DAHSYAT AKAK SHOPPING. TROLI TESCO PUN DIA ANGKUT
Sang Lekit tertanya2.. apakah troli tesco turut di jual sekiranya ada pelanggan yang rasa nak beli. Iskk.. tak pernah pulak dengar troli tesco ada di jual. kan?? Alkisahnya petang semalam..Sang lekit & family (macam ramai sangat je bunyinya walhal dengan hubby & lala jer) nak keluar. Tunggu depan lift nak turun bawah. sekali sorang akak keluar dari lift bersama troli tesco yang terisi di dalamnya barang2 shopping dia. Ada la setengah troli besar tu. Terkesima sang lekit dengan hubby. Pandang sesama sendiri sebelum tergelak kecik lepas akak tu hilang dari mata kitorang.
Bukan tergamam sebab dia bershopping sakan tapi tergamam sampai troli tesco pun di angkut sekali. Dahsyat punya shopping ni. Tak tau la dia rembat ke dia beli ker.. Tak berani nak tuduh sebab sang lekit pun tak pasti. Tapi sepanjang hidup sang lekit tak pernah pula dengar troli supermarket boleh guna & beli seterusnya bawak balik rumah. Kan?? Kan?
Bab rembat ke tidak tu satu.. 1 lagi persoalan, dia angkut troli tu dengan apa?? takkan dia pergi shopping naik lori pickup kot.. kalau kereta rasanya tak muat. Mungkin Van @ MPV kot. Ke dia tolak troli tu dari tesco sampai rumah. Tesco yang paling dekat pun kat sini samada kota damansara @ kepong. Kalau jalan kaki mau semput jugak nak sampai. Apapun memang dahsyat la akak tu.. Mampu memiliki troli tesco dengan jayanya. Mungkin dia menang cabutan bertuah tesco kot.. Fikir positif sudah walau yang positif tu kedengaran seperti amatlah mustahil berlaku. kekekekekeke
Lebih kurang macam ni troli tesco yang akak tu rembat op's bawak balik
(Siap ada tag tesco lagi sebab tu sang lekit tahu troli tesco. kekekeke)