BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL?
Bagi aku lagi cepat seorang wanita itu bangkit & move on adalah lebih baik kerana dalam Islam pun tempoh berkabung @ iddah selepas kematian suami pun hanya 4 bulan 10 hari. Dalam tempoh tu memang di larang berhias macam bermakeup, mengenakan pakaian cantik yang boleh menarik perhatian orang lain, memakai minyak wangi atau apa2 perkara yang boleh membuat orang tertarik untuk menikahinya. Apapun tak boleh pakai pakaian khas macam sesetengah penganut agama lain buat bila berkabung memakai pakaian berwarna hitam atau putih. Jadi pakailah apa2 pakaian biasa yang tak menarik perhatian orang lain. Tapi jangan la sampai comot & tak terurus pulak. Tak boleh berhias tak bermaksud sampai tak mandi, baju tak bertukar, badan bau hapak bagai yer.. So, kena faham betul betul. Kebersihan diri tetap kena jaga walau dalam tempoh iddah @ berkabung.
Selepas tempoh tersebut dah tak salah untuk teruskan hidup & buat apa yang terbaik untuk dirinya selagi benda tu tak menyalahi mana2 undang2. Kalau kematian selain bukan suami memang Islam melarang bersedih lebih 3 hari.. Bermakna bukan la tak boleh bersedih tapi tak perlu bersedih secara berlebih lebihan sampai dah tak boleh teruskan hidup macam biasa.
Islam pun dah memberi garis panduan yang baik jadi kenapa perlu timbul isu cepatnya seorang balu tu move on bagai.. Kenapa mesti ada persepsi gatal, tak sayang suami yang baru meninggal bagai atau cepat melupakan walaupun baru je meninggal dunia. Seorang balu yang mempunyai anak di bawah tanggungan ni tanggungjawab dia sangat besar ok! Tak sama macam orang yang masih ada suami. Kalau dia tak move on.. Kau nak tolong bagi anak2 dia makan? Kau nak tolong jaga anak anak dia? Kau nak tolong sara semua keperluan anak anak dia? Kalaupun selepas habis tempoh berkabung & iddah dia nak kahwin lain kau tak boleh judge dia gatal. Mungkin dengan perkahwinan tu dia ada tempat bergantung & nasib anak anak dia terbela. Seorang wanita bergelar balu ni memilih berkahwin semula bukan semua kerana keinginan hati dia sendiri. Kadang2 sebab memikirkan anak2.. dia terpaksa berkahwin. Tapi orang yang melihat.. takkan faham & tak ingin nak faham pun sebenarnya. Yang depa tau.. termuncung muncung mulut mengumpat. Macam menjadi seorang 'BALU' itu satu dosa pulak.
Berhenti memberi persepsi negatif pada golongan balu.. Betul! Ada yang mengambil kesempatan dengan gelaran 'Balu' tapi bukan semua. Mak aku pun seorang Balu.. Dia pun takde la bersedih lama2 selepas kematian Ayah aku dulu tapi kita tahu la.. Walau dia nampak macam dah move on.. sampai sekarang kadang2 dengar jugak dia membandingkan hidup dia selepas ketiadaan ayah.. Contoh ayat dia.. Ni kalau ayah hang ada ni mesti kami dah pi sana sini.. Buat tu ni.. " kat situ pun membuktikan di hati dia masih ingat suami dia yang dah lama meninggal dunia. Tak tunjuk kesedihan tu secara terbuka pada orang lain tak bermakna orang tu tak sedih. Tapi sebab tuntutan hidup.. dia tahu dia tak boleh melayan kesedihan sehingga amanah yang dia ada tak terjaga. Walau berat, walau sakit.. Dia kena bangun & kuat teruskan hidup.
Moral of the story.. Hentikan memberi persepsi negatif pada golongan balu yang korang nampak mampu tersenyum, bekerja & nampak bahagia selepas kematian suami. Apa yang anda nampak belum tentu mengambarkan apa yang mereka rasa. Tak semua orang suka canang kesedihan dia pada orang lain.. Macam aku. Erkk.. aku bukan balu yer. Tapi aku ni boleh kata susah sangat nak tunjuk kat orang aku sedih atau ada masalah nak2 lagi kat media sosial.
mak sy pon sm...hr arwah ayah meninggal mak x menangis pon dpn org rmai yg dtg ziarah. cool ja sy tgk smpai ada sedara-mara tegur kata mak saya suka kot arwah ayah dah takda...tu yg tak menangis.
ReplyDeleteBila mlm sy tido dgn mak br dgr mak menangis
Saya terkejut suami meninggal tiba² saya juga tak menangisi semasa kematiannya, tapi saya menangis semahunya selepas 3 hari ketiadaannya dan anak² mula buat perangai nerindui Babah tetapi tidak pandai utk meluahkan.
DeleteSaya juga seorang balu.. memang sakit hati bila orang judge macam2 bila kita tak tunjuk kesedihan. Bila kita tunjuk sedih pulak (kadang2 ada masa tetiba kita sentimental) kata kita tak move on pulak.. habis tu nak macam mana lagi??? Kadang2 sampai terdetik dalam hati tunggu la masa korang kena macam aku, baru tahu cemana rasanya... Astaghfirullah...
ReplyDeletesedih baca komen atas ni..T_T
ReplyDeletekita tak melalui, xtau apa diorang rasa
everything kena tgk secara +ve
ReplyDeletekalau tgk secara -ve mmg menyakitkan hati je :)
Saya juga seorang balu 7 tahun saya bawa gelaran tersebut. Allah bukakan pintu jodoh buat saya utk berkongsi suami, ada dalam doa utk ada yg hadir menjadi pembela nasib balu dan anak² yatim ini. Saya terima, tolonglah org diluar sana jaganlah pertikaikan takdir Allah kehidupan saya akan datang hidup berpoligami.
ReplyDeleteSerba salah..
ReplyDeleteTapi zmn sekrg ni , anak anak yatim macam Tak ada Waris..balu hempas pulas bg nafkah..
Betul..balu ni kena kerja..waris bagi tak cukup utk anak..sebulan rm80..makan apa anak saya..nafkah ni bukan sedekah..tapi dibuatnya macam sedekah...bagi ala kadar tapi kesana kemari makan luar ada duit..
ReplyDelete