RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH
RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH. Baru baru ni aku ada beli sekor ikan kembong size besar.. Bila timbang.. Harga dekat RM4 sekor beb! Telan setiap titik air liur ok. Tu baru sekor boleh la makan berdua dengan asben.. Membayangkan orang anak ramai.. Paling2 kena jugak 3 - 4 ekor.. Ikan je pun menangis tepi mesin penimbang tu ok! Tak campur lain - lain lagi. Ikan pun bukan fresh sanga.. Dah bermalam dalam ais. Dah kategori mangsa Titanic dah ikan ttu tapi tetap Mahal yarabbi.Nak makan ikan segar sekarang pun ada orang tak tau nak bajet macam mana kalau yang jenis keluarga besar alih2 sardin jugak jadi pilihan. Yer sardin pun dah mahal sekarang. Tin besar pun cecah RM8 tapi still masih ada pilihan yang murah katanya. Tak payah la beli cap chicken atau cap crown tu.. Tu memang level2 orang kaya je makan sardin tu sekarang. Beli la brand2 tak berapa popular.. ada je yang murah. Sebab ikan sardin ni pun masih boleh di pelbagaikan masakannya selain dok buat sambal sardin jer.. antaranya boleh juga di masak kari dengan ikan sardin tin ni.. Tak tau macam mana nak masak kari ikan sardin tin ni meh nak ajar...
Bahan bahan nak memasak kena tahu dulu.. Jadi semak je bahan yang di gunakan..
1. Ikan sardin tin (Tin besar ke kecik tu terpulang kepada jumlah orang nak makan)
2. Serbuk rempah kari ikan
3. Bawang besar (boleh juga guna bawang merah)
4. Bawang putih
5. Halia
6. Daun kari
7. Jintan manis
8. Air asam jawa
9. Santan
10. Minyak masak
11. Garam
Cara memasak
1. Asingkan ikan sardin dari sos. Atau buang je kuah sos dia sebab memang tak di gunakan.
2. Bancuh rempah kari dengan air jadi macam pes
3. Potong bawang besar @ bawang merah, bawang putih, halia
4. Panaskan minyak masak
5. Tumiskan bawang besar @ bawang merah,bawang putih,halia, daun kari & jintan manis sehingga naik bau
6. Masukkan serbuk rempah kari yang dah di bancuh tadi & masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan santan
8. Masukkan air asam jawa
9. Masukkan ikan sardin & masak sekejab, masukkan garam secukup rasa & tutup api
Dah siap menu istimewa yang mudah dengan menggunakan ikan sardin dalam tin. Sapa kata ikan sardin tin tak boleh buat menu2 sedap. Boleh je bergantung pada kreativiti sendiri la. Nak buat masak lemak pun boleh ok! Cuma ikan tu perlu masuk paling akhir sebab ikan sardin tin ni tak perlu & tak boleh masak lama2 nanti hancur berkecai sehancur hatimu di tinggalkan kekasih hati katanya. hahahaha...
Kari ikan sardin tin air tangan lekatlekit katanya |
Menu ni pun sesuai untuk makhluk2 di rumah bujang. Almaklum la antara menu2 rumah bujang ni sardin tin & telur dadar kan. Jadi kalau jemu masak sardin dengan sos dia tu boleh try masak kari. Manatau time jamu kawan2 makan kari sardin tetiba jodoh sampai kerana kari sardin tu sapa tahu. hahahaha.. Apapun selamat mencuba