dia mungkin mampu menjatuhkan dia. Semua orang boleh berjaya macam macam cara, so pilih la yang mana terbaik.

BUKAN 100% SALAH STESEN RADIO ERA.FM ISU PRANK MELAMPAU

BUKAN 100% SALAH STESEN RADIO ERA.FM ISU PRANK MELAMPAU. Hari ni asyik lalu isu pasal rancangan prank di era.fm yang di kendalikan dj Dina & tauke jambu. Walaupun aku dah lama tak dengar radio. Kalau dalam kereta pun asyik dengar anak aku je menyanyi so tak perlukan radio lagi.. Zaman aku dengar radio zaman sekolah & remaja dulu ja. Time tu bukan takat dengar siap call lagi stesen radio. Kalau tengah2 malam dengar suara aku kat radio tu tak pelik la. Tahap obses jugak la time tu. Tapi stesen radio dulu dulu rasanya segmen2 depa tak ada yang melampau tapi tetap enjoy kita dengar berbanding radio sekarang. Dah la iklan bersepah.. lepas tu segmen2 pun dah semakin membosankan. Sebab tu aku dah malas dengar radio hahahhahaha


Isu prank yang di buat dua DJ era.fm yang mendapat kritikan hebat nitezen.. Aku tak tau la jalan cerita prank tu sapa yang bagi idea. Tapi mereka prank mengikut maklumat yang di beri si dalang. Si dalang ni memang orang yang mengenali mangsa prank la. Mungkin si dalang la yang mencetuskan idea prank macam tu bukan sesaja dj radio tu nak buat prank. tapi yang kena kutuk tetap la para dj yang mengendalikan rancangan prank tu.


Bagi aku la kan.. Nak salahkan penyampai & stesen radio 100% pun tak boleh jugak walaupun depa pun ada bahagian salah masing2 cuma bukan semua yang berlaku pasal prank tu salah depa. sebabnya punca dari si dalang yang hantar penyertaan prank orang yang dia kenal. Dia yang tak ada perikemanusiaan minta orang prank kawan atau sedara dia sampai macam tu sekali. Sebab prank yang di buat berdasarkan maklumat yang di hantar oleh dalang. Kita pun kalau orang prank macam tu macam seolah2 mempermainkan perasaan kita yang tengah berharap sangat pada sesuatu tu mesti kecewa jugak kan. Kena prank ni tak semua menyeronokkan. Tapi orang yang berjaya prank orang memang seronok.

Tak salah nak bergurau dengan prank cuma berpada pada. Rasanya kena ada garis panduan dah untuk rancangan2 prank macam ni. Bukan apa kalau tak ada guide line nanti melampau lampau pulak depa prank orang semata mata nak dapatkan rating tinggi untuk rancangan depa tu. Prank pun kena ada penapisan jugak agar yang kena prank enjoy & yang mencetuskan idea prank pun happy. Konsep bergurau kedua belah pihak terhibur bukan sebelah pihak gelak & sebelah pihak lagi makan hati, ye dak.

Tu la ragam manusia.. ada hobi prank orang dia tak habis2 cari idea nak prank. Masing2 ada perangai mengikut minat tertentu kan. Itulah kita yang bernama manusia.

Moral of the story.. bersederhana & berpada pada la dalam melakukan apa sahaja sebab kalau keterlaluan benda yang baik pun jadi buruk.

P/S : teringat rancangan prank kat TV dulu prank culik ziana zain. Kalau sakit jantung boleh arwah. Boleh nampak muka ziana zain time tu takut sangat. kena culik kot...

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com