Showing posts with label kematian. Show all posts

INI SEBAB KENAPA JENAZAH PERLU DI KEBUMIKAN DENGAN SEGERA

INI SEBAB KENAPA JENAZAH PERLU DI KEBUMIKAN DENGAN SEGERA. Zaman media sosial ni zaman di mana semua orang boleh melontarkan pandangan mengikut persepsi masing masing. Adakala pandangan itu berunsur pertikaian atau sindiran. Jadi macam macam la pendapat atau pertikaian untuk pelbagai isu yang kita boleh baca di media sosial ini. Ada pendapat yang boleh kita guna pakai dan ada juga yang wajib di bakul sampahkan.
P
Terbaca perkongsian kat facebook seorang pengguna media sosial ni bertanya soalan kenapa van jenazah nak guna lampu kecemasan di tengah kesesakan lalulintas sedangkan yang di bawa cuma orang dah meninggal. Jom kita tanya Ustaz google kenapa yer perlu nak cepat.

Kita sedia maklum.. Islam menggalakan kita untuk mempercepatkan urusan pengebumian mungkin sebab itulah van jenazah menggunakan lampu kecemasan untuk meminta laluan supaya cepat menguruskan jenazah yang di bawa. Ini kerana mengikut sunnah

Segera kebumikan

Antara sunah dalam kita menjalankan kewajipan itu ialah kita dituntut untuk menyegerakan pengebumian jenazah.

Selari dengan apa yang Nabi Muhammad SAW ingatkan: Segerakanlah jenazah. Jika ia jenazah yang baik, maka ia satu kebaikan yang kamu percepatkan untuknya. Kalau ia jenazah yang tidak sebegitu (yakni tidak baik), maka ia merupakan satu keburukan yang kamu letakkan daripada tengkuk-tengkuk kamu (iaitu kamu tidak perlu lagi mengiringi suatu yang tidak ada kebaikan). (Sahih Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itu, jika tiada sebarang keperluan yang penting, tidak perlu untuk ditangguhkan urusan. Jika perlu untuk menunggu sedikit dengan tujuan memberi peluang orang lebih ramai datang untuk bersama-sama solat jenazah, maka hal itu diharuskan.

Semoga lebih ramai yang datang, maka lebih ramai yang mendoakan jenazah, tetapi jangan sampai dilengah-lengahkan pada tempoh masa yang lama.

Mungkin timbul permasalahan sekiranya seseorang meninggal di luar negeri ataupun di luar negara. Apakah perlu dikebumikan di situ atau pun perlu dibawa pulang?

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Fath al-Bari menyebutkan: Hal itu terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ulama. Ada yang mengatakan makruh kerana ia akan melambatkan pengebumian dan ada juga yang mengharuskannya. Maka keutamaan dalam hal itu bergantung kepada dua keadaan: ia dilarang jika tiada apa-apa keperluan yang jelas seperti ingin dikebumikan di tempat yang ada kelebihan.

Tahap makruh dalam keadaan itu pun berbeza dan boleh sampai ke tahap diharamkan dan ia diharuskan sekiranya ingin dipindahkan pada jarak yang dekat ke tempat yang ada kelebihan seperti disebutkan oleh al-Syafie yang mengharuskan pindah mayat ke tempat yang ada kelebihan seperti Makkah dan sebagainya.

Maka, urusan itu kembali kepada tuntutan asal yang disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW. Segerakan urusan pengebumian. Oleh itu, kebumikan jenazah di tempat dia meninggal lebih menepati dengan sunah berkenaan kecuali jika proses pemindahan tersebut dalam jarak yang dekat dan munasabah serta tidak memerlukan kos yang tinggi, maka ia masih diharuskan.

Atau sekiranya situasi di negara tersebut tidak memungkinkan jenazah berkenaan untuk dikebumikan di situ, maka dalam keadaan itu, pilihan yang ada sama ada dikebumikan di tempat lain yang terdekat atau pun dibawa pulang ke tempat asalnya.

So kesimpulannya jawapan dari pertanyaan tu.. lampu kecemasan di gunakan mungkin untuk mempercepatkan urusan pengebumian. Kalau tersangkut dalam jam ni pepaham je lah.. boleh sampai berejam. Jadi kita yang hidup ni tak salah kot beralah sikit dengan orang yang dah mati. Itulah hari hari terakhir jasad mereka di dunia. Takkan dengan orang mati pun kau nak bergaduh kot.

Moral of the story.. Segerakanlah urusan pengebumian jika berlaku kematian.


YANG SUKA AMALKAN UBAT TRADISIONAL SEPERTI JAMU WAJIB BACA. INI BAHAN CAMPURPALSU YANG BAHAYA SELALU DI GUNAKAN

YANG SUKA AMALKAN UBAT TRADISIONAL SEPERTI JAMU WAJIB BACA. INI BAHAN CAMPURPALSU YANG BAHAYA SELALU DI GUNAKAN. Kat blog lekatlekit selain ada segmen seram serik lekatlekit satu lagi segmen den tambah iatu segmen khidmat masyarakat lekatlekit. Semua kena ada lekatlekit.. Tu trademark yang den guna sejak 8 tahun lalu yer.. Bukan sejak Ogos 2017 ok! Almaklum la lekatlekit ni agak catchy, unik,menarik kau memang da'bomb jadi memang tak pelik ada yang teringin nak tumpang populariti trademark tu.. Takpelah, hidup kena berkongsi kan. Dalam dunia ni tak ada yang milik kita.. semua milik Allah ye dak.


Kalau KKM keluarkan laporan ada produk di campurpalsu.. Jangan ingat produk tu telah di palsukan oleh individu yang cuba ciplak dari brand asal yer. Campurpalsu tu membawa maksud produk yang telah di tambah bahan seperti logam berat. Nanti hangpa boleh baca kat entri ni WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'

Selain produk kecantikkan.. produk ubat yang bersepah orang jual kat pasaran termasuk jamu, ubat kuat, ubat kurus, ubat montok & macam macam lagi. Pun ada isu kantoi dengan KKM sebab di campurpalsu dengan bahan bahan terlarang ni. Bahaya Limah Ooi.. kau nak laki kau jadi badang dalam selimut. Kau suruh dia ambil ubat kuat. tetiba belum buka selimut laki kau dah kejung.. Tak pepasal menjanda kau Limah.

Jom kita tengok apa bahan yang selalu di campurpalsu dalam produk ubat ni & fungsinya...


Yang kaki kaki jamu, ketat, lentik, melekat lekit bagai tu hati hati la yer. Besederhanalah.. Jangan obses sangat. Berpada pada & berhati hati dalam memilih produk kesihatan dalam dalam bentuk ubat ubatan ni. Den dulu pun bangang juga.. Sekarang mula ambil tahu dah. Manafaat kemudahan hujung jari anda dengan mencari ilmu.

Yang penting hangpa kena tahu walau produk tu macam ada sticker hologram pun kadang kadang hologram palsu. Better semak dia laman wed NPRA  dulu kalau nak lebih kepastian samada berdaftar atau tak dengan KKM. At least kalau ada kesan sampingan dari produk tu.. KKM boleh ambil tindakkan sebab berdaftar walau produk yang berdaftar dengan KKM pun kadang kadang kantoi juga.

Pastikan ubat anda mempunyai ciri ciri berikut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya. Jangan mudah percaya pada tipu daya testimoni-testimoni dari pengusaha-pengusaha produk kesihatan yang tidak bertanggungjawab.

Moral of the story.. Semua orang nak sihat, cantik, cergas, kuat & hebat tapi jangan la memperjudikan kesihatan anda dengan mengambil produk yang kita tak tahu kat mana dia di ujikaji, kat mana kilang di proses & tidak berdaftar dengan KKM. Sangat bahaya walaupun ada produk homemade tradisional yang tidak mempunyai bahan terlarang cuma sebagai pengguna kita bergantung dengan kelulusan KKM untuk pastikan produk tu selamat atau tidak.

 Sumber : Facebook Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Kelantan 

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA. Pagi2 hati bagai di sentap membaca sebuah kisah cinta dari seorang lelaki teragung katanya.. Kau tetap tu nak guna ayat2 drama. Biasa la.. lebih dramatik lebih terkesan di hati katanya.. Tapi betul la kisah seorang pakcik ni memang buat aku rasa..'Alahai.. sedih campur terharunya. Yelah.. kebanyakkan lelaki lepas isteri meninggal je tak sempat kering tanah kubur dah sibuk nak cari penganti kan.. Tapi bukan semua lelaki yang cari penganti selepas isteri meninggal dunia tu cepat sangat lupakan isteri dia.. Mungkin kerana dia fikir perlu seseorang menggantikan ibu kepada anak anak & mengisi kekosongan dalam kehidupan..Tak salah pun dari yang bini tak sempat mati dah bawa lari perempuan lain kawen senyap2 kat negara jiran kan.


Walaupun ramai lelaki yang tak sempat tunggu bini mati dah nak cari penganti.. di celah celah tu masih ada lelaki teragung yang setia sepanjang hayat dengan isteri yang selama ini berkongsi hidup, susah & senang bersamanya. Di cerita oleh seorang photographer di media sosial tentang pakcik ni.. Dia sanggup balik kerumah dia di Ipoh semata mata nak ambil satu sampul berisi sekeping gambar isterinya untuk di abdikan semasa photoshoot majlis perkahwinan anaknya.. Katanya takut tak cukup korum (tak lengkap potret keluarga)


Menurut photographer yang menceritakan kisah pakcik tu katanya setiap hari sepanjang 4 tahun dia akan ke pusara isterinya membawa bunga.. Sweetnya. Semoga pakcik ni bertemu isterinya di syurga nanti. Ya Allah semoga pasangan kita nanti pun akan terus meletakkan kita di hatinya walau mungkin jasad kita yang di liang lahat dulu kan...


Walaupun cerita2 macam ni selalu wujud dalam drama cinta atau novel cinta.. kisah pakcik ni membuktikan masih wujud lelaki teragung bukan hanya dalam drama cinta. Alahai.. mungkin kat luar sana pun masih ramai lelaki lelaki macam tu cuma kisah mereka tak berpeluang jadi viral.. Mungkin jugak akan datang salah seorang dari lelaki lelaki teragung ni adalah pasangan hidup kita, kan? siapa tahu... hehehee

Moral of the story.. Kadang2 lelaki ni tak tunjuk kasih sayang dengan kata kata tapi perbuatan buat orang perempuan jadi wasangka bukan bukan macam kisah suami isteri ni >> Anda Akan Anggap Lelaki ini Suami Paling Teruk.. Tapi Yang Berlaku sebaliknya. So tengok sendiri << Sebab kaum lelaki ni kadang2 susah nak di jangka kan.. Jadi untuk keharmonian rumah tangga perlu saling percaya antara satu sama lain.

WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN

WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN. Mak mertua saya masih di ward.. Tapi setakat semalam tekanan darah dia dah semakin menurun 141 - 143. Dah kategori stabil jugak la tu dalam usia dia yang dah 55 tahun tu kan.. Dah boleh makan & minum tanpa bantuan tiub cuma selera je masih kurang. Masih tak boleh bangun maybe sebab effect dari strok & dia paralyzed separuh badan sebelah kiri. Memang doktor pun dah bagitau lepas ni dia tak boleh bergerak. Kaki & tangan sebelah kiri memang tak berfungsi setakat ni. So, terpaksa la menjalani fisioterapi & try berurut cara tradisional la. Sebab strok tak sampai ke saraf muka.. so bahagian muka tak terjejas & boleh cakap macam biasa..


Semalam.. sempat terserempak dengan satu kematian yang berlaku di wad 9.. Tapi sebenarnya semalam dalam jarak masa yang tak berapa jauh ada 2 kematian melibatkan warga emas. Yang satu memang tak tahu katil mana & wad mana walau dalam wad 9.. 9A ke 9B.. ke 9 mana tak tahu tapi berhadapan wad MIL aku.. sempat la tengok satu kematian melibatkan warga emas berbangsa melayu, Islam. Innalillahiwainnalillahhirojiun... Sambil tengok petugas yang menguruskan jenazah untuk di hantar ke bilik mayat ada la seorang abang tu datang beramah mesra dengan suami. Mula2 dia tanya yang meninggal tu siapa.. Orang melayu ke? So kami jawab yer.. melayu. Lepas tu dia mula bukan cerita.. Kat wad ni memang kerap berlaku kematian. Katanya wad tu memang yang di tempatkan kat situ kebanyakkan yang dah 50 - 50 atau tunggu masa je untuk pergi. Cara dia bagitahu tu.. macam nak cakap wad 9 ni memang sinonim la dengan kematian. Aku just dengar la.. Malas nak menyampuk orang lelaki berbual. Suami aku cuma jawab.. kalau dah sampai masa tak kira kat wad mana.. mati jugak.

Betul la tu.. walau kebetulan kat situ selalu berlaku kematian tapi yang perlu kita tahu bukan sebab tempat tu yang menyebabkan kematian seseorang. Kematian bukan macam penyakit berjangkit.. Kau tidur atas katil wad yang pernah ada orang meninggal dunia.. kau berisiko akan mati kat situ jugak.  Jangan mengarut sangat la manusia wei...So tak payah la risau kalau korang kena admit wad nak2 perempuan mesti la masuk wad 9 kalau hospital selayang ni. Even katil yang ada tidur tu pernah berlaku kematian.. Takde malaikat maut standby kat situ kalau belum sampai ajal korang. Atau yang lebih orang takut dari Malaikat maut adalah hantu.. Mitos ni memang masih ramai yang percaya. Konon badi orang mati la.. roh orang mati yang tak tenteram ganggu orang yang tidur di katil dia pernah mati la.. Please stop fikir benda mengarut. Kadang2 sebab hangpa dok fikir macam tu yang buat anda rasa takut & terbayang benda yang sebenarnya tak ada. Walaupun aku minat dengan cerita seram aku tak taksub percaya benda karut sampai macam tu. Cuma kadang2 yang mengarut tu macam best je jalan cerita dia.. Memang drama habis. Jalan cerita dia memang penuh suspend katanya. hahahaha

Moral of the story.. Mati itu pasti tapi mati kat wad 9 hospital selayang belum tentu walau masa kau admit condition kau 50-50 je. hehehehe

BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL?

BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL? Pagi pagi terbaca luahan hati seorang blogger di facebook bila dia di pandang sinis sebab ada manusia yang rasa dia terlalu cepat 'move on' selepas kematian suami. Berbagai persepsi negatif di lemparkan pada dia.. hanya kerana dia tak tunjuk kesedihan selepas pemergian suami tu dalam tempoh masa yang panjang. Pelik jugak aku dengan manusia macam ni.. Sedih bagi mereka maybe kau kena murung, diri tak terurus, hari2 menangis.. hari2 kena up status berunsur kesedihan, kekecewaan bagai dalam tempoh bertahun tahun kot.. Kalau tak kau akan di anggap cepat melupakan suami yang masih baru meninggal dunia sedangkan orang tu ada anak.. Perlu teruskan hidup. Perlu jadi kekuatan pada anak2 yang jugak masih bersedih dengan kehilangan Ayah..


