Showing posts with label tip pikat lelaki. Show all posts

SALAM TAKZIAH, PELAKON & PENGARAH ERMA FATIMA SAH BERCERAI

SALAM TAKZIAH, PELAKON & PENGARAH ERMA FATIMA SAH BERCERAI. Tu dia pepagi jumaat kau dah jadi makcik bawang ni pehal lekatlekit Ooi.. Astaghfirullah.. Tak terniat pun kami nak membawangkan diri di pagi jumaat yang mulia ni. Pengarah & pelakon Erma Fatima adalah salah seorang actress & pengarah peberet kami. Jadi kami cuma nak bagi sokongan moral pada dia ja melalui entri ni..

Tinggal kenangan

Pepagi buka tv terdengar dari berita kat TV3 katanya Pelakon & pengarah hebat Erma Fatima dah sah bercerai dengan bekas suaminya Bade Hj Azmi, seorang pengarah drama & filem yang tak kurang hebat. Pasangan ni bernikah tahun 1991 tapi apakan daya jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Mungkin sudah tertulis perjalanannya sampai di situ sahaja jodoh mereka kan.. Walau sudah melalui hidup sebagai pasangan suami isteri selama lebih kurang 26 tahun.

Sepanjang perkahwinan mereka erma fatima ada mengambil 5 orang anak angkat. Subahanallah.. Baik kak Erma kita ni. Sanggup menjaga 5 orang anak angkat. Bukan semua orang sanggup mengambil tanggungjawab macam tu kan.. Tu la hikmah pasangan yang tidak di kurniakan zuriat sendiri. Mereka lah yang akan membela nasib anak2 yang mungkin tidak berkemampuan untuk di besarkan keluarga sendiri atau anak anak yang di buang ibu ayahnya. Jadi jangan nak Membawang sangat la dok hina orang tak ada anak ni. Depa kadang2 jadi lebih mulia dari kita yang umpama kilang anak. Produk produce setahun sekali tu. Tu pun merungut manjang letih jaga anak. Anak sendiri pun dah merungut.. mimpi la nak jaga anak orang.


Apapun buat kakErma Fatima semoga tabah menghadapi Ujian dunia yang fana ini. Insya Allah.. Allah akan terus memberi yang terbaik untuk hamba hamba yang di Uji. Bergelar status Janda bukan sesuatu yang hina.. Malah ia lambang kekuatan seorang wanita. Takziah & semoga Allah permudahkan urusan mu dunia & akhirat.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com