14 TAHUN MASIH MENYUSU DENGAN BOTOL SUSU
Rasa geli hati pun yer.. Rasa pelik pun yer.. Rasa janggal pun yer. Sang Lekit masa kecik pun suka menyusu dari botol & suka juga hisap puting botol susu kosong. Maybe tu la di namakan ketagih puting tiruan. Sampai umur berapa tak ingat tapi kiranya umur dalam 1 angka lagi la. Tapi ada adik manis sorang ni menyusu sampai sekarang (umur dah 14 tahun) dengan botol susu.Alkisahnya remaja 14 tahun ni sukar membuang tabiat minum susu dalam botol susu sampai la jadi anak dara. Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah. Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.
Dia cakap minum susu dengan botol dah menjadi rutin harian & baginya susu sangat sedap berbanding makanan & minuman lain jadi dia kata dia akan terus menyusu dengan botol susu sampai bila-bila. kekekekekekekeke. Kelas kau dik! Mak bapak budak ni pun dah habis idea nak hilangkan ketagihan anak dia minum susu dengan botol susu ni sampai pernah pergi jumpa bomoh la tapi tak berhasil. Tabiat anak dara dorang ni sukar di buang. Tiap2 bulan mak bapak dia memperuntukkan lebih kurang RM80 untuk susu tepung anak dara dorang ni.
Yang paling best dia tak kisah pulak kawan2 dia tahu pasal ni. Kalau dia kisah takkan dia tak kisah orang nak tulis kisah dia kat paper lak kan?? Bagi pendapat sang lekit la.. ketagihan ni nafsu.. nafsu memang kadang2 sukar di kawal tapi berbanding dia hisap benda2 terlarang, biarlah dia hisap susu dari botol ye tak?? Cuma terfikir kalau la dia kawen & ada anak nanti.. agaknya sambil menyusu anak dia pun di susukan sama. kekekekekekeke
Rujukan & berita penuh sila clik : SinarHarian