Bagi aku lagi cepat seorang wanita itu bangkit & move on adalah lebih baik kerana dalam Islam pun tempoh berkabung @ iddah selepas kematian suami pun hanya 4 bulan 10 hari. Dalam tempoh tu memang di larang berhias macam bermakeup, mengenakan pakaian cantik yang boleh menarik perhatian orang lain, memakai minyak wangi atau apa2 perkara yang boleh membuat orang tertarik untuk menikahinya. Apapun tak boleh pakai pakaian khas macam sesetengah penganut agama lain buat bila berkabung memakai pakaian berwarna hitam atau putih. Jadi pakailah apa2 pakaian biasa yang tak menarik perhatian orang lain. Tapi jangan la sampai comot & tak terurus pulak. Tak boleh berhias tak bermaksud sampai tak mandi, baju tak bertukar, badan bau hapak bagai yer.. So, kena faham betul betul. Kebersihan diri tetap kena jaga walau dalam tempoh iddah @ berkabung.

Selepas tempoh tersebut dah tak salah untuk teruskan hidup & buat apa yang terbaik untuk dirinya selagi benda tu tak menyalahi mana2 undang2. Kalau kematian selain bukan suami memang Islam melarang bersedih lebih 3 hari.. Bermakna bukan la tak boleh bersedih tapi tak perlu bersedih secara berlebih lebihan sampai dah tak boleh teruskan hidup macam biasa.

Islam pun dah memberi garis panduan yang baik jadi kenapa perlu timbul isu cepatnya seorang balu tu move on bagai.. Kenapa mesti ada persepsi gatal, tak sayang suami yang baru meninggal bagai atau cepat melupakan walaupun baru je meninggal dunia. Seorang balu yang mempunyai anak di bawah tanggungan ni tanggungjawab dia sangat besar ok! Tak sama macam orang yang masih ada suami. Kalau dia tak move on.. Kau nak tolong bagi anak2 dia makan? Kau nak tolong jaga anak anak dia? Kau nak tolong sara semua keperluan anak anak dia? Kalaupun selepas habis tempoh berkabung & iddah dia nak kahwin lain kau tak boleh judge dia gatal. Mungkin dengan perkahwinan tu dia ada tempat bergantung & nasib anak anak dia terbela. Seorang wanita bergelar balu ni memilih berkahwin semula bukan semua kerana keinginan hati dia sendiri. Kadang2 sebab memikirkan anak2.. dia terpaksa berkahwin. Tapi orang yang melihat.. takkan faham & tak ingin nak faham pun sebenarnya. Yang depa tau.. termuncung muncung mulut mengumpat. Macam menjadi seorang 'BALU' itu satu dosa pulak.

Berhenti memberi persepsi negatif pada golongan balu.. Betul! Ada yang mengambil kesempatan dengan gelaran 'Balu' tapi bukan semua. Mak aku pun seorang Balu.. Dia pun takde la bersedih lama2 selepas kematian Ayah aku dulu tapi kita tahu la.. Walau dia nampak macam dah move on.. sampai sekarang kadang2 dengar jugak dia membandingkan hidup dia selepas ketiadaan ayah.. Contoh ayat dia.. Ni kalau ayah hang ada ni mesti kami dah pi sana sini.. Buat tu ni.. " kat situ pun membuktikan di hati dia masih ingat suami dia yang dah lama meninggal dunia. Tak tunjuk kesedihan tu secara terbuka pada orang lain tak bermakna orang tu tak sedih. Tapi sebab tuntutan hidup.. dia tahu dia tak boleh melayan kesedihan sehingga amanah yang dia ada tak terjaga. Walau berat, walau sakit.. Dia kena bangun & kuat teruskan hidup.

Moral of the story.. Hentikan memberi persepsi negatif pada golongan balu yang korang nampak mampu tersenyum, bekerja & nampak bahagia selepas kematian suami. Apa yang anda nampak belum tentu mengambarkan apa yang mereka rasa. Tak semua orang suka canang kesedihan dia pada orang lain.. Macam aku. Erkk.. aku bukan balu yer. Tapi aku ni boleh kata susah sangat nak tunjuk kat orang aku sedih atau ada masalah nak2 lagi kat media sosial.

DAT.. DAMAILAH KAU DISANA, DISISI TUHAN YANG ESA

DAT.. DAMAILAH KAU DISANA, DISISI TUHAN YANG ESA. Aku jarang nak menulis tentang kawan di blog ni.. Tapi entah kenapa aku terasa ingin menulis tentang seorang kawan yang pernah rapat dengan aku dulu, yang kawan2 kenali sebagai 'dat'.

Ismarul shamsidar, atau panggilan kawan kawan pada dia 'dat'.. Aku kenal dia sejak dari tingkatan 1 cuma aku rapat dengan dia semasa di tingkatan 4. Kebetulan waktu tu kami 1 kelas & kami ni antara 'budak nakal' jugak kat sekolah. Biasa la budak sekolah menengah.. zaman tengaha nak explore banyak perkara. Di tambah lagi weekend selalu je lepak kat port yang sama maybe sebab tu jugak kami tetiba rapat.

Dat.. memang la nakal tapi sebagai seorang kawan dia memang sangat menyenangkan. Susah nak tengok dia marah. Dia bukan suka buat lawak tapi perangai dia buat orang terhibur. Dia jenis suka bercerita.. tak kira la cerita betul atau cerita dogeng dia ada adakan.. Tapi cerita dia memang sentiasa buat orang terhibur dengar walau kadang2 tak logik. Bila dia bercerita,tangan dia pun sama2 bercerita. Ada saja dia nak menconteng tak kira atas kertas, buku atau atas meja. Dia seorang yang sentiasa tersenyum Orangnya kurus, kulit hitam manis. Banyak jugak la kenangan aku dengan dia.. pernah pergi camping sama2.. bukan berdua tapi beramai la. Dia tak kedekut tapi bukan selalu berduit. Almaklum budak sekolah masa tu.. Paling aku ingat tentang dia.. dia pernah cerita PKHEM sekolah pernah pergi rumah dia & kejut dia bangun suruh pergi sekolah. ayah dat dulu pembantu makmal kat sekolah aku.. Maybe Ayah dia yang minta cikgu buat macam tu. Almaklum la.. budak sekolah kadang2 memang malas nak ke sekolah sebab malas nak bangun pagi. Dat.. Memang kalau ingat tentang dia.. buat aku tersenyum. Dia seorang yang sangat 'macam macam' perangai dia tapi menghiburkan.

Aku masih ingat masa tingkatan 5 aku tukar sekolah.. bila buka sekolah dia tengok aku tak datang sekolah dia call tanya. Aku cakap aku dah tukar sekolah.. dia macam frust sikit bila tahu aku dah tukar sekolah. dia kata bosan takde aku.. Selepas habis sekolah. Dah lost contact sampai sekarang tapi memang antara kawan yang aku nak jumpa adalah dia. Cuma kekangan masa, jarak & masing2 dah ada kehidupan & komitmen.. buat terbatas untuk aku nak jumpa sesiapa saja.

