DOSA SEORANG IBU YANG TAK MAMPU BELIKAN ANAK SMARTPHONE
Bila tengok post dari Era.fm blog tadi rasa macam nak pijak2 je anak dia ni. Sebab tak dapat nak belikan dia smartphone di paksa si mak tu melutut & minta maaf. Macam satu dosa besar pulak dia buat mak dia sebab tak dapat belikan dia iPhone. tengok dari size tu nampak budak lagi la. yang si mak pun sayang anak melampau lampau. Dia tak tau ke cara dia manjakan anak tu salah & mungkin menyebabkan anak dia jadi anak kurang ajar & derhaka. Kalau dah di biasa layan anak macam tu memang sampai ke besar dia bukan setakat pijak kepala, budak macam ni mampu jadi tanggang moden.
Memang la si ibu tu kurang upaya tak bukan alasan dia sayang anak sampai sanggup buat dia macam tu. Sebab budak tu terbiasa membesar dengan didikan dialah raja & ibu hamba maka terjadilah apa yang berlaku sekarang. Jadi susah jugak sebab budak tu masih budak & mak dia dah didik dia macam tu dari kecik.. susah nak cakap salah siapa. Bagi aku salah tetap kedua belah pihak.
Nak besarkan anak ni bukan senang. Kadang2 kita dah rasa apa kita buat tu betul tapi sebenarnya tak betul pun. Contoh macam benda ni >> 9 Perkara Yang kita rasa betul tapi sebenarnya salah bila bercakap denagn anak << Kalau terlebih berlembut dia jadi kurang ajar, terlebih garang pun dia besar jadi hilang rasa sayang & hormat kat kita. Cuma bila dah mak bapak bagi didikan yang boleh buat kita mampu berfikir sebagai manusia yang berakal.. Dah besar pandai2 sendiri la menilai baik & buruk. Sebab kebanyakkan mak bapak memang cuba bagi yang terbaik walau mungkin tak cukup baik untuk anak anak.
Moral of the story.. kalaupun yang belum ada anak, confirm ada mak maka jangan jadikan ibu anda hamba ataupun poket doremon yang boleh penuhi apa saja permintaan anda. Seorang ibu jugak manusia. Kalau kau ada rasa kecewa & sedih macam tu jugak dengan seorang ibu bezanya seorang ibu walau kecewa macam mana pun dengan anak kadang2 tak ada kata peluang terakhir untuk seorang anak. Peluang dari seorang ibu untuk seorang anak sentiasa ada selagi ada nyawa.
Sentap pulak tengok si ibu diperlakukan begitu... hmm doooniaa...
ReplyDeleteItu pembaca sekalian belum dengar cerita sebenar anak ugut nak lahirkan anak luar nikah kalau maknya tak belikan smartphone..huhu
ReplyDeletememang betullan hujung zaman akan berlaku macam ni.
ReplyDeleteeiii minta dijauhkanlah anak-anak kita macam ni.. kalau i memang dah kasi penampar dah hu3... kalau nak pergi cari duit sendiri hu3.. tapi risau pulak dia buat keje gila nanti
ReplyDeleteZaman dimana si ibu melahirkan tuan..
ReplyDeleteYa Allah...tak tau lah nak cakap apa..sedihnya...
ReplyDeleteNauzubillah... Tak berani nak komen lebih.. Masa depan nak kita nanti pun tak tahu camne kan...
ReplyDeletesedihnya tengok ni..hurm..tak tahu nak cakap apalah..
ReplyDelete