Showing posts with label sekolah. Show all posts

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR. Zaman sekarang semua operasi di lakukan secara atas talian. Demi memudahkan & menjimatkan masa & tenaga. Dan kerana itu SAPS di cipta untuk memudahkan semua pihak termasuk golongan guru & ibu bapa.


Sedikit pengenalan tentang SAPS ni.. dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Disini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info tentang sistem analisis peperiksaan sekolah. Boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Data yang di simpan boleh di gunakan pakai oleh semua pihak sekiranya ingin membuat sebarang analisis.

Untuk para guru.. Sistem ni memudahkan guru untuk memasukkan keputusan peperiksaan pelajar secara online. Untuk golongan ibu bapa pula SAPS memudahkan anda menyemak keputusan peperiksaan anak anak. Senang kan? Nak nak lagi zaman sekarang ibu bapa memang sibuk dengan urusan kerjaya. Jadi sistem online macam ni memang sangat membantu semua pihak.

Untuk maklumat lanjut tentang SAPS ni anda boleh ruju di Sistem Guru Online

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH

AWAS! INILAH SENARAI BARANG YANG DI LARANG BAWA KE ASRAMA SEKOLAH. Seperti kita sedia maklum selepas keluar result UPSR sekarang dah ramai dapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh. Semalam keputusan PT3 untuk pelajar tingkatan 3 pun dah keluar. Bagi adik adik yang nak sambung belajar ke sekolah Teknik, vokasional, atau mana2 sekolah yang berasrama pun kena tahu apa yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa ok! Jangan nanti bila kena rampas dengan cikgu tetiba bagi alasan tak tahu pulak..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Tapi budak budak sekarang ni.. Kadang2 walau depa tahu benda2 tu semua tak boleh bawa ke asrama & boleh menyebabkan mereka di buang asrama tetap akan buat perkara yang di tegah jadi mak bapak kena periksa juga beg anak anak sebelum di hantar ke asrama nak2 lagi yang baru pertama kali melangkah masuk ke sekolah berasrama ni. Bukan apa.. kot2 depa seludup sembunyi sembunyi bawa ke asrama nanti..

Barang yang memang di larang di bawa ke asrama adalah

1.Alat Solekmana tau yang perempuan atau spesis perempuan jadian bawa eyeshadow,lipstick,eyebrow bagai ke asrama untuk nak guna keluar dating masa outing nanti)

2. Seluar jeans - Make sure takde seluar jeans je dalam beg pakaian anak anak anda yer. Kau nak ber jeans iblis syaiton tunggu je balik kampung. hehehehe

3. Telefon Bimbit - Yang ni aku tau ramai yang bawa ke asrama/sekolah walau di larang. Tapi kalau kena rampas dengan cikgu mak bapak jangan nak meroyan pulak. Nak viral bagai.

4. Rokok - Yang ni kalau kena tangkap memang buang asrama

5. Komik/Majalah hiburan - Adik2 kau baca buku teks dengan buku rujukan sekolah sudah. 

Terlanjur buat entri aku bagi jugak senarai keperluan yang perlu di bawa ke asrama.. Rujuk gambar di bawah

Sumber : PERATURAN DAN SENARAI KEPERLUAN ASRAMA 2016

Yang mana ada anak baru pertama kali nak masuk sekolah berasrama tu boleh la merujuk pada senarai barangan yang perlu di bawa & tidak boleh di bawa. Jangan nak buat persediaan atau persiapan last minute nanti takut dah sampai asrama ada barang yang tak ada pun susah. Koperasi sekolah bukan jual semua benda nak2 lagi pakaian yang perlu di pakai sepanjang tinggal di asrama.

Moral of the story.. pada adik2 yang bakal masuk asrama tu ingat jangan dok buat aktiviti kongsi cerita seram tengah malam.. Kang ada kencing atas tilam pulak sebab takut nak ke tandas. hehehehe

NAMPAK LEMBAGA BERTENGGEK ATAS KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI SEKOLAH AGAMA DI GOMBAK

NAMPAK LEMBAGA BERTENGGEK ATAS KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI SEKOLAH AGAMA DI GOMBAK.  Hari jumaat malam sabtu kembali bersiaran kisah seram serik lekatlekit setelah lama menyepikan diri. Almaklum la pentulis kisah seram sekarang ni ada sedikit kemalasan untuk pergi berburu cerita cerita seram. Mood tu on of jer.. Malam ni pun malas malas rajin tapi tetiba rasa rindu bertamu di ruang hati yang kosong tak berpuaka sejak dua menjak ni.. Buat aku gigih jugak mengarang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Malam ni kita cerita aku nak share satu kisah seram yang berlaku di asrama lelaki sebuah sekolah agama di Gombak. Aku tak tau la berapa banyak sekolah aliran agama kat Gombak.. Yang aku tahu cuma satu. Tu pun selalu jer ternampak.. Selebihnya nanti aku interview laki aku. Untuk memastikan sekolah mana yang di maksudkan.. Kalau satu satunya sekolah aliran agama kat Gombak tu ada.. bermakna kejadian tu berlaku kat sekolah yang selalu aku nampak tu la kan..

Kisah ni berlaku kat budak ni semasa dia bersekolah kat situ. Katanya masa tu dia tingkatan 1. Kira baru melangkah ke sekolah menengah la ni. Dia duduk asrama. Walaupun jarang nak dengar kisah2 seram yang berlaku kat asrama lelaki.. Tapi tak semestinya makhluk2 ni tak berminat nak menyakat bebudak lelaki ok! Baru2 ni yang berlaku kejadian histeria beramai ramai kat sekolah di bangi pun dia pukul rata semua. Lelaki perempuan kena jugak.

Budak ni duduk asrama di tingkat 5. Kira paling atas la. Kisahnya bermula di satu malam yang sepi.. pi.. pi.. (baca dalam nada bunyi gema.. hihihi). Time tu bebudak asrama tu dah nak tidur. Dah pukul 1 pagi la katakan.. Takkan nak main dam ular lagi kan. Ada yang kena sebat dengan warden asrama pulak nanti. Katanya masa dia nak tertidur tetiba dengar bunyi ayam berkokok.. Jadah ayam berkokok tengah malam. Ayam salah setting alarm gamaknya. Lepas bunyi ayam berkokok dengar pulak bunyi macam ada something tengah cakar dinding tapi budak cuba buat tak tahu & tidur. Tapi tetap dia backup juga la dengan bacaan ayat kursi.. Bagus dik.. Kalau kau buat terlebih tahu pergi siasat bagai takut kena sorok dengan hantu pulak memalam buta.

Esok harinya dia cuba tanya dengan kengkawan dia lain samada dengar bunyi apa2 tak malam tadi tapi tak ada sesiapa dengar apa2 jadi dia ambil keputusan tak berkongsi kisah bunyi bunyian yang dia dengar malam tadi.

Kira malam pertama tu just dia warm up jer kat bebudak tu... Malam kedua bukan sorang je yang kena. Melibatkan 1 dorm pulak.  Tiba2 bekalan elektrik terputus kat dalam bilik depa ni. Dalam keadaan gelap gelita bagaikan dayang senandung... tetiba masing2 terasa macam angin bertiup kuat masuk dalam asrama mereka. Masing2 mula cuak tapi nasib baik ada seorang yang berani pergi ke kotak suis utama & on kan balik. Selepas dua minit macam tu.. Asrama mereka kembali bercahaya dengan sinaran lampu. Tapi benda tu katanya berlaku berulang kali.. sampai 3 kali jadi dalam satu malam

Malam keempat agak ganas sikit.. Salah seorang dari penghuni dorm tu kena tampar dari belakang & dia mengadu sakit. yang lain bila nampak kejadian macam tu semua jadi panik & ingat budak tu kena renjatan elektrik so depa pakat bawa kawan depa nan sorang ni keluar dari bilik menuju ke dewan. Kat dewan baru masing2 nampak terdapat kesan lebam pada leher kawan yang katanya kena tamparan misteri dari belakang tu. Masing2 jadi blur.. sebab tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kat bilik asrama mereka

