Showing posts with label china. Show all posts

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017. Lama jugak aku merajuk dari membeli belah kat ezbuy tapi lama tu tak sampai bertahun pun. Selepas beberapa bulan kemudian aku kembali menjebakkan diri dengan membeli belah di ezbuy.. Pertama sebab dalam account prepay ezbuy ada baki.. Sebab ada pembelian yang aku buat ada masalah & pihak ezbuy refund balik dalam account prepay. Bila duduk dalam account prepay nak tak nak.. Kalau nak habiskan kau tetap kena membeli belah kat ezbuy jugak. Takkan nak sedekah kat ezbuy je kat duit kita..


Sebelum ni pembelian aku hadapi macam macam masalah.. Lepas dah proceed payment tetiba barang out of stock.. dua tiga kali juga jadi macam tu. Ada yang item aku order hilang kat warehouse bila sampai Malaysia.. Barang lambat sampai bla.. bla. macam - macam masalah la. Aku pernah tulis entri mengecam perkhidmatan ezbuy sebelum ni sebab bukan aku je hadapi masalah bila buat pembelian dengan ezbuy malah ramai lagi. Ada antara dapat barang tak cukup.. Lebih sebulan barang tak sampai - sampai..

So untuk parcel yang ke 11 aku buat order minggu lepas. Memang la niat tu nak habiskan balance dalam account prepay tapi biasa la.. aku cuma manusia biasa yang iman senipis kulit bawang. Apa yang aku beli memang lebih dari jumlah duit yang ada dalam prepay accout jadi kena la topup lagi hahaha...

Lepas aku proceed tu memang aku printscreen semua.. Barang aku sepatutnya sampai 18 febuari selepas pembayaran di buat.. So aku tunggu samada kali ni barang aku dapat pada masa yang di janjikan atau tidak. Atau service ezbuy masih macam dulu...

Salah satu sebab aku suka membeli belah kat ezbuy sebab murah. Memang aku dah compare dengan website lain harga Ezbuy memang lebih murah ok!

Alhamdulillah 17 Febuari aku check status order aku dah out of delivery & pada petang tu jugak pintu rumah ku di ketuk oleh despatch dari ezbuy sambil membawa bungkusan yang aku nanti nantikan katanya. Apa lagi.. berbunga bunga hati ini menyambut bungkusan di iringi dengan ucapan terima kasih. Tu dia punya seronok keluar habis ayat2 madah berhelah katanya.. Untuk pengetahuan korang aku ambil shipping economy air (shipping kedua paling mahal. Ada yang murah boleh guna pengangkutan air tapi aku tak berapa sabar nak tunggu lebih dari 2 minggu. hahaha) selepas seminggu aku dah dapat barang. Untuk pembelian aku ni kos shipping lebih kurang RM13++

Status 15 Febuari 2017

Status 17 Febuari 2017

Barang2 yang sampai pun Alhamdulillah.. sama macam yang order.  Tak ada cacat cela kat mana - mana. Paling aku puas hati Jogger Jeans tu.. lawa ok walau harga cuma RM27++... normally jeans kalau beli kat pasaraya paling murah RM60 - RM70. Beli kat ezbuy boleh dapat yang cantik2 dengan harga bawah RM30. nak2 jogger.. kat luar susah sikit nak cari.

Tip nak membeli belah kat ezbuy kalau beli satu atau 2 item yang ringan2 & kecik2 ni bagi aku tak berbaloi. Kalau nak membeli belah macam pakaian better beli banyak. Jimat kos shipping & delivery... Sebab tu aku susah nak beli kurang dari 5 item. hahahahaha. Satu lagi T-shirt.. kadang2 even kau size S pun T-shirt china ni mungkin lebih kecil dari standard size. Better rajin2 baca ukuran yang di beri untuk lebih kepastian.

Kadang2 beli online banyak kelebihan dari cash & carry. Nak2 lagi kalau membeli belah kat pasaraya tu yang guna cash money ni. Banyak sangat keburukkan dia.. Antaranya >> 17 Perkara Buruk Bila Membeli Belah dengan membayar Guna Wang Tunai << Berbanding online shopping just transfer dari online banking settle. Tu antara kebaikkan online shopping la.. Kalau cash & carry pun aku jarang bayar guna cash tapi banyak guna debit card. Cash zaman sekarang ni agak berisiko bawa banyak2. Almaklum la zaman jenayah berleluasa ni kan

Moral of the story.. Hidup kadang2 kita kena beri peluang kepada pesalah. Mungkin dia dah berubah kearah yang lebih baik & mungkin perubahan tu lebih baik dari apa yang kita sangkakan. ehehehe

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU. Aku nak kata penggemar cakoi ni tak jugak. Rasanya dah lama tak makan. Tapi pernah la makan.. Bersama kuah dia yang rasa manis manis tu. Enjoy jugak la cuma nak kata favorite tu tidak la. Tapi setakat nak mengalas perut dari kelaparan layan jugak la kuih cakoi ni.


Kalau yang tak tahu cakoi ni satu jenis makanan orang cina di Indo - China. Cara masak dia adalah menggoreng menggunakan minyak yang banyak maka kolestrol pun tinggi la yer.. erkk.. Mengikut cerita orang orang di China, cakoi mengambarkan dua bentuk manusia di goreng kemudian ia bercantum ketika di masak. Erkk... kenapa di kaitkan dengan orang pulak kan.

