Showing posts with label lebuhraya. Show all posts

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS. Aku surirumah orang kata takde istilah kau bercuti bagai. Hari2 kat rumah tu bercuti lah.. Yelah.. surirumah memang hari2 bercuti. Ada yang kena ketuk ibu jari dengan sudip katanya. Surirumah pun tak ada istilah cuti kalau kat rumah. Bercuti bagi surirumah kalau sesekali dapat pergi holiday.. ada la sikit certain2 perkara dia dapat bercuti. Mungkin cuti masak, cuti cuci baju, cuti kemas rumah bagai. Tu baru surirumah bercuti yer...


Tak kisah la surirumah ke atau bekerjaya tapi perasaan kita sama je kalau dapat bercuti. Nak2 lagi dapat bercuti & balik kampung. Ya Allah.. bagi anak rantauan ni tak tergambar macam mana perasaan tu. Bayangkan kau terpaksa hadap 10 jam perjalanan pun kau masih boleh berhati girang sebab nak balik kampung punya pasal. Ok aku cakap pasal aku orang lain tak tau la mungkin stress hadap perjalanan yang lama. Dah sampai kampung tu rasa heaven giler.. Seronok sampai ayam2 pun kau tanya khabar.

Tapi bila tiba masa kau perlu pulang kepangkal jalan.. Ya Allah nak lipat sepasang baju pun rasa macam nak lipat jubin lantai punya berat & kerasnya. Apatah lagi nak melangkah keluar dari pintu rumah masuk kereta & bergerak. Rasa macam nak doa supaya tetiba masa terhenti kat situ & boleh enjoy lagi percutian di kampung sampai puas. Bagi orang yang tak ada kampung atau tak pernah tinggal berjauhan dari keluarga mungkin tak pernah rasa 6 perasaan yang paling mencengkam jiwa ni >> 6 Perasaan Paling Trajidis Dirasai bila cuti di kampung dah habis <<

Jadi bila dapat cuti balik kampung berkumpul dengan semua ahli keluarga tu hargailah masa bersama tu sebaik mungkin. Benda2 remeh tu tak payah nak ambil hati atau merajuk sangat. Masa kecik2 bergaduh sampai tarik rambut pun boleh jugak berbaik & lepak ramai2 depan TV takkan dah tua2 dah matang silap sikit merajuk bawa diri macam nak putus silaturrahim. Bila kita semakin dewasa, masa kita bersama keluarga agak terhad sebab masing2 dah ada keluarga sendiri.

LEMBAGA TAK BERKEPALA DI LEBUHRAYA AYER KEROH

LEMBAGA TAK BERKEPALA DI LEBUHRAYA AYER KEROH. Maaf la kalau hangpa mula bosan dengan cerita hantu lebuhraya.. Almaklum la dalam perjalanan ini menuju destinasi, berbagai lebuhraya di lalui. Ops.. ternyanyi pulak... Maka banyaklah hantu hantu berkeliaran di lebuhraya serata Malaysia. Sebab tak habis lagi cerita hantu lebuhraya ni maka segmen seram serik lekat lekit kali ni nak share lagi satu kisah seram lembaga tak berkepala di lebuhraya ayer keroh.


Kisahnya pasa seorang pemandu teksi yang rutin harian dia memang selalu bawak penumpang dari KL ke Melaka & Melaka ke KL. Pada satu malam yang sepi..pi...pi... Dia dapat seorang penumpang yang nak balik KL. walau dah pukul 11 Malam tapi sebab dia fikir rezeki datang jangan di tolak.. Kang merajuk pulak si rezeki tu. Ambik je lah katanya tak payah banyak songeh sangat.

