INILAH HUTAN PALING MENYERAMKAN & BERHANTU
Calon2 hutan yang di senarai pendekkan oleh den adalah seperti berikut..
Hutan Gunung Ceremai, Jawa Barat
Hutan ni atas gunung yang merupakan gunung tertinggi di jawa barat. Sebab kat situ katanya pendaki selalu jatuh & terkorban maka muncul macam2 cerita seram & mistik kat situ. Katanya kat situ bekas kubur lama tentera jepun & kubur kuda (erkk... kuda mati pun jadi hantu ke?) waktu zaman penjajahan. Nak lebih seram lagi ceritanya kalau lalu kawasan hutan tu akan dengar bunyi kuda. Ada jugak kisah bunuh kat situ katanya. Dan ada yang dengar bunyi tapak kaki tentera jepun berjalan. Jugak di katakan tempat membuang tawanan perang indonesia.
Hoia-Baciu Woods, Rumania
Penduduk di kota terdekat mengakui, hutan ini memiliki lingkaran di tengahnya, yang di katakan mirip segitiga bermuda. Depa semakin yakin selepas seorang pengembala hilang bersama ratusan dombanya. Aku tak tau domba tu binatang apa. Sebab dari sumber yang aku baca dia kata domba. So, aku tulis je la domba. Penduduk kat situ tak berani masuk ke hutan tu sebab depa percaya sapa masuk memang takkan keluar dah. Kalau berjaya keluar pun akan mengalami sakit misteri atau gatal2, melecur,luka, pada tubuh.
Hutan Aokigahara,Jepun
Hutan ni juga di kenali dengan gelaran lautan pohon/pokok. Terletak di daerah fuji. Di katakan hutan paling mengerikan di dunia. Hutan ni yang jadi semakin seram & berhantu bila di jadikan lokasi membunuh diri paling popular di jepun. Menurut cerita penduduk setempat, depa selalu dengar suara jeritan roh si mati bila tiba tengah malam. Orang yang mati bunuh diri katanya jadi hantu yurei menjerit jerit tengah malam.
Hutan Hitam ( Black Forest ), Jerman
Ni di kategorikan hutan tebal la jugak. Sebab pokok pinus & cemara tumbuh rapat rapat. Sampai katanya tak nampak cahaya matahari kalau masuk hutan ni. Bayangkan siang malam sama jer suasananya. Menurut cerita yang tak tau sejauh mana kesahihannya, hutan ni tempat tinggal tukang sihir,jin,syaitan,serigala jadian, kurcaci baik hati.erkk.. pebenda kurcaci baik hati tu.. spesis hantu apa. Aku sendiri pun tak tau. Tapi sumber aku baca tulis camtu, maka aku tulis jugak la. hahahaa. Kisah hantu,sihir,ilmu hitam pasal hutan ni pernah di bukukan pada tahun 1794. Buku bertajuk The Necromancer.
Hutan Wychwood, Oxfordshire Inggris
Hutan ni katanya menyeramkan sebab ada hantu seorang wanita. Katanya wanita ni mati kerana leher dia tiba2 patah tanpa sebab di ketahui. Permulaan dia jadi hantu, mangsa pertama dia adalah suami dia sendiri. Suami dia di datangi hantu wanita ni semasa pergi berburu di hutan tu, kemudian di beri peringatan bahawa dia akan mati selepas 10 hari. selepas 10 hari suami hantu perempuan tu memang mati akibat demam yang serius. Katanya sesiapa jer yang jumpa hantu ni akan mengalami nasib yang sama.
Sebenarnya banyak lagi hutan tersenarai.. Tapi tu la pening aku nak faham sebab banyak artikel yang best2 bahasanya indonesia. Maka.. kepala lagi pusing2 gitu. Kok neng ngak begitu ngertik non. Kesimpulannya... cukup 5 contoh hutan paling menyeramkan & berhantu ni den persembahkan untuk korang merasa ketakutan di malam hari. Sampai kita ketemu lagi di lain cerita hantu ya... Akhir kata jangan biarkan hidup anda di selubungi.... misteriiiiiiiiiiiiii.
Huii... Seram baca memalam ni..
ReplyDeleteMalaysia xde? hehe
ReplyDeleteSeram pulak kan..
ReplyDeleteerkkk..takut-takut..lagi-lagi hutan..
ReplyDeleteAgain, hutan kat Malaysia tak seram ke? Asyik tak masuk senarai. Nak yang nak piket nih!
ReplyDeleteDomba tu rasanya kambing biri² sis.. Hutan malaysia masih tak masuk ranking seram lagi ni. Hehehehehhe.
ReplyDelete