Cakoi biasanya menjadi hidangan waktu sarapan tapi ada jugak menjadikan ia sebagai minum petang. Tapi yang selalu jadikan menu minum petang ni orang melayu je kalau cina tetap la cakoi kebiasaan di makan waktu pagi.

Kita biasa makan cakoi dengan kuah dia yang manis manis tu kan.. Tapi ramai yang tak tahu cakoi selain di makan bersama bubur, ia juga boleh di makan dengan kaya, sambal belacan, cheese sauce,durian,peanut sauce & macam - macam lagi. Cicah sambal tumis ikan bilis pun sedap jugak ni. Jenis kuih berasaskan tepung macam cakoi ni memang boleh di pelbagai cara makan dia. Nak makan dengan kuah kari pun sedap jugak. Ikut selera masing masing la kan...

Tu serba serbuk cerita pasal cakoi.. sebenarnya banyak lagi cerita di sebalik cakoi ni. Kalau nak sumbat dalam satu entri ni mau 2 hari 1 malam hangpa kena melukut kat blog lekatlekit.com ni. Jadi di pendekkan kisah cakoi ni korang baca sendiri la kat sini >> Nak Tahu Serba Sedikit Kisah Tentang Cakoi? Ohhh.. Baru Tahu Weyh! << So, lepas ni takde la korang susah hati nak makan cakoi lagi kan? 

Moral of the story.. Tu bestnya hidup di bumi Malaysia ni. Kepelbagaian makanan yang boleh di nikmati oleh semua kaum.

PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN

PENGALAMAN SHOPPING DI EZBUY, MURAH TAPI MERAGUKAN. Sekarang dah mula terjebak membeli belah pakaian kat online. Dulu memang tak confident sebab aku jenis size rare sikit terutama seluar la. Baju tu Insya Allah S boleh dah pakai berbanding dulu XS. Zaman size XS tak banyak.. Tapi masuk zaman size baju XS melambak di pasaran size pulak dah bertukar ke S. Almaklum membesar bagai juara sejak2 ada anak ni. Cuma tak meninggi jer... hehehe


Sebenarnya ni kali pertama beli pants secara online. Cuak jugak la. Berkali2 ukur panjang, lebar, pinggang bagai. Takut terlebih besar atau terlebih kecik cutting dia. Tapi atas kebijaksanaan Anugerah Allah.. walaupun aku kurang panjang tapi akal aku tak senteng sangat la. So aku survey pants yang crop punya la. Ni petua jugak untuk golongan2 tinggi 140cm. Kalau kau nak beli pants yang tak payah kau potong hujung kaki kau cari yang crop pants. Tapi jangan la pendek sangat. Agak2 kalau model tu pakai seluar dia paras betis tu kau beli la.. Insya Allah kalau kau pakai ngam2 tutup buku lali. hehehe.. Atau nak kepastian kau tengok ukuran dia kemudian ukur la panjang kaki kau sendiri.

Walaupun dah ukur & dah guna kuasa instinct bagai .. Tetap cuak menunggu pants yang di order sampai. Yelah.. takut tak seindah bayangan & tak seperti jangkaan katanya. Akhirnya lebih kurang seminggu lepas order barang pun sampai la pada petang khamis yang mulia. Dup dap dup dap jugak jantung berdebar. Bila buka bungkusan & try Alhamdulillah.. ngam2 besar & panjang dia dengan aku. Yelah.. jenis casual cotton pants yang kaki dia ada getah macam tu kalau labuh macam mana nak alter. Susah jugak. nasib baik la eksperimen aku menjadi. Memang ngam2 tutup buku lali.

Gini la rupa casual cotton pants yang sampai kat aku. Bagi aku tak jauh beza sangat pun dari gambar. Ada dua poket kiri kanan & dua poket belakang. So far puas hati. 

Nak shopping kat ezbuy walau barang dari luar negara tapi tak susah pun. Macam shopping kat lazada & zalora jugak. Boleh je transfer payment guna online banking. So, yang tu rasanya semua orang tahu ye dak. Proses dia sama jer macam shopping kat portal online lain. Jadi tak payah risau.

Harga? Kalau sebut harga pants tu memang murah. Sepasang baru RM15.62 tapi campur kos shipping, kos agen, kos delivery bagai RM30++ jugak la sepasang seluar. Aku ambil dua pasang RM60++. Murah ke shopping kat ezbuy ni? Untuk pants yang aku beli aku rasa murah jugak la sebab aku compare harga dengan lazada pants tu sepasang RM51++ tapi beli di ezbuy campur kos shipping bagai baru RM30++... Tu aku ambil economy air je. Ada orang ambil shipping yang lebih murah guna pengangkutan laut lagi murah la shipping dia cuma katanya 3 minggu baru dapat barang. economy air ni seminggu dah dapat.

Kalau dari pandangan mata aku ni seluar dia antara dua portal online shopping ni tak jauh beza pun. Cuma harga di lazada walaupun dah include shipping kos tetap lebih mahal dari ezbuy. Kalau beli kat lazada pun tetap shipping dia dari oeversea jugak. Sama je masa penghantaran dia.

Ketidak best shopping kat ezbuy ni walau kau beli item yang sama cuma beza warna macam pants yang aku beli ni.. tetap dia kira kos shipping dua harga. Kenapa yer dia tak kira sekali. Bukan berat pun. Bungkus je sekali, ye dak. Dah la kos delivery sampai RM8. Lagi mahal dari kos shipping tu. hehehe. Satu lagi kalau buka page dia harga seluar tu cuma RM10++ Tapi bila kau add to cart je tetiba jadi RM15++. Kenapa tak sama pulak harga yang di paparkan dengan harga yang kita perlu bayar?? Kat situ agak meragukan. Sebab masih murah tu aku proceed jugak.