Lepas dah hantar penumpang tu balik KL.. dalam pukul 3 pagi macam tu dalam perjalanan pulang ke Melaka, berhampiran dengan plaza Tol Ayer Keroh dia nampak macam kelibat seorang lelaki muda dok lambai lambai tepi jalan macam tahan teksi.  Dalam pada masa yang sama dia teringat pulak kisah pasal hantu tak berkepala yang memang popular area jalan tu. Serba salah jadinya.. Nak berhenti risau hantu tak berhenti pun takut orang tu memang ada masalah & perlukan pertolongan. Dilema sungguh kalau jadi kes macam tu tengah2 malam kan?? Tapi dia berhenti jugak jauh sikit dari pemuda tu. Dia tengok melalui cermin rear view Alhamdulillah nasib baik ada kepala. Bila tengok mamat tu ada kepala dia reverse balik.

sampai je depan mamat tu.. dia turunkan tingkap & mamat tu bongkok kepala ke tingkap & tanya pasai pa tak berhenti tadi. Si Pakcik teksi tu pun habaq la dia takut.. manalah tau kot2 hantu tak dak kepala katanya. Sambil gelak2 mamat tu cabut kepala letak atas dashboard teksi tu sambil tanya " Takde kepala macam ni ke?" Pengsan sampai ke siang driver teksi tu. Gila kau tak pengsan.. Nasib baik pengsan kalau kena serangan jantung.. Tak pasal2 muncul pulak kisah seram baru kat lebuhraya ayer keroh hantu teksi bersama hantu tak berkepala. Depa duet pulak menyakat orang. Lagi haru biru. lagi banyak pusara di lebuhraya katanya

Moral of the story.. Jin ni boleh menjelma dalam rupa manusia jadi apa nak pelik benda macam ni boleh berlaku cuma kita jangan terlalai la dengan permainan jin & syaitan sebab spesis depa ni nak muncul tak kira tempat. Suka hati depa ja nak buat port seram kat memana pun.. Spesis tak kena gst memang camtu.Macam pendatang haram jugak.. hahahaa

Sumber : Sharafiedotnet

MISTERI KERETA DAIHATSU CHARADE TANPA PEMANDU DI LEBUHRAYA PAGOH

Apapun orang kata, segmen seram serik lekat lekit akan terus bersiaran di blog puaka melekat lekit ni katanya. Ada ku kesah? hahahaha.. Selagi aku ada mood nak tulis kisah seram kat blog ni maka aku akan terus tulis sampai aku sendiri rasa macam lumpuh nak taip cerita seram lagi. Malam ni kita ke cerita hantu lebuhraya pulak. Kisah sebuah kereta Daihatsu Charade yang misteri & seram. Bukan takat misteri & seram malah katanya banyak menyebabkan kemalangan berlaku kat situ.

Sekadar hiasan. Sumber google

Alkisah tersebutlah kisah... aibbbb... sang kancil datang beramai ramai mengadap ke bawah duli sultan firaunnn!! Ops... terlebih pulak. Alkisah seorang kaki racer ni telah mengalami satu kejadi misteri, seram & menakutkan semasa melalui lebuhraya plus pagoh ni. Pada satu malam yang sepi.. pak mat malam tu cuti jual topi... berlakulah satu kejadiannya. Seorang mamat bersama isterinya sarat mengandung dalam perjalanan balik kampung. Almaklum la malam tu malam krimas, cuti umum. Time tu jam dah pukul 11.45 malam. Tu antara time2 hantu tengah get ready nak berjimbaraya jugak tu. Lepas sikit R&R lebuhraya pagoh depa terserempak dengan sebuah kereta Daihatsu Charade yang menggunakan lorong kiri. Tapi bila si mamat ni nak potong dia macam ajak race pulak. Almaklum mamat tu pun jiwa racer masih menebal even bini dah sarat mengandung. Tapi sebab bini dia membebel bawak kereta laju, maka dia slow kan pemanduan.

Tapi terdetik jugak kat hati dia.. terfikir macam mana kereta model lama tahun 80an yang tak modified apa2, standard je boleh meluncur laju macam tu. Bila dia suluh dengan kereta, memang uzur la kereta tu. Warna putih pun dah lusuh, dengan karat & lubang sana sini. Kereta tu terus meluncur laju di lorong kiri mengikut kelacuan kereta mamat ni buat dia tak boleh memotong kereta Daihatsu Charade tu. Sebab geram dia menaikan lampu (Beam) tapi apa yang di lihat memang mengejutkan. Kereta tu takde pemandu!! Dia boleh nampak dengan jelas kat seat pemandu kosong. hanya nampak stereng jer. Dia cuba perlahankan kereta tapi tetiba break pulak tak berfungsi. Kereta dia terus bergerak laju tetiba macam ada yang menyentap & menarik stereng kearah kiri. kereta dia hilang kawalan akhirnya merempuh besi penghadang jalan & melambung 360 darjah berputar di udara. Entah kenapa sampai part ni aku tetiba teringat cerita jepun Mirror attact yang boleh lompat pusing2 di udara. hahahaha

