Showing posts with label kahak. Show all posts

ADA APA DENGAN SIRAP BATUK HURIX'S

Hari ni aku nak cerita sikit pasal sirap batuk kanak kanak cap hurix's ni. Penting untuk para mak bapak tahu pasal ubat batuk ni... Wah! bunyi serius bebeno ni? ada apa2 tak kena dengan ubat batuk hurix's tu ke?

Sumber gambar google

Alkisahnya minggu lepas dekat seminggu anak den batuk & selsema.. Kira dalam sejarah 3 tahun ni.. paling lama la dia mengidap batuk & selsema. Kalau tak sebelum ni jarang nak kena demam, batuk @ selsema.. kalau kena pun kejab ja.. selsema kadang sehari dua jer.. Batuk memang tak pernah nak lebih dari 3 hati tapi kali ni memang lama. Hingus meleleh sampai dekat seminggu.. batuk pun sama.

Selama ni ubat klinik tak kira swasta @ kerajaan.. Jarang nak abis. Selalunya dah lama sangat aku buang jer.. habisnya tidak. Kadang2 sekali jer minum ubat tu lepas simpan je dalam peti ais. Tapi kali ni dekat nak abis sebotol ubat batuk.. Kira dalam sejarah 3 tahun ni.. kali ni la dia paling banyak kena makan ubat. Ubat selsema.. kahak & batuk. Pun tak menampakkan ciri2 nak baik.

Dah lebih 5 hari.. maka hari sabtu tu aku beli la sirap batuk hurix's ni. Sebab fungsi dia untuk kahak, selsema & demam jugak aku rasa senang sikit bagi satu ubat jer. Malam tu balik rumah aku terus bagi. Alhamdulillah.. esok pagi hingus terus kering.. batuk pun tak dengar sangat dah.. sekali dua camtu ja. So, aku pun tak terus bagi lagi la. Sekali tu je aku bagi dah tunjuk kesan positif, Alhamdulillah

Memang kesembuhan tu dari Allah tapi kita kena usaha jugak cari ubat.. Jadi kalau ada anak2 kecik yang batuk berlarutan @ selsema berpanjangan try la bagi sirap batuk hurix's tu.  Manalah tau serasi. Harga dia dalam RM9++ jer. Aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa baik dengan semua.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com