Jadi 4 daripada yang ramai - ramai tu ambil keputusan untuk kembali ke dorm menyiasat. Sampai je dalam bilik masing2 nampak satu lembaga yang menyeramkan bertenggek atas kipas dalam bilik mereka. Apa lagi masing lari lintang pukang sampai ada yang tak sedar pakai selipar lain lain. Turun tangga pun main lompat jer nasib baik tak jatuh tangga. Sampai je kat dewan so di canangkan la pada yang lain apa yang depa nampak

Maka mereka sepakat semua naik ke dorm & membaca ayat kursi serta salah seorang dari mereka melaungkan azan. Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali baik. Nasib baik bebudak ni dah ada asas agama. Tahu jugak la nak buat apa bila berlaku perkara perkara macam tu ye dak.. So, jadikan pengajaran yer mak bapak dia luar sana. Jangan sibuk nak anak pandai membaca sebelum 4 tahun.. terlupa nak ajar mengaji. erkk.. mengata diri sendiri ke ni? hihihi

Katanya.. itu bukan malam terakhir mereka di ganggu. Malam seterusnya sorang lagi pulak kena. Almari sebelah dia tetiba berbunyi & pintu almari terbuka sendiri. Asal asrama je mesti hantu nak main dengan pintu almari kan? Yelah tu je perabot yang ada selain katil kan.. Sebab takut dia tarik selimut sampai tutup muka tapi menatang tu tarik kaki pulak. Sampai pagi tak tidur di buatnya budak tu. Sampai sudah katanya dia tak buka mata sebab tak berani nak tengok benda yang ganggu dia malam tu walau dia tak dapat tidur.

Bila pernah jadi budak asrama.. Antara kisah yang mungkin berlaku adalah gangguan mistik macam tu.. Memang popular sangat la kan. Cuma kadang2 tak ada gangguan pun boleh rasa macam ada gangguan bila terlalu taksub dengan kisah generasi ke generasi pasal cerita seram yang berlaku di asrama. Almaklum la budak asrama memang jadi rutin kot kumpul ramai2 kemudian bukan cerita hantu.Bila dah bosan tu la kerja dorang. Lepas ni bebudak yang duduk asrama kalau bosan sangat jangan nak buat forum cerita seram sangat.. korang tukar buat benda - benda ni pulak >> Ni Perkara Yang Anda Boleh Buat Kalau Bosan Tanpa Mengeluarkan Budget <<

Moral of the story.. jin syaitan ni bersepah. ada je kat mana mana.. So, tak mustahil dia boleh menjelma kat mana mana untuk menakutkan manusia lebih lebih kat asrama sekolah dimana ramai budak budak baru nak up acah acah dewasa.hehehehe

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI. Baca kisah sekumpulan gadis yang mengikuti perkhemahan di anjurkan pihak sekolah teringat pulak aku masa sekolah rendah pernah jugak join perkhemahan pengakap kat sekolah. Tapi dalam hutan tak pernah la camping lagi. Tu pun masa tu rasa macam seram je memalam kena tidur dalam khemah walau dalam kawasan sekolah. Tapi alih2 semua kena lari menyelamatkan diri bila berlaku satu kejadian tak di ingini..


Pada malam tu selepas selesai aktiviti, memasing kena masuk khemah untuk tidur. Nama pun pengakap.. Mesti la kena survival. Nak dapat keris gangsa so kena la tidur dalam khemah. Tapi berlaku satu kejadian yang di luar jangkaan akhirnya semua di pindahkan ke dalam bilik darjah. Sebab keadaan tak mengizinkan untuk peserta perkhemahan tidur dalam khemah. Tapi bukan la sebab kejadian seram ke hapa.. Tapi hujan & sedikit banjir air masuk dalam khemah. So, tak berapa survivor sangat la kan.. Pengakap kena tidur dalam bilik darjah beralasankan tilam hahahaha

Tu secebis kenangan masa join aktiviti perkhemahan masa sekolah rendah dulu. Tapi bila baca kisah budak2 perempuan ni yang pergi berkhemah dalam hutan & berani buat benda2 macam ni kat tengah2 hutan di malam buta memang rasa.. Wah! Beraninya!! Jangan sampai masing2 tak jumpa jalan balik rumah sudah.. Kena ingat dalam hutan banyak makhluk yang kita tak nampak so berhenti jadi budak2 yang sentiasa nak berseronok tak kira tempat. Aku rasa agak berisiko buat benda2 macam ni dalam hutan.. Nak tahu apa yang budak2 perempuan ni buat boleh baca cerita & tengok video mereka kat sini >> Rasanya korang berani tak nak pergi camping malam-malam lepas tengok video seram ni? << Ni kategori perangai tak senonoh jugak la sebab rasa tak kena tempat apa yang depa buat tu.

Masa buat memang la rasa best.. kalau kena betul - betul masa tu baru kau tahu hutan tu tebal ke nipis.. malam tu gelap ke cerah.. langit tu tinggi ke rendah. Dalam hutan dik.. Mulut pun orang suruh jaga inikan perangai. Tingkahlaku kita mungkin memberi kesan pada kita semasa berada dalam hutan. Jadi sila 'behave', ok!

DENDA DUDUK ATAS TAR LEBIH KEJAM DARI BERDIRI TENGAH PANAS

DENDA DUDUK ATAS TAR LEBIH KEJAM DARI BERDIRI TENGAH PANAS. Hari ni kecoh pasal segelintir ibu bapa yang tak puas hati dengan tindakkan pihak sekolah yang menghukum pelajar yang datang lewat duduk atas tar. Katanya nanti pakaian mereka kotor, nak solat tak boleh. Kalau anak kau bangun solat subuh confirm tak lewat sampai sekolah.. So, kat situ kau tak payah guna alasan solat sangat la. Yang pelajar lain duduk atas simen tu tak pulak kau pertikai..

Boleh tonton video pelajar yang kena denda tu kat sini

Lepas tu ada pulak yang backing.. termasuk Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang menegur pengetua sekolah tersebut supaya menggunakan budi bicara yang tinggi dalam mendisiplinkan pelajar. Konon takut effect emosi pelajar. Watdehek!! Kena denda duduk atas jalan tar pun dah menganggu emosi macam mana la nak hadap kehidupan yang lebih mencabar kat Malaysia ni. Kalau kena denda pun kau dah rasa down & putus asa.. esok2 dah berumahtangga tak dapat bayar hutang terjun laut bunuh diri gamaknya.


Aku rasa denda kena duduk kat atas jalan tar di dalam sekolah tu takde nak effect emosi sangat la.. Berbanding masa zaman aku sekolah.. Kau kena berdiri depan pelajar lain kat masa perhimpunan. Semua orang boleh nampak rupa muka2 datang lewat walau kelewatan kau tu di sebabkan bas. Biasa la naik transport awam.. Ada hari dia tak sampai pada waktu yang sepatutnya dia sampai atas masalah2 yang tak dapat di elakkan. Almaklum la kawasan luar bandar.


Gamaknya zaman sekarang ni denda duduk atas jalan tar di lihat lebih kejam berbanding zaman dulu mak bapak rilex jer kalau anak dia kena denda berdiri di tengah panas kat tapak perhimpunan. Kena salai hidup2 pun tak ada mak bapak nak complaint kalau anak depa salah. Kita pun dah buat salah tak berani nak balik mengadu kena hukuman kat sekolah.

Susah jadi cikgu zaman sekarang kan.. Rotan tak boleh, cakap garang sikit tak boleh, denda tak boleh.. Semua nak anak2 mereka yang di hantar ke sekolah di layan macam raja. Salah betul.. tak boleh cuit even hujung jari apatah lagi hujung hati. Semua takut ada kesan psikologi bagai. Aku rasa tak lama lagi banyak cikgu yang kena tekanan emosi bukan pelajar.

Moral of the story.. nak pilih kerjaya sebagai cikgu sekarang kena kental dari segi mental & fizikal. Budak2 sekarang dah la extreme.. Tahap keberanian depa kadang2 di luar apa yang kita bayangkan, di tambah campur tangan pihak ibu bapa yang macam dia sekolah dulu tak pernah hadap benda2 macam tu.