Dat.. Aku masih ingat macam mana kita kantoi buat salah kat sekolah, kita kena denda berdiri depan bilik pengetua. Aku, hang, adi,siti,faizly berjaya lepaskan diri.. sapa lagi aku dah lupa. Waktu kita masih boleh bergurau & bergelak ketawa.. masih merayu pada cikgu supaya bagi kita ke kantin makan sebab lapar..Dah lama dat aku tak jumpa hang.. Setiap kali balik kampung lalu kat lunas aku harap terserempak dengan hang. Kalau tak dapat bersembang pun cukup aku boleh tengok rupa hang sekarang. Yang ada dalam ingatan aku rupa hang masa sekolah dulu ja.. Masih sama atau berubah, entahlah. Tapi tak pernah ada rezeki tu.

Selepas ni memang aku tak perlu berharap lagi semua tu sebab aku tahu.. Peluang untuk terserempak dengan hang dah tak dak lagi. Aku dah terlepas peluang & aku takkan ada peluang lagi. Semalam... hang pergi. Pergi yang takkan kembali. Tiada lagi kesempatan untuk aku jumpa hang. Ya Allah.. kawan!! Yang pernah wujud dalam kenangan.. Kini tinggal kenangan. Dari info yang aku dapat katanya dia meninggal akibat penyakit tb.. ada jugak yang aku baca katanya kerana buah pinggang dia yang dah rosak.. Apapun asbabnya yang pasti masanya sudah tiba.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. kawan yang baik, Moga disana kau berada di tempat yang terbaik.

Dat.. Damailah kau di sana, disisi Tuhan yang Esa. 


DEEPAVALI DISAMBUT UNTUK MERAIKAN KEMATIAN SYAITAN YANG KEJAM

DEEPAVALI DISAMBUT UNTUK MERAIKAN KEMATIAN SYAITAN YANG KEJAM. Esok semua penganut agama hindu akan meraikan hari deepavali yang kita kenali sebagai pesta cahaya. Deepavali jugak di kenali sebagai diwali. Deepavali bagi yang tak tak tahu maksudnya.. Dipa @ Deepa ni bermaksud cahaya & Gavali bermaksud Barisan. Jadi kalau yang tak tahu sebelum ni maka tahu la apa maksud deepavali tu kan?


Bersempena deepavali yang bakal di sambut dengan penuh meriah oleh penganut hindu seluruh dunia esok.. saja la google di sebalik perayaan deepavali ni. Setiap apa yang di raikan pasti ada cerita & sebabnya kan? Sama macam perayaan orang2 Islam jugak.. Apa yang di raikan tu pasti ada kisah kemenangan di sebaliknya.

Apa yang aku baca Menurut cerita lagenda, deepavali ada perayaan yang di sambut untuk meraikan kemenangan Dewa krishnan selepas berjaya membunuh Raja Narakasura iatu seekor syaitan yang sangat kejam & suka memeras rakyatnya. Sebelum mati katanya Narakasura meminta semua manusia supaya meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka tentang godaan hantu & syaitan agar mereka sentiasa berbuat baik & menjauhi diri dari membuat kejahatan sesama manusia. Pembunuhan Narakasura di sambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum deepavali sebagai memperingati kematian Narakasura yang suka mencetuskan huru hara oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga yang ketikan itu ia menjelma sebagai Raja Krishna. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta restu dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu jelmaan Bhudevi aitu ibu Narakasura), bahawa semua orang harus meraikan kematiannya dengan cahaya berwarna-warni.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu sebagai lambang kejayaan 'kebaikan mengatasi kejahatan' yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta membuang kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama hilang.
Begitulah kisah di sebalik perayaan deepavali menurut kepercayaan orang2 hindu. Tak salah pun kita untuk ambil tahu walaupun kepercayaan kita berbeza. Kita kan kat malaysia berbilang kaum & agama.. mengenali agama orang lain tak bermakna kita mempercayai. Dr Zakir Naik pun mengkaji semua agama.. Takde la sampai dia nak murtad pun. Ia salah satu ilmu jugak untuk kita di pandang tinggi.. contoh macam Dr Zakir Naik. Semua kitab agama dia hafal.. Di sebabkan itu dia mampu berdiri dengan yakin di tengah lautan manusia untuk menjawab segala kemusykilan, pertikaian, pendebatan dari berbagai penganut agama di dunia. Jadi jangan sempitkan sangat fikiran korang yer.. 


Moral of the story.. dari cerita lagenda deepavali ni pun kita boleh nampak semua agama memperjuangan keamanan & kebaikkan. Jika semua manusia mengikut ajaran agama masing2 pasti dunia ni aman.. Muhasabah diri sendiri jugak yang masih banyak kekurangan ni. hehehe. Apapun bagi yang nak sambut deepavali esok tak reti nak pakai saree.. almaklum la belit saree ni lebih susah tau dari nak belit shawl.. boleh tengok tutorial pakai saree ni >> Cara nak pakai Saree hanya dalam Masa 5 minit << Happy diwali untuk semua penganut agama hindu.

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN. Dari dok tengok iklan promo kat TV lagi aku nampak drama ni macam best. Drama ni penganti Drama nek mis yang dah habis episod tayangan kat TV9 di slot Azalea. Semalam kalau tak silap episod pertama kot drama samudera rindu ni.

Samudera Rindu Slot Azalea TV9

Masa dok tengok iklan promo nampak Dinaz memegang watak macam perempuan tak berapa betul atau terencat tapi sebab iklan je tak tau apa cerita watak dia macam tu... Rupanya bila tengok semalam maka fahamlah aku. Kenapa nanti watak Dinaz tu macam terencat akal rupanya dia kena penyakit meroyan selepas kematian anak dia. Alkisahnya masa mengandung dia terlampau ikut sangat cakap seorang bidan kampung ni.. Sampai tak nak bersalin kat hospital. Akibatnya bayi dia lemas dalam perut & bidan kampung tu tak dapat buat apa - apa terpaksa di hantar jugak kat hospital. Tapi kesiannya bayi dia tak sempat di selamatkan. Lepas peristiwa tu dia mengalami kemurungan & mula muncul tanda tanda nak meroyan. Almaklum la orang dalam pantang ni memang tak boleh susah hati memang berisiko kena penyakit meroyan. Tapi atas sokongan moral suami & keluarga dia kembali ceria & sihat tapi di sebabkan seorang perempuan yang sakit hati sebab perempuan suka kat suami.. cuba provok dia & hasut dia untuk ingat kembali anak dia yang telah mati.. Sebab fikiran dia kembali di hantui rasa bersalah atas kematian anak dia.. maka sistom2 meroyan datang kembali. Time tu pulak dia tengah mengandung anak kedua...  Untuk episod semalam sampai setakat tu je la cerita dia..

Antara watak watak utama dalam drama samudera rindu yang di tayangkan setiap selasa hingga ahad jam 8.30 di tv9 dalam slot Azalea

Dari sinopsis yang aku baca kisah ni mengisahkan kehidupan seorang gadis bersama ibunya yang mengidap penyakit kemurungan (meroyan). Gadis ni seorang yang baik & bijak walaupun kehidupan mereka sekeluarga tidak kaya kerana ayah dia terpaksa bertukar pekerjaan kerana penyakit ibunya. Walaupun kelahiran dia dalam keluarga mereka yang pada mulanya di harap dapat memberi kesembuhan pada penyakit kemurungan ibunya tapi sayangnya kelahiran dia tidak mengubah apa2. Ibunya tetap dalam dunianya sendiri. Semakin membesar dia menjadi kawan baik kepada ibunya yang berperangai seperti kebudak budakkan akibat kemurungan yang di hadapi selepas kematian anak pertamanya. Mereka tetap bahagia walau keadaan ibu dia macam tu. Sampai la dia berjaya sambung belajar ke menara gading. Time tu dia mula bosan nak melayan kerenah ibunya. Dia juga mula rasa malu nak mengaku perempuan yang mengalami penyakit kemurungan sehingga menyebabkan dia jadi tidak waras tu ibunya. Apa yang berlaku seterusnya..???

