Showing posts with label van jenazah. Show all posts

INI SEBAB KENAPA JENAZAH PERLU DI KEBUMIKAN DENGAN SEGERA

INI SEBAB KENAPA JENAZAH PERLU DI KEBUMIKAN DENGAN SEGERA. Zaman media sosial ni zaman di mana semua orang boleh melontarkan pandangan mengikut persepsi masing masing. Adakala pandangan itu berunsur pertikaian atau sindiran. Jadi macam macam la pendapat atau pertikaian untuk pelbagai isu yang kita boleh baca di media sosial ini. Ada pendapat yang boleh kita guna pakai dan ada juga yang wajib di bakul sampahkan.
P
Terbaca perkongsian kat facebook seorang pengguna media sosial ni bertanya soalan kenapa van jenazah nak guna lampu kecemasan di tengah kesesakan lalulintas sedangkan yang di bawa cuma orang dah meninggal. Jom kita tanya Ustaz google kenapa yer perlu nak cepat.

Kita sedia maklum.. Islam menggalakan kita untuk mempercepatkan urusan pengebumian mungkin sebab itulah van jenazah menggunakan lampu kecemasan untuk meminta laluan supaya cepat menguruskan jenazah yang di bawa. Ini kerana mengikut sunnah

Segera kebumikan

Antara sunah dalam kita menjalankan kewajipan itu ialah kita dituntut untuk menyegerakan pengebumian jenazah.

Selari dengan apa yang Nabi Muhammad SAW ingatkan: Segerakanlah jenazah. Jika ia jenazah yang baik, maka ia satu kebaikan yang kamu percepatkan untuknya. Kalau ia jenazah yang tidak sebegitu (yakni tidak baik), maka ia merupakan satu keburukan yang kamu letakkan daripada tengkuk-tengkuk kamu (iaitu kamu tidak perlu lagi mengiringi suatu yang tidak ada kebaikan). (Sahih Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itu, jika tiada sebarang keperluan yang penting, tidak perlu untuk ditangguhkan urusan. Jika perlu untuk menunggu sedikit dengan tujuan memberi peluang orang lebih ramai datang untuk bersama-sama solat jenazah, maka hal itu diharuskan.

Semoga lebih ramai yang datang, maka lebih ramai yang mendoakan jenazah, tetapi jangan sampai dilengah-lengahkan pada tempoh masa yang lama.

Mungkin timbul permasalahan sekiranya seseorang meninggal di luar negeri ataupun di luar negara. Apakah perlu dikebumikan di situ atau pun perlu dibawa pulang?

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Fath al-Bari menyebutkan: Hal itu terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ulama. Ada yang mengatakan makruh kerana ia akan melambatkan pengebumian dan ada juga yang mengharuskannya. Maka keutamaan dalam hal itu bergantung kepada dua keadaan: ia dilarang jika tiada apa-apa keperluan yang jelas seperti ingin dikebumikan di tempat yang ada kelebihan.

Tahap makruh dalam keadaan itu pun berbeza dan boleh sampai ke tahap diharamkan dan ia diharuskan sekiranya ingin dipindahkan pada jarak yang dekat ke tempat yang ada kelebihan seperti disebutkan oleh al-Syafie yang mengharuskan pindah mayat ke tempat yang ada kelebihan seperti Makkah dan sebagainya.

Maka, urusan itu kembali kepada tuntutan asal yang disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW. Segerakan urusan pengebumian. Oleh itu, kebumikan jenazah di tempat dia meninggal lebih menepati dengan sunah berkenaan kecuali jika proses pemindahan tersebut dalam jarak yang dekat dan munasabah serta tidak memerlukan kos yang tinggi, maka ia masih diharuskan.

Atau sekiranya situasi di negara tersebut tidak memungkinkan jenazah berkenaan untuk dikebumikan di situ, maka dalam keadaan itu, pilihan yang ada sama ada dikebumikan di tempat lain yang terdekat atau pun dibawa pulang ke tempat asalnya.

So kesimpulannya jawapan dari pertanyaan tu.. lampu kecemasan di gunakan mungkin untuk mempercepatkan urusan pengebumian. Kalau tersangkut dalam jam ni pepaham je lah.. boleh sampai berejam. Jadi kita yang hidup ni tak salah kot beralah sikit dengan orang yang dah mati. Itulah hari hari terakhir jasad mereka di dunia. Takkan dengan orang mati pun kau nak bergaduh kot.

