MAMA JUWIE MENINGGAL DUNIA
innalillahiwainnalillahirojiun.. Terbaca di page media hiburan yang mengumumkan pemergian wartawan veteran dunia hiburan juga penulis lirik lagu Mama Juwie yang kembali kerahmatullah sebentar tadi.Bagi yang membesar di tahun 90an memang ramai yang mengenal wartawan hiburan & penulis lirik lagu cinta ni. Semoga Allah mengampuni dosa dosa arwah & moga di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Mama Juwie.
Diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi didalam sunan-nya hadith daripada Abdullah bin Amru, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : “Tiada seorang pun daripada kalangan orang muslim yang meninggal dunia pada hari jumaaat atau pada malam jumaat melainkan dia dipelihara oleh Allah s.w.t daripada azab kubur.” Alhamdulillah.. bagi mereka yang mendapat kelebihan itu.
P/S : antara lirik lagu ciptaan beliau adalah lagu nyanyian Ramlah Ram.. Kau kunci cintaku dalam hatimu