Showing posts with label bangunan seram. Show all posts

MENARA HANTU PALING MENYERAMKAN DI BANGKOK,THAILAND

MENARA HANTU PALING MENYERAMKAN DI BANGKOK,THAILAND. Malaysia & Thailand ni kita sedia maklum tak jauh mana. Kalau nak ke Thailand guna pengangkutan darat pun boleh. Nak bawa masuk kereta kat Thailand pun tak susah mana. Aku pun pergi Thailand sebelum ni naik kereta sendiri je. Jimat kos katanya.. Lagipun senang nak bergerak ye dak. Bagi aku Thailand not bad la kalau nak pilih sebagai destinasi percutian. Boleh la feelling bercuti ke luar negara katanya walau Thailand je kan... At Least kalau orang tanya pernah pergi luar negara ke tidak, of course boleh jawab pernah. hahahaha

Sumber Gambar Google

Thailand memang banyak kisah seram, mistik,aktiviti paranormal, pengamal perubatan alternatif yang guna makhluk2 ghaib sebagai pendamping termasuklah cerita2 seram dia yang memang jarang mengecewakan. Kebanyakkan filem seram dari Thailand ni klasifikasi 18 tahun keatas je. Aku pun salah seorang peminat cerita seram Thailand ni sebab jarang buat aku rasa macam nak tumbuk skrin Tv kalau tengok.

Tu pasal filem.. ada lagi best yang korang mesti tahu pasal Thailand ni. Kat bangkok katanya ada satu bangunan tinggi dinamakan sebagai  Sathorn Unik. Kategori bangunan pencakar langit jugak la. Bangunan ni sekarang mendapat gelaran menara berhantu sebab sekarang permandangan dia nampak agak menyeramkan. Biasa la bangunan terbengkalai kan. Bila dah lama terbiar maka tumbuhlah tumbuhan liar menyerlahkan lagi keseramannya. Kisahnya bangunan ni di bangunkan ketika negara tersebut tengah pesat membangun tapi malangnya masa krisis ekonomi yang melanda pada tahun 1997 projek pembangunan dia terhenti sampai la sekarang. Separa siap la bangunan ni. Of course la tak sempat di duduki.

Katanya tempat tu ada jugak yang buat aktiviti paranormal. Kerja gila. Bangunan tu sekarang katanya tak selamat dah. Bakal runtuh. Mungkin konkrit dia mula mereput ke hapa tak tau la. Kalau korang tetiba dapat RM10,000 untuk bangkok boleh la korang usya2 sambil selfie kat menara hantu tu. Manatau tetiba ada yang menumpang selfie bersama boleh jugak upload & viralkan. hahahaha. Tapi sapa nak bagi RM10,000 tu? Ada orang nak bagi.. meh tengok kat sini macam mana nak dapat RM10,000 untuk ke bangkok >> Untuk yang Suka Travel cepat rebut reward RM10,000 Untuk bercuti di bangkok kat sini <<

Moral of the story.. nama pun bangunan terbengkalai kan. Tak mustahil ada makhluk yang menyeramkan tumpang berteduh. Dia pun nak ada rumah bertangga jugak. Nak buat loan beli rumah sendiri confirm tak lepas nak apply. hahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com