Moral of the story.. Segerakanlah urusan pengebumian jika berlaku kematian.


AWAS! JANGAN JADI MANGSA CULIK GENG VAN JENAZAH

Sekarang ni sana sini kita boleh baca kita culik.. kisah hampir kena culik atau kisah kena culik sampai sekarang tak jumpa2. Menakutkan juga terutama kita yang bergelar mak bapak ni. Yang bergelar anak muda ni biasa la depa lebih suka explore dari takut pada jenayah sekarang nak2 lagi budak2 kecik yang tak paham apa tu bahaya jadi kita orang tua la kena alert selalu.

Tapi yang den yang cerita ni bukan kes penculikkan kanak2. Geng Van Jenazah ni dia tak target kanak2 bawah umur sebab dia pun tau hukum kot. Tapi dia target golongan yang dah akil baligh. Jadi pada korang yang dah akil baligh... becareful.. Ada yang memerhati krik.. krik.. krik.. kata kiah propa. Jadi sebagai rakyat yang prihatin den nak share la tips untuk mengelak dari kena culik dengan geng van jenazah ni.

Sumber google

Tips dia mudah jer.. Sila puasa & jangan cuba2 beli makanan di siang hari atau makan di tempat awam terutama kaum lelaki memang sering jadi sasaran geng van jenazah ni. Jangan nak seludup makan kat kedai mamak berlakon macam non muslim, hokay! Dah bangka malu la sikit. Geng Van Jenazah ni memang suka sangat la manusia yang tak puasa & makan di siang hari. Kalau rasa nak kena culik.. sila ikut tips yang diberi bukan saja anda terselamat dari geng van jenazah malah ganjaran pahala jugak dapat, Insya Allah.

Gambar menunjukan mangsa culik yang mungkin dalam kemaluan atas perbuatan mereka.hahaha

Moral of Van Jenazah story...  Entri ni just nak ingatkan pada semua even kita tak boleh berpuasa atas sebab2 tertentu atau sebab masalah kesihatan pun jangan la makan kat tempat tak sepatutnya. Hormatilah orang lain yang berpuasa.

P/S : Kalau ada yang terkena dengan tajuk entri tu den minta maaf. Entri ni santai santai jer.. Sempena hari rabu katanya.kekekeke


PENGALAMAN SERAM PEMANDU VAN JENAZAH

Bila orang bekerja berkaitan jenazah atau mayat atau lebih seram lagi kita sebut orang yang dah mati ni tak mustahil mereka2 ni akan berdepan dengan situasi yang kadang2 tak masuk akal, seram & menginsafkan. Kita kena percaya setiap apa yang berlaku itu dengan keizinan Allah mungkin untuk memberi iktibar kepada kita yang masih hidup.

Maaf kalau ada yang muncung cakap alah takat share benda dari akhbar je baik tak payah.. Bukan apa tak semua orang baca paper. Macam den kadang2 artikel dari akhbar pun den baca dari blog. Maybe sebab terlepas pandang & mungkin juga artikel dari paper yang den tak baca. Jadi bagi mereka2 yang malas belek akhbar ni boleh la baca.


Berbalik pada cerita pengalaman ngeri & seram seorang pemandu van jenazah ni.. Bila baca mungkin kita tak dapat feel seram sebab jalan cerita & gaya penceritaan tu  bersahaja & tak cukup seram untuk di bayangi tapi bagi yang melalui situasi macam tu.. Confirm seram. Jom kita baca pengalaman seorang pemandu van jenazah ni..


Untuk artikel penuh sila baca kat SINI

Kalau kita berdepan dengan situasi macam ni gamaknya kita stay lagi ke?? Sebab tu la setiap pekerjaan tu walau kita nampak macam simple & senang tapi tetap juga memerlukan kepakaran & kemahiran untuk menguruskan kerja tu. Biarpun pemandu van jenazah ni kita dengar alah kerja driver jer.. Tapi perlukan kekuatan mental, fizikal & iman jugak. Kalau takde semua ni.. mesti tak tahan punya bila berdepan dengan situasi macam ni, betul tak?? Jadi.. jangan pandang rendah pada setiap pekerjaan yang orang lain buat sebab semua kerja di buat dengan kepakaran cuma kepakaran setiap orang jer berbeza.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com