Kereta depa jatuh dengan cara menghempap bahagian depan dalam keadaan terbalik. Mujur bini dia yang mengandung tu pakai seat bell so dia mampu bertahan kat seat tu, manakala mamat tu dia berpaut pada stereng cuma badan dia je terhempap kat bahagian atas kereta masa kemalangan tu berlaku. Apapun mereka bernasib baik sebab tak ada kecederaan serius & kedua duanya selamat.

Dia pun pergi buat report polis kat balai polis pagoh. Pegawai polis yang ambil report dia pun akui banyak kemalangan yang berlaku kat situ di sebabkan daihatsu charade misteri tu. Ada yang mati ada yang selamat.

Ada lagi kejadian misteri yang berlaku masa kemalangan tu, katanya masa orang tengah sibuk tolong dia & isteri.. toll truck dengan sibuk tarik kereta dia tetiba dia nampak ramai budak2 kecik tak berbaju & berseluar pendek main kejar kejar kat kawasan tu. yang peliknya kawasan tu takde perkampungan ke hapa. Yang ada parit besar, semak, belukar, gaung & ladang kelapa sawit. Time tu dah memang masuk time riadah hantu. Dah pukul 12 tengah malam katanya

Masih menjadi misteri kereta Daihatsu Charade buruk di lebuhraya plus pagoh... Maka kalau korang bertembung buat2 tak nampak sudah. Jangan di layan sangat kalau dia ajak race.

Moral of the story... Lumba haram membahayakan keselamatan. Aku ingat manusia jer suka racing, hantu tak padan dengan kereta model lama pun ada nafsu berlumba. hikhihikhik


Sumber : Khir Khalid

PERKUBURAN MISTERI DI TEPI LEBUHARAYA ULU BEHRANG

Even dah masuk malam sabtu hari ni tetap gigih meneruskan segmen seram serik lekat lekit. Malam ni kisah yang boleh tahan seram. Kisah tentang kawasan perkuburan yang sebenarnya tak pernah wujud di tepi lebuhraya tiba2 muncul di tengah malam yang sunyi... pak mat jual topi. Ops ternyanyi lagu kanak kanak pulak. Maka bermulalah sebuah kisah....



Seorang pemuda yang bekerja kat KL tetiba rasa nak balik kampung jenguk mak bapak dia. So, bersiap2 la dia ala kadar nak mulakan perjalanan balik kampung dengan motorsikal di malam Jumaat yang penuh misteri tu walau jam dah pukul 12 tengah malam. Dalam pukul 3 pagi dia sampai di ulu behrang. Dia berhenti kejab tepi jalan selepas exit ulu behrang tu untuk berehat di bawah lampu.

Jalan waktu tu sunyi& lenggang. Dia duduk di pembahagi jalan sambil hisap rokok sambil mengadap jalan raya. Jam 3.40 cuaca makin sejuk walau dia pakai jaket kulit tetap terasa kesejukkannya. Lepas habis sebatang rokok dia berpaling ke belakang. Macam nak luruh jantung bila tiba2 dia ternampak dengan jelas satu kawasan perkuburan lama memenuhi bukit. Banyak batu nisan di perbuatan daripada kayu yang dah usang tercacak di situ. Dia jadi pelik sepanjang dia melalui jalan disitu selama ni memang tak ada kawasan perkuburan lama kat situ, tiba2 pagi tu ada pulak. Dia cuma rasa pelik bukan rasa takut dengan apa yang di lihat. Keliru pun ada jugak  Ketika dia mula menolak motorsikal untuk beredar Tiba2 Meremang seluruh bulu yang ada katanya. Orang kata kalau rasa seram & meremang tu maknya ada la tu..

Sampai di kampung dia tak terus cerita pada mak bapak dia tapi keesokkanya tu baru dia cerita. Ayah dia terkejut sebab memang tak pernah ada sebarang kawasan perkuburan Islam kat situ. Apapun katanya dia bersyukur di beri peluang melihat sesuatu yang orang lain nampak. Cuma masih misteri.. Milik siapakah kubur kubur itu?

Moral of the story.. Pusara di lebuhraya sangat cerita ni kan? Dan akhirnya menjadi sebuah kubur cinta.. Peace!

GAMBAR SITI DI FITNAH SEBAGAI YANA FMC

Kesian pulak aku.. Nama di sebut orang lain tapi gambar yang bertebaran di alam maya sambil di hambur dengan kata2 kesat, caci maki bagai orang lain. Tak pepasal dia jadi mangsa keadaan sedangkan dia takde kena mengena dengan kes yang sedang menjadi kontroversi maha hebat kat alam maya ni.

Terbaca kat Sozcyili pasal si siti katanya jadi mangsa pembuli siber yang guna gambar dia & di sebarkan sebagai Yana FMC yang konon boleh settle kes 6 ahli kumpulan familia Myvi Club yang berlumba & mengakibatkan kemalangan maut kepada 3 beranak. Kesian si siti terpaksa deactivate account FB sebab tak tahan dengan tekanan yang datang. Yelah.. kau tahan semua orang dok maki hamun dia bukan2 padahal dia tak tau apa2 cuma gambar dia jadi mangsa.


Sumber Sozcyili

Memang siti ahli group Familia Myvi Club tapi dia tak terlibat dalam kes tu & dia bukan yana. Adalah menjadi satu kesalahan orang yang menyebarkan gambar siti sebagai Yana, so hope siti buat la laporan polis jugak untuk buktikan gambar yang di sebarkan sebagai Yana adalah milik dia. Kalau setakat explain macam ni dengan kawan2 tak mampu nak bersihkan nama dia. Bukti pun tak kukuh sangat untuk nampak dia berada di pihak yang tak salah. Almaklum laman sosial. Kena ada bukti bergambar,video atau pengesahan dari pihak berkuasa. Kalaupun tu gambar Yana tetap jadi salah jugak kita sebarkan gambar dia & meletakkan dia dalam ancaman bahaya. Yang dok memaki gambar siti yang di anggap Yana tu, mesti hangpa termalu sendiri kan?

Kesian siti... Yang hina T*T*K siti cepat2 la pi minta maaf

sebab tu la berhati hati sebelum clik butang Share. Aku memang tak pernah pun share gambar siti kononnya si Yana FMC.. Aku just berkomen atau ulas dalam blog jer. Tak attach gambar sapa2 atau kereta depa. Ambil langkah selamat la beb! Ni laman sosial.. Kau kena kenal laman sosial sebelum kau ramah sangat nak share apa2 yang datang melaluinya.

Moral of the story..Yang salah cuma 6 pemandu dari familia Myvi club jangan di hukum semua pengguna myvi pulak. Tak payah jadi gila sangat la. Kekadang orang yang obses sangat ni bukan sebab simpati & menuntut keadilan tapi saja seronok buat kacau jer. Depa ni jenis suka menaguk di air yang keruh. Ambil kesempatan atas kesempitan.


6 LEBUHRAYA PALING BERPUAKA DI MALAYSIA

Ni kalau anak rantauan ni memang la pengguna lebuhraya la kalau nak balik kampung. Seram ke sejuk ke hapa tetap kena jugak redah katanya. Entri ni bukan nak takutkan pengguna lebuhraya just nak share jer supaya kita lebih berhati hati ketika memandu. Jin & syaitan tunggu kita terleka je dia nak kacau. Memang depa tak boleh membunuh kita secara terus tapi spesis depa ni membunuh kita dengan cara melalaikan. Jadi Kalau nak tahu lebuhraya mana tercalon untuk kategori paling seram,berhantu & berpuaka meh baca entri ni sehingga meremang bulu roma terakhir katanya...

