BEKAS TAPAK KASUT,KAHAK,KENCING,LUDAH.. MACAM MANA NAK ELAK?
Isu pekerja restoren tak kira la kat mana sekalipun makanan segera ker, restoran tomyam ker,cafe ke,kopitiam ker, hotel atau kata mana2 yang jual makanan sekalipun rasa macam tak selamat lagi nak makan, kan? Lebih - lebih lagi isu yang tengah panas sekarang pasal video pekerja KFC yang mencipta resepi Ayam goreng tapak kasut dia. Tu yang di dedahkan secara umum.. Yang tak terdedah tu entah apa lagi pun tak tahu dorang buat.Nampak sedap tapi betul ke bebas tapak kasut, kahak, kencing & ludah?? Carian google.Sekadar hiasan
Sekarang ni bukan setakat pelayan je kena jaga hati pelanggan, pelanggan pun kena jaga hati pelayan. Bila kes - kes macam ni semakin banyak jadi terpaksa la merendahkan sedikit ego seorang pelanggan tu agar tak termakan ayam goreng tapak kasut, pizza kahak (Rujuk entri blog Rasa Hati),minum teh air kencing (Tu cerita dari pengalaman En hubby kerja kat hotel dulu bila tengok kawan2 dia dajalkan satu geng cina),ludah & sebagainya benda kotor yang di masukkan dalam makanan kita. Kalau tak Bak kata Nyah Zulfikar nak keluar date bawak bekal je dari rumah. kekekekeke