INFLUENCER DAN BAD MARKETING
INFLUENCER DAN BAD MARKETING. Banyak isu isu viral kat social media sekarang. Semua berkaitan dengan Influencer. Cerita artis sekarang nampak macam tenggelam sikit sebab media sosial di kuasi dengan cerita cerita Influencer. Biasa yang viral ni kebanyakan Influencer yang terpalit dengan pelbagai kontroversi la. Jarang la Influencer yang naik secara positif akan ada isu kontroversi kan?
Tak tahu la samada Influencer macam ni sengaja mencetuskan kontroversi untuk memastikan nama & jenama dia kekal relevan & viral demi kelangsungan bisnes dia atau ia berlaku secara tidak sengaja atau di rancang. Tapi kalau kerap sangat berlaku viral dengan isu isu tidak sihat ni netizen pun susah untuk bersangka baik ia tidak sengaja. Rata rata mungkin menganggap ia adalah strategi marketing mereka sahaja. Sebab ramai Influencer sekarang menggunakan teknik 'Bad marketing is marketing'. Free marketing & tiada kos tapi mampu memberi pulangan yang besar cuma ikut nasib juga. Tak semua bad marketing tu mampu menaikan perniagaan & nama. Kadang kadang ia akan merosakan reputasi & kepercayaan pengikut lalu kempen boikot akan di jalankan. Netizen Malaysia antara paling power bab boikot ni.
Pada Influencer rasa hentikan guna bad marketing ni. Sampai masa netizen akan jemu juga. Selalunya marketing macam ni tidak bertahan lama pun. Last last melingkup juga hangpa. Lepas tu mula guna slogan Melayu suka jatuhkan melayu padahal tak semak diri sendiri dulu. Dia pun melayu bermakna dia la yang menjatuhkan diri sendiri la kan. Jadi slogan tu ada benarnya cuma jangan gunakan untuk letak kesalahan pada orang lain sebaliknya ucapkanlah pada diri sendiri dahulu.
Bab jatuh guna sentimen bangsa bila kau tengah di puncak tak ingat pulak siapa yang menyokong & mendokong hang sampai ke puncak tu. Tak ke bangsa sendiri juga? Yang tu hang tak dak pulak nak cipta slogan melayu banyak support bangsa sendiri asyik dok puji cina konon kalau cina berniaga depa support bangsa sendiri sehingga berjaya. Habis hang yang berjaya tu bangsa cina ke support sedangkan kuasa membeli kat Malaysia ni adalah melayu sebab melayu adalah majoriti bukan minoriti ok! Kaum paling ramai kat malaysia ada Melayu.
Jadi pada Influencer dia luar sana jangan hanya pandai mencipta tagline naik tanpa menjatuhkan orang tapi kena tahu macam mana nak pastikan produk atau jenama kita boleh naik dengan marketing yang positif untuk pastikan ia boleh bertahan lama. Contohi Khairulaming yang mencipta nama & jenama dengan cara yang bermaruah, positif & kreatif. Khairulaming sampai sekarang tak ada isu kontroversi yang melibatkan dia tapi dah mampu bukan 2 kilang untuk produk dia. Tak perlu buat isu yang triggered netizen untuk dapat perhatian & viral pun. Tak perlu guna personal issue untuk meraih simpati & pancing emosi netizen. Semua tu tak perlu pun untuk khairulaming tapi dia still boleh berjaya, kaya & di hormati.
Moral of the story.. Berhenti salahkan orang lain dan belajar semak diri sendiri dulu. Apa berlaku kadang kadang kita sendiri yang mengundang cuma tak berlaku seperti yang kita rancang. Sebab kita hanya perancang tapi kita tahu yang merealisasikan semua perangcangan kita adalah Allah. Kalau niat kita tak baik.. Mungkin yang berlaku tak baik walau kita dah plan supaya hasilnya jadi baik dari niat & perancangan yang tak baik kita tu. Sebab kita tak ada kuasa.. renung renungkan selamat beramal.
KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU
KISAH SERAM REL KERETAPI REMBAU. Hari ni kan khamis, malam jumaat. Orang kata nak ambil rasa seram tu elok la baca kisah seram pada hari khamis malam jumaat. Almaklum la kita dari kecil di momokan dengan cerita khamis malam jumaat hantu akan keluar kan. Jadi budak budak semua kena tidur awal. Kalau tidur lambat, hantu datang pegang kaki kalau rasa masih panas dia tahu belum tidur nanti dia datang tunjuk rupa.. Tu kisah dogeng seram mak munah (makcik aku) pernah momokan kat aku masa kecil dulu. Masa tu sumpah aku percaya. Ok kita teruskan ke segmen seram serik lekatlekit hari ni dengan kisah seram yang pernah berlaku di sebuan rel keretapi rembau
Tersebutlah kisah.. pada zaman tak berapa dahulu. Dalam tahun 2009, tahun di mana blog lekatlekit.com ni di lahirkan. Erkk.. bukan bukan kisah seorang budak Ijat ni baru mula kerja. Waktu tu syarikat dia baru nak melakukan kerja pembersihan kawasan jadi majikan dia tubuhkan satu team untuk buat kerja kerja pembersihan kawasan bermula dari stesen keretapi rembau sehingga ke tampin.
Majikan ijat ni berbangsa cina dan ijat terlibat sebagai ketua kumpulan. Jadi dia kena periksa paip air, kabel elektrik dan macam macam lagi lah sebelum kumpulan pembersihan kawasan mulakan kerja kerja mereka. Jadi sebagai ketua.. Ijat dengan penuh dedikasi bersedia memulakan tugas.
Memandangkan ijat ni dia kena buat dulu kerja sebelum ahli kumpulan lain buat kerja, pada satu petang tu ijat bawa dua pembantu dia pekerja Indonesia yang bernama hasan dan alip. Masa tengah periksa kawasan tu, ijat dengan dua lagi pekerja dia jumpa satu kawasan perkampungan lama yang seolah olah sudah lama di tinggalkan & tidak berpenghuni. Ijat mula pelik.. takkan lah sekampung pindah sampai sekerat manusia pun tak ada. Kampung kot. Dah la tanah mahal sekarang. Main tinggal je kampung gitu.. kau biar betul! Ni repair sikit sikit buat homestay pun masyuk juga ni. Manatau ada yang nak healing tengah tengah hutan lari dari kesibukan kotaraya katanya. Dak aihh.. Hat tu aku menambah cerita ja. Kekekeke
Di kawasan kampung tu ada la enam ke tujuh buah rumah tapi semua kosong macam tajuk lagu najwa latif gitu. Kosong..kosong..kosong.. Di celah celah ijat dok rasa pelik.. tiba tiba salah seorang pekerja dia hassan terus berlari ke salah sebuah rumah kosong kat situ. Dah kenapa pulak budak hassan ni tetiba berlari. Terlebih gula ke apa tetiba jadi hyper ni. Rupanya hassan nak kencing. Ingat apa lah tadi.. tetiba berlari tersampuk roh atlik 4x100 meter ka apa dalam hutan ni kan.manalah tahu.. Tapi tak sampai lima minit hassan yang tadi kata nak kencing berlari patah balik. Amboi hassan laju kau kencing. Kau memang kaki kencing ke camna sebelum ni. Nampak pakar dalam acara mengencing ni..
Sesampai hassan dekat ijat dan alip, hassan ajak depa semua balik. Balik apa jadahnya kerja pun belum mula buat. Kau jangan hassan aku tampal setem 50sen pos kau balik indonesia nanti baru tau dok buat perangai malas kerja. Maka hassan buka la cerita kejadian yang menimpa dia tadi. Katanya masa dia tengah kencing tu dia kena baling batu dalam rumah kosong tu. Bila hassan tengok sekeliling dalam rumah tu hassan nampak ada orang tua dalam rumah tu. Dengan wajah pucat, mata terbeliak sedang memandang kearah hassan. Marah la tu hassan kencing dalam rumah dia. Hancing tau hassan!
Lepas dengar cerita hassan masing masing mula rasa tak sedap hati tapi tetap teruskan langkah tapi baru jalan selangkah dua atas batu rel tu tetiba mereka terdengar orang menjerit dari dalam rumah tu. Mereka mula cuak sebab kawasan tu dekat tengah hutan tak ada orang masuk kesitu melainkan keretapi je. Bila dengar je suara jeritan tu apa lagi.. ambil langkah seribu la. Masing masing macam lipas kudung berlari. Tapi kan kalau lipas tu dah kudung macam mana dia berlari? Ok ok.. kita teruskan cerita.
Bila dah semakin jauh berlari tetibat ijat nampak hassan berdiri je kat atas rel tu. Dah kenapa si hassan ni. Orang bagai nak rak lari dia boleh dok posse kat situ. Kau dah kenapa hassan. Di rasuk saitan ke apa?! Risau jadi apa apa kat hassan ijat dengan alip jerit panggil hassan suruh lari ikut mereka. Punya la jerit panggil hassan tapi hassan buat dono (tak tahu) je. Aduh hassan.. kau dah kenapa san? Kang hantu jerit tu datang cekik kau baru tau!
Mungkin alip rasa ada tak kena dengan hassan, alip ambil seketul batu sambil membaca sesuatu dalam bahasa jawa selepas itu di baling batu kedalam semak yang tak jauh dari hassan. Sebaik je di baling batu tu.. tiba tiba mereka dengar ada sesuatu mengejar batu tersebut. Waktu tu baru hassan tersedar dan terus berlari kearah ijat dan alip.
Ijat buat keputusan untuk balik kerumah kongsi dulu. Bila sampai di rumah kongsi barulah hassan bercerita dia nampak seorang tua berlari samb bawa keris seolah olah nak menyerang dia. Dia cuba lari tapi badan dia tiba tiba jadi kaku. Selepas alip baling batu tu barulah hassan boleh bergerak dan terus berlari.
Keesokan harinya ijat terserempak dengan orang kampung dekat dengan kawasan tu. Orang tua dah level level atuk dengan dia. Dia bagitau la atuk tu apa yang berlaku pada mereka semalam. Menurut cerita atuk tu apa yang mereka nampak tu adalah jelmaan dari belaan bomoh yang tinggal kat situ dulu. Selepas dia meninggal, satu kampung di ganggu oleh makhluk belaan dia tu. Makhluk ni katanya nak cari penjaga baru dia. Kesian.. lain kali hantar kat nursey alam bunian sana. Ok ok sambung..
Sebab gangguan tu orang kampung jadi takut untuk tinggal di situ dan mengambil keputusan berpindah. Baru ijat faham.. patut la dia nampak kawasan tu pun nampak menyeramkan rupanya memang ada kisah seram kat situ. Rupanya dah di huni makhluk alam sebalik mata. Ok.. geng paranormal boleh terjah nanti.
Begitulah kan.. Apapun makhluk belaan tak kira haiwan atau jin bila penjaga dah tak ada selagi depa hidup depa perlukan penjaga baru untuk jaga kebajikan makan dan minum depa. Sebab tu la Islam melarang kita untuk berdamping dengan jin dan syaitan. Pengakhirannya membawa kemudaratan bukan sahaja pada diri sendiri malah orang sekeliling.
Moral of the story.. Nak bela, bela la ayam itik kambing lembu. Kalau tuanya meninggal pun tak risau, ramai sukarelawan sudi menjadi pewaris. Apadahal.. Mahal kot kalau jual. Peace yo!
Sumber cerita : https://vt.tiktok.com/ZSNE87fPa/
GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN?
GURU GUNA ZAYN SEBAGAI KONTEN SIMPATI ATAU AMBIL KESEMPATAN? Aku ni nak kata aktif di tiktok tu tidaklah aktif buat konten tapi aku ada account tiktok. Aku suka skroll untuk tengok konten konten orang lain. Sekarang banyak konten konten tentang palestine untuk sama sama bantu repost sebagai tanda sokongan & untuk menyebarkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku. Sudah semestinya tak hanya konten tentang palestine. Apa yang fyp dan melintas di feed tiktok aku.. Aku tengok jer.INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN
INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN. Rakyat malaysia ni kalau baca je tajuk berunsurkan seram & mistik laju je kan clik tapi bila artikel yang berilmiah ni depa kurang sikit berminat. Takpa hangpa baca blog lekatlekit ni macam macam ada. Memandang segmen seram serik lekat lekit ni dah lama tak bersiaran elok juga la kita menyambung episodnya.TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA?
TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA? Kitak tidak boleh nafikan kewujudan sihir ni. Rasullullah pun pernah di sihir. Walau dunia dah moden tapi masih ramai suka mengamalkan benda benda syirik dan khurafat seperti amalan sihir ni. Dalam Al Quran ada tentang sihir jadi sihir bukan satu mitos atau dongeng rakyat. Nak tak nak kita kena percaya. Percaya ia wujud bukan percaya untuk di amalkan yer.Pendapat ulama tentang talaq di bawah pengaruh disihir
Dalam kitab Fatawa wa ishtisharat al-Islam al-Yaum, juz 11, hal. 358, ditegaskan:
Dan adapun orang yang disihir yang mana sihir tersebut menyebabkan hilang kewarasan dan kesedaran akalnya, sehingga menyebabkan dia mengucapkan apa yang dia tidak mahukan, maka sesungguhnya talaq yang diucapkan ketika itu tidak berlaku berdasarkan hadis Nabi s.a.w. “Tidak jatuh talaq yang dilafazkan dalam keadaan ighlaq”.
Fatwa ini selari dengan pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Mukhtasar Al-Fatawa Al-Misriyyah
Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa sekiranya mana-mana suami menjatuhkan talaq dalam keadaan hilang pertimbangan akal akibat disihir, maka hukum talaq tersebut tidak sah.
Tapi bukan semudah mengaku kena sihir kemudian terus mahkamah syariah batalkan talak tu. Ia perlu di buktikan juga.
Persoalannya, adakah isu sihir diterima di Mahkamah Syariah?
Menurut Dr Mahyudin Ismail, ‘kena sihir’ boleh dijadikan pembelaan di Mahkamah Syariah.
GADIS NAFI KEJAR KEKASIH SEHINGGA LANGGAR LAMPU ISYARAT DAN MYVI
GADIS NAFI KEJAR KEKASIH SEHINGGA LANGGAR LAMPU ISYARAT DAN MYVI. Semalam viral satu video yang di rakam menggunakan dashcam kereta seorang pilik myvi di mana seorang penunggang motorsikal dan pembonceng yang melanggar kereta myvi sehingga menyebabkan pembonceng motorsikal tersebut terpelanting ke atas kereta yang di langgar.KECOH! SUKARELAWAN MISI BANJIR MEMPERTIKAIKAN PERLU BAYAR TOL
KECOH! SUKARELAWAN MISI BANJIR MEMPERTIKAIKAN PERLU BAYAR TOL. Macam macam kisah berlaku selepas musibah banjir melanda beberapa kawasan dan negeri di Malaysia ni. Ragam ahli politik yang datang bersama team media, ragam warga asing yang segelintir cuba mengambil kesempatan dan tak kurang ragam dari sukarelawan yang datang dengan misi bantuan masing masing.VIDEO! BUDAK TADIKA PASTI TOLAK TERIMA HADIAH BEG FROZEN
VIDEO! BUDAK TADIKA PASTI TOLAK TERIMA HADIAH BEG FROZEN. Dah hujung tahun sesetengah sekolah buat majlis penyampai hadiah kecemerlangan murid..ada sekolah di kawasan berisiko tinggi mungkin tak ada la kan. Kita sekarang masih dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan covid-19. Nak nak katanya sekarang ada mutasi baru yang virus jadi lebih cepat merebak. Lagi la tidak di galakan sebarang majlis di adakan. Statistik kes harian pun masih 4 angka.VIDEO! KUAH BAKSO DI RENDAM SELUAR DALAM SEBAGAI PELARIS
VIDEO! KUAH BAKSO DI RENDAM SELUAR DALAM SEBAGAI PELARIS. Masa kecil kecil dulu ada juga dengar cerita pasal pelaris guna seluar dalam ni. Tapi sebelum tu biarlah eden terangkan dulu apa itu pelaris. Mungkin ada yang tak faham, terpinga.. tertanya.. di dalam dilema pulak kan.CARA UNTUK REPORT VIDEO TAK SENONOH DI APLIKASI TIKTOK
CARA UNTUK REPORT VIDEO TAK SENONOH DI APLIKASI TIKTOK. Tiktok antara aplikasi yang tengah trending sekarang. Tapi beberapa negara dah mula menyekat aplikasi. Yelah.. banyak keburukan dari kebaikan kat Tiktok ni. Silap pilih apa yang anda tonton mungkin boleh mempengaruhi anda melakukan benda tak bermoral. Pun begitu banyak juga benda bermanafaat di kongsikan di Tiktok.. sebab tu den pun ada account tiktok tapi account den setakat ni private. Tidak menerima sebarang permintaan untuk di follow. Saja nak guna aplikasi tu untuk edit video je sebab effect dia best best & mudah nak guna.
Bila kita dah ada benda tu secara tak langsung kita akan tertengok juga video video yang kurang bermoral atau senang cakap tak senonoh. Sebab akan keluar pada FYP even kita tak follow pun. Mana mana video tengah trending tak kira yang kurang bermoral akan keluar juga kat feeds kita. Memang sakit mata juga la kan.. Kau maki pun jenis manusia macam tu dia cuma nak viral. Memang apa dia buat nak mengundang kecaman supaya ramai orang akan viralkan dia so misi tercapai la.
Maki hamun, kecam mengecam sekarang pun bahaya.. Even orang tu memang mengundang tapi kalau dia ambil tindakan undang undang terhadap kita, kena juga kita. Cara paling selamat kita nak mencegah aktiviti tak bermoral yang di buat kat aplikasi TikTok tu adalah report supaya video tu di ban atau di sekat oleh TikTok.
Kalau tak tahu macam mana nak report video di TikTok boleh tengok tutorial bergambar di bawah yer
![]() |
tab pada tanda yang di bulatkan dengan warna merah tu |
![]() |
tab pada fungsi report (seperti dalam gambar) |
![]() |
Pilih sebab/alasan anda report video tersebut. |
![]() |
Tab pada submit |
![]() |
Tab pada done |
Lagi bagus ajak ramai ramai untuk report so cepat sikit video video macam tu di sekat. Aplikasi TikTok ni bagus jika di gunakan dengan bijak tapi tu la kita tak boleh nafikan kewujudan makhluk Tuhan yang kurang bijak & tak bermoral ni so itulah cara paling selamat sebagai tanda kita tidak menyokong video video yang ada unsur tidak bermoral di media sosial.
Semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada semua yang membaca blog lekatlekit.
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com