21 PERKARA PALING TAK BEST BILA MASUK TINGKATAN 6

21 PERKARA PALING TAK BEST BILA MASUK TINGKATAN 6. Dalam Family aku rasanya kakak aku yang sulung je sempat merasa masuk tingkatan 6 tu pun rasa sekejab.. sebulan ke dua bulan tak sure sebelum di panggil sambung belajar ke Uitm Arau, perlis. Yang lain2.. semua tak ada masuk tingkatan 6.. Sambung belajar ke IPT.. aku je konar baring sikit masuk U turn katanya hahaha.. U turn pun ok la jugak boleh cari makan kat blog berbekalkan sedikit ilmu masa belajar kat kolej cap ayam dulu katanya.. Ilmu2 IT tu la banyak membantu aku jadi seorang blogger hari ni. hehehehe...


Jadi nak share pengalaman sendiri memang la aku tak ada pengalaman masuk tingkatan 6 cuma terbaca satu artikel ni. Katanya mana2 pelajar yang masuk tingkatan 6 paling tak suka 21 perkara ni.. Tapi terpaksa kena hadap memang itu yang perlu mereka patuhi walaupun depa dah rasa cukup dewasa untuk buat semua tu. Undang2 tetap la undang2 yer.. Tak kira la kau rasa dewasa ke kanak kanak ke.

Tapi tak tau la betul ke tidak.. Memang benda ni benda yang tak best majoriti budak2 tingkatan 6 kena buat atau maybe certain orang rasa benda ni masih ok je. cuma aku rasa 1 perkara antara 21 perkara ni paling tak best sapa2 pun hadap iatu ragging. Almaklum la.. ragging ni kadang2 ada yang melampau boleh mengundang trauma & boleh jadi mengaibkan jugak. Bila masuk tingkatan 6 kena ragging lagi.. mesti rasa tercabar jugak ego tu. Almaklum la.. kalau ikut dah tingkatan 6 kot.. lain la tingkatan 1 katanya. hehehehe

Tapi walau dalam 21 perkara ni banyak yang tak best ada jugak yang best contoh.. time tu maybe ada mulakan hubungan serius dengan seseorang.. Sapa yang tak suka bercinta ye dak. Nak2 lagi dalam tingkatan 6 feeling budak sekolah dah tak berapa nak ada.. hehehe.. Selebinya 19 perkara yang budak tingkatan 6 rasa tak best meh baca kat sini >> 21 Pengalaman Yang Budak Tingkatan 6 Akan hadap tak kira yang best atau tak best <<

Apapun.. ketahuilah, pengalaman tu kadang2 tak best masa kita hadap tapi jadi sangat manis masa kita kenang. Mungkin benda tu akan buat kita rindu nak kembali ke sekolah.. macam aku dulu masa sekolah paling tak best kena denda berdiri kat tapak perhimpunan tengah panas.. Tapi bila terkenang balik benda tu sebenarnya buat aku jadi terkenal kat sekolah... OkBye sebelum kena herdik. hahahaha

PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA LAGI

PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA LAGI. Minggu lepas viral gambar gambar pelajar2 di SMK bandar baru bangi kena histeria beramai ramai. Bukan je pelajar perempuan tapi pelajar lelaki pun turut kena. Marah betul makhluk tu sampai mengamuk macam tu sekali. Kalau ikut dari komen Anonymous kat entri aku yang lepas katanya punca benda tu mengamuk sebab ada satu pokok besar yang menjadi habitat dia di tebang...

Untuk lihat kejadian histeria sebelum ni boleh tengok di entri ni >> 14 GAMBAR PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA <<

Tadi terbaca satu post di facebook, katanya hari ni dia dengar suara jeritan dari sekolah tu lagi. Histeria lagi bebudak tu hari ni. Amboi.. Tak puas hati lagi tu. Yang haritu dia kendurikan bebudak tu, Ni dia buat lagi konsert katanya. Pihak sekolah dah kena panggil pengamal rawatan alternatif Islam untuk atasi perkara ni. Kang tak sekolah pulak budak budak tu.

Kejadian histeria sekarang nampak macam semakin menjadi jadi. Tahun ni jer rasanya dua tiga buah sekolah kat Malaysia yang di serang histeria agak serius. Yang lepas di kelantan kalau tak silap, sampai sekolah terpaksa di tutup & di isytihar cuti peristiwa bila kejadian histeria agak serius. Mungkin faktor banyak hutan & pokok2 di tebang untuk pembangunan. Kita sedia maklum, tempat2 macam tu menjadi perkampungan bagi makhluk ghaib ni. Bila berlaku kemusnahan di habitat mereka, maka berselerak la depa menumpang sana sini.

Ketamakkan manusia ni bukan je memusnahkan habitat flora & fauna malah memberi kesan jugak kepada makhluk ghaib. Walau depa ghaib tetap depa perlukan penempatan ok! Mentang2 kita tak nampak depa.. Depa tak ada geran tanah bagai sesuka hati je kita rampas hak depa sedangkan bumi Allah ni adalah tempat semua makhluk menumpang hidup.

Moral of the story.. Manusia di ciptakan Allah sebaik baik makhluk & manusia jugak menjadi makhluk pemusnah paling kejam di muka bumi ni.

14 GAMBAR PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA

14 GAMBAR PELAJAR SMK BANDAR BARU BANGI DI SERANG HISTERIA. Sekolah & kejadian histeria macam tak dapat di pisahkan. Mana2 sekolah pun mesti ada kejadian histeria kalau tak secara beramai ramai pun mesti ada satu dua kes histeria berlaku setiap tahun. tak tahu la kenapa makhluk tu suka sangat dengan budak sekolah kan?


Tapi sebenarnya kadang2 budak2 tu je terlebih nakal. Dok seru2 jin bagai. Contoh budak sekolah suka sangat main permainan spirit of the coin. Mana aku sekolah pun permainan ni memang popular. Tu pun antara penyebab kejadian histeria berlaku juga.

Yang terbaru katanya berlaku siang tadi di SMK Bandar Baru Bangi. Pelajar di serang histeria beramai ramai. Bukan je budak perempuan.. budak lelaki pun terkena jugak. Jarang2 kita nak dengar budak lelaki kena histeria ni.. Maybe budak2 lelaki zaman sekarang terlebih kpop dalam hati kot tu tak berapa kental sangat jiwa jiwa mereka hehehe... Jangan marah gurau je. hikhikhik

Apapun tak tahu apa punca kejadian histeria ni berlaku kat SMK bandar baru bangi. Menurut komen Anonymous kat bawa katanya kejadian berpunca dari sebatang pokok besar yang di tebang & menyebabkan makhluk tu hilang tempah berteduh maka mungkin itu punca amukkan puaka berlaku kat sekolah tu. Tapi korang boleh tengok la gambar2 yang di share kat media sosial sekitar kejadian histeria tu. Gambar katanya di kongsi oleh cikgu kat sekolah tu..















Moral of the story... Semoga pelajar pelajar yang terkena gangguan/histeria ni cepat pulih.

PENGAWAS PEPERIKSAAN TERTIDUR SEMASA KERTAS MATEMATIK PMR

PENGAWAS PEPERIKSAAN TERTIDUR SEMASA KERTAS MATEMATIK PMR. Hari ni katanya adik adik yang belajar dalam tingkatan 3 sedang berjuang di dewan peperiksaan untuk PT3. Macam biasa ada yang berdebar debar, ada yang mak bapak terlebih debaran, ada yang rilex, ada yang tenang jer sebab dah bersedia dari segi mental & fizikal.. Selebihnya dia serahkan kepada Allah bila dia yang berusaha mengikut kemampuan dia.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kalau dulu sebelum PT3... Tahun2 aku sekolah ia di panggil PMR. Penilaian Menengah Rendah. Tapi sama jer.. PMR pun berlaku semasa di tingkatan 3. Time umur2 macam tu memang tengah galak dok explore dunia. Zaman memberontak nak kebebasan.. Time2 umur macam tu la. Zaman mula lupa daratan pun yer jugak. hahahaha..

