KALAU MISKIN JANGAN BERANGAN NAK MASUK ZOO NEGARA APATAH LAGI TENGOK PANDA

5/24/2014 01:06:00 PM suria lekatlekit 23 Comments

Aku tak komen apa2 tentang kedatang makhluk comel si panda ke Malaysia. Yelah.. aku tak pandai pulak nak cakap pasal ekonomi & kepentingan negara dengan meminjam panda tu dari china, so tak perlu aku cakap apa yang aku tak tahu. Kang nampak bodoh pulak kan?? Tapi marilah kita bercakap apa yang kita tahu tentang panda ni.

Semua orang tahu Panda di tempatkan di Zoo negara. Zoo negara ok bukan zoo taiping, so kalau dah nama zoo negara parking pun kena bayar apatah lagi nak masuk zoo tu. Semalam aku baru tahu bahawasanya tiket nak masuk zoo negara dah naik RM30. Last aku pergi zoo ni sebelum ada anak kot masa tu baru RM15 (dewasa). Sekarang ni RM15 harga tiket untuk kanak kanak jer. Telan air liur jugak la kot.. RM30 per person tu... Mak Aii.. Mana ada orang melawat zoo sorang diri ye dak?? Paling2 dengan couple tak pun dengan family. Tu baru tiket nak masuk zoo, okay! Tak makan minum bagai lagi. Nak2 zaman harga barang semua high blood punya...

Apsal ko comel sangat,ha?? Sumber gambar carian google

Tiket nak tengok panda comel yang katanya sekarang ni dah tunjuk tanda2 nak berhoneymoon dengan pasangannya.. Ada harga lain pulak. Kau jangan fikir kau bayar RM30 @ RM15 include semuanya sekali dengan tengok panda yer.. Nak tengok panda sila bayar lagi katanya harga tak lebih dari RM20 tapi belum di umumkan lagi berapa harga tiket panda tu. Kita anggarkan RM20 je la yer.. Kalau sorang dewasa nak masuk zoo & tengok panda RM50 dah wei.. Tak termasuk anak bini atuk nenek bagai.

Kesimpulannya tak payah membebel panjang lebar.. MAHAL! Jadi yang semekin macam aku ni tengok panda dalam TV @ kat youtube sudah. Dah semekin buat cara semekin yer.. Kalau ada orang sponsor tu lain cerita. kekekekekeke. So, Moral of the panda's story.. Hanya golongan kaya & berkemampuan je layak tengok panda secara live kat zoo negara.

P/S : awat mahai sangat.. kata nak tolong rakyat merasa tengok panda tanpa perlu pergi ke negeri china, dah sampai Malaysia pun ramai yang tak mampu lagi nak tengok, camna tu?? Gamaknya nak tengok panda kena gilir2.. sebulan sorang atau dua orang jer boleh tengok panda kalau yang jenis family besar. Aloooo... tak happening la camtu.

P/S : Mesti ada orang akan mencebik.. kalau dah tau tak mampu dok dendiam sudah jangan banyak bunyi. ye.. ye.. tak banyak bunyi cuma teringin jugak nak tengok tapi tak mampu. Peace!
 
P/S : Dalam hidup kita tak boleh fikir perut kita jer kan.. Maybe bagi kita yang family kecik harga tu bukan satu masalah besar, bagi family yang besar lain pula budget dia. Macam aku anak sorang.. so family kami baru 3 orang, Insya Allah kalau nak sangat masuk tu masih boleh bayar cuma kami rasa macam sayang duit nak lebur kat tiket zoo & tiket panda tu. Agak mahal.

23 comments:

  1. Sokong. . bayar panda pun nak caj mahal =='

    ReplyDelete
  2. saya sokong! dah sampai mlaysia pun masih mahal :)

    ReplyDelete
  3. sebab mahal lah sampai sekarang x pernah masuk zoo negara yg sekarang ni.. pernah masuh zaman kanak-kanak 20 tahun yang lalu..sadis sungguh..sob sob..

    ReplyDelete
  4. Sunway harga rm60+ sorang pun penuh sesak jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah confirm la kat pegi situ org yg berkemampuan.. takpun company support untuk family day. yg saya ckp sekarang utk golongan tak berkemampuan.. so rasanya tak perlu la kot nak compare dgn perkara lain. apa je tempat yg mahal tetap golongan tak berkemampuan takkan mampu bayar

      Delete
  5. Terhibur ustazah baca entri ni, salam perkenalan sambil menabung di sini sebagai hadiah perkenalan

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..

    hehehe.. nk komen yg tak berkaitan dgn entri..
    panda tu comel.. rase nk peluk2..

    ReplyDelete
  7. mak ai, mahalnya
    anak saya dah sibuk dok mengajak tengok panda
    kalau dah mahal camni, camne gayanya

    ReplyDelete
  8. Saya dah siap cakap ngn anak2 lagi.. 'kita tak boleh pergi zoo ni.. mahal sgt. Kita pergi zoo lain ek'. Nasib anak2 memahami.

    ReplyDelete
  9. miskin sangat sis ni. ok dah tk mampu duk dediam je tayah main blog kang tk mampu nk bayo internet k bye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko memang failed mate la Anonymous. Internet aku bayar utk guna 30 hari.. nak masuk zoo 1 family lebih dari kos byr internet yg aku guna 1 fmly utk 30hari.. kalau ko pandai calculate mesti ko nampak yang mana lebih mahal? internet ke atau harga sekali masuk zoo negara tu

      Delete
    2. aku bagi idea kt ko la...lebih elok ko tengok kt tv je...jimat duit ko..haiwan dalam zoo tu bukan patung...kalau ko penjga zoo tu baru ko tau berapa kos makanan haiwan tu semua..kalau dia x tau mate..ko x tau kehidupan..

      Delete
    3. baiklah orang2 kaya.. saya tengok tv jer sebab saya tak mampu masuk zoo kekekekeke

      Delete
  10. Harga untuk tiket rm30 masuk zoo rasanya berbaloi kot sebab kena amek kira segala mak nenek cost untuk makanan, perubatan, penjagaan binatang2 tu semua. Bukan 50 ekor binatang kat dalam tu. Tapi rasanya cecah ratus2 juga tu. Saya bukan golongan berpendapatan tinggi. Untuk binatang, saya tak kisah dan tak akan pernah berkira. Saya bela seekor kucen dan beberapa ekor kucen jalanan pun monthly guna lebih kurang rm100 untuk makanan dan penjagaan dia. Tentang hal panda, nak tengok bayar. Kalau tak nak tengok, tak mengapa kerana ramai yang sanggup bayar rm20 untuk tengok binatang tu.
    from: pencinta binatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dari kecik bela kucing.. bukan berkira untuk haiwan tp tak berkemampuan zoo mahal sangat kekekkee

      Delete
  11. a'ah betol... arie tu datang pkul 4... alang2x nak melawat x cukup sejam.. ingat kan bukak sampai malam... peh tu tak jadi, keluar je la nak datang esoknya... tengok22x parking kene 5 hinggit.. padahal x sampai 20 minit pun parking kat dalam tu... sakit jiwa je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL kat memana pun parking mahal.. parking haram pun mahal parking halal pun mahal... kekekeke

      Delete
  12. Adoi .. baru berangan nak masuk hari ni .. bila call je zoo ngara .. amik ngko .. terus cancel .. yg nak pg bkan nye 2 3 orang .. big faMily weh .. mmg x la ..

    ReplyDelete
  13. Baru nak plan arini masuk..sy rmi anak..calculate pya calculate nak jgk dekat rm120 jgk ler..hehe..sy dr golongan sederhana..tp berasa gak ler kalo nak masuk byr cmtu..huhu..

    ReplyDelete
  14. Saya rasa, semua kena ubah mindset. Saya bukannya kaya atau apa. Kalau masing masing rasa pg zoo tu just nak tgk haiwan utk seronok seronok sekadar tgk haiwn mungkin rasa x berbaloi. Tapi kalau pg zoo utk tambah ilmu. Bagi peluang anak anak kenal haiwan dan tgk haiwan secara dekat instead of kenal dari buku atau tv. Kan berbaloi. Kadang kadang kt berkira sgt. Rm 20 tgk panda. Lps ni blh ke merasa tgk panda depan depan. Kita bukannya ddk dalam hutan masing masing yang selalu sangat tgk makhluk Allah yang lain.

    Maaf kalau tersinggung. Tapi bagi saya, kalau utk anak anak mahal atau tak kita usahakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu betul. Cumanya, mungkin zoo negara perlu buat zoo ni lebih seronok dan nyaman nak dikunjungi. Untuk yg dah merasa ke zoo macam di Taronga, Sydney atau Zoo Singapore pun, terasa betapa jauhnya level zoo kita.

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com