Sumber Google

Lebuhraya Pedas/Linggi - Simpang Ampat Plus
Yang katanya seram lebuhraya ni adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi sampai ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Selalunya kejadian seram ni berlaku tengah malam buta la.. kiranya sebelum subuh antara pukul 1 - 4 pagi. Antara kisah seram yang pernah di ceritakan berlaku kat kawasan tu adalah kisah seorang lelaki yang naik motor sekitar 2 pagi melalui jalan tu kemudian terserempak dengan kereta Iswara putih yang dalam kelajuan siput babi (pelan sangat). Sebab tetiba rasa seram mamat tu pun potong la kereta Iswara putih tu bila dah berada depan kereta tu tetiba terbau busuk bila dia toleh belakang yang dia nampak cuma sebuah kereta remuk teruk kategori total lost bergerak tanpa pemandu. Kau hangpa gamaknya boleh pegang handle motor lagi tak? kekekeke

Lebuhraya Butterworth - kulim KM 20.6 (BKE)
Ni laluan aku sebelum sampai kampung jugak ni. Sebab katanya banyak berlaku kemalangan maut di tempat yang sama maka bermula la episod kisah seram & misteri kat situ. Katanya ramai saksi & mangsa kemalangan buat laporan polis nampak makhluk separuh badan atau tanpa kepala melintas sebelum kemalangan berlaku. Katanya ada seorang pengamal perubatan alternatif aka bomoh la kot.. kemalangan berlaku adalah sebab makhluk halus. Dulu kawasan tu hutan belantara, jadi tak pelik la kalau jadi penempatan golongan makhluk ghaib ni. Bila di ceroboh marah la dia.

Lebuhraya Kuantan - Gambang (Plus)
Menurut sumber yang aku baca.. Lebuhraya ni paling seram kisahnya. Di ceritakan oleh seorang pemandu truck tunda yang pernah merakam gambar mahluk halus secara tak sengaja semasa berada di lokasi kemalangan kat situ pada tahun 2011. Gambar yang berjaya di rakam adalah 3 entiti yang seolah olah memandang dia, dua berpakaian merah & satu lagi katanya pakai blouse putih. Standard la putih tu memang uniform hantu katanya. hehehehe

 Gambar sebenar penampak 3 makhluk, satu berbaju putih, 2 berbaju merah

Lebuhraya Gurun (Plus)
Katanya pernah berlaku kepada satu keluarga Cikgu bahasa Arab yang baru balik dari bercuti di Cameron Highland. Tiba2 anak sedara dia yang umur 2 tahun menangis tak henti2. Pujuk pun tak diam jugak lepas masuk ke highway Gurun ni. Nak lebih seram lagi, kereta yang depa naik pun tetiba jadi luar biasa berat. Masa berhenti kat RnR gurun, Isteri cikgu tu sempat ambil gambar. Dalam gambar tu kelihatan seorang wanita berkebaya merah. Menurut cerita orang2 kat situ.. makhluk berkebaya merah tu selalu ganggu pengguna lebuhraya tu. Ada saksi mengatakan ada kemalangan yang berlaku sebab mengelak makhluk berkebaya merah. Ni mesti hantu ratu kebaya ni.. kekekeke

Gambar sebenar hantu ratu kebaya merah

Lebuhraya karak
Ni highway paling legend dengan cerita hantu. Semua orang pun rasanya pernah dengar macam2 versi cerita. even aku lahir & membesar di kedah tapi dari kecik memang aku dah pernah dengar cerita seram pasal lebuhraya karak ni. Di buka tahun 1977 . Banyak kemalangan maut berlaku samada dari kecuaian pemandu mahupun sebab makhluk halus. Paling popular cerita kisah Volkwagen. Ni cerita dari aku kecik lagi. Katanya ada kereta Volkwagen ni even kita potong dia pun kita akan jumpa lagi kat depan.

Lebuhraya Tangkak - Muar (Plus)
Pada tahun 2012 satu persatuan bangsa cina mendapat kebenaran untuk menutup laluan kedua belah arah lebuhraya ni untuk melakukan upacara pembersihan dari gangguan makhluk halus di kawasan tu. Upacara tu juga di wakili bangsa India & melayu. Tapi sayangnya tak berjaya pun. Seorang anggota polis di rasuk sehingga meninggal dunia & bomoh melayu yang cuba membantu juga katanya turut meninggal dunia setelah kalah bertarung dengan makhluk halus menyebabkan semua yang ada kat situ termasuk anggota polis terpaksa beredar dengan segera untuk mengelakkan perkara tak di ingini.