Time aku ambil PMR tu.. Ada satu kejadian yang sampai  sekarang aku tak boleh lupa & mesti tergelak bila teringat. Alkisahnya.. Masa PMR berlangsung. Yang mana tak muat nak sumbat dalam dewan peperiksaan terpaksa di campak ke kelas la. Kira aku yang tercampak dalam kelas. Rasa tenang sikit.. Tak duduk dalam 1 dewan besar yang ramai pelajar. tak tau la mungkin rasa tak selesa kot aku berada dalam tempat & suasana macam tu.

Nak di jadikan kisah yang paling mencuit hati masa kertas matematik tu.. Pengawas peperiksaan yang bertugas tu tertidur atas kerusi di depan kelas. Mula2 ok la.. Dia mundar mandir pantau calon2 yang sedang jawab exam tu. Bila dia kembali duduk kat tempat tu tetiba dia terlena. Apa lagi aku tengok memasing leher jadi panjang macam zirafah. Mula ambil kesempatan nak meniru. Aku ni memang jenis ego tinggi kot.. Aku sedaya upaya tak nak meniru pun. Time tu ntah kenapa aku rasa taknak pulak ambil kesempatan. Sumpah! memang aku tak ambil kesempatan meniru pun walau ada peluang. hehehe

Bila ingat balik macam kelakar pun ada. Nasib baik tak kantoi pengawas peperiksaan yang tertido masa peperiksaan berlangsung.. Kengkawan aku yang meniru tu pun selamat sampai sekarang ahahhaa... Aku Alhamdulillah lulus kertas Matematik walau tak meniru. kekekeke

Kalau zaman sekarang benda tu berlaku & ada yang nampak. Kebetulan pula dia ada smartphone confirm dia buat live  video kat FB & jadi viral macam 9 live Video ni >> 9 Facebook Live Video Yang Menjadi Viral Baru Baru ini >> Nasib baik zaman aku tu.. Cuma budak2 reti guna telefon rumah dengan public phone je. Handphone time tu memang dah wujud tapi bukan semua orang mampu milik lagi.

Moral of the story.. Kepada pengawas peperiksaan PT3 hope jangan berlaku perkara macam tu yer... Pastikan cukup tidur. kekekeke

ORANG ASING MASUK KAWASAN SEKOLAH CABUL MURID TAHUN DUA

ORANG ASING MASUK KAWASAN SEKOLAH CABUL MURID TAHUN DUA. Aku bila baca berita atau cerita2 macam ni memang terus berderau darah. Ya Allah kat malaysia ni memang betul betul tiada kawasan yang terjamin selamat dah. Kat mana2 saja orang jahat ada sampai kat tempat2 yang kita rasa selamat pun boleh jadi tak selamat. Kalaupun tempat tu secure di lengkapi dengan ciri2 keselamatan tapi belum tentu orang didalamnya itu selamat buat kita & anak anak kita.


Dua tiga hari ni Viral pasal pencabulan yang berlaku kat Sebuah Sekolah Tahfiz. Sebab masih dalam siasatan samada betul atau tak so.. Aku tak mau buat spekulasi apa - apa tapi bila pagi ni terbaca berita pasal budak darjah dua yang di cabul orang yang tak kenali yang masuk ke dalam kawasan sekolah..Hati seorang mak ni memang sangat sangat risau. Memang la anak aku masih kat tadika.. Tapi satu hari dia pun nak kena masuk sekolah rendah jugak. Bila berlaku benda - benda macam ni sedikit sebanyak buat aku rasa fobia & trauma.

Kejadian cabul tu katanya berlaku kat salah sebuah sekolah kat Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun. Dari rakaman cctv seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20an berlenggar kat dalam kawasan sekolah. Nampak mula2 di dok ikut budak perempuan tu.. kemudian nampak budak perempuan tu pulak ikut dia. Ending video tu nampak budak perempuan tu berlari.

Menurut berita yang aku baca dari laporan polis katanya dia mengumpan budak tu dengan cerita ada kawan dia terperangkap dalam stor tapi bila sampai depan pintu bilik stor budak tu tengok tak ada sesiapa. Lepas tu dia dukung budak tu masuk bilik stor tapi sebab budak tu menjerit dia panik so dia lepaskan budak tu & budak tu pun terus lari la. Lepas kejadian tu katanya budak tu tak lagi menghadiri kelas fardu ain, hanya datang untuk sekolah di sesi pagi sahaja.

Sekarang ni polis dah kenalpasti identiti lelaki tersebut & sedang giat memburu suspek. Katanya ada mak suspek datang jumpa dengan ibu kepada kanak kanak tersebut merayu menarik balik laporan polis tapi gila la mak budak tu nak tarik balik laporan polis bila berlaku benda macam tu kat anak dia. Ni soal keselamatan bukan sahaja budak yang jadi mangsa tu malah pada semua kanak kanak lain jugak kalau orang2 macam tu di lepas bebas tanpa apa2 tindakkan undang undang di kenakan.

Nasib baik la dia tak sempat apa2kan budak tu.. Dalam kawasan sekolah tu macam mana la dia boleh seludup masuk & berani cuba buat benda tak baik kepada murid sekolah tu. Ni la berlaku bila nafsu dah susah nak kawan. Banyak lagi porno ke hapa tak tau la.

Sebab tu la kadang2 yang ada anak ramai terutamanya malas nak bawa anak anak keluar. Sebab Faktor keselamatan jugak. Aku yang anak sorang ni pun kalau kat luar memang tak lepas anak. Nak kerdip mata pun kadang2 tak berani katanya takut terlalai seminit, seumur hidup menyesal. Kita boleh nampak sekarang tak ada tempat yang selamat walaupun kat sekolah yang dulunya kita rasa anak2 bebas dalam kawasan sekolah sekarang bila ada kes2 macam ni rasa di sekolah pun dah jadi tempat bahaya jugak

MURID OKU DI TONYOH MAKANAN OLEH CIKGU SEBAB LAMBAT MAKAN

MURID OKU DI TONYOH MAKANAN OLEH CIKGU SEBAB LAMBAT MAKAN. Cikgu kalau mengajar sekadar nak dapat gaji setiap bulan memang boleh nampak keikhlasan mengajar depa tu dari perbuatan depa terhadap anak murid. Bukan aku tuduh semua cikgu tak ikhlas mengajar kerana Allah tapi kita memang tak boleh nafikan sekarang ni ramai yang pilih profesion sebagai guru sekadar nak ada kerja & gaji yang boleh menampung kos hidup mereka je. Tu yang kadang2 tak boleh kawal emosi bila terbeban dengan banyak kerja.Yelah la sebelum ni dia bayang kerja dia dari pukul 7.30 sampai 2 petang jer.. Bila cuti sekolah dia boleh holiday tapi bila jadi cikgu yang berlaku sebaliknya. Mungkin benda tu memberi sedikit tekanan & menyebabkan anak murid jadi mangsa. Tapi bukan semua cikgu yer.. segelintir sahaja.

Gambar Sekadar Hiasan. Carian Google

Jadi cikgu ni aku sendiri nampak memang kerja & tanggungjawab depa sangat berat nak2 lagi yang ajar budak2 kecik 4,5 & 6 tahun kat tadika. Bukan setakat mengajar malah kena mengasuh jugak. Almaklum la.. budak2 umur macam tu ada yang tak mampu urus diri sepenuhnya lagi. Apatah lagi kalau anak murid tu tergolong dalam golongan kanak kanak keperluan khas (OKU) tak kira la delay development ke, autisme ke, disleksia ke,sindrom down ke hapa... Kalau yang kita boleh nampak jelas kekurangan dia macam sindrom down ni senang. Tapi kalau autisme serius.. nak2 lagi yang mild autisme. Pandangan mata kasar memang tak mampu nak detect mereka adalah autisme. Tapi boleh kesan.. bila tengok cara mereka bermain, bergaul & belajar. Macam anak aku pulak.. masalah dia speech delay & Low attention. Tu masalah dia paling ketara. Bergaul & bermain setakat ni takde masalah. Malah aku dok ajar kat rumah dia boleh ikut cuma tu la attention suka hilang. Dia buat latihan sekejab.. kejab lagi tetiba dia buat benda lain. Lepas tu sambung buat balik. Cikgu pun kata tang social tu dia memang ok je. Kalau tengok dari pandangan mata kasar.. macam budak2 normal jugak sebab dia tak ada hyperactive atau ADHD.

