MISTERI SERAM BILIK ASRAMA SEKOLAH AGAMA KLANG
Ok.. ok.. bukan nak cerita SX malam Jumaat tapi nak cerita seram. Kisah ni berlaku kat salah sebuah sekolah agama berasrama di klang. Nama sekolah tu tak pulak di beritahu. Kisahnya satu bilik asrama yang di kosongkan sejak tahun 80an katanya. satu bilik di blok A level 3 yang menjadi misteri sebab katanya ada yang menghuni. Mungkin penghuninya tak nampak dengan mata kasar.
Area bilik tu kawasan dia takde sapa boleh letak apa2 even katanya ada budak asrama yang terjemur kasut kat koridor atau tembok depan bilik tu pun katanya esok kasut tak duduk atas bumbung, mesti terpelanting ke kolah mandi. Dijadikan satu cerita pada suatu hari ni ada satu waris pelajar datang nak jenguk anak dia kat asrama. Disebabkan konti radio asrama hari tu takde orang maka waris pelajar ni minta la tolong sorang pelajar kat situ untuk panggilkan anak dia. Pelajar yang waris dia tunggu tu duduk di bilik A:2:5 tapi yang tolong pergi panggil entah macam mana terlajak kat bilik asrama misteri & berhantu tu. Sebab masa dia sampai pintu bilik terbuka & nampak ada pelajar perempuan di dalamnya tengah berkemban & bersikat rambut maka dia pun tanya la ada sesiapa yang bernama sekian sekian, ada waris tunggu. Dalam ramai2 minah kemban yang bersikat rambut tu ada seorang menjawab & bagitau dia salah bilik. Budak tu di bilik bawah. Tanpa fikir apa - apa dia pun pergi la panggil budak yang waris dia sedang tunggu kat bawah.
Selesai kerja dia balik ke bilik dia. Dia pun share la cerita dia tersalah bilik tadi tu. Bila dia sebut bilik yang dia tersalah pergi tu, kakak2 senior yang sebilik dengan dia agak terkejut sebab bilik tu semua orang tahu di kosongkan sekian lama. Apalagi menangis dia takut. Patut la dia kata masa dia datang semua sedang sikat rambut & semua rambut panjang panjang.
Sebab kejadian tu, budak tu tak sempat orientasi malam tu jugak dia minta mak bapak dia datang ambil dia. Lepas tu dia berulang alik je dari rumah ke sekolah tak jadi duduk asrama. Kecoh satu sekolah pasal kejadian tu. walaupun macam tu makhluk tu tak pernah kacau sesiapa kecuali bilik tu di kacau. Katanya punca bilik tu berhantu & bermistik.. dulu ada budak2 yang tinggal bilik tu dok main spirit of the coin. Kalau yang tak tau permainan tu, lebih kurang permainan seru hantu untuk tanya apa2 jer korang nak tau. Memang budak sekolah suka sangat main. Lepas tu katanya yang di seru taknak balik. lepas tu dia ganggu budak2 dalam bilik tu. Lepas deal antara manusia dengan makhluk tu.. maka bilik tu di kosongkan & di kunci. Mereka di benarkan duduk kat situ dengan syarat tak menganggu penghuni lain.
Moral of the story.. Dia datang di jemput, dia tak mau balik jangan merungut. Sapa suruh cari penyakit.
Sumber Hantu dunia
Adedeh.. Takut pulak jadinya kan? Kathy pun pernah terjebak main spirit ni juga di zaman remaja. Hehehehhehe. Guna syiling 20 sen kalau tak silap. Main spirit ni lebih kurang sama macam dlm filem Filipina,Ouija tu kan sis?
ReplyDeleteItulah berani sangat lepas tu meroyan ketakutan. Yang dia duk senyap pi panggil datang buat apa. Itu namanya perigi cari timba! Eh, salah ke peribahasa akak guna ni? Hahaha....
ReplyDeleteIsh, kita pun dulu dok sekolah asrama. Nasib baiklah tak pernah berlaku kejadian tak diingini. Setakat kena hempap itu perkara biasa dah. Takdalah misteri sangat...