Showing posts with label klang. Show all posts

NUR AMIRAH, 14 TAHUN KANTOI MENIPU KENA CULIK

NUR AMIRAH,14 TAHUN KANTOI MENIPU KENA CULIK . Memang sakit hati aku baca berita terkini kes budak perempuan 14 tahun yang kononnya kena culik dengan Van putih. Bila tahu ia cuma helah dia nak menggatal ikut jantan kemudian berlakon call kakak dia konon kena culik.. Kau tak tau dik.. Aku ni sampai dok fikir macam mana nak hantar anak pergi & balik tadika bermula minggu depan. Trauma beb! Trauma tau tak?? Aku ada anak perempuan dik.. Kau buat perangai macam ni buat 1 Malaysia panik bukan mak bapak kau jer dik. Kau memang layak makan maki setahun la dik..


Aku memang marah giler.. Sebab budak2 sekarang memang suka buat macam tu. Lari ikut jantan kemudian nak tutup rahsia buat macam kena culik. Apa kau ingat benda2 macam ni best sangat ke? Ni zaman media sosial dik.. Cerita & berita semudah 1 clik boleh tersebar seluruh dunia. Orang lain cuak nak mampus pasal kau.. Kau elok jer dok beromen serumah dengan jantan. Apa kau ingat rakyat malaysia ni semua pencacai kau, nak buat macam tu.


Budak2 macam ni elok kurung dalam pusat pemulihan je. Kurang ajar tahap bukan tak hormat mak bapak.. Tahap menyusahkan satu negara dah. Kalau ikut rasa hati rasa nak pijak2 sampai lunyai je. Sebab kes ni buat aku makin fobia.. Anak aku pun terkesan dengan benda2 macam ni bila mak bapak dia jadi semakin overprotect. Sapa tak sayang anak dik Ooi.. Mak kau entah2 berapa hari tak makan risaukan kau!


Tolonglah adik adik.. Kalau kau gatal sangat nak merenyam dengan jantan jangan sesekali dok buat cerita kena culik. Benda ni bukan melibatkan keluarga kau je malah melibatkan kes jenayah. Ingat dik.. berseronok dengan boyfriend yang tentu jadi laki kau tak menjamin apa2 dalam kebahagian dalam hidup cuma keseronokkan sementara je. jangan nanti kau asyik nak cari kebahagian kat luar kau kehilangan benda benda macam ni >> Jutawan pun tak mampu beli 8 Benda ni.. Jadi Hargailah Jika Anda Memilikinya << Yang bakal buat kau menyesal kemudian hari.

Moral of the story.. Tolong la budak budak.. Jangan buat kami mak mak yang ada anak ni jadi meroyan pasal perangai hangpa yang tak semegah tu. Akak dulu pun gatal jugak.. cintan cintun jugak tapi tak pernah sampai nak lari ikut jantan kemudian create story kena culik bagai.

SATU LAUK SATU GST MEMANG BERSIH POKET

SATU LAUK SATU GST MEMANG BERSIH POKET. Pelik sangat ke GST di kenakan pada setiap jenis lauk @ makanan?? Takde la pelik di Zaman kegemilangan Dato Seri Najib Tun Razak ni. dah jadi rutin harian hidup rakyat malaysia tak kira miskin atau kaya untuk membayar GST. GST adalah cukai yang tak pilih kasih ok. Takde kasta2 untuk bayar GST. sangat adil & saksama perlaksaan cukai GST ni. Kau berduit ke tidak tetap kau kena bayar GST bila kau beli barang yang di kenakan cukai GST.


Semalam.. Almaklumlah genap 20 tahun umur aku katanya (sila buat2 percaya). So, macam biasa celebration family cinonet aku ni kami akan spent time together pergi makan & jenjalan. Sebab aku request nak makan ikan bakar maka suami mithali bawak la ke JERAM sana. Aku memula taknak makan kat situ.. Last makan tak sedap & mahal. Mana lagi Aroma Ikan Bakar la. tapi Sang Suami budiman cakap.. alah umpama kita mencuba kembali buat pertama kali. Ok la.. Sebab time tu belum malam & belum ramai orang makan service pun memuaskan & masakan pun tak rasa puaka sangat. Kategori sedap hingga menjilat pinggan la. Di tambah memang tengah lapar tahap cipan. Maybe Aroma Ikan Bakar kembali menaik taraf kesedapan masakan depa atau memang depa tak masak kelam kabut sebab orang belum ramai tak sure la pulak.

Bab menu ok la tapi bila tengok bil..  alahai rasa nak tumpang bahu pakcik najib menempiaskan nafsu sedih tak terkata ni. Bersepah GST pada setiap menu. Even nampak kecik2 je angkanya tapi besar kesan sampingannya tau. Kenapa pakcik najib!! Kenapa semua ini harus terjadi?? pakcik Najib mungkin penat.. Sila la berehat. Jangan siksa diri sendiri & rakyat Malaysia dengan bebanan macam ni. Kita sama2 rasa susah. Kan pakcik Najib??

Harga makanan kat situ bukan la murah sangat di tambah GST walau RM5.21 aku terbayang tu baru makan 2 mulut kalau bermulut mulut lagi la banyak. Memang la masih mampu bayar kalau setakat bertahun sekali makan kat sini tapi i tetap tak suka GST tau! Apapun kali pertama makan pepahat. Apsal rasa dia macam ada pasir ke sebab kulit dia tu depa ketuk ada yang hancur sikit. ketam sekor,udang ada 3 4 ekor,ikan pari pun ketul yang paling kecik,pepahat je dia dah pack sesiap. 1 pack rm25 siapa masak. Memang semua lauk pauk tu untuk 2 orang makan je. Tu pun aku tak bagi laki aku order sayur ke tomyam bagai dah. Takut tak habis sebab aku memang jenis tak reti sangat makan banyak lauk pauk. hahahaha. maaf aku tak snap gambar makanan walau laki aku dah ingatkan. Aku malas hehehe

Ini Malaysia kini.. GST tidak mengenal pangkat & darjat. Dia datang tanpa kerelaan rakyat tapi tak nak pergi bila di halau. Sampai bila GST nak menakluk Malaysia?? Entahlah mungkin pakcik Najib ada jawapan. Nasib baik la aku surirumah rajin masak katanya.. (rajin la sangat kan.. hahaha) so jimat la sikit. Kalau tak satu lauk 1 gst. Bukan takat bersih wallet.. habuk tak sempat nak lekat punya korek. licin terus. hahahaha

Moral of the story.. semoga pakcik Najib di beri petunjuk & hidayah dari Allah bukan geluk jampi untuk kembali ke zaman sebelum bergelar Perdana Menteri. Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan pemimpin aku kesian tengok pakcik Najib.. kening pun dah putih. Tu tanda tanda wajib pencen dah tu.

P/S : sebab pakcik najib semalam tak boleh masuk KL nak pi merembat dvd seram sebab jam. Yelah.. kan hari ni ada perhimpunan bersih maka semalam bersepah roadblock.

MISTERI SERAM BILIK ASRAMA SEKOLAH AGAMA KLANG

Entri malam jumaat kali ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku kat salah sebuah bilik asrama di sekolah agama di klang. Ni salah satu port paling di gemari golongan yang di gelar hantu atau spesis sebenarnya Jin. Kebanyakkan asrama budak perempuan la. Suka sangat menyakat gadis sunti. Almaklum dari hujung kaki sampai hujung kepala tengah membesar. Bukan je manusia geram tengok, Jin pun terliur katanya. Sedang elok katanya.


Ok.. ok.. bukan nak cerita SX malam Jumaat tapi nak cerita seram. Kisah ni berlaku kat salah sebuah sekolah agama berasrama di klang. Nama sekolah tu tak pulak di beritahu. Kisahnya satu bilik asrama yang di kosongkan sejak tahun 80an katanya. satu bilik di blok A level 3 yang menjadi misteri sebab katanya ada yang menghuni. Mungkin penghuninya tak nampak dengan mata kasar.

Area bilik tu kawasan dia takde sapa boleh letak apa2 even katanya ada budak asrama yang terjemur kasut kat koridor atau tembok depan bilik tu pun katanya esok kasut tak duduk atas bumbung, mesti terpelanting ke kolah mandi. Dijadikan satu cerita pada suatu hari ni ada satu waris pelajar datang nak jenguk anak dia kat asrama. Disebabkan konti radio asrama hari tu takde orang maka waris pelajar ni minta la tolong sorang pelajar kat situ untuk panggilkan anak dia. Pelajar yang waris dia tunggu tu duduk di bilik  A:2:5 tapi yang tolong pergi panggil entah macam mana terlajak kat bilik asrama misteri & berhantu tu. Sebab masa dia sampai pintu bilik terbuka & nampak ada pelajar perempuan di dalamnya tengah berkemban & bersikat rambut maka dia pun tanya la ada sesiapa yang bernama sekian sekian, ada waris tunggu. Dalam ramai2 minah kemban yang bersikat rambut tu ada seorang menjawab & bagitau dia salah bilik. Budak tu di bilik bawah. Tanpa fikir apa - apa dia pun pergi la panggil budak yang waris dia sedang tunggu kat bawah.

Selesai kerja dia balik ke bilik dia. Dia pun share la cerita dia tersalah bilik tadi tu. Bila dia sebut bilik yang dia tersalah pergi tu, kakak2 senior yang sebilik dengan dia agak terkejut sebab bilik tu semua orang tahu di kosongkan sekian lama. Apalagi menangis dia takut. Patut la dia kata masa dia datang semua sedang sikat rambut & semua rambut panjang panjang.

Sebab kejadian tu, budak tu tak sempat orientasi malam tu jugak dia minta mak bapak dia datang ambil dia. Lepas tu dia berulang alik je dari rumah ke sekolah tak jadi duduk asrama. Kecoh satu sekolah pasal kejadian tu. walaupun macam tu makhluk tu tak pernah kacau sesiapa kecuali bilik tu di kacau. Katanya punca bilik tu berhantu & bermistik.. dulu ada budak2 yang tinggal bilik tu dok main spirit of the coin. Kalau yang tak tau permainan tu, lebih kurang permainan seru hantu untuk tanya apa2 jer korang nak tau. Memang budak sekolah suka sangat main. Lepas tu katanya yang di seru taknak balik. lepas tu dia ganggu budak2 dalam bilik tu.  Lepas deal antara manusia dengan makhluk tu.. maka bilik tu di kosongkan & di kunci. Mereka di benarkan duduk kat situ dengan syarat tak menganggu penghuni lain.

Moral of the story.. Dia datang di jemput, dia tak mau balik jangan merungut. Sapa suruh cari penyakit.

Sumber Hantu dunia


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com