Hari2 sebelum pergi sekolah, di sekolahkan mak dia dulu kat rumah. Setakat ni dia boleh la buat latihan menulis sambung titik2 tu. Bahan belajar dia aku google & print out je. Sebab dia pun memang dah kenal huruf & number jadi kena buat latihan menulis pulak la. Sebelum ni asyik menconteng je. Lepas bagi Jus Caliph ada la progress yang membanggakan. Senang sikit nak suruh belajar. Dari menconteng dah mula nak menulis. Ok la tu kan..  Kat sekolah pun aku tengok memang cikgu dok bagi latihan tu sekarang. Apa ingat aku dok meronggeng kat blog je ke?Tu sebab sekarang ni tak sempat sangat nak beramah mesra kat blog orang.

Cikgu anak aku yang sekarang ni pun tak faham sangat tentang masalah anak aku. Kalau cerita pasal autisme dia tak tahu apa2 apatah lagi aku nak explain kat dia pasal sensory problem yang anak aku hadapi sekarang. Cikgu sebelum ni.. (cikgu ganti) Alhamdulillah dia memang faham sebab dulu dia ambil course perkembangan awal kanak kanak.. so, senang saya aku nak follow up perkembangan anak aku kat sekolah. Tapi cikgu sekarang 2 hari masuk mengajar dah merungut pasal anak aku yang memang ada masalah attention ni. Aku cakap kat dia.. Doktor yang suruh aku hantar ke tadika biasa.. Memang 3 bulan pertama masalah attention tu mungkin ada. Sebelum aku hantar aku dah mention kat cikgu sebelum ni. Dia kata tak ada masalah. Depa akan bantu dia dalam pengurusan diri nanti. Aku bagitau kat rumah aku ada buat homeschooling so jangan risau. Malah kerja2 yang dia buat kat rumah haritu aku hantar kat cikgu manalah tau kot2 penyelia dia nak tengok. Yelah kat sekolah cikgu tak reti nak tarik perhatian dia untuk buat aktiviti Sebab dia ada cakap.. risau takut pemantau dia datang tengok keadaan anak aku yang kurang fokus masa belajar. Kertas kerja yang aku bagi anak aku buat kat rumah tengok dia ambil jugak. Anak aku bukan hyperactive lari sana sini atau kacau kawan pun. Cuma dia jenis belajar tapi tak duduk statik. Suka berubah tempat.


Cikgu merungut pun hati seorang ibu ni rasa sedih & bersalah sangat.. Inikan cikgu tonyoh makanan yang dia sedang makan dengan alasan nak disiplinkan diri. Gamaknya cikgu tu kat rumah dia mendisiplinkan anak2 dia cara macam tu kot. Lambat makan kena tonyoh muka dengan makanan. Dah tau budak tu budak keperluan khas (OKU) ada autisme.. Tetap kau nak trick dia macam budak normal memang bukan makin elok tapi bakal merosakkan lagi pemikiran dia. Ni cerita bukan pasal anak aku tau. Setakat ni cikgu anak aku takde la buat bukan bukan. Ni kisah aku baca dari blog OhBulan tentang luahan hati seorang ibu yang kecewa dengan tindakkan cikgu yang bagi dia agak melampau sebab anak dia seorang Autisme.


Cikgu tu katanya tak mengaku dia buat macam tu masa di panggil bersemuka selepas mak bapak budak tu buat komplen pada pihak sekolah tapi banyak saksi di kalangan pelajar kat situ nampak cikgu buat macam tu kepada budak autisme ni. Tau pulak takut yer..Kes tu dah jadi kes polis bila keluarga kanak kanak tersebut membuat laporan polis. Bukan kata cikgu tak boleh cuit langsung anak murid.. tapi agak agak la. Budak tu special kids kot..  Anak aku pun aku pesan kat cikgu kalau nak bagi dia dengar cakap, marah sikit pun takpe. Marah sikit la.. kalau sampai maki hamun, tunggu mak dia masuk mengadap la.Sebab cara tu salah satu cara aku mendisiplinkan anak aku jugak. Sebab tu dia lebih dengar cakap aku dari bapak dia sebab aku lagi garang. hahahaha.

Mendidik dengan mendera jauh beza yer cikgu cikgu. Kalau dah macam tu kau trick budak OKU bukan mendidik tapi memang minta kena herdik. Takde alasan yang boleh membetulkan perbuatan macam tu tak kita kau buat kat murid normal sekalipun. Memang cara didikan macam tu nampak biadap & kejam sangat. Kalau kau nak tonyoh muka anak kau.. tu kau punya pasal tapi kalau kau tonyoh muka anak orang macam tu memang kau cari pasal.

Kalau nak tenyeh sangat muka.. Sila tenyeh muka murid yang tengah cikgu mengajar depa dok selfie dengan muka macam ni >> Asal Usul Selfie & duckface << Tonyoh sampai muncung terpenyet pun takpe. Lagi boleh dok muncung lagi tu tak kira masa depa dok selfie. Hahahaha

Moral of the story.. Rasanya kementerian pendidikan kena bagi kursus kat semua guru2 tak kira bukan guru pendidikan khas kesedaran tentang autisme. Sekurang kurangnya cikgu tahu apa itu autisme sebab sekarang ni banyak murid yang ada autisme belajar di aliran perdana. Sebab autisme ni ada banyak level.. ada yang high functioning memang boleh belajar di aliran perdana & orang pun mungkin kurang perasan yang dia ada autisme cuma ada la certain perangai autisme tu still ada. Dah banyak golongan autisme yang berjaya & pegang jawatan dalam bidang profesional macam doktor. Sebab aku pernah baca seorang student ni nak buat thesis ke hapa pasal autisme. Kebetulan masa tu dia kena jaga mak ke bapak dia kat wad.. sambil jaga sambil siapkan assignment.. tetiba datang seorang doktor tanya dia tengah buat thesis pasal autisme ke? Lepas tu doktor tu cakap dia pun salah seorang autisme jugak dulu. See... kalau anak kita di dignose sebagai autisme jangan putus asa tapi terus usaha. Anak anak autisme masih ada masa depan yang cerah. Autisme bukan malapetaka tapi sebenarnya anugerah paling istimewa sebab kebanyakkan mereka ada kebolehan yang mungkin lebih hebat dari anak anak normal.

DATO VIDA SEMAKIN MELAMPAU PROMOSI PRODUK DI SEKOLAH

DATO VIDA SEMAKIN MELAMPAU PROMOSI PRODUK DI SEKOLAH. Dia ni spesis kaduk naik junjung.. atau lebih senang orang kata bagi betis nak peha.. bagi peha dia nak kepala. Mentang2 la dia ada duit.. Sampai sekolah pun dia nak buat tempat nak promosikan produk dia.


Menurut sumber yang aku baca katanya Sebuah sekolah ni nak adakan mesyuarat PIBG yang menjemput Dato Vida untuk perasmian penutupan mesyuarat. Dalam surat tu siap tulis pakaian formal dengan tema pink. Lepas tu ada pulak promosi produk dia. Amboi macam buat hari kantin sekolah dah nak berjual beli kat sekolah. Ingat dia bekas guru.. dapat kelonggaran la kot. Tapi mula2 guru besar sekolah tu pun macam pak turut jer.. Membenarkan aktiviti tu kat sekolah dia tapi tetiba NUTP warning tak tau apa jadi pulak.

Sumber Beautifulnara. Pinjam jab yer.. Siap Warning tu Beautifulnara. Sapa Printscreen IP address di record. Sampai macam tu sekali yer Abang Nara hahaha

Sekali kena warning.. Supaya dia tidak menganggu sesi pembelajaran dengan membuat promosi produk dia kat situ. Siap mention dalam surat suruh ajak jiran tetangga, kenalan semua datang memeriahkan promosi produk dia.


Hello.. Dato vida tak cukup lagi ka stesen TV kau dah beli, pasukan bola sepak kau dah jadikan badut sebagai duta produk kau.. Sekarang sekolah pun kau nak tawan dengan kuasa pink kau tu. Sudahlah.. Dato vida Ooi.. tau kau terlajak kaya. Boleh sponsor juta2. Tapi ingat sama yang Maha Kaya kat atas sana boleh ambil semua kekayaan kau sekelip mata. Aku tak jeles pun dengan kejayaan Dato Vida.. Aku pun kagum dengan kejayaan dia tapi serius aku cukup tak berkenan dengan perangai over limit dia tu. Sebab selama ni apa dia nak.. Semua orang ikut maka dia rasa kat mana2 pun dia boleh guna untuk promosikan produk ni. Hope.. tak melarat sampai ke masjid la.

Dalam hidup jangan anggap kita berduit sentiasa bertuah & apa kita nak selalu dapat. Bukan semua orang boleh di beli dengan duit. Tapi semua orang boleh dapat tuah walau tak berduit banyak sekalipun. Cuma kena tahu caranya.. Nak tau cara untuk lebih bertuah tahun 2016 ni meh tengok kat sini >> Nak Lebih Ong 2016, Ini Petua Yang Korang Kena Ikut <<

Moral of the story.. Itulah Ujian Orang yang di Uji dengan kekayaan. Syukur la kita hidup seadanya.. Tak ada aset berjuta juta tapi cukup makan minum pakai semua. Ada tempat tinggal.. ada kenderaan nak bawak kemana mana. Kalaulah kita sekaya Dato Vida.. tak tau la perangai kita jadi macam mana. Entah2 lagi over dari dia siapa tahu.

CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!

CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!. Pejam celik dah sebulan anak aku ke sekolah tabika ... Alhamdulillah aku sentiasa pantau perkembangan dia kat sekolah. Cikgu cakap ok je. Dia boleh bergaul cuma masalah biasa dia cuma attention. Tu aku sedia maklum memang anak aku ada masalah. Anak aku ni.. Perkembangan dia delay. Dia ada SI problem yang memerlukan terapi untuk pulihkan. Therapist dia pun selalu mention, Insya Allah masalah SI ni boleh hilang cuma perlukan terapi. Aku just cuba yang terbaik je.. Selebihnya aku redha dengan anugerah Allah paling aku sayang ni. Sebolehnya aku tak nak bebankan anak aku di luar kemampuan dia.


Selepas sebulan kesekolah.. hari kedua di bulan kedua persekolah tetiba balik muka dia ada kesan luka. Muka bapak dia pun jadi muka orang terluka sangat. Almaklum la.. anak kesayangan. Dah tu.. itulah satu satunya anak dia setakat ni. Sebab bapak dia yang collect dia dari sekolah semalam.. (memang rutin pun bapak dia hantar & ambil dari sekolah kecuali ada hal aku la take over tugas tu). Kata bapak dia cikgu cakap dia garu tapi serius kesan luka tu memang bukan kesan garu. Lagipun selama 4 tahun aku jaga sendiri anak aku tak pernah pulak lala garu muka dia sampai luka macam tu. Kuku pun aku sentiasa potong pendek. Kesan dia macam tercucuk sesuatu. Bertitik2 macam tu kesan luka dia. Muka pun comot sikit.. sebab aku tau anak aku menangis. Yelah.. aku yang jaga dia selama 4 tahun 100%. Aku tahu macam mana kesan anak aku lepas menangis.

Aku syak cikgu tak bagitau perkara sebenar apa yang berlaku kat anak aku. Memang alasan.. "dia garu kot.. " tu mencurigakan sangat. Aku bukan nak salahkan cikgu tapi aku risau bila cikgu cuba sembunyikan sesuatu yang berlaku pada anak aku macam ni, aku rasa anak aku tak secure kat sekolah. Kalau dia jatuh ke, kawan yang buat ke atau apa2 je.. Just bagi tahu benda yang betul. Bila dia bagi alasan yang tak logik.. serius aku rasa tak puas hati sangat. Aku dah mention awal2 anak aku macam mana.. Dorang yang cakap takde masalah nak terima anak aku sekolah kat situ. Aku tak paksa pun. Tapi dorang yang bagi jaminan Insya Allah dorang akan bantu anak aku.

Ni kesan luka dah kering sikit aku snap pagi tadi. Memang tak nampak langsung macam bekas dia garu. Dekat sangat dengan mata..

Cikgu.. aku cuma harap jangan menipu. Aku takut bila cikgu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku benda ni akan mudaratkan anak aku nanti. Kalau dia tak sesuai sekolah kat situ, at least aku tahu & boleh fikirkan cara lain untuk sekolahkan anak aku. Jangan bila tanya semua ok.. tapi sebenarnya tak ok. Sekarang suami aku pun dah tak confident nak hantar ke sekolah.. cuma aku cakap takpe. Just tahun ni. Ikut suami aku dia tak bagi dah anak aku sekolah kat situ bukan sebab anak aku tak boleh calar sikit tapi sebab anak aku tak boleh berkomunikasi lagi. Dia speech delay. Dia macam budak baru belajar cakap je sekarang. Tak pandai cerita sangat so benda ni paling merisaukan kami bila berlaku perkara2 macam ni.

Moral of the story.. Pengajaran buat cikgu cikgu tadika benda macam ni bukan perkara remeh untuk di selindungkan bagi sesetengah mak bapak macam kami ni. Kami bukan nak salahkan cikgu. Kami tahu cikgu cuma mengajar bukan mengasuh tapi lumrah budak tadika yang baru kenal persekolahan memang tugas cikgu agak berat sebab kena pantau supaya tak berlaku kemalangan2 yang boleh mengakibatkan kecederaan. Yelah.. kita manusia kadang2 terlepas pandang tapi harap jujur dengan mak bapak pelajar tu apa yang berlaku. Menipu bukan penyelesaian tapi permulaan sebuah masalah yang mungkin jadi lebih besar. Aku taknak perkara macam ni di biarkan nanti sampai satu masa bagi kemudaratan pada anak aku. Tu benda paling aku risau. Serius.. aku tak salahkan cikgu cuma aku terkilan sebab aku rasa cikgu tak bagi tahu benda yang betul apa yang berlaku kat anak aku.

VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR

VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR. Memang la depa bukan orang kaya tapi tak ada la sesusah yang di gambarkan dalam Viral yang tengah tersebar sekarang. Mak dia masih mampu sediakan pakaian sekolah untuk setiap anak dia. Bukan macam yang tersebar konon Adik terpaksa lambat daftar masuk tingkatan satu sebab berkongsi uniform sekolah dengan abang dia.


Terkejut mak dia Bila Pusat Zakat Pulau Pinang tiba2 terjah kerumah dia untuk mengetahui sejauh mana kesusahan mereka adakah seperti yang di gambarkan dalam Viral baru baru ni. Ibu tunggal 3 anak yang masih bersekolah ni ada terima bantuan dari pusat Zakat & JKM.. Cuma memang anak dia yang tingkatan 1 tu lambat daftar sekolah sebab katanya baru tahu anak dia dapat sekolah kat situ.

Kita pun nak prihatin jangan la sebar berita palsu. Buat spekulasi hanya dari sekeping gambar. Takkan la size baju sekolah abang dia yang tingkatan 4 sama dengan dia yang tingkatan 1. Siap buat cerita konon datang sekolah pun jiran yang bagi duit. Mak dia setiap bulan terima bantuan zakat RM400 & dari JKM RM300 campur duit kerja dia lagi.. Insya Allah walaupun susah.. mak dia masih mampu sekolahkan anak anak dia. Rumah pun bukan rumah sewa.. Depa dapat Rumah PPR.

Artikel penuh baca kat sini >> AstroAwani <<

Apapun.. walaupun mereka susah hope dengan peluang yang ibu depa bagi untuk belajar depa gunakan sebaik mungkin untuk belajar bersungguh sungguh sampai jadi orang berjaya macam ni >> Kisah Seorang Wanita Pernah Di Anggap Gila Kerana Berhenti Kerja Untuk Lakukan Perkara ni Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan << Boleh keluar dari kepompong kemiskinan. Mungkin bila dah kaya macam Dato Vida nanti depa pulak boleh memanafaatkan kekayaan tu kepada orang2 yang pernah melalui kehidupan susah macam mereka masa kecil dulu.