Untuk mengikuti kisah macam mana kehidupan seorang wanita yang meroyan ni korang kena tengok sendiri la kat setiap episod drama Samudera rindu yang aku dapat rasanya drama ni drama yang boleh follow jugak. Jangan asyik dok sebut meroyan je tapi sebenarnya tak ramai yang tahu penyakit meroyan sebenar. Yelah.. Perkataan meroyan sekarang memang sangat popular di kalangan pengguna media sosial.. Untuk generasi muda jangan pelik kalau ada yang tak tahu meroyan tu satu penyakit yang serius jugak melibatkan gangguan mental yang boleh menyebabkan seseorang tu jadi macam orang gila. Nak mendalami apa tu meroyan boleh la tengok drama samudera rindu.

Moral of the story pada adik adik yang suka sangat guna perkataan meroyan bila nak sarcasm orang tu faham la yer lepas ni. Meroyan tu satu penyakit gangguan emosi yang biasanya di hidapi wanita wanita lepas bersalin. Tapi bukan semua orang la.. Selalunya wanita yang terlampau banyak fikir, bersedih & susah hati semasa dalam pantang berisiko terkena penyakit meroyan. Jadi para suami penting tu jaga perasaan isteri ketika berpantang ok!

SUARA GHAIB BACA YASSIN DI TENGAH MALAM SELEPAS KEMATIAN AYAH

SUARA GHAIB BACA YASSIN DI TENGAH MALAM SELEPAS KEMATIAN AYAH. Setelah agak lama bercuti panjang segmen seram serik lekatlekit.com kembali menyeramkan anda. Mesti ramai yang rindu kan dengan cerita seram di blog ni. Yer yer.. aku tahu korang memang suka baca cerita seram malam Jumaat untuk menaik taraf feel seram tu. Kalau malam lain feel dia tak sama kan malam jumaat. Malam jumaat ni kalau takut takde la overnight boleh la tidur awal katanya hehehe


Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku. Kisah ni aku jamin tak ada di tulis kat mana mana blog. Kisah ni berlaku 6 tahun yang lalu. Kisah ini berlaku dalam family aku.. Kisahnya selepas Arwah ayah aku meninggal dunia. Ayah pergi pun bagi aku sangat mengejut sampai aku waktu tu memang tak boleh terima kenyataan sangat. Nak2 lagi tengah dok kelam kabut dengan urusan pernikahan aku yang waktu tu tinggal lagi sebulan je nak buat prepation. Tapi aku terpaksa di nikahkan awal dari perancangan iatu selepas 4 hari arwah ayah aku meninggal dunia & pada tarikh yang sepatutnya aku bernikah tu di jadikan majlis perkahwinan je la sebab dah nikah.

Berbalik kepada kisah misteri berlaku.. Malam selepas beberapa hari Arwah ayah aku meninggal.. Adik aku (No 4 dalam family) malam tu baca yassin. Dia baca sorang2 sementara yang lain dah tidur waktu tu sebab dah tengah malam sangat. Kata dia masa  dia tengah baca yassin tetiba dengar satu suara lelaki jugak turut membaca yassin. Dia cuba amati suara yang mengaji dengan dia kot2 orang yang dia kenal atau suara dari rumah jiran ke hapa. Memang bukan dari suara orang yang di kenali. Takde makna suara radio atau TV sebab time tu semua dah off. Setiap kali dia teruskan pembacaan suara tu mengikut memang jelas sangat. Suara tu kata dia datang dari arah ruang tamu rumah tapi adik aku baca yassin dalam bilik dia. Bila dia cuba pantau kat ruang tamu memang tak ada sesapa.  Walaupun pelik & rasa seram jugak... adik aku terus baca. Sampai sekarang siapapun tak tahu suara siapa yang ikut adik aku mengaji malam tu. Hanya adik aku sorang je yang dengar.. Yang lain2 termasuk aku memang tak dengar.

Aku memang tak pernah share apa2 kisah mistik & misteri yang berlaku dalam keluarga aku malah masa aku tinggal kat kampung dulu pun sebenarnya banyak perkara yang aku sendiri tak pasti samada mainan perasaan atau benda tu wujud di sekeliling aku. Pernah satu ketika tu.. Masa family aku semua ke kuantan nak hantar adik aku yang no 4 sambung belajar di Politeknik sana. Aku malas nak ikut.. So aku tinggal la sorang2 kat rumah. Siang tu tak ada la apa2 yang mistik sangat.. Siang la katakan.. Masuk tengah malam semua orang dah tidur aku ni memang lambat tidur. Tetiba dengar suara berdehem sebiji suara mak aku. Bukan sekali 2 kali aku dengar. Time tu tak payah cakap meremang bulu roma aku. Nak lari ke rumah kedua (rumah makcik yang jaga aku masa kecik) makcik & abang aku pun ikut sekali pergi kuantan. Memang tak ada pilih buka semua lampu dalam rumah tidur depan TV. Gila kau tak seram duduk sorang2 tetiba dengar suiara mak sendiri yang tak ada kat rumah. Time tu arwah ayah aku masih ada.

Tapi aku tak pernah serik pulak duduk sorang2 kat rumah aku tu.. Walau bila tengah malam memang perasaan seram tu akan muncul. Tu sebab kot aku suka tengok cerita seram & filem2 seram sekarang jarang dapat memenuhi piawaian rasa seram aku sebab dalam hidup aku, aku dah biasa hadap benda yang lebih seram katanya. Rasa seram ni kadang2 kita tak perlu nampak benda tu muncul dalam bentuk fizikal ke hapa.. Rasa tu pun kadang2 lebih seram dari apa yang kita lihat.

Kalau korang la berada dalam situasi adik aku & dalam situasi aku gamaknya korang buat apa? Adakah korang berhenti baca yassin & simpan terus masuk tidur atau korang terus je macam adik aku buat? Atau dalam situasi aku.. apa korang nak buat. Takkan nak ketuk rumah jiran atau sedara mara yang lain pulak nak tumpang tidur. Dalam situasi macam tu kita kena bijak mengawal perasaan. Macam situasi lelaki ni >> [VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? < Sebab kadang2 kalau kita berada dalam keadaan panik & takut benda tu sebenarnya menyebabkan kejadian tak di ingini berlaku. Jadi penting kita untuk kawal perasaan tak kira dalam apa juga situasi untuk kita mengambil langkah bijak mengatasi apa saja masalah yang sedang berlaku.

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA. Tadi dok tengok TV tertengok berita terkini pagi tadi. Terdengar jugak la tajuk berita tentang kematian Ayah pin yang dulu pernah mengembarkan negara dengan ajaran sesat yang di bawa. Konon dia memimpin kerajaan Langit. Bila majlis agama Islam & pihak berkuasa cuba tangkap dia lari menghilangkan diri. Tak tau la bila dia kembali ke terengganu semula.. tup tup dengar dah meninggal dunia je.


Ajaran sesat yang di bawa Ayah pin ni  berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit tu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai Agama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan. Tak tau la ilmu apa dia guna kan.. Memang bukan calang2 orang berjaya mempengaruhi berbagai golongan dari dalam & luar negara.

Dulu masa kecoh kes Ayah Pin ni tengok jugak video2 dia yang pergi ke serata tempat & di sembah dari pelbagai agama. Kira ayah pin ni bukan berjaya menyesatkan orang2 melayu Islam je.. bangsa & agama lain pun dia berjaya sesatkan.

Kalau ikutkan ayah pin ni bukan dari golongan educated pun.. malah baca pun tak reti.Kategori buta huruf tapi berjaya jugak meraih ramai pengikut & dia gunakan untuk membangunkan kerajaan langit dengan replika teko,pasu & banyak lagi la yang besar2 depan rumah dia. Tapi selepas 10 tahun mengasaskan & menyebarkan ajaran sesat tu akhirnya pihak berkuasa & jabatan agama Islam tempatan dapat mengesan aktiviti dia & ramai jugak pengikut dia di tahan & di dakwa di mahkamah. Ayah Pin yakin dia tidak boleh di dakwa sebab dia dah mengistiharkan keluar dari Islam sejak 1998 lagi.

Selepas pihak berkuasa buat serbuan kerumah dia.. Ayah pin terdahulu melarikan diri. Lari ke langit ke kemana tak tau la. hehehe. Ada kata dia ghaib. Ada kata dia lari ke selatan Thailand. Yang penting dia lari la. Di bawa sekali 4 bini dia ketika tu. 

Sebelum meninggal dunia katanya dia menderita strok lama jugak la. Jenazah dia di kebumikan di satu kawasan perkuburan khas di terengganu. tak tau la khas yang macam mana just kita bersangka baik sudah. Orang tu pun dah meninggal katanya. Semoga sebelum meninggal dia sempat memohon keampunan dari Allah & kembali ke ajaran Islam.

Apapun kita yang mempunyai akal & didik dengan ajaran Islam sejak kecil walau tak expert pun jadikan pengajaran. Jangan terpengaruh dengan ajaran2 sesat ni. Aku yang masih jahil ni pun rasa merepek sangat ajaran ajaran sesat yang ada macam la golongan profesional & educated boleh terjebak. Tu la.. kadang2 pandai dalam akademi je tak menjamin seseorang tu pandai untuk membuat penilaian sesuatu perkara.

Moral of the story.. Anak muda korang jangan mudah terpengaruh dengan ajaran & budaya yang tak elok. Benda2 macam ni la kadang2 buat senang orang nak mempengaruhi kita mengikut ajaran bukan bukan. 

JODOH TU SAMA JE MACAM MATI

JODOH TU SAMA JE MACAM MATI. Tak payah kerut2 dahi sangat la bila aku cakap jodoh tu sama je macam mati. kang ada pulak kata.. Jodoh untuk orang hidup.. mati untuk orang mati la.  Tak ada apa kita boleh pertikaikan. Jodoh benda yang bukan boleh kita tulis bila kita nak & bila kita tak nak. Macam mati la jugak.. Benda yang kita sememangnya tak ada pilihan.. Sampai masa akan terjadi sebab tu semua dah tertulis sejak azali. Bukan kerja atau kuasa kita. Walaupun tak ada orang nak mati dalam usia muda tapi ramai pun manusia yang mati dalam  usia muda.

Sumber Google


Sama la macam jodoh.. Ada orang yang memang nak kahwin awal tapi jodoh datang lewat. Bukan dia yang merancang jodoh tu tapi Allah dah tulis bila jodohnya akan sampai. Ada orang tak pernah plan pun nak kahwin dalam usia muda tapi bila dah Allah tulis jodoh dia dalam usia muda maka terjadilah perkahwinan tu. Kita ni merancang jer.. Kadang2 perancangan kita tak sama macam perancangan Allah & kadang2 perancangan kita kebetulan sama seperti yang Allah rancangkan untuk kita. Kita cuma berusaha kearah tu.. Tapi bukan kuasa kita untuk tentukan bila jodoh kita.


Rasanya semua orang bila jatuh cinta je mesti dia ada niat & perasaan nak kahwin.Aku dulu start pandai ber boipren pun dah ada niat nak kawen. Kalaulah niat tu terus jadi dah lama aku kawen dengan orang yang bukan jadi suami aku sekarang. Tak tunggu dah masuk 20an baru nak kawen. Kalaulah jodoh tu memang kita yang tentukan la.. tentulah orang pertama yang kita suka tu la jadi jodoh kita tapi sebab jodoh tu bukan kita yang tulis maka apa yang kita rancang tu kadang2 berlaku sebaliknya. Bayangkan kalau kita boleh tentukan jodoh kita haru dunia ni. Kita harap orang tu jadi jodoh kita tapi mungkin orang yang harap jadi jodoh kita sebenarnya harap orang lain adalah jodoh dia. See.. betapa Maha hebatnya Allah. sebab tu dia tulis siap2 dengan sapa kita akan kahwin. Kalau jodoh ikut nafsu manusia.. memang terbalik bumi ni. Apa yang aku nak cakap kat sini.. Jodoh! Memang kena usaha cari tapi tak bermakna yang tak kawen2 sampai ketua tu tak berusaha mencari. Mungkin Allah tak tulis jodoh untuk dia kat dunia..

Memang kahwin awal banyak hikmahnya.. Cuma bukan semua orang jodohnya awal atau ada jodoh dalam hidupnya. Kesian la orang2 yang tengah tunggu jodoh tak sampai sampai tu.. Mungkin depa akan terasa macam terlepas moment2 yang indah sebab jodoh tak sampai dalam usia muda. Jangan risau.. lambat atau cepat, mohon jodoh dari Allah. Insya Allah.. Allah akan bagi yang terbaik untuk kita.

Tapi tak guna la jugak la kahwin awal tapi persediaan untuk hadapi alam perkahwinan tu tak ada.. tak kemana jugak. Ingat tak pengantin budak 12 tahun haritu.. Sebab terlampau muda, tak ada ilmu, tak matang, persediaan tak ada.. akhirnya bercerai. Kita nak kahwin biarlah orang tu boleh jadi orang yang mampu kita sayang walaupun perasaan sayang tu kita pupuk selepas perkahwinan. Bila sayang kita akan jaga dengan baik. Tapi sejauh mana sayang kita tu perlulah di zahirkan dengan perbuatan tak boleh hanya dengan rasa je. 


Moral of the story.. Alhamdulillah pada mereka yang jodoh sampai awal tapi tak payah la nak menunjuk sangat pada orang yang masih tak datang2 jodohnya atau jodoh terlepas flight so sampai lambat sikit. Sebab lambat atau jodoh tu sampai tak menjamin anda lebih bahagia dari orang lain. Ia bergantung pada bagaimana kita mengemudi perkahwinan kita tak kira kawen cepat atau lambat. Ini cuma pandangan peribody aku yang lepasan tadika kemas. peace yo!

ADIK FIRDAUS OKU PERNAH JADI VIRAL DITEMUI KURUS KERING MENINGGAL DUNIA

ADIK FIRDAUS OKU PERNAH JADI VIRAL DITEMUI KURUS KERING MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Darinya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Terbaca Update terkini Berita harian Online Adik Firdaus OKU yang pernah menjadi hangat kisahnya di temui dalam rumah kosong yang kotor dalam keadaan kurus kering & bersalut najis akibat di kurung ibu kandungnya sendiri. Cerita tentang adik Firdaus memang mendapat perhatian ramai termasuk pengguna media sosial. Ramai yang bersimpati & mengecam tindakkan ibunya yang membiarkan remaja tersebut tinggal sendirian dalam rumah kotor & terbiar.