Boleh la kalau nak membeli belah kat ezbuy ni. So far pants yang aku beli tak jauh beza sangat pun dari gambar. Cuma model tu pakai pendek.. aku pakai panjang je hahaha. Cuma tak puas hati kenapa harga yang di paparkan tak sama bila nak bayar. Mungkin pihak ezbuy boleh bagi penjelasan.

Apapun aku puas hati untuk first time membeli belah kat ezbuy ni. Service penghantaran aku rasa tip top sebab tak lewat malah lebih awal 2 hari katanya. hehehe.

RUPANYA INI SEBAB TART TELUR NI DI IKTIRAF TERBAIK DI DUNIA

RUPANYA INI SEBAB TART TELUR NI DI IKTIRAF TERBAIK DI DUNIA. Ada sesapa kat sini suka makan kuih tart telur.. Erkk.. aku tak sure la aku pernah makan atau tak tart telur ni. Kalau tart nenas tu pernah la. Almaklum la faktor usia semua jadi lupa. Dan memang aku jenis pelupa dari muda kot. Nak2 sekarang semakin muda remaja.. ingatan seolah2 baru kena format balik je. Hilang habis data data yang pernah tersimpan. hahahaha


Tak penting pun korang tahu aku pernah makan ke tidak tart nenas ni yang penting untuk korang tahu mana nak dapat tart telur terbaik di dunia. Dunia beb! bukan peringkat kampung.. daerah atau negeri, hokay! Nak sampai level terbaik di dunia ni bukan senang. Kena satu dunia datang merasa dulu.. Kalau semua yang datang dari berbagai negara seluruh dunia makan tart tu & cakap sedap baru layak di gelar paling terbaik di dunia.

Kuih tart ni kita sedia maklum makanan tradisi orang cina.. So jangan bangsa lain claim sebagai makanan tradisi depa. Tapi apa bangsa, agama & warganegara pun boleh makan kuih tart telur selagi bahan & cara pembuatannya halal.

Tart terbaik di dunia hanya boleh dapat kat sini >> Nak tau kenapa Tart Telur Ni Di Katakan Terbaik Di Dunia, Meh Tengok kalau nak tahu kat mana << Alkisahnya gitu rupanya. Tapi rasa was was jugak ni nak makan. Kalau korang rasa was was tak?

Apapun.. terbaik di dunia belum tentu terbaik untuk semua orang nak2 kita yang muslim ni. Nak makan apapun kena double confirm status halal. Kadang2 non muslim ni kurang faham.. asal tak letak babi dorang rasa dah halal untuk orang muslim makan. Kita tak boleh salahkan mereka sebab mereka tak faham tapi kita kena fahamkan mereka apa yang menjadikan sesuatu tu haram di makan oleh orang muslim. Bukan setakat bahan yang di gunakan, peralatan yang di gunakan juga jadi penentu makanan tu halal atau haram di makan.

JANGAN KE GUANGZHOU SEBELUM ANDA TAHU PERKARA NI

JANGAN KE GUANGZHOU SEBELUM ANDA TAHU PERKARA NI. Sejak dua menjak ni aku ala2 traveler Blogger pulak walau tiap minggu aku hanya mengukur mall2 kat kawasan jajahan jer. Jangankan keluar negara.. keluar negeri pun tidak tahun ni. Tapi tetap tu nak bagi tips bagai orang nak travel. Apa salahnya berkongsi bahan bacaan dengan orang lain. At least aku rajin jelajah dunia dengan hujung jari katanya... hahahaha


Sapa sini suka melancong ke negara china? Ok.. Ok.. turunkan tangan tu. Kalau ketiak bau tengik jangan angkat tangan lama lama sangat. Mesti la suka kan boleh melancong ke negara orang. Kot2 la hangpa tengah dok buat planning nak melawat china tahun ni.. Nak2 yang memang hala tuju ke Guangzhou. Elok la anda baca entri ni sehingga ke titik yang terakhir. Mungkin ia sangat berguna pada korang nanti.

Bukan apa kalau main terjah je takut percutian yang sepatutnya jadi percutian yang indah lagi bahagia terus bertukar menjadi malapetaka pulak. Tak best la kan macam tu. Sebab tu kita perlu tahu buruk baik sesuatu tempat yang kita nak pergi terutama memang dengan tujuan nak melancong. Adakah mempunyai tempat2 yang memang taste kita untuk di lawati. Supaya tak tersilap pilih destinasi percutian.

Aku bukan nak halang sapa2 pergi ke Guangzhou walau aku masih tak mampu nak sampai sana tapi cuma nak ingatkan. Kalau korang nak ke Guangzhou, please tolong baca ni dulu >> Sebelum Memilih GuangZhou Sebagai Destinasi Percutian Ini Yang Perlu Anda Tahu << Bukan apa untuk persediaan awal. So, takde la kena culture shock sangat kan bila sampai sana. Takut turun flight terus jadi macam rusa masuk bandar.

Jadi yang mana dah plan percutian untuk cuti sekolah bulan march nanti, plan la ke tempat yang sesuai kalau nak bawak anak anak. Agar semua yang join holiday tu dapat enjoy tanpa sebarang perasaan tak puas hati.

