KISAH SERAM! AKIBAT ROBOHKAN KUIL
KISAH SERAM! AKIBAT ROBOHKAN KUIL. Setelah sekian lama tak berkongsi cerita seram di segmen seram serik lekat lekit jadi kita buat ritual buka gelanggang semula. Mesti followers kisah seram di blog lekat lekit rindu kan nak baca cerita seram dalam gaya santau. Even konsep seram santai ni ada yang dah cilok, tak kisah la yang penting takkan sama penulisan atau penyampaian tu kecuali copy paste.HUKUM PENGLIBATAN MUSLIM DALAM PEMBINAAN RUMAH IBADAT AGAMA LAIN
Setelah meneliti pandangan para ulama dan dalil-dalil yang dikemukakan, kami mentarjihkan pandangan yang mengharamkan keterlibatan orang Islam dalam pembinaan gereja atau rumah ibadat agama lain, sebagaimana yang dipegang oleh majoriti ulama.
Hal ini berdasarkan kaedah yang mengarahkan seseorang Muslim itu agar memelihara dirinya daripada terjebak dalam sebarang perkara yang boleh menyebabkan timbulnya salah faham terhadap dirinya sendiri:
اتَّÙ‚ُوا Ù…َواضِعِ التُّÙ‡َÙ…ِ
Maksudnya: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.
Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar RA,
Ù…َÙ†ْ سَÙ„َÙƒَ Ù…َسَالِÙƒَ التُّÙ‡َÙ…ِ اتُّÙ‡ِÙ…َ
Maksudnya: Barangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.
Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang.
Kami juga berpesan agar kita sama-sama mengingati pesan Nabi SAW berkenaan rezeki yang halal:
Ø¥ِÙ†َّ الْØَلاَÙ„َ بَÙŠِّÙ†ٌ ÙˆَØ¥ِÙ†َّ الْØَرَامَ بَÙŠِّÙ†ٌ ÙˆَبَÙŠْÙ†َÙ‡ُÙ…َا Ø£ُÙ…ُورٌ Ù…ُØ´ْتَبِÙ‡َاتٌ
Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal dan haram itu jelas, manakala antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang syubhah, yang tidak jelas hukumnya.
Sunan Abi Daud (3329)
Walau bagaimanapun, Islam sebagai agama yang luwes, fleksibel dan meraikan keperluan-keperluan manusia ada memberikan beberapa pengecualian dalam situasi-situasi tertentu.
Contohnya jika seseorang itu telah memenangi sebuah tender untuk projek pembinaan atau baik pulih rumah ibadat agama lain, wajib ke atasnya menolak tender tersebut. Namun jika terpaksa membayar denda atau pampasan atas perbuatan tersebut, dan bayaran tersebut mahal dan membebankan, pada masa itu dia boleh bertaqlid kepada mazhab Hanafi dan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi yang mengharuskannya, atas dasar maslahah.
Jika sekiranya seseorang itu bekerja di bawah syarikat yang terlibat dalam pembinaan rumah ibadat bukan Islam, hendaklah dia berunding dengan majikan untuk memberikan pengecualian kepadanya daripada terlibat dengan kerja-kerja seumpamanya. Namun jika tidak mampu, dan dibimbangi akan dibuang kerja jika ingkar kepada arahan majikan, dia juga boleh bertaqlid kepada mazhab yang mengharuskannya, atas dasar darurat.
Wallahu a’lam.
Artikel asal fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi