Showing posts with label riadah. Show all posts

JANGAN BIARKAN 2015 BERAKHIR TANPA BUAT PERKARA NI

JANGAN BIARKAN 2015 BERAKHIR TANPA BUAT PERKARA NI. Salam Maulidur rasul buat semua. Cuti lagi la bagi mereka yang bekerja. Time2 cuti macam ni la nak habiskan masa berkualiti bersama anak anak. alang2 cuti sekolah masih ada beberapa hari lagi kan.


Kalau budak2 dulu sebelum wujudnya gadget elektronik memang cuti sekolah banyak je aktiviti outdoor dengan kawan kawan. Budak kampung macam aku selain main.. ada la pergi memancing la, hiking bukit kat kampung & banyak selain tengok kartun kat tv. Tapi budak2 sekarang selagi mak bapak tak merancang aktiviti luar rumah.. selagi tu dia terperuk dalam rumah mengadap tv, tablet & smartphone je la..

Kesian kan zaman kanak kanak sekarang.. Nak keluar sendiri jenayah banyak sangat. Kena jugak tunggu mak bapak yang bawa keluar walau nak ke padang permainan yang tak jauh dari rumah. Bersempena cuti Maulidur rasul esok pula orang dah start cuti untuk christmas elok la korang buat benda ni dengan anak anak >> Jangan Biarkan 2015 Berakhir Untuk Korang Sekeluarga Macam Tu Je. Cuba 7 Idea Epik Ini! << Rugi biarkan 2015 berakhir tanpa buat aktiviti ni dengan anak anak.

Mesti anak anak korang suka & menjadi sejarah terindah dalam hidup dia kalau dapat buat semua tu dengan orang2 tersayang. Benda tu mungkin menjadi cerita kenangan yang akan di ceritakan dari satu generasi ke generasi katanya. Yelah.. Indah sangat katanya. heheehe

PERKARA PALING BAHAYA ORANG BUAT MASA JEREBU

PERKARA PALING BAHAYA ORANG BUAT MASA JEREBU. Musim jerebu kembali lagi tahun ni. Tak mustahil tahun depan pun still ada lagi. Semalam bacaan IPU berada di paras bahaya & banyak sekolah di tutup atas faktor kesihatan. Aku ada kat kampung yang memang totally bebas jerebu. Rasa bahagia sangat sebab kulim kedah takde jerebu cuma hujan jer. Hujan tu la men Nyah kan jerebu dari muka bumi kulim. Nasib baik sampai ke sini semalam jerebu dah kurang.


Bila jerebu melanda ramai orang mula jatuh sakit, merungut, marah kepada negara yang menyebabkan jerebu. Walau depa tau jerebu tu bahaya untuk kesihatan tapi ramai nampaknya tidak kisah sangat la pasal kesihatan diri sendiri. Buktinya ada orang boleh buat rutin harian macam biasa macam tak ada jerebu tanpa ambil langkah keselamatan untuk mengelakkan risiko jatuh sakit akibat asap jerebu. Inilah 5 perkara yang kalau tak buat di waktu jerebu sangat bahaya pada kesihatan tapi ramai yang pilih untuk tak buat walau bukan susah sangat nak buat. Nak tau apa 5 perkara yang sering kita ambil mudah semasa jerebu meh baca kat sini. Adakah anda tergolongan dalam golongan yang degil suka jugak buat benda ni >> 5 Perkara Paling Teruk Orang Buat Semasa Musim Jerebu <<

Walau macam2 pesanan melalui media massa, elektrik, elektronik di buat untuk memberi tips kesihatan semasa jerebu melanda tapi macam biasa la.. tengok.. dengar & keluar ikut telinga kiri. Bila dah sakit mula la rasa betapa nikmatnya sihat & menyesal tak ambil langkah keselamatan dari awal. Inilah manusia dah terhantuk baru tergedik katanya.

Moral of the story.. aktiviti luar yang tak penting tu tak payah la buat di waktu jerebu ni. Takpe la berkurung dulu dalam rumah macam aku ni. Biar mereput bosan dalam rumah jangan meraung sakit sebab jerebu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com