SESUATU SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA BERKAITAN PANDA

SESUATU SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA BERKAITAN PANDA. Malaysia dah buktikan panda boleh hidup & beranak pinak kat Malaysia cuma tu la juta2 jugak la kena sediakan budget untuk spesis panda kalau kita nak dia membiak di Malaysia. Almaklum la Malaysia sangat bijak menjadikan panda sebagai simbol diplomatik antara china & malaysia alih2.. Zoo negara terpaksa jugak tutup setiap selasa kerana tak dapat menampung kos nak bayar pekerja zoo negara. Ingat panda dah ada kat Zoo negara ramai la orang datang ke zoo sebab dah keluar budget juta2 nak bawa masuk panda hope keuntungan dia mampu la menampung semua kos kat zoo tapi tak jugak. Dah la Panda tu pun sewa jer.. Sampai masa kena bagi balik kat tuan dia..


Sapa la nak pergi zoo negara selalu.. Tiket mahal nak mampus. Nak masuk dah kena tiket.. nak tengok panda kena beli tiket lagi. Tak masuk makan minum & naik train dalam tu.. Semuanya nak kena bayar. Setakat loving couple tengah bercinta atau baru kawen nak jenjalan kat Zoo negara ok lagi sebab berdua jer... Yang beranak pinak memang tercabut butang calculator kira budget nak masuk zoo negara ni. Yelah.. normally tempat2 macam tu memang yang beranak pinak la suka pergi. Tapi kalau dah mahal macam nak beli emas.. Sapa je yang mampu. Dah la sekarang dengan GST bagai.. haus poket seluar dok korek cari duit tak jumpa. hahaha

Cakap pasal panda ni.. kebetulan sekarang sedang berlaku sesuatu kat negara kita berkaitan panda jugak. Korang takkan sangka panda yang sekor ni boleh buat semua ni kat Malaysia >> Inilah Yang sedang Berlaku Di Malaysia Sekarang Melibatkan Seekor Panda << . Mungkin Panda ni Lebih attractive dari panda kat zoo negara & mungkin mampu memberi keuntungan besar pada negara. Sebab Panda ni tak payah kurung dia di bawa berkeliaran kat serata tempat.

Pemerintah sekarang aku pun tak faham.. Kenapa dia suka sangat menyusahkan rakyat & buat benda2 yang merugikan negara. Aku rasa dia patut berehat dah.. Tapi tu la orang yang over confident dia pandai ni susah nak ajar. Kita doakan dia dapat hidayah & dia sendiri letak jawatan dengan senyuman. hehehehe

SESUATU TENTANG HONGKONG PERLU ANDA TAHU

SESUATU TENTANG HONGKONG PERLU ANDA TAHU. Hongkong ni yang aku paling banyak tahu pasal pelakon dia jer. Tu pun sebab dulu masa zaman2 bawah tanggungan mak bapak kakak no 2 aku ni gila tengok filem atau drama hongkong. Habis semua pelakon2 hongkong dia hafal sampai sekali dengan aku pun jadi terhafal. Sebab kalau tengok tv dengan dia memang TV tu dia punya la. Aku pulak jenis.. malas nak berebut TV nan satu tu.. Tengok je la. Tapi dengan arwah ayah dia selalu jugak bergaduh. Si Ayah nak tengok drama melayu si anak nak tengok drama hongkong. Tapi gaduh2 manja je la. Anak beranak la katakan.


Sebab kakak Nombor 2 ni la aku kenal pelakon komedi paling popular kat Hongkong Chow sin chi @ stephen Chow. Alah yang berlakon dalam filem CJ7 tu.. Dia jenis kalau buat lawak pun muka slamber badak je tapi kita yang tengok terkencing kencing gelak. Memang dulu banyak jugak la akak aku kumpul koleksi vcd filem dia. Kalau filem seram hongkong dulu2 pulak hantu lompat la apa lagi. Zaman budak2 tengok filem hantu lompat ni bila part tahan nafas tak bagi hantu dapat kesan, sekali dengan aku pun tahan nafas bagai nak rak. Punya feel tengok filem hantu cina tu. Dia punya takut.. terbayang2 sampai ke tidur katanya. Tu yang enjoy tengok filem seram masa budak2 sebab boleh feel seram berbanding sekarang.. ntah mana hilang deria rasa seram aku pun tak tau.

Sebab Hongkong china dah ambil balik maka banyak pelakon2 hongkong berhijrah ke luar negara tapi Tak jadi satu kerugian pun pada hongkong. Tu pasal filem & pelakon hongkong tapi ada perkara yang lebih penting yang ramai orang yang tak tahu termasuk aku tentang hongkong ni. Ada satu persamaan hongkong & langkawi.. Nak tau apa persamaan hongkon dengan langkawi try baca kat sini. Korang akan jumpa persamaan tu >> 7 Perkara Tentang Hongkong Yang Mesti Anda Tahu << Betul tak ada persamaan dengan langkawi. hehehe

Tak salah kita ambil tahu tentang negara orang ni walau kita tak ada niat pun nak pergi. Manalah tau tetiba tersesat kat sana at least kita dah ada info sedikit sebanyak tentang sesuatu tempat tu takde la macam rusa masuk kampung sangat kan.

VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL

VIDEO! SEDAP SUNGGUH SHILA AMZAH NYANYI LAGU TAMIL. Orang kata kalau dah memang suara tu sedap.. meletop kebabom.. nyanyi lagu apapun sedap. Ni baru kategori penyanyi serba boleh. Apa2 irama pun dia boleh lagukan dengan baik. Memang shila Amzah di lahirkan dengan bakat semulajadi. Sebab suara sedap ni bukan boleh dapat kat mana2.. Yang boleh belajar cuma teknik nak menyanyi dengan betul & baik je.

