SMARTPHONE LENOVO MEMALUKAN SANGAT KE?
SMARTPHONE LENOVO MEMALUKAN SANGAT KE? Aku tak pernah guna smartphone jenama Lenovo ni sebab aku setia dengan Galaxy Y selagi dia masih mampu berkhidmat dengan cemerlang. Setakat ni masih boleh call, sms, anak aku tengok youtube selebihnya fungsi2 lain memang tak di gunakan sangat. Sebab aku nak online memang banyak dari PC & tab. Smartphone tu bagi aku memang fungsi tak banyak so keluar la laters version canggih sampai boleh ketuk2, gores & menang bagai, tetap aku tak rasa teruja sangat. Memang aku tak kejar sangat teknologi smartphone ni.Semalam terbaca satu caption ni.. Katanya "Jangan Malu bergambar pakai lenovo sendiri, Tapi malulah bergambar guna iphone orang." Terfikir jugak aku apa nak malu guna lenovo. Kalau di bandingkan lenovo dengan Galaxy Y aku rasanya yang pakai lenovo boleh kerek la sikit. Galaxy Y ni dah jauh sangat tertinggal. Tak tau la selain aku sapa lagi masih guna. Hahahaha...
Bagi aku takde apa yang memalukan walau guna 3310 pun. Yang memalukan adalah kalau guna enpon curi. Yang tu bukan je patut malu dengan sesama manusia malah patut takut dengan balasan Tuhan. Biar enpon tak up to date tapi ia datang dari hasil duit sendiri bukan curi.
Kalau kemampuan setakat mampu pakai lenovo bersyukur la. Masih ada orang jangankan nak beli smartphone nak makan pun terpaksa kais macam ayam. Tak payah nak berlagak di luar kemampuan. Jangan kau nak pakai enpon mahal canggih yang boleh scan sampai ke dalam baju orang tapi orang makan nasi kau makan hati je. Secanggih mana pun teknologi smartphone ni.. Bila kau mati dah tak ada fungsi dah semua tu. Melainkan enpon mahal.. boleh bawak sampai ke dalam kubur & boleh call & share pengalaman di soal malaikat. Mungkin bagi manafaat jugak la beli.. At least dapat menyebarkan macam mana siksa la dalam kubur hahaha