Sumber Berita Harian

Kini Firdaus mungkin dalam perjalanan ke syurga selepas di sahkan meninggal dunia akibat sawan tengahari tadi. Semoga kehidupan abadi Firdaus lebih bahagia dari di dunia. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah adik Firdaus. Semoga Allah cucuri rahmat keatasnya. Marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah

UPACARA KEMATIAN PALING SERAM & NGERI DI DUNIA

UPACARA KEMATIAN PALING SERAM & NGERI DI DUNIA. Asyik cerita hantu je kadang2 sampai dah tak seram. Sekarang ni bila manusia lebih menyeramkan dari hantu, hantu pun jadi takut dah. Maka untuk kali ni segmen seram serik lekat lekit berubah angin sikit. Kita cerita pasal keseraman manusia pulak. Hantu,jin, setan dah tak rare sangat la..

Gambar sekadar hiasan

Setiap negara,bangsa,agama ada ritual tersendiri bila melibatkan kematian. Ada yang kita tengok tenang je upacara kematian tu contoh upacara pengebumian orang Islam.. Takde yang menyakitkan atau mengerikan. Sebab tu Islam di gambarkan sebagai agama yang sangat Indah.. Berbanding dengan upacara kematian yang di lakukan oleh mereka yang bukan Islam. Kadang2 ritual tu lebih kepada adat bukan tuntutan agama tu yang jadi pelik pelik.. sampai rasa tak masuk akal.

Antara ritual upacara kematian yang boleh tahan ngeri & seram adalah.. Yang pernah di amalkan oleh masyarakat di India. Upacara ni di gelar bakar Sutee @ sati yang membawa maksud isteri yang suci. Apabila seorang wanita kematian suami..mereka akan membakar diri bersama mayat suami. Ritual ni di amalkan sehingga tahun 1981 walau di haramkan selepas kedatangan Inggeris ke India pada tahun 1829. Alasan mereka terus mengamalkan tradisi pelik,ngeri & seram tu adalah sebab wanita di India bila bergelar janda akan di pandang hina, di sisih oleh masyarakat sebab tu mereka lebih rela mati di bakar bersama mayat suami. Macam la jadi janda tu satu pilihan kan? Tu la bila mentaliti sesuatu kaum @ masyarakat terlalu kuno, menghukum orang yang tak ada salah.

Ni ritual paling aku tak faham. Memumiakan orang yang hidup sehingga mati. Ritual ni di amalkan masyarakat jepun sebelum tahun 1900an. Sebab menurut kepercayaan mereka tak perlu tunggu mati secara semulajadi.. Mereka boleh mematikan diri mereka secara perlahan lahan dengan cara memumiakan diri. Sebelum upacara memumiakan diri di lakukan mereka perlukan 2 ribu hari untuk keringkan jasad mereka dengan mengamalkan makan kacang & bijian selama 1000 hari untuk membuang lemak di badan bagi mengurangkan kelembapan badan. 1000 hari lagi mereka perlu menghilangkan air dari tubuh. Mereka hanya makan kulit kayu kecil & minum teh beracun supaya berlaku cirit birit & muntah muntah sehingga dehidrasi. Tapi katanya ritual ni selalu tak berjaya.

Ritual ni aku pernah tengok dalam rancangan dokumentari kat TV tapi tak ingat rancangan apa. Tradisi yang di amalkan oleh orang tibet. Bila berlaku kematian mayat akan di bawa atas gunung kemudian di kerat2 kemudian di beri makan kepada burung hering. Menurut info yang aku baca ni katanya orang tibet percaya pada kelahiran semula & jasad manusia cuma macam objek je. Bila mati dah tak ada apa so bagi burung hering makan pun takde hal lah. Di amalkan sejak abad ke 12 tapi sekarang dah kurang di amalkan sebab sesetengah masyarakat mereka mula rasa ritual macam tu mengerikan.

Ritual yang last ni adalah upacara kematian cara moden & paling mahal kos dia. Tak seram cuma terlalu mewah la cara mereka mengadakan upacara untuk orang yang dah mati. Caranya adalah membawa abu mayat dengan roket kemudian di letupkan di ruang angkasa lepas. Ritual ni katanya bermula sejak tahun 1997. Sebanyak 22 abu mayat dah pernah di letupkan bersama roket di angkasa lepas. Roket berpenumpang abu mayat tu katanya berlepas di kepulauan canary. Tak tau apa alasan mereka buat ritual pengebumian macam tu yang pasti orang2 yang buat macam tu memang mempunyai minat atau cara yang pelik.

Moral of the story.. Bersyukurlah kita di lahirkan sebagai orang Islam takde la terjebak dengan amalan2 pelik,ngeri & seram ni. Cuma tu la.. manusia yang hidup ni pulak semakin pelik,ngeri & seram.


TIADA MAJLIS TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUAN GURU NIK AZIZ

Majlis tahlil selepas kematian memang biasa kita buat selepas kematian ahli keluarga.. Di amalkan sejak dulu lagi sehingga menjadi macam acara wajib pulak selepas kematian ahli keluarga. Aku yang dulu tak faham.. ingat memang wajib la buat kan. Tapi tak reti kena la belajar...

Sumber Astroawani

Pengumuman di buat oleh di FB Page Tuan Guru Nik Aziz mungkin di update oleh anak beliau mengumumkan tiada sebarang majlis tahlil akan di buat untuk Allahyarham, Tuan Guru Nik Aziz. Aku pun terbaca dari status Dr Maza dengan caption 'Alhamdulillah..mengikuti sunnah Nabi s.a.w.



Apapun semoga di hari kedua Tuan Guru Nik Aziz berada di rumah kekal abadinya di kurniakan tidur yang nyenyak sehingga hari kebangkitan nanti. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... 


KISAH HANTU BUDAK YANG SANGAT SEDIH

Tak semua hantu menyeramkan yang akan buat kita rasa takut bila tengok. Ada jugak hantu yang kita akan rasa sedih dengan nasib dia. Kita rasa nak berdamping je dengan dia.. sebab sedih sangat. Hahahaha.. ada ke orang camtu berdamping dengan hantu sebab kesian? Ada la kot kan.. Yelah, dalam diri dia ada sifat perikehantuan so dia cepat bersimpati dengan hantu.

Sekadar hiasan. Sumber google

Apa la kau merepek hari ahad ni sang lekit Ooi.. Sapa la gamaknya yang ada sifat perikehantuan tu? Takde sapa2.. cuma nak cerita pasal hantu yang sangat menyedihkan. Yelah semalam secara tak sengaja tertengok midnite movie kat TV3 tu.. rasanya dah lama takde sebab bagi laluan untuk liputan sukan haritu. Ramai jugak yang tengok rasanya filem Dark Water English version semalam kat tv3. Filem ni ada dalam version jepun jugak. Bukan filem baru tapi filem lama.. Aku takde koleksi DVD dia sebab rasanya dah banyak kali tayang kat tv so aku pun rasanya dah banyak kali tengok.

Apa yang sedihnya kisah hantu ni adalah hantu seorang kanak kanak perempuan bernama Natasha yang di abaikan kedua ibu bapanya yang ada masalah hidup. Dia di tinggalkan seorang diri di rumah sewa macam apartment tingkat 10, kemudian mati akibat jatuh dalam tangki air di bangunan apartment tu. Kisahnya hantu budak yang kurang kasih sayang.. apa yang di cari adalah kasih sayang seseorang jer. Cerita dia memang tak seram langsung tapi jalan cerita dia tak bosan sangat.