Kalau nak tengok video tu boleh clik kat gambar ni

Bukan la nak merendahkan bakat Najwa Latif.. Tapi Najwa latif salah satu contoh penyanyi yang boleh bawa lagu dia je. Lagu yang di compose sendiri sebab semua lagu dia buat memang nada & melodi yang lebih kurang sama. Kebanyakkan semua mendatar jer. Pernah dengar dia nyanyi lagu orang memang agak kelautan hindi. Berbanding shila Amzah yang kita tahu bakat nyanyian dia. Kalau tak takkan sampai ke china menyanyi ye dak.

Bagus jugak budak shila ni.. Nyanyi lagu melayu sedap. Nyanyi lagu omputih sedap.. nyanyi lagu tamil pun sedap. Gamaknya lagu apa Shila Amzah kalau nyanyi bunyi sumbang yer. Semua irama dia boleh bawak. Tapi satu jer Shila Amzah mungkin tak reti walau dia pandai nyanyi lagu tamil. Pakai saree... hahaha. Bukan semua orang reti pakai saree 

Moral of the story kalau nak jadi penyanyi biar pakej macam shila Amzah. Orang tak boleh pertikai apa2.. Dari segi bakat sampai la ke rupa paras semua cantik elok terletak je. Untunglah.. Ni kalau suruh mengaji pun confirm suara boleh buat ustaz2 pesbuk terlentok liuk tepi skrin. hehehe

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU. Almaklum la masih kecoh pasal isu vape yang katanya bakal di haramkan di Malaysia cuma sekarang masih tak jumpa rang undang2 untuk mengharam penggunaan & penjualannya. Dah jumpa nanti.. apalah nasib vapers sekalian. Adakah mereka kembali ke pangkal rokok atau beralih menghisap ekzos kenderaan pulak bagi menghilangkan ketagihan terhadap vape. hahahaha.. Ok.. Ok.. jangan merepek meh kita buka buku sejarah vape ni. Yang hisap vape tu bukan semua tahu asal usul vape ni.

Sumber Google

Ramai orang jual vape & hisap vape tapi berapa kerat sangat tahu bila Vape mula di cipta. Jangan terkejut kalau aku cakap vape mula di perkenalkan pada tahun 1963 oleh Herbet A. Gilbert tapi tidak di komersialkan & kemudian lenyap pada tahun1967. Rokok Elektronik @ Vape yang di gunakan sekarang di cipta oleh seorang ahli farmasi china yang bernama Hon Lik pada tahun 2003 dengan menukar nikotin dalam bentuk wap yang di larutkan dalam cecair propylene glycol. Wap nikotin inilah yang di sedut masuk ke dalam paru2 seterusnya ke aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok supaya tidak perlu menyedut asap rokok yang lebih banyak bahan kimia bahaya. Dia cipta vape @ rokok elektronik ni selepas bapak dia mati akibat kanser paru2 sebab kuat merokok. So, vape di cipta untuk membantu golongan perokok berhenti merokok.

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut.
Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer. Manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak. -sumber Rokok elektronik (Vape) -

Gitu kisahnya pasal Vape ni. Menurut artikel aku baca ada kajian di buat membuktikan dengan penggunaan Vape mampu membuatkan perokok berhenti merokok. Bagus la kalau mampu buat perokok berhenti merokok tapi jadi ketagih & obses dengan vape ni pun susah jugak macam laki si Diana Rafar, Zamarul hisham tu. Bukan je suka hisap vape malah ketagih nak membeli koleksi vape. Kan dah jadi satu pembaziran tu.

Apapun vape ke rokok ke dua2 bukan gaya hidup sihat. Dua2 pun ada kesan sampingan pada kesihatan. Sekarang ni kerajaan tengah nak mencipta momokkan terbaru berkenaan Vape pulak. Tapi kenapa tidak pada rokok yang masih secara bercukai... erkk.. ada di momokkan jugak kat kotak rokok tu tapi cuma takde sangat kempen momokkan secara besar besaran je. hehehehe

Moral of the story.. Satu benda je boleh hisap yang tak perlu keluarkan belanja atau memudaratkan kesihatan.. hisap jari. Meh kita kempen hisap jari untuk mengurangkan ketagihan rokok & vape ni. hahahaha

VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH

VIRAL WANITA DI SAMAN SUAMI KERANA LAHIRKAN ANAK HODOH HANYA FITNAH. Rasanya ramai kot masih ingat kes yang pernah jadi viral tak lama dulu pasal seorang wanita yang kononnya di saman suami sebab lahirkan anak hodoh. Cerita yang pernah jadi viral kononnya wanita tu cantik sebab pembedahan plastik bukan original. Suami dia yang konon rasa tertipu dengan kecantikkan plastik dia selama ni menfailkan saman terhadap dia.


Kesian kan... Bila dah jadi viral di laman sosial nak2 model dari luar negara ni. Kita bukan kenal sangat terus la percaya. Walhal cerita sebenarnya perempuan just buat photoshoot untuk sebuah klinik kosmetik. tapi perjanjian buat untuk iklan cetak bukan iklan media sosial tapi pihak klinik kosmetik tu langgar penjanjian & mengiklankan dia media sosial menyebabkan gambar itu menjadi viral & fitnah keatas diri dia.

