INI SEBAB KENAPA JENAZAH PERLU DI KEBUMIKAN DENGAN SEGERA

5/21/2022 09:53:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

INI SEBAB KENAPA JENAZAH PERLU DI KEBUMIKAN DENGAN SEGERA. Zaman media sosial ni zaman di mana semua orang boleh melontarkan pandangan mengikut persepsi masing masing. Adakala pandangan itu berunsur pertikaian atau sindiran. Jadi macam macam la pendapat atau pertikaian untuk pelbagai isu yang kita boleh baca di media sosial ini. Ada pendapat yang boleh kita guna pakai dan ada juga yang wajib di bakul sampahkan.
P
Terbaca perkongsian kat facebook seorang pengguna media sosial ni bertanya soalan kenapa van jenazah nak guna lampu kecemasan di tengah kesesakan lalulintas sedangkan yang di bawa cuma orang dah meninggal. Jom kita tanya Ustaz google kenapa yer perlu nak cepat.

Kita sedia maklum.. Islam menggalakan kita untuk mempercepatkan urusan pengebumian mungkin sebab itulah van jenazah menggunakan lampu kecemasan untuk meminta laluan supaya cepat menguruskan jenazah yang di bawa. Ini kerana mengikut sunnah

Segera kebumikan

Antara sunah dalam kita menjalankan kewajipan itu ialah kita dituntut untuk menyegerakan pengebumian jenazah.

Selari dengan apa yang Nabi Muhammad SAW ingatkan: Segerakanlah jenazah. Jika ia jenazah yang baik, maka ia satu kebaikan yang kamu percepatkan untuknya. Kalau ia jenazah yang tidak sebegitu (yakni tidak baik), maka ia merupakan satu keburukan yang kamu letakkan daripada tengkuk-tengkuk kamu (iaitu kamu tidak perlu lagi mengiringi suatu yang tidak ada kebaikan). (Sahih Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itu, jika tiada sebarang keperluan yang penting, tidak perlu untuk ditangguhkan urusan. Jika perlu untuk menunggu sedikit dengan tujuan memberi peluang orang lebih ramai datang untuk bersama-sama solat jenazah, maka hal itu diharuskan.

Semoga lebih ramai yang datang, maka lebih ramai yang mendoakan jenazah, tetapi jangan sampai dilengah-lengahkan pada tempoh masa yang lama.

Mungkin timbul permasalahan sekiranya seseorang meninggal di luar negeri ataupun di luar negara. Apakah perlu dikebumikan di situ atau pun perlu dibawa pulang?

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Fath al-Bari menyebutkan: Hal itu terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ulama. Ada yang mengatakan makruh kerana ia akan melambatkan pengebumian dan ada juga yang mengharuskannya. Maka keutamaan dalam hal itu bergantung kepada dua keadaan: ia dilarang jika tiada apa-apa keperluan yang jelas seperti ingin dikebumikan di tempat yang ada kelebihan.

Tahap makruh dalam keadaan itu pun berbeza dan boleh sampai ke tahap diharamkan dan ia diharuskan sekiranya ingin dipindahkan pada jarak yang dekat ke tempat yang ada kelebihan seperti disebutkan oleh al-Syafie yang mengharuskan pindah mayat ke tempat yang ada kelebihan seperti Makkah dan sebagainya.

Maka, urusan itu kembali kepada tuntutan asal yang disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW. Segerakan urusan pengebumian. Oleh itu, kebumikan jenazah di tempat dia meninggal lebih menepati dengan sunah berkenaan kecuali jika proses pemindahan tersebut dalam jarak yang dekat dan munasabah serta tidak memerlukan kos yang tinggi, maka ia masih diharuskan.

Atau sekiranya situasi di negara tersebut tidak memungkinkan jenazah berkenaan untuk dikebumikan di situ, maka dalam keadaan itu, pilihan yang ada sama ada dikebumikan di tempat lain yang terdekat atau pun dibawa pulang ke tempat asalnya.

So kesimpulannya jawapan dari pertanyaan tu.. lampu kecemasan di gunakan mungkin untuk mempercepatkan urusan pengebumian. Kalau tersangkut dalam jam ni pepaham je lah.. boleh sampai berejam. Jadi kita yang hidup ni tak salah kot beralah sikit dengan orang yang dah mati. Itulah hari hari terakhir jasad mereka di dunia. Takkan dengan orang mati pun kau nak bergaduh kot.

Moral of the story.. Segerakanlah urusan pengebumian jika berlaku kematian.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com