KISAH HANTU BUDAK YANG SANGAT SEDIH

10/12/2014 12:05:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Tak semua hantu menyeramkan yang akan buat kita rasa takut bila tengok. Ada jugak hantu yang kita akan rasa sedih dengan nasib dia. Kita rasa nak berdamping je dengan dia.. sebab sedih sangat. Hahahaha.. ada ke orang camtu berdamping dengan hantu sebab kesian? Ada la kot kan.. Yelah, dalam diri dia ada sifat perikehantuan so dia cepat bersimpati dengan hantu.

Sekadar hiasan. Sumber google

Apa la kau merepek hari ahad ni sang lekit Ooi.. Sapa la gamaknya yang ada sifat perikehantuan tu? Takde sapa2.. cuma nak cerita pasal hantu yang sangat menyedihkan. Yelah semalam secara tak sengaja tertengok midnite movie kat TV3 tu.. rasanya dah lama takde sebab bagi laluan untuk liputan sukan haritu. Ramai jugak yang tengok rasanya filem Dark Water English version semalam kat tv3. Filem ni ada dalam version jepun jugak. Bukan filem baru tapi filem lama.. Aku takde koleksi DVD dia sebab rasanya dah banyak kali tayang kat tv so aku pun rasanya dah banyak kali tengok.

Apa yang sedihnya kisah hantu ni adalah hantu seorang kanak kanak perempuan bernama Natasha yang di abaikan kedua ibu bapanya yang ada masalah hidup. Dia di tinggalkan seorang diri di rumah sewa macam apartment tingkat 10, kemudian mati akibat jatuh dalam tangki air di bangunan apartment tu. Kisahnya hantu budak yang kurang kasih sayang.. apa yang di cari adalah kasih sayang seseorang jer. Cerita dia memang tak seram langsung tapi jalan cerita dia tak bosan sangat.

Part paling sedih aku rasa part last sekali.. bila hantu budak ni cuba bunuh seorang kanak kanak bernama cecillia yang baru pindah kat salah satu rumah di apartment tersebut bersama mak dia. Sebab kasih sayang si mak ni mengatasi segalanya.. dia rela jadi korban untuk temani hantu budak yang kesunyian tu. Akhirnya mak cecillia pun mati dalam tangki air yang sama dengan hantu budak tu. Punca kematian tak di kenalpasti. Last tu ada part sebelum budak cecillia tu di bawa bapak dia pindah keluar dari aprtment tu.. sebelum keluar dia ter flashback kenangan dengan mak dia.. pelan2 airmata budak tadika tu jatuh. Serius.. aku rasa macam nak menangis je tengok part tu. Teringat anak aku yang kecik.. macam mana kalau umur aku tak panjang. Macam mana dia nak biasakan hidup tanpa aku sebab selama 3 tahun ni aku 100% jaga dia. Tak pernah berpisah walau satu hari. Mana ada aku.. ada dia. Tak pernah siapa2 pun jaga dia. Ya Allah.. Semoga kau beri peluang aku jaga dia sehingga dia benar2 mampu berdikari. Tak sanggup aku nak membayangkan dia menangis cari aku.

comel pelakon kanak kanak yang pegang watak Cecillia ni kan?

Nasib baik tengok sorang2.. nangis pun takde sapa nampak kan? hahahahaha.. Moral of the story filem dark water ni jadilah seorang ibu bapa yang bertanggungjawab. jangan sampai anak jadi hantu yang sedih. Ramai je budak even masih hidup jadi hantu yang sedih sebab di abaikan.. Tak payah bagi contoh, contoh ada di sekeliling kita. Buka mata, lapangkan hati akan nampak segalanya.

9 comments:

  1. Sedih..mak dia korbankan diri demi anak

    ReplyDelete
  2. Pernah tengok dark water versi Jepun je. Baru faham part last2 rupa-rupanya hantu tu selama ni dok aim si emak sebab dia nak mak budak tu. Ingatkan kacau si budak tu sebab kalau tak silap budak tu yang dok nampak yang bukan2. Part last sekali paling sedih dimana si anak tu dah besar gi melawat hantu mak dia yang tak tua2 dah tu huhuhu

    ReplyDelete
  3. hantu... abaikan yg penting kasih dan syg ank²... huhhu...

    ReplyDelete
  4. Sedih sangat² kn sis? Terharu dgn kasih seorang ibu..yg versi jepun budak tu dah remaja baru dia datang ke flat tu dgn kawan dia..nangis jg smlm tgk citer ni. .:'(

    ReplyDelete
  5. Betul. Mmg ramai kot budak2 yg mcmni. Diabaikan dek masalah orgtua dia. Semoga kita dan keluarga dilindungi dr perkara mcmnu

    ReplyDelete
  6. Milapun tengok cita ni dah banysk kali..betul..kat dalam bilik air tu yg paling sedih..nagis jugak le...huhu bt malu je.. Kesian natasya. Si ayah ingat dia bersama makmanajala si mak pula ingat natasya bersama ayah...napalah ngok sgt x pernah rindu ke pada anak...mila tak jumpa haziq seharipun dah tak tenang hidup...

    ReplyDelete
  7. aku pun sedih tengok citer dark water ni sebab hantu budak tu nak sangat belaian seorang ibu...

    ReplyDelete
  8. saya pernah beli VCD dia, tapi tak pernah tengok sampai habis
    entah kenapa cite antu ni tak lalu nak tengok

    amin, moga kita semua dipanjangkan umur dan boleh menjaga
    anak-anak kita sehingga mereka mampu berdikari
    teringat lagu arjuna beta yang part dia nyanyi, "ngeri tak terbayang mata,
    bunda tak akan ada sentiasa" sebak kalau dengar lagu tu

    ReplyDelete
  9. Saya tengok dua2 versi : jepun dan english dan dua2 best. Betul ckp kak Suria mmg sedih part yg akhir tu. Mak dia terpaksa berpisah dgn anak sbb nak ikut hantu.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com