Iklan tu pulak dengan caption " Satu-satunya benda yang kamu akan risau adalah bagaimana untuk memberitahu anak-anak" memang mengundang salah faham orang ramai la. Padahal perempuan sekadar jadi model gambar tu. Bukan cerita dia seperti apa yang di viralkan.

Katanya lepas gambar tu jadi viral dengan fitnah konon suaminya nak saman sebab lahirkan anak hodoh tersebar, keluar pulak dalam tabloit. Bertambah la orang mengeji & mengutuk dia sebagai perempuan plastik. Menyebabkan dia susah nak dapat pekerjaan. Dia sekarang katanya dalam proses menyaman klinik kosmetik & agensi pengiklanan yang terlibat sebab langgar perjanjian & menyebabkan dia di fitnah.

Yang aku confuse sekarang dalam artikel aku baca gambar tu memang gambar keluarga dia jadi betul la dalam gambar tu gambar anak2 & suami dia. Dalam artikel aku baca jugak tak ada menafikan dia buat pembedahan plastik cuma menafikan kes suami dia nak saman dia akibat lahirkan anak anak hodoh.

Tetap moral of the story.. Jangan ubah ciptaan Allah hanya untuk tuntutan nafsu yang akhirnya membawa kemudaratan pada diri. nak cantik dalam gambar tak payah nak habiskan duit buat pembedahan plastik. Guna filter je ok.

NAK TAHU APA KAITAN CHANGSHA DENGAN FILEM AVATAR?

NAK TAHU APA KAITAN CHANGSHA DENGAN FILEM AVATAR?. Changsha??  Mungkin ada yang pertama kali dengar nama tempat yang terletak di negara China ni. Ramai rasanya rakyat Malaysia suka melancong ke china tapi selalu dok dengar orang pergi beijing,hongkong jer.. Tempat2 lain maybe ada tapi yang paling popular itu je la kan. Lebih2 lagi changsha ni.. jarang2 dengar orang kesana. Mungkin aku je jarang nampak orang update bercuti kat sana kot.. hehehe. Tapi mesti ramai yang nak tahu apa kaitan tempat ni dengan filem Avatar kan? Apa kata baca dulu tempat2 yang menarik yang ada kat changsha.



Changsa adalah kota budaya yang berusia lebih dari 3000 tahun. Kota tu dipisahkan Oleh Sungai Xiangjiang yang mengalir dari selatan ke utara. Di Tepi timur Sungai Xiangjiang banyak terdapat hotel, Bangunan dan kedai kedai. Ia merupakan kawasan yang agak sibuk disitu. Tetapi, di Tebing barat sungai, merupakan daerah Kebudayaan yang sangat cantik, Serta terdapat banyak sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi. Di Provinsi Hunan ini pula adalah tempat lahir  Pemimpin Besar China Mao Zedong.

Terdapat satu tempat bernama Phoenix Ancient town Juga dikenali sebagai Fenghuang Ancient City, ia adalah sebuah bandar yang di jaga dan dipelihara dengan baik yang terdapat adat yang berbeza, tinggalan seni bina, seni, bahasa etnik dan lebih daripada Qing serta gaya Ming. Di kekalkan dengan gaya purba yang tak pernah di ubah dengan kemodenan

Antara menarik yang lain adalah Pulau Oren, iaitu sebuah destinasi pelancongan yang cantik. Ia terkenal kerana tempat itu adalah sebuah pulau kecil di Sungai Xiangjiang yang dipenuhi banyak pokok limau China. Sewaktu musim luruh, anda akan dapat lihat oren China berwarna kuning bergayut di ranting pokok. Dari pulau tu juga anda dapat melihat pemandangan di gunung Yuelu amat cantik.Selain itu,Ada Sungai Liuyang mengalir melalui daerah Bandar Changsha. Untuk mengetahui sejarah Bandar Changsha, anda boleh berkunjung ke Muzium, Provinsi Hunan yang terletak di tepi Sungai Liuyang. Banyak artifak yang bernilai seperti alat gangsa yang paling kuno, lukisan sutera dan lain-lain. Kesemuanya digali keluar dari kubur purba di Changsha yang masih dipelihara dengan baik.

Kalau korang nak tahu banyak lagi tempat menarik & gambar di changsha yang memang cantik2 korang boleh baca & tengok kat sini. Lagi satu kalau korang nak tahu apa kaitan changshang dengan filem Avatar korang kena baca ni >> Yang Anda Belum tahu tentang Changsha <<


Dari artikel yang aku baca & kongsikan kat blog memang changsha agak menarik kalau kita nak jadikan destinasi percutian. Mungkin bagi mereka yang suka melawat tempat2 yang cantik dengan alam semulajadi, banyak hasil seni zaman purba, budaya & sejarah. So, sesekali ubah angin duduk di tempat penuh dengan alam semulajadi ni pun ok jugak kan?

INILAH ANTARA HOSPITAL BERHANTU

Kita biasa dengar, cerita pasal hantu, pontianak atau senang kita compile cakap kisah2 seram yang berlaku di hospital la. Tak kira la hospital mana pun mesti ada kisah mistik yang di ceritakan. Samada benar2 berlaku atau sekadar di ada adakan cerita.. Yang pasti cerita seram & hospital memang sinonim sejak dulu sampai sekarang.


