Showing posts with label terbunuh. Show all posts

AWAS JANGAN LETAK ANAK ANDA DI SEAT HADAPAN KERETA YANG ADA AIRBAG

AWAS JANGAN LETAK ANAK ANDA DI SEAT HADAPAN KERETA YANG ADA AIRBAG. Kereta yang di lengkapi dengan airbag ataupun beg udara ni tujuan dia untuk keselamatan tapi kadang2 fungsi dia juga boleh jadi tak selamat untuk kanak kanak. Sedih pulak baca berita yang terjadi kat seorang budak berumur 8 tahun yang meninggal dunia akibat airbag ni.


Kisahnya cuma abang dia break mengejut sebab terlanggar bonggol jalan & Airbag auto terbuka mungkin akibat tendangan kuat dari airbag tu budak 8 tahun tu terus tercampak dia bawah seat belakang kereta. Tak tau la budak tu besar mana yang pasti mungkin orangnya tak berapa besar la kot. lagipun baru 8 tahun.

Walaupun benda tu di pasang untuk faktor keselamatan tetap jadi bahaya pada kanak kanak. Bukan la salah airbag tu mungkin kanak kanak dalam usia tu tak sesuai untuk duduk di seat depan dengan pemandu. Tapi mungkin sebelum ni jarang dengan airbag menjadi punca kematian maka kita pun tak terfikir benda tu boleh mendatangkan bahaya.


Bak kata pepatah malang tak berbau.. Ajal & maut semua ketentuan Allah. Kita  sebagai manusia cuma mampu ambil langkah keselamatan awal untuk mencegah dari berlaku perkara perkara tak di ingini.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga kanak kanak tersebut. Semoga mereka redha menerima ketentuan Ilahi.

INILAH HUTAN PALING MENYERAMKAN & BERHANTU

Dah abis jenjalan kat lebuhraya cari hantu semalam.. Ayuh malam ni kita jenjalan pulak ke serata hutan berhantu di dunia ni. Yang terlepas pengembaraan di entri Lebuhraya paling berpuaka di Malaysia boleh pi baca yer. Yang mana memang rajin melangut kat blog melekat lekit ni.. Meh la kita kenali hutan2 yang di katakan menyeramkan & berhantu di dunia.

Calon2 hutan yang di senarai pendekkan oleh den adalah seperti berikut..

 Sumber Google

Hutan Gunung Ceremai, Jawa Barat
Hutan ni atas gunung yang merupakan gunung tertinggi di jawa barat. Sebab kat situ katanya pendaki selalu jatuh & terkorban maka muncul macam2 cerita seram & mistik kat situ. Katanya kat situ bekas kubur lama tentera jepun & kubur kuda (erkk... kuda mati pun jadi hantu ke?) waktu zaman penjajahan. Nak lebih seram lagi ceritanya kalau lalu kawasan hutan tu akan dengar bunyi kuda. Ada jugak kisah bunuh kat situ katanya. Dan ada yang dengar bunyi tapak kaki tentera jepun berjalan. Jugak di katakan tempat membuang tawanan perang indonesia.

Hoia-Baciu Woods, Rumania
Penduduk di kota terdekat mengakui, hutan ini memiliki lingkaran di tengahnya, yang di katakan mirip segitiga bermuda. Depa semakin yakin selepas seorang pengembala hilang bersama ratusan dombanya. Aku tak tau domba tu binatang apa. Sebab dari sumber yang aku baca dia kata domba. So, aku tulis je la domba. Penduduk  kat situ tak berani masuk ke hutan tu sebab depa percaya sapa masuk memang takkan keluar dah. Kalau berjaya keluar pun akan mengalami sakit misteri atau gatal2, melecur,luka, pada tubuh.

Hutan Aokigahara,Jepun
Hutan ni juga di kenali dengan gelaran lautan pohon/pokok. Terletak di daerah fuji. Di katakan hutan paling mengerikan di dunia. Hutan ni yang jadi semakin seram & berhantu bila di jadikan lokasi membunuh diri paling popular di jepun. Menurut cerita penduduk setempat, depa selalu dengar suara jeritan roh si mati bila tiba tengah malam. Orang yang mati bunuh diri katanya jadi hantu yurei menjerit jerit tengah malam.

Hutan Hitam ( Black Forest ), Jerman
Ni di kategorikan hutan tebal la jugak. Sebab pokok pinus & cemara tumbuh rapat rapat. Sampai katanya tak nampak cahaya matahari kalau masuk hutan ni. Bayangkan siang malam sama jer suasananya. Menurut cerita yang tak tau sejauh mana kesahihannya, hutan ni tempat tinggal tukang sihir,jin,syaitan,serigala jadian, kurcaci baik hati.erkk.. pebenda kurcaci baik hati tu.. spesis hantu apa. Aku sendiri pun tak tau. Tapi sumber aku baca tulis camtu, maka aku tulis jugak la. hahahaa. Kisah hantu,sihir,ilmu hitam pasal hutan ni pernah di bukukan pada tahun 1794. Buku bertajuk  The Necromancer.

Hutan Wychwood, Oxfordshire Inggris
Hutan ni katanya menyeramkan sebab ada hantu seorang wanita. Katanya wanita ni mati kerana leher dia tiba2 patah tanpa sebab di ketahui. Permulaan dia jadi hantu, mangsa pertama dia adalah suami dia sendiri. Suami dia di datangi hantu wanita ni semasa pergi berburu di hutan tu, kemudian di beri peringatan bahawa dia akan mati selepas 10 hari. selepas 10 hari suami hantu perempuan tu memang mati akibat demam yang serius. Katanya sesiapa jer yang jumpa hantu ni akan mengalami nasib yang sama.

Sebenarnya banyak lagi hutan tersenarai.. Tapi tu la pening aku nak faham sebab banyak artikel yang best2 bahasanya indonesia. Maka.. kepala lagi pusing2 gitu. Kok neng ngak begitu ngertik non. Kesimpulannya... cukup 5 contoh hutan paling menyeramkan & berhantu ni den persembahkan untuk korang merasa ketakutan di malam hari. Sampai kita ketemu lagi di lain cerita hantu ya... Akhir kata jangan biarkan hidup anda di selubungi.... misteriiiiiiiiiiiiii.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com