Part paling sedih aku rasa part last sekali.. bila hantu budak ni cuba bunuh seorang kanak kanak bernama cecillia yang baru pindah kat salah satu rumah di apartment tersebut bersama mak dia. Sebab kasih sayang si mak ni mengatasi segalanya.. dia rela jadi korban untuk temani hantu budak yang kesunyian tu. Akhirnya mak cecillia pun mati dalam tangki air yang sama dengan hantu budak tu. Punca kematian tak di kenalpasti. Last tu ada part sebelum budak cecillia tu di bawa bapak dia pindah keluar dari aprtment tu.. sebelum keluar dia ter flashback kenangan dengan mak dia.. pelan2 airmata budak tadika tu jatuh. Serius.. aku rasa macam nak menangis je tengok part tu. Teringat anak aku yang kecik.. macam mana kalau umur aku tak panjang. Macam mana dia nak biasakan hidup tanpa aku sebab selama 3 tahun ni aku 100% jaga dia. Tak pernah berpisah walau satu hari. Mana ada aku.. ada dia. Tak pernah siapa2 pun jaga dia. Ya Allah.. Semoga kau beri peluang aku jaga dia sehingga dia benar2 mampu berdikari. Tak sanggup aku nak membayangkan dia menangis cari aku.

comel pelakon kanak kanak yang pegang watak Cecillia ni kan?

Nasib baik tengok sorang2.. nangis pun takde sapa nampak kan? hahahahaha.. Moral of the story filem dark water ni jadilah seorang ibu bapa yang bertanggungjawab. jangan sampai anak jadi hantu yang sedih. Ramai je budak even masih hidup jadi hantu yang sedih sebab di abaikan.. Tak payah bagi contoh, contoh ada di sekeliling kita. Buka mata, lapangkan hati akan nampak segalanya.


TIADA KATA SELAIN RINDU UNTUK MU.. AL FATIHAH

Hari ni 24 April 2014 genaplah 4 tahun pemergian hero tercinta 7 orang perempuan. Pemergian yang memberi satu kejutan besar kepada 7 perempuan dalam hidupnya. Perginya tanpa tanda bahawa dia akan pergi buat selama lamanya... 4 tahun lalu pada tarikh ini dia melalukan rutin harianya seperti biasa dari pagi hingga ke malam..

Namun bila sampai waktunya... Takkan terlewat atau tercepat walau sesaat. Selepas selesai semua rutin & tanggungjawabnya pada hari tu, dia kembali kepada pencipta. Dia yang kami panggil Ayah.. Dia Ayah kepada 6 orang anak perempuan bersama seorang isteri.

Perasaan yang dapat ku tulis dengan kata2 cuma RINDU.. dengar ringkas dan mudah tapi berat sangat perasaan ni sejak 4 tahun lalu. Aku tak mampu untuk gambarkan segalanya tentang Ayah sebab akan datang satu perasaan RINDU yang sangat2 sakit. Andai KALAU mampu ku tukar pada kenyataan banyak KALAU yang aku ingin ia berlaku bersama Ayah.. Tapi semua ni dah tertulis. Bukan aku menyalahkan takdir cuma aku manusia.. bila datang RINDU aku akan membayangkan bermacam macam perkara kalau DIA ada.

Alfatihah untuk ayah... Semoga ayah berada bersama mereka2 yang di kasihi Allah. Semoga Ayah nyenyak tidur di alam sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa2 Ayah. Selamanya kami cuma akan ada seorang Ayah sampai bila bila....

P/S : Lagi 4 hari aku akan menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke 4.. Saat aku kehilangan seorang lelaki dalam hidup aku di hadiahkan seorang lelaki. Allah itu tidak pernah kejam. Bagi yang nak baca kisah di sebalik perkahwinan & pemergian Ayah.. boleh baca kat entri AYAH

terima kasih pada yang sudi sedekahkan alfatihah untuk arwah ayah saya


PEMANDU NAIK ANGIN PUNCA BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLAND

Orang kata marah boleh membawa padah. Bila kita dah marah, perbuatan kita mula hilang pertimbangan & akal kita pun boleh jadi tak waras. Macam tu la rasanya den boleh simpulkan kes kemalangan Bas jatuh gaung di genting highland tu.

Menurut penumpang yang terselamat.. Pemandu bas tu jadi marah bila ada sebuah kereta hon masa dia berhentikan bas lebih kurang 5 minit. Lepas dia marah2 sambil memandu tu penumpang pula tegur supaya jangan marah marah. Dia jadi bertambah marah lalu memandu laju sehingga bas hilang kawalan lalu jatuh gaung.

Sumber Astroawani

Sebab kena hon je nak naik angin agaknya kalau kena maki terbang gamaknya bas tu kelangit. Rasanya pengusaha bas express ni kena juga adakah ujian tahap kesabaran kepada bakal pemandu bas dorang supaya dapat elakkan dari pemandu hilang sabar atas sebab2 remeh macam ni sehingga mengorbankan ramai nyawa. Sabar tu penting dalam apa juga pekerjaan yang kita buat. Nak2 lagi kerja yang melibatkan keselamatan & nyawa orang ni.

 Entri yang berkaitan :
UPDATE TERKINI BAS JATUH GAUNG. SENARAI NAMA MANGSA TERKORBAN

 TERKINI! BAS JATUH GAUNG SEDALAM 150 KAKI DI GENTING HIGHLANDS 

KAKI DAN CEBISAN ORGAN DALAMAN MANGSA BAS JATUH GAUNG DI TEMUI


  ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

UPDATE TERKINI BAS JATUH GAUNG. SENARAI NAMA MANGSA TERKORBAN

KUALA LUMPUR: Berikut mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands menurut senarai yang dikeluarkan polis.

Senarai nama mangsa setakat jam 2 petang

1. Nama: Chan Fook Choy
   K/P: 511105-08-5421
   Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara,  47100 Puchong, Selangor

2. Nama: Chan Lai Huat
   KP: Tiada
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: Malaysia

3. Nama: Sub Moy @ Sak Moy
   KP: 420806-10-5596
   Jantina: Perempuan
   Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak Kuala Lumpur

4. Nama: Sukhviv Singh
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: India

5. Nama: Rafik Ali Buai Habac Chu
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: Bangladesh 6. Nama: Sek Sooi Chan
   KP: Tiada
   Jantina: Perempuan
   Warganegara: Malaysia

7. Nama: Lee Fok Wah
   KP: 510409-10-5319
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: Malaysia

8. Nama: Law Tiaw Meng
   KP: 771015-14-5339
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: Malaysia

9. Nama: Law See Kee
   KP: 940715-08-5838
   Jantina: Perempuan
   Warganegara: Malaysia

10. Nama: Auther Mash
    KP: Tiada
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: India

11. Nama: Yap Hing
    KP: 520313-10-5807
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: Malaysia
    Alamat: Tiada

12. Nama: Muhammad Rasid bin Jantan
    KP: 520828-04-5305
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: Malaysia
    Alamat: Tiada.

13. Nama: Ng Ah Heng
    KP: Tiada
    Jantina: Perempuan
    Warganegara: Malaysia
    Alamat: Tiada
  
14. Nama: Choo Peng Kwan
    KP: 470131-08-5363
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: Malaysia
    Alamat: Tiada

15. Nama: Bhuiyan Rifique Ali
    No Pasport: QC 692665
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: Bangladesh

Kecederaan: Semua mayat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan organ dalaman akibat daripada hentakan. - BERNAMA

Takziah kepada semua keluarga Mangsa. Sumber Sinar Harian Online


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com