Showing posts with label kota. Show all posts

JANGAN BOOK TIKET FLIGHT SEBELUM ANDA TAHU TENTANG GOLD COAST

JANGAN BOOK TIKET FLIGHT SEBELUM ANDA TAHU TENTANG GOLD COAST. Dah dekat2 hujung tahun ni rasanya ramai yang dah plan nak pergi bercuti. Nak pergi bercuti ni seeloknya survey & google dulu destinasi yang kita nak pilih sebagai tempat percutian. Bukan apa takut main redah je kita jadi tak enjoy dengan holiday kita nanti. Atau mungkin kita jadi macam kera masuk bandar. Kena kejutan dengan budaya orang kat tempat tu. Jadi kemudahan yang ada sekarang gunakan sebaik mungkin supaya kita tak silap pilih tempat untuk pergi bercuti.


Mungkin ada yang dah senaraikan Gold Coast, Australia sebagai destinasi percutian hujung tahun nanti. tapi nanti dulu jangan book tiket flight sebelum korang semua baca 10 Perkara tentang Gold Coast, Australia ni. Kenapa mesti baca dulu.. Alasan dia sama macam perenggan di atas. Siapa tahu mungkin tempat tu bukan citarasa korang. Ia langkah Awal supaya percutian anda jadi percutian yang berbaloi & tidak rugi.

Jadi ini yang perlu anda tahu sebelum book tiket flight ke Gold Coast, Australia >> 10 Perkara Tentang Gold Coast Australia <<

Bagi yang dah habis melawat Malaysia boleh la pergi oversea. Bagi macam aku ni ada lagi tempat2 kat Malaysia yang aku belum pernah pergi rasa tahun ni nak cuti2 Malaysia je. Tu pun kalau tahun ni ada rezeki pergi bercuti kalau tak kita postpone next year je la.

Moral of the story.. Nak pergi bercuti kat tempat2 pertama kali kita kunjungi elok la survey serba sikit tentang selok belok tempat tu & ambil tahu sikit tentang cara hidup, makanan, tempat menarik yang ada kat sana. Nak2 lagi kat negara bukan Islam. Tu kira langkah persediaan awal la.

NAK TAHU APA KAITAN CHANGSHA DENGAN FILEM AVATAR?

NAK TAHU APA KAITAN CHANGSHA DENGAN FILEM AVATAR?. Changsha??  Mungkin ada yang pertama kali dengar nama tempat yang terletak di negara China ni. Ramai rasanya rakyat Malaysia suka melancong ke china tapi selalu dok dengar orang pergi beijing,hongkong jer.. Tempat2 lain maybe ada tapi yang paling popular itu je la kan. Lebih2 lagi changsha ni.. jarang2 dengar orang kesana. Mungkin aku je jarang nampak orang update bercuti kat sana kot.. hehehe. Tapi mesti ramai yang nak tahu apa kaitan tempat ni dengan filem Avatar kan? Apa kata baca dulu tempat2 yang menarik yang ada kat changsha.



Changsa adalah kota budaya yang berusia lebih dari 3000 tahun. Kota tu dipisahkan Oleh Sungai Xiangjiang yang mengalir dari selatan ke utara. Di Tepi timur Sungai Xiangjiang banyak terdapat hotel, Bangunan dan kedai kedai. Ia merupakan kawasan yang agak sibuk disitu. Tetapi, di Tebing barat sungai, merupakan daerah Kebudayaan yang sangat cantik, Serta terdapat banyak sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi. Di Provinsi Hunan ini pula adalah tempat lahir  Pemimpin Besar China Mao Zedong.

Terdapat satu tempat bernama Phoenix Ancient town Juga dikenali sebagai Fenghuang Ancient City, ia adalah sebuah bandar yang di jaga dan dipelihara dengan baik yang terdapat adat yang berbeza, tinggalan seni bina, seni, bahasa etnik dan lebih daripada Qing serta gaya Ming. Di kekalkan dengan gaya purba yang tak pernah di ubah dengan kemodenan

Antara menarik yang lain adalah Pulau Oren, iaitu sebuah destinasi pelancongan yang cantik. Ia terkenal kerana tempat itu adalah sebuah pulau kecil di Sungai Xiangjiang yang dipenuhi banyak pokok limau China. Sewaktu musim luruh, anda akan dapat lihat oren China berwarna kuning bergayut di ranting pokok. Dari pulau tu juga anda dapat melihat pemandangan di gunung Yuelu amat cantik.Selain itu,Ada Sungai Liuyang mengalir melalui daerah Bandar Changsha. Untuk mengetahui sejarah Bandar Changsha, anda boleh berkunjung ke Muzium, Provinsi Hunan yang terletak di tepi Sungai Liuyang. Banyak artifak yang bernilai seperti alat gangsa yang paling kuno, lukisan sutera dan lain-lain. Kesemuanya digali keluar dari kubur purba di Changsha yang masih dipelihara dengan baik.

Kalau korang nak tahu banyak lagi tempat menarik & gambar di changsha yang memang cantik2 korang boleh baca & tengok kat sini. Lagi satu kalau korang nak tahu apa kaitan changshang dengan filem Avatar korang kena baca ni >> Yang Anda Belum tahu tentang Changsha <<


Dari artikel yang aku baca & kongsikan kat blog memang changsha agak menarik kalau kita nak jadikan destinasi percutian. Mungkin bagi mereka yang suka melawat tempat2 yang cantik dengan alam semulajadi, banyak hasil seni zaman purba, budaya & sejarah. So, sesekali ubah angin duduk di tempat penuh dengan alam semulajadi ni pun ok jugak kan?

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com