TAK PERLU TUKAR KALAU HANYA GUNA KAD ATM UNTUK BUAT PENGELUARAN DUIT
TAK PERLU TUKAR KALAU HANYA GUNA KAD ATM UNTUK BUAT PENGELUARAN DUIT. Majoriti rakyat Malaysia selain suka buat kerja last minute depa juga tak suka nak siasat dulu sebelum buat spekulasi sendiri sebab tu la berlaku kesesakkan di cawangan2 bank seluruh negara sekarang. Asal orang cakap kad bank kena tukar jer.. Masing2 panik sampai berkampung kat bank, berbaris panjang sampai keluar dari premis bank tu. Sanggup tunggu seharian kat bank. Salah satu sebab.. tak faham tapi malas bertanya & suka salah faham tanpa usul periksa.Sebagai seorang blogger yang prihatin walau perkara ni dah mula jadi viral kat media sosial so tak salah buat entri khidmat masyarakat sikit nak bagi kesedaran kat orang awam yang mana sedang panik takut tak dapat nak buat pengeluaran duit selepas 31 december kalau tak tukar kad ATM dia sekarang.
Yang perlu tukar sebenarnya yang aktifkan debit card & selalu swap2 je bila buat masa shopping. Setakat macam laki aku dia tak aktifkan debit card malah dia still guna kad kuning maybank tu.. Dia rilex je. Nak tukar buat apa.. Memang tak expired pun lagi kad tu kalau selepas 31 december ni. Kad yang lama sebenarnya boleh di gunakan untuk buat pengeluaran kat mesin ATM cuma yang tak boleh guna selepas 31 december adalah.. sebagai contoh korang nak makan domino's pizza sebab ada offer murah. Lepas tu nak bayar guna debit card je tapi tak tukar sebelum 31 december. Jadi selepas 31 december 2016 memang korang tak boleh buat pembayaran guna debit card tapi korang masih boleh membuat pengeluaran duit kat mesin ATM untuk bayar pembelian korang secara tunai.. Gitu la sebagai contoh untuk buat korang lebih faham. Bank lain macam CIMB & BSN pun tak silap sama je. Yang kena tukar cuma yang guna debit card je. ATM card masih boleh di gunakan selepas 31 december 2016.
So, tak payah dok buat kelam kabut sangat la.. serbu cawangan bank macam kalau tak tukar akan berlaku malapetaka besar. Alah.. kalau tukar selepas 31 december pun bukan kena penjara. Kena bayar duit kad je RM12 dari kau buang masa kat bank tu. Kecuali kad kau memang expired 31 december ni.. Wajib la kena tukar. Sebab ATM card pun ada expired date jugak.
Moral of the story.. Bila dah keluar announcement sila la buat penukaran segera jangan tunggu last minute & tolong jangan buat spekulasi sendiri. Rajin la sikit bertanya.. Sekarang ni kemudahan hujung jari kan banyak.