Moral of the story.. Sebab tu aku jarang nak clik share bila ada sesuatu viral ni. Memang niat kita tu baik tapi takut niat yang baik tu jadi sebaliknya bila apa yang kita share sebenarnya tak betul pun. Tapi tu la zaman media sosial ni kalau tak jadi viral lambat pulak tindakkan dia cuma kita nak turut menyumbang pada aktiviti memviral sesuatu perkara pulak jadi was was sebab yang betul dengan tak betul dah sama banyak.

JANGAN BIARKAN 2015 BERAKHIR TANPA BUAT PERKARA NI

JANGAN BIARKAN 2015 BERAKHIR TANPA BUAT PERKARA NI. Salam Maulidur rasul buat semua. Cuti lagi la bagi mereka yang bekerja. Time2 cuti macam ni la nak habiskan masa berkualiti bersama anak anak. alang2 cuti sekolah masih ada beberapa hari lagi kan.


Kalau budak2 dulu sebelum wujudnya gadget elektronik memang cuti sekolah banyak je aktiviti outdoor dengan kawan kawan. Budak kampung macam aku selain main.. ada la pergi memancing la, hiking bukit kat kampung & banyak selain tengok kartun kat tv. Tapi budak2 sekarang selagi mak bapak tak merancang aktiviti luar rumah.. selagi tu dia terperuk dalam rumah mengadap tv, tablet & smartphone je la..

Kesian kan zaman kanak kanak sekarang.. Nak keluar sendiri jenayah banyak sangat. Kena jugak tunggu mak bapak yang bawa keluar walau nak ke padang permainan yang tak jauh dari rumah. Bersempena cuti Maulidur rasul esok pula orang dah start cuti untuk christmas elok la korang buat benda ni dengan anak anak >> Jangan Biarkan 2015 Berakhir Untuk Korang Sekeluarga Macam Tu Je. Cuba 7 Idea Epik Ini! << Rugi biarkan 2015 berakhir tanpa buat aktiviti ni dengan anak anak.

Mesti anak anak korang suka & menjadi sejarah terindah dalam hidup dia kalau dapat buat semua tu dengan orang2 tersayang. Benda tu mungkin menjadi cerita kenangan yang akan di ceritakan dari satu generasi ke generasi katanya. Yelah.. Indah sangat katanya. heheehe

CUTI SEKOLAH MUSIM ORANG HILANG DARA & TERUNA

CUTI SEKOLAH MUSIM ORANG HILANG DARA & TERUNA. Amboi... Tajuk tak menahan tu. Mula la sel2 otak jadi warna kuning. Masing2 mula membayangkan upcara dalam selimut sedang berlangsung. Hangpa ni kan.. kalau sebut teruna & dara tu ja hangpa bayangkan. Hello.. Walau aktiviti tu tak berlaku pun tapi bila masuk satu alam ni memang akan hilang teruna & dara dia walau belum di sentuh pun. Nak tahu alam apa.. alam ghaib ke.. alam maya ke hapa meh baca dulu.


Cuti2 sekolah ni memang ramai orang bertemu jodoh.. Sana sini orang dok cerita pasal jemputan perkahwinan. Maka cuti sekolah sejak dulu lagi sinonim dengan orang akan hilang dara & terunanya... Hahahha. yelah.. dah kahwin tak ada orang nak panggil anak dara & anak teruna lagi. Dah jadi bini & laki orang confirm la hilang title teruna & dara tu, ye dak? Maka hilanglah teruna & dara dalam hidup pasangan yang dah berkahwin sejak dari lepas akad nikah. Kau sentuh menyentuh ke tidak.. Lepas je kau dah sah jadi laki bini takde orang nak panggil kau anak dara & anak teruna dah. hahahaha

Musim cuti sekolah banyak orang kahwin so musim cuti sekolah la orang banyak hilang teruna & dara so takde salah la tajuk entri tu, kan??.. hahahaha. Bila dah kawen mesti la nak honeymoon bagai bagi yang memang dah sediakan budget honeymoon. Kalau yang ada budget tak tau nak pergi mana ber honeymoon inilah masa yang paling sesuai anda ke Boracay atau Cebu. Kenapa time ni paling sesuai korang ke sana. Ini sebabnya >> Ini sebab Kenapa Anda Perlu Ke Cebu atau Boracay sekarang. Kalau lain kali tak jamin benda ni ada lagi <<

Pada semua pengantin baru & bakal pengantin baru di musim cuti sekolah ni.. Selamat pengantin baru & selamat menempuhi detik2 anda bakal kehilangan teruna & dara. Semoga ikatan perkahwinan itu berkekalan hingga ke akhir hayat & bertemu semula di syurga.

PEMBONGKARAN TENTANG BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL

PEMBONGKARAN TENTANG BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL. Bahasa melayu sekarang pun dah ada pecahan. Macam suku kaum jugak. Contoh macam orang sabah tapi banyak suku kaum. Macam tu jugak orang kedah walau sesama kedah tapi dialek/loghat dia tak sama. Sebelah hulu loghat dia lain sikit.. sebelah hilir bunyinya lain. Begitulah perumpamaan bahasa melayu sekarang. Bahasa budak2 lain.. bahasa remaja lain.. bahasa dewasa lain & bahasa orang tua pun lain walau kita tetap guna bahasa Melayu.


Zaman dah berubah katanya.. Semua ada zaman & trend dia sendiri. Nak2 lagi sejak banyak UFO tersadai atas bumbung2 rumah kat Malaysia ni, orang pun walau rupa manusia bahasa dia tak macam manusia sangat la. Bak kata orang sekarang, tak hiphop la guna bahasa baku ni. Osman Baku boleh la.. Dia kategori warga emas. Selagi di zon gangsa & perak.. Kita salam Yo Yo jer. hahaha..

Dah masuk kategori makcik makcik ni aku terpaksa la belajar banyak cabang bahasa dalam Bahasa melayu moden ni kalau tak susah nak berkomunikasi dengan level adik2 kat media sosial. Sebab nak rasa macam adik adik gigih aku mengenali 7 jenis bahasa budak budak zaman sekarang. Yang mana geng makcik makcik nak belajar meh belajar kat sini >> Terjemahan Bahasa Melayu Budak Budak Zaman Sekarang <<

Cikgu Bahasa Melayu pun di cadangkan belajar jugak. Sebab takut student mengutuk cikgu dalam karangan guna bahasa melayu media sosial ni cikgu tak tahu pulak. Jadi tak salah ambil tahu tapi jangan cikgu pulak terpengaruh hancur bahasa melayu jadinya. Hahahaha

INI YANG KITA TIDAK TAHU DI SEBALIK PAKAIAN SEKOLAH JENAMA CANGGIH

INI YANG KITA TIDAK TAHU DI SEBALIK PAKAIAN SEKOLAH JENAMA CANGGIH. Aku dulu masuk sekolah menengah memang pergi beli sendiri la baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah & buku sekolah bagai. Baju sekolah tu terpulang la nak beli readymade punya atau nak beli kain & pergi tempah. Tapi masuk tingkatan 5 aku decide nak pakai baju readymade jenama canggih je. Best pakai baju sekolah jenama canggih ni. Kain dia tebal.. tak panas & tak mudah berkedut. Warna putih dia pun bagi aku tak cepat kusam walau setahun pakai.


Jenama canggih aku tak sure sekarang popular lagi ke tidak tapi zaman aku sekolah tak berapa trend sangat jenama canggih ni. Trend masa tu pakai kain licin katanya. Jadi kain cotton masa tu tak berapa jadi pilihan sangat la. Biasa la baju sekolah pun ada trend ikut peredaran zaman jugak. Zaman pakai kain sapu lantai ada.. zaman pakai kain musim banjir ada.. trend tudung singkat. Trend tudung bulat.trend tudung bucu tajam.. tak larat pulak aku nak menghafal fesyen2 baju sekolah ni. Pendek kata setiap era tu ada trend dia tersendiri lah.

Tapi rasanya walau trend berganti trend jenama canggih masih lagi ada sampai sekarang. Masih jadi pilihan mak bapak untuk anak anak dorang. Harga aku tak sure mahal ke murah. Walaupun masih bertahan sampai sekarang tapi ramai yang tak tahu rahsia disebalik jenama ni boleh bertahan. Ada berlaku satu kejadian yang mungkin menyebabkan jenama canggih ni tiada lagi untuk generasi sekarang. Nak tahu cerita di sebalik jenama canggih ni korang boleh tengok kat sini video bawah ni

Sumber : Sesuatu Yang Kita Perlu Tahu Tentang Pakaian Sekolah Jenama Canggih

Apa yang penting jenama canggih ni adalah jenama buatan Malaysia yang di usahakan oleh usahawan melayu. Jadi tak salah kalau kita terus support perniagaan orang Islam bagi mengukukuhkan ekonomi umat Islam.

TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5

TRAJEDI SERAM BILIK DARJAH M 6/5. Slot seram serik lekatlekit kali ni nak berkongsi cerita seram berkaitan sebuah bilik darjah di sebuah sekolah. Murid2 yang tak boleh control perasaan takut di nasihatkan jangan baca nanti terbayang bayang pulak masa pergi sekolah. Kang taknak pergi sekolah acik jugak di salahkan. Ini untuk bacaan mereka2 yang dah matang & abis sekolah yer. Yang masih sekolah pi baca buku. Alkisahnya bermula...


Sekumpulan pelajar nakal ni suka sangat menjelajah tempat2 yang di katakan berhantu & seram. Pada suatu hari tu depa pergi ke sebuah bangunan lama di sekolah mereka yang sudah tidak di gunakan lagi. Semasa mereka dalam bangunan lama tersebut berlaku kejadian yang menyeramkan. Mula2 mereka di ganggu hantu dari roh seorang pelajar yang mati bunuh diri akibat kecewa tak dapat menempatkan diri ke universiti. Sehinggalah mereka berjumpa dengan seorang guru yang sebenarnya mereka pun tak kenal kat dalam bangunan tersebut. Mereka cuba minta perlindungan dari guru tersebut & akhirnya mereka di kurung dalam sebuah bilik darjah. Disitulah segala rahsia mula terbongkar. Bilik darjah M 6/5 pernah berlaku satu trajedi bunuh membunuh antara 3 orang guru yang mengalami konflik percintaan. Dua guru wanita & seorang guru lelaki. Seorang guru suka kat cikgu lelaki ni tapi cikgu lelaki tu pulak dah ada bercinta dengan seorang cikgu perempuan seorang lagi. Akibat cemburu cikgu perempuan yang cintanya di tolak menikam dua guru tersebut & akhirnya dia sendiri pun mati tertikam pisau. Selepas kejadian tu sekolah tu di hantui roh guru yang berdendam tu. Dendam dia bukan sebab cinta tak berbalas je.. semasa masih hidup cikgu ni di rogol ketika mabuk tapi dia salah sangka. Dia ingat cikgu lelaki yang dia suka tu yang merogol dia. Sebenarnya ada 4 pelajar jadi saksi ada seorang cikgu lain yang merogol. 4 pelajar tersebut jugak di bunuh oleh roh cikgu yang berdendam ni. Bila berlaku kejadian macam tu bangunan tersebut di tutup & tidak di gunakan sehingga berabad lamanya. Sehinggalah sekumpulan pelajar nakal ni konon cuba mencari kebenaran cerita hantu dalam bangunan tersebut. Dan akhirnya mereka terperangkap & terpaksa berdepan dengan situasi menakutkan bila roh guru yang berdendam itu cuba membunuh mereka. 2 orang roh guru yang di bunuh cuba membantu & menghalang roh guru yang berdendam ni membunuh kumpulan pelajar ni. Selepas semua pelajar ni insaf dengan perbuatan nakal mereka barulah mereka di lepaskan.


Itulah sinopsis ringkas filem seram thailand bertajuk Make Me Shudder. Filem ni bagi aku.. best. Sebab dia seimbang. Ada lawak & seram. Memang mula2 korang tengok filem ni rasa nak gelak jer... Pertengahan cerita baru keseraman dia tu serius sikit. Tu pun masih ada unsur komedi yang orang penakut takkan stress sangat sebab takut tengok cerita ni. Walaupun ada banyak unsur komedi tapi sound effect dia mampu buat kita terkejut jugak la. Perjalanan cerita dia dari starting sampai ending memang tak membosankan. Filem ni tak silap aku filem 2013. Beli dvd ni dah lama tapi tak sempat tengok lepas dvd player rosak. Tu yang episod memburu dvd seram tergendala sekejab katanya.hahahaha

Done!

Tu kisah bebudak nakal takde penyakit cari penyakit. Hantu dok dendiam kat situ dia pergi cari.

Moral of the story.. Budak2 sekarang kadang terlampau berani nak buat aktiviti paranormal tanpa pengawasan orang yang lebih pakar sebab tu berlaku kejadian kejadian tak di ingini. Konon berani sangat padahal angin tolak pintu jer bersepah lari sampai jatuh patah riuk bagai. Kalau dah keberanian tu sejengkal jangan highland tower nak di jelajah.

JEREBU! SEKOLAH DI ARAH TUTUP TAPI MASIH RAMAI YANG KE JOM HEBOH

JEREBU! SEKOLAH DI ARAH TUTUP TAPI MASIH RAMAI YANG KE JOM HEBOH. Jerebu tidak menghalang orang ramai ke Jom heboh penang. Aku tengok TV3 dok update kemeriahan suasana di jom heboh macam tak terjejas pun dengan kehadiran orang ramai walau jerebu berada di paras bahaya. Terbaca jugak pasal sekolah di semua negeri kecuali beberapa negeri tak sure negeri mana.. di arah tutup 2 hari mulai esok sebab jerebu. Gamaknya Jerebu ni bahaya untuk budak beruniform sekolah je kot sebab kalau depa tak pakai uniform jerebu jadi tak bahaya. Sebabnya aku tengok rilex je mak bapak bawak anak2 beridah kat jom heboh bagai.


Bukan la aku dengki ke hapa.. Yang sakit anak depa bukan anak aku. Tapi tu la.. Bila kerajaan umum sekolah tutup ramai yang jeles kata budak sekolah jer terkesan sebab jerebu. Tapi aku rasa sebenarnya ramai rakyat Malaysia berinsang macam sindiran2 kat laman sosial tu. Buktinya depa tak heran pun dengan jerebu. Tetap buat aktiviti luar macam biasa. Aku je berkurung dalam rumah dengan anak aku. Tu pun pening kepala & sakit tekak jugak walau tak keluar. Bukan jer tak keluar malah tingkap pun dah berapa hari tak buka. Kita terpisah terus la permandangan aku dengan dunia luar ni.

Sebagai mak ni aku memang lebih risaukan kesihatan anak berbanding diri sendiri tapi tetap aku fikir jugak kalau aku sakit sapa nak jaga anak aku. Jadi aku kena jaga kesihatan ketiga2 diri kami tapi cuma tu la asben kan kena keluar kerja jadi aku hanya doa je semoga dia tak sakit akibat jerebu.

Sumber Sinar Harian

Usaha kerajaan bagi cuti pada pelajar sekolah untuk menggelak mereka sakit akibat jerebu aku rasa tak effective kalau mak bapak pulak ambil kesempatan anak bercuti untuk keluar berjalan jalan. Orang bagi cuti suruh duduk rumah elak dari terdedah dengan jerebu bukan suruh pi Jom heboh bagai ye dak??

kalau dah rasa tak tau nak buat apa sangat kat rumah sebab jerebu meh try ni. Kot2 dapat make over rumah & banyak lagi barangan yang best2 sapa tau >> Yang Anda Boleh Dapat percuma Sepanjang Oktober ni Jom Tengok << Dari dok ambil risiko keluar sambil menyedut jerebu sapa suruh. kan??

Moral of the story.. Rasanya dalam situasi IPU jerebu berada di paras bahaya aktiviti2 macam jom heboh tu batal pun takpe kot. Ia melibatkan banyak pihak. Nak suruh setiap manusia ni sedar kesihatan tu tak boleh di beli rasanya ramai yang tak sedar diri selagi tak terlentang sakit jadi sebagai mencegah rasanya  program2 macam tu tak payah la adakan buat sementara waktu. Yang mana dah di rancang batalkan je.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com