Sumber tapi Bukan copypaste : 6 Lokasi Berhantu Lebuhraya Malaysia

Antara 6 kisah seram lebuhraya ni aku rasa paling seram kisah lebuhraya Tangkak - Muar. Korang nak undi lebuhraya mana paling berpuaka? Macam biasa mari mengundi di kotak komen.

Moral Of the story.. kebanyakkan lebuhraya adalah hasil gondol gunung ganang, atau hutan belantara di mana tempat tinggal jin maka tak mustahil menjadi kawasan depa lalu lalang atau bekas penempatan mereka. So,berhati hati di jalan raya.


JALAN LAMA VS LEBUHRAYA

Zaman maju lagi serba laju ni semua orang nak ikut shortcut jer. Tak kira la dari segi apapun. Termasuklah perjalanan. Jadi bila nak ke destinasi yang jauh, amatlah bersyukur kalau ada jalan shortcut. Macam nak balik kampung jauh2 ni. Kebanyakkan orang suka guna highway. Tak di nafikan cepat tapi di sebalik kelebihan yang dia ada.. tetap ada kekurangannya, kan??

Alkisah Ahad haritu sang lekit balik kampung. Dengan hubby sejak dari dulu kita tak guna highway sepenuhnya. Kadang2 kita belok jugak guna jalan lama. Bukan apa kita suka menikmati perjalanan di samping kos pun jimat tapi sebab paling utama boleh singgah makan tempat yang best sikit. Makan kat R & R ni pepaham je la.. harga mencekik darah, sedap tu takde sangat. Dah tu kalau musim cuti orang macam semut.

Bila guna jalan lama.. jalan2 kampung, pekan2 & bandar kecik2 ni best sikit. Bila2 rasa nak berhenti tu boleh. Kalau guna highway.. Mana boleh suka hati nak berhenti kan?? kena tunggu sampai R & R jugak. Bila ada baby lagi la sang lekit rasa ikut jalan lama lagi berbaloi sebabnya..

Semalam.. Petang tu kita bertolak nak balik. Dah tak ingat kat mana. Lala ter poo poo lak. Bila dia poo poo. Biasanya sang lekit takkan tunggu lama2 bila dia poo poo.. terus cuci je. Nak cuci kat tengah2 highway.. masa tu pula jam. Nak sampai ke R&R seterusnya ada la dalam 10km lagi. Apa lagi siren kecemasan lala pun bunyi dengan nyaringnya. Pujuk pun dia tak layan dah. terpaksa la melompat ke seat belakang kereta.. cuci poo poo lala & tukar pampers. Siren dia tak boleh off selagi tak cuci. Lala punya Volume, Jacklyn Victor pun kalah. Dia punya high pitching boleh meroyan sekejab la sesapa yang dengar.

Terdetik di hati.. Kalau ikut jalan lama kan lebih bagus. Boleh berhenti je kat mana2. Tak perlu di hiburkan dengan vokal lala bila poo poo dia lambat di cuci. Cuci dalam keadaan kereta bergerak ni pepaham je la. Cuci dengan tisu lembab je.. Lepas tu kena cepat2. Lepas ni biarlah lambat sampai kampung, ikut jalan lama lagi afdal rasanya kalau balik kampung dengan baby ni. Lagipun sebelum ada baby pun kitorang selalu guna jalan lama. Separuh je guna highway pun sebab tu la kita dapat jumpa restoran Mee Rebus tapah yang mee rebus dia memang malatop. Mee rebus je la yang sedap kat situ.. lain2 makanan tak jamin sedap sebabnya semalam sang lekit ada juga cuba nasi ayam kat situ tapi lebih layak ayam yang makan. Rasa yang sangat hampeh & sup dia pun macam air kosong.

carian google.

P/s : balik kampung pun tak dapat merayap kemana2 sebab lala demam. Khamis lepas lala ambil suntikkan DTP.. 2 hari lepas tu demam. Petang sebelum balik kampung dah ok.. tapi malam tu demam balik. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com