Tapi bukan semua hospital tersenarai sebagai hospital paling berhantu.. Kena ada kateria jugak nak di label sebagai hospital paling berhantu.. Nak tau hospital mana tercalon untuk kategori paling berhantu meh ler baca

Hospital lama Changi, Singapore
Hospital ni katanya memang terkenal dengan keseramannya di singapore. Majoriti orang singapore terutama yang duduk area changi memang tahu kisah seram hospital ni. Katanya hospital ni dulunya bekas markas tentera british yang di ambil alih tentera jepun lepas british kalah. Bila jepun kalah pulak tempat tu di jadikan hospital. Macam biasa bila ramai orang mati kat situ.. maka banyak la cerita mistik, misteri, seram, ngeri bagai.. Yelah, tempat orang mati kat antara tempat di sukai jin untuk berkumpul. Menurut cerita orang2.. ramai yang jumpa hantu tak berkepala. Sebab terlampau banyak sangat gangguan mistik, maka hospital tu di pindahkan ke lokasi lain pada tahun 1994. Lepas tu hospital tu jadi hospital terbiar & menjadi tempat untuk aktiviti paranormal.

Sai Ying Pun Psychiatry Hospital, China
Hospital ni terletak di hongkong. Dibina pada tahun 1892. Masa perang dunia ke 2, Jepun ambil alih hospital ni di jadikan tempat penyiksaan tawanan perang. Lepas tahun 1961 hospital ni di jadikan rumah sakit jiwa & di tutup pada tahun 1971. Di katakan berhantu lepas ramai orang nampak hantu tak berkepala di lorong2, kawasan hospital ni.  Ada jugak yang nampak katanya roh2 yang mati terbakar, bunyi tapak kaki & sebagainya.

Hospital Sakit Jiwa Gonjiam, Korea
Hospital ni katanya penuh barang antik & kesan runtuhan bangunan. Katanya paling seram & banyak kejadian ngeri yang berlaku kat situ. Menurut cerita penduduk tempatan, banyak pesakit kat situ mati cara luar biasa. Akhirnya hospital ni di tutup. Hospital ni menjadi hospital terbiar & barang2 didalamnya di biar macam tu je.

Hospital Putrajaya, Malaysia
Katanya Hospital Putrajaya pernah buat upacara memagar dengan menggunakan khidmat 40 pengamal perubatan Islam dari Darussyifa. Sebab katanya banyak aduan dari kakitangan hospital yang katanya menerima gangguan mistik & makhluk halus kat situ. Hantu yang paling popular kat situ katanya nama shasha. Amboi hantu nama tak kalah. western gitu. Dia menyerupai wanita berambut panjang. Katanya dia selalu muncul kat koridor bangunan Institut kanser negara pada waktu malam dengan memakai baju putih & kuning. Sejauh mana kebenaran tak sure, tapi info ni aku dapat dari blog ni >> Seram! Kelibat Misteri Wanita Berambut Panjang Di Hospital Putrajaya<<

Cukup la tu. Penat pulak rasa aku nak google. Dah dapat wakil Malaysia hope Mummydearie puas hati. Kena ada wakil Malaysia katanya sebab hantu Malaysia tak kurang seramnya. Kalau ikutkan cerita seram kat hospital ni.. mana2 hospital pun ada kisahnya tersendiri. Mak aku sendiri dulu pernah cerita masa dia bersalin adik aku kat hospital Kulim.. Dia pun pernah alami kejadian seram & mistik.. katanya dia nampak ibu & anak2 hantu. Sebab aku orang kulim maka banyak jugak aku dengar cerita seram pasal hospital kulim tapi bila google hospital kulim takde pulak tersenarai dalam hospital berhantu. Tapi rasanya pernah masuk artikel berita penampakkan pocong kat bilik mayat.

Moral of the story.. hantu ada di mana mana. Kalau takut hantu memang susah nak hidup dalam dunia ni jadi anggap la hantu pun sebahagian dari sistem kehidupan. hehehehe


PAKAI BIKINI DI MUKA UNTUK HALANG SUN BURN

Gamaknya macam mana rupa orang pakai bikini kat muka yer.. hahaha.. yang bra tu letak kat mata ke camna? spender pulak tutup bahagian kepala.. erkk.. macam tak logik pulak cara tu halang sun burn. Kalau hangpa nak tau macam mana bentuk bikini muka yang mampu halang dari kena sun burn meh tengok


Sebenarnya bila guna istilah bikini muka rasa macam lawak pun ada. Tapi fesyen pelik bikini muka ni di panggil kinis. Terkenal kat china fesyen ni. Depa pakai time nak bersantai santai di pantai.. Aku tengok dah macam topeng penyamun pun ada. hahahahaha


Ada sapa2 ke yang nak jaga kulit muka pakai camni masa beriadah tempat2 panas macam laut? Takpe lah aku rela tenyeh sunblock sekilo dari suruh aku sarung kinis ni kat muka. Satgi rasa macam alien turun ke bumi pulak orang dok pandang2 aku. hahahahaha

Aduhai.. macam2 fesyen pelik kat negara asia ni tau. Kalau korang nak tengok banyak lagi fesyen pelik yang ada boleh baca kat sini >. Fesyen terpelik asia <<

P/S : Teringat Mudhalina ke hapa nama perempuan tu yang di dakwa atas kesalahan amuk di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya yang dulu kalau nak pi mahkamah pakai topeng Ultraman. Memang aku salute la dengan confident level dia yang tak rasa segan pun pakai topeng ultraman demi nak sembunyikan wajah dia dari di rakam lensa media padahal dia ada pilihan lebih baik macam pakai purdah tapi dia pilih topeng ultraman jugak. hahahaha


KALAU MISKIN JANGAN BERANGAN NAK MASUK ZOO NEGARA APATAH LAGI TENGOK PANDA

Aku tak komen apa2 tentang kedatang makhluk comel si panda ke Malaysia. Yelah.. aku tak pandai pulak nak cakap pasal ekonomi & kepentingan negara dengan meminjam panda tu dari china, so tak perlu aku cakap apa yang aku tak tahu. Kang nampak bodoh pulak kan?? Tapi marilah kita bercakap apa yang kita tahu tentang panda ni.

Semua orang tahu Panda di tempatkan di Zoo negara. Zoo negara ok bukan zoo taiping, so kalau dah nama zoo negara parking pun kena bayar apatah lagi nak masuk zoo tu. Semalam aku baru tahu bahawasanya tiket nak masuk zoo negara dah naik RM30. Last aku pergi zoo ni sebelum ada anak kot masa tu baru RM15 (dewasa). Sekarang ni RM15 harga tiket untuk kanak kanak jer. Telan air liur jugak la kot.. RM30 per person tu... Mak Aii.. Mana ada orang melawat zoo sorang diri ye dak?? Paling2 dengan couple tak pun dengan family. Tu baru tiket nak masuk zoo, okay! Tak makan minum bagai lagi. Nak2 zaman harga barang semua high blood punya...

Apsal ko comel sangat,ha?? Sumber gambar carian google

Tiket nak tengok panda comel yang katanya sekarang ni dah tunjuk tanda2 nak berhoneymoon dengan pasangannya.. Ada harga lain pulak. Kau jangan fikir kau bayar RM30 @ RM15 include semuanya sekali dengan tengok panda yer.. Nak tengok panda sila bayar lagi katanya harga tak lebih dari RM20 tapi belum di umumkan lagi berapa harga tiket panda tu. Kita anggarkan RM20 je la yer.. Kalau sorang dewasa nak masuk zoo & tengok panda RM50 dah wei.. Tak termasuk anak bini atuk nenek bagai.

Kesimpulannya tak payah membebel panjang lebar.. MAHAL! Jadi yang semekin macam aku ni tengok panda dalam TV @ kat youtube sudah. Dah semekin buat cara semekin yer.. Kalau ada orang sponsor tu lain cerita. kekekekekeke. So, Moral of the panda's story.. Hanya golongan kaya & berkemampuan je layak tengok panda secara live kat zoo negara.

P/S : awat mahai sangat.. kata nak tolong rakyat merasa tengok panda tanpa perlu pergi ke negeri china, dah sampai Malaysia pun ramai yang tak mampu lagi nak tengok, camna tu?? Gamaknya nak tengok panda kena gilir2.. sebulan sorang atau dua orang jer boleh tengok panda kalau yang jenis family besar. Aloooo... tak happening la camtu.

P/S : Mesti ada orang akan mencebik.. kalau dah tau tak mampu dok dendiam sudah jangan banyak bunyi. ye.. ye.. tak banyak bunyi cuma teringin jugak nak tengok tapi tak mampu. Peace!
 
P/S : Dalam hidup kita tak boleh fikir perut kita jer kan.. Maybe bagi kita yang family kecik harga tu bukan satu masalah besar, bagi family yang besar lain pula budget dia. Macam aku anak sorang.. so family kami baru 3 orang, Insya Allah kalau nak sangat masuk tu masih boleh bayar cuma kami rasa macam sayang duit nak lebur kat tiket zoo & tiket panda tu. Agak mahal.


MH370 KU JEJAKI MU DENGAN DOA MOGA JADI LALUAN KITA BERTEMU

Dah masuk hari ketiga.. masih tiada sebarang petanda dia akan muncul memperlihatkan dirinya yang ghaib tu. Masih menjadi rahsia Allah.. di mana dia bersembunyi? Bagaimana keadaan dia & isi dalamnya yang berupa nyawa2 insan..

Ya Allah risau hati bukan kepalang. Setiap hari tak kira samada di tv atau di internet aku asyik tunggu jer berita terkini tentang kehilangan pesawat MH370 ni. Kat tv mungkin tak nampak manusia2 yang sel2 otak tak habis berhubung menyebarkan info2 tak sahih atau mengeluarkan pendapat yang tak sepatutnya atau mengaitkan kes ni dengan ayat2 al Quran yang mengelirukan berbanding kat alam maya ni. Bila di tegur terus Unfriend.. setakat unfriend apa lah sangat berbanding dengan orang yang bebal tak boleh kena tegur langsung kan.

Masih menjadi misteri bila penemuaan yang sepihan yang pada mulanya di katakan milik pesawat MH370 setelah di analisis bukan milik pesawat tu. Hati lega walau terus tertanya tanya.. kemana agaknya dia. Sekurang2 nya kita tahu.. masih belum ada petanda samada dia tenggelam di dasar laut atau terhempas di darat. Sekurang kurangnya masih ada harapan untuk kita sandarkan.. mereka masih selamat & sedang menunggu bantuan di lokasi yang masih belum sesiapa tahu.

 Sumber Astroawani

Ya Allah kami disini hanya mampu cuba menjejaki mereka dengan doa.. Moga doa2 kami menjadi laluan untuk para penyelamat menemui mereka. Ya Allah.. kau kekal merahsiakan semua ini dari pengetahuan kami.. Dan aku percaya,Kau ada alasan mu sendiri yang belum mampu kami tafsirkan. Ya Allah hanya kepada mu kami meminta.. berilah petanda.. berilah petunjuk.. Agar hilang segala tanda tanya. Amin..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com