Showing posts with label samak. Show all posts

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK. Ramai yang sebenarnya tak tahu maksud sertu & samak termasuk aku. Yelah.. salah faham kita selama ni samak tu sama jer dengan sertu tapi sebaliknya samak & sertu ada perbezaannya. Sebab aku ni kategori buah cempedak di luar pagar serius benda ni pun salah satu perkara yang aku tak tahu & salah faham. Nak tahu kenapa samak tidak menyucikan najis mughalazah.. jemput baca dengan tenang & minda yang terbuka.

Sekadar hiasan

Kita faham samak tu bila terpegang anjing ke babi ke dalam keadaan yang menyebabkan kita perlu bersihkan untuk menyucikan anggotan badan kita, basuh dengan air bercampur tanah 1 kali & 6 kali basuhan guna air mutlak. Sebenarnya salah. Bila kita nak membersihkan anggota badan kita yang terkena najis mughalazah kita kena sertu bukan samak sebab perbuatan sertu & samak jauh beza & tujuan sertu & samak tidak sama.

Sumber Google

Samak
Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman ­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut. Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.
(Riwayat Muslim)  Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.

Sertu
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya/Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah. Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Sumber : Indahnya Agama Islam

Kat Malaysia ni najis mughalazah paling popular anjing dengan babi la. jadi saja la aku buat tajuk macam tu sebab kalau sebut najis mughalazah satgi ada yang tak tau apa benda najis mughalazah tu tapi kalau sebut babi dengan anjing semua orang Islam tahu tak boleh di sentuh tanpa sebab & kalau tersentuh dalam keadaan tertentu perlu di sucikan dengan cara menyertu tapi selama ni kita faham sebagai menyamak.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang Sertu & Samak

Tu la kan.. sebenarnya banyak perkara dalam hidup kita kadang2 kita salah faham semenjak dari kita lahir sampai kita besar. Kadang2 ada orang terpesong pemahaman dia sampai mati. Mati2 kita ingat benda yang kita tahu atau faham tu betul. ending dia alih2 salah pemahaman kita tak kira dari sudut hukum agama atau pemahaman kita dalam perkara lain. Sebab ia di sampaikan dari generasi ke generasi tanpa rujukan apa - apa. Semuanya berdasarkan pemahaman sendiri je. Contoh perumpamaan Harapkan Pagar, pagar makan padi.. walau logiknya mana ada pagar makan padi. Pagar tu bukan spesis benda hidup pun. Tapi kita tetap tak pernah rasa perumpamaan tu salah sampai lah kita tahu sebenarnya bukan pagar tapi pegar.. sejenis burung yang makan padi. Macam tu jugak dengan perkataan Lepaking.. kita fikir perkataan tu cuma bahasa santai budak2 sekarang yang suka sangat rojakkan bahasa. bahasa melayu campur bahasa inggeris Lepak+ing. Tak rasa perkataan tu di iktiraf & ada tercatat dalam mana2 kamus tapi tak sangka pulak perkataan lepaking memang ada dalam kamus oxford. banyak benda yang kita tak sangka berlaku dalam hidup kita kan? Tak sangka perkara tu salah.. tak sangka benda tu ada.. tak sangka dia macam tu.. erkk!

Apapun.. Memang tak salah cara kita membersihkan najis mughalazah selama ni cuma yang salah adalah panggilan pada perbuatan tu je yang kita salah faham. Tapi penting jugak kita tahu perbezaan perbuatan samak & sertu untuk kita tidak menyebarkan fakta yang salah. Aku bukan setazah, hokay! Sebarang komen nak tunjuk berlagak pandai & memperbodohkan orang tak di layan tapi kalau nak sama2 menyebarkan ilmu silakan. Kalau aku salah memberi info tegurlah dengan fakta yang betul  dengan rujukan yang sahih secara berhemah. Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ni memberi manafaat pada semua.

ANON MENYALAK SEBAB MANUSIA LAIN TOLONG ANJING

Kalau bab samak menyamak ni semua orang sinonim dengan haiwan bernama Anjing & babi, kan?? Tapi yang sang lekit nak cakap pasal samak menyamak ni adalah berkenaan dengan haiwan bernama Anjing.

Di sebabkan datangnya pak atau mak anon mana entah komen kat entri kisah Pak Mie yang menyelamatkan Anjing2 jalanan yang sakit, cacat & tua.  Punya la tak puas hati sebab sang lekit menyokong kerja kebajikan Pak Mie buat tu. Kat sini bagi yang mempertikaikan kerja amal yang Pak Mie buat untuk anjing2 terbiar tu meh sikit kita study2 hari Jumaat ni yer..

Yang bawah tu komen balas dari komen si Anon tu. Rujukan dari entri ni ORANG MELAYU ISLAM LEBIH SUKA MENGHINA DARI MEMBANTU HANYA KERANA DIA BERNAMA ANJING
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. (

Tidak usahlah menyentuh binatang tersebut tanpa tujuan dan hajat, kerana tiada faedah bagi orang yang melakukan pekerjaan sia-sia. Setiap umat Islam berlulah bersikap ihsan terhadap binatang, kerana Allah swt akan memuliakan orang yang ihasan kepada binatang. Ada kisah seorang sahabat Rasulullah yang singgah disebuah perigi untuk mengambil air minum, sahabat tersebut turun ke dalam perigi tersebut untuk minum, setelah sahabat tersebut minum dan hilang hausnya, maka beliau naik kembali dari perigi tersebut, beliau terlihat seekor anjing melihatnya dalam keadaan lidahnya terjelir keluar dari mulutnya, sahabat tersebut turun mengambil air dengan menggunakan kasutnya untuk diberikan minum kepada anjing yang kehausan sehingga anjing itu kenyang.
Dalam kes Pak Mie ni dia bukan la pergi kutip anjing2 tu sebab geram dengan kecomelan anjing tersebut dan sebab teramat comel maka Pak Mie rasa nak Adopt untuk jadi teman peluk2, cium di kala kesunyian tapi Pak Mie bawak balik anjing2 tersebut atas dasar simpati & perikemanusian. Kebanyakkan anjing2 pak mie bawak balik untuk bagi perlindungan tu anjing2 tua, anjing2 cedera, anjing2 sakit. Jadi salahkan apa yang Pak Mie buat wahai Anon??

Soal larat ke tak larat dia samak..  Tak payah nak pertikaikan. Setiap keinginan tu ada jalan. Yang menjadi halangan adalah alasan. Kalau nak buat seribu daya boleh buat. Kalau taknak buat berjuta alasan dia senaraikan. Ye dak?? Lagipun nak samak sekarang bukan susah dah. Dah ada dalam bentuk sabun untuk mencuci najis berat ni. Manalah tau kot2 tempat si Anon susah nak jumpa tanah kan jadi dia rasa macam susah kot nak menyamak najis berat ni jadi dia pun pertikaikan la apa Pak Mie buat, kat sini sang lekit nak memperkenalkan sejenis sabun yang boleh di gunakan untuk menyamak najis berat aitu..

Sabun Taharah yang diperbuat dari 90% bahannya dari tanah liat, tanpa bahan pengawet, dan tanpa bahan kimia boleh digunakan untuk menyamak najis mughallazah. 

Macam dalam entri yang lepas sang lekit ada cakap..  pada kita yang tak mampu buat.. boleh tolong apa yang patut.. tak mampu tolong.. tolong la jangan menghina atau memperkecilkan apa yang orang lain buat.. Dan paling minta tolong jangan hina orang yang membuat kerja kebajikan walaupun dia membuat amal kepada makhluk bernama Anjing.Jangan kita pandang hina sangat dekat Pak Mie tu sebab dia buat kebajikan pada Anjing sedangkan kita sendiri yang tak pernah sentuh Anjing tu suci sangat ker??

Pada Si Anon yang cakap Pak Mie tu orang kampung dia.. bagus la. Dah tak jauh dengan rumah pak mie tu kan?? Hang kan orang baik2.. orang suci murni.. orang yang mulia. Kalau hang takut sangat Pak Mie tu tak dan nak samak guna ayaq campoq tanah.. nak samak 5 kali sehari apakata pi tolong dia beli sabun Taharah. Anggap sedekah sudah.. Hang kan risau takut Pak Mie takdan menyamak.. Jadi hingaq saja tak guna, ya dak?? Hingaq guna ayaq liuq ja sapa2 pun buleh buat, ok!

Moral Of The Story.. Sebelum cakap sila google dulu. Tudia perumpamaan zaman IT gitu. Tak payah menyalak yer Anon.. sebab Anon dari spesis manusia jugak jadi menyalak bukan salah satu aktiviti manusia melainkan Anon yang punya krisis Identiti. sekian makaseh


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com