FARAH FAUZANA BERHENTI BERTUGAS DI HOTFM
FARAH FAUZANA BERHENTI BERTUGAS DI HOTFM. Aku ni dah lama tak dengar radio. Kalau dalam kereta pun jarang dengar radio sebab selalu dengar lala je menyanyi. Tak pun dok layan video boboiboy dia dalam kereta. Jadi kesempatan nak dengar radio tu memang kurang sangat. Kat rumah aku ni radio pun tak ada... Hahaha.. yelah. tak ada sapa nak dengar radio pun. Jadi dah lama la tak dengar apa2 siaran radio. Suara aku pun dah lebih dari dj radio dah. Cukup la tu kan.. Almaklum la bekas dj online radio katanya. Bakat terpendam tu sentiasa ada hahaha.Tadi terbaca kat Hotfm page katanya Farah fauzana dah umumkan secara live kat hotfm pagi tadi tentang pemberhentiannya dari tugas sebagai dj radio hotfm.. Alahai.. mesti ramai peminat fafau tersedu sedan dengar kan? Maybe pagi mereka selepas ini akan suram katanya. Dulu suka jugak aku gabungan meletop fafau & FBI.. Tapi selepas 26hb ni tiada lagi suara fafau akan berkumandang di hotfm. Mesti ramai rindu gila gelak fafau yang mahal tu. Gelak jantan! hahahaha
Mungkin fafau rasa tiba masanya dia mencuba nasib dalam bidang lain atau radio lain pulak kot. Lagipun fafau ni bukan je boleh ber dj.. dia boleh mengacara & berlakon jugak. Cuma menyanyi je kelaut walau dia suka menyanyi & confident je bila menyanyi. Hahaha
Apapun aku suka dengan imej & perangai si fafau. Walau gila2 dia seorang yang sangat positif & jarang sekali kalau berlaku apa2 kontroversi melibatkan diri dia.. macam pasal baju dia pakai untuk majlis anugerah apatah ntah aku dah lupa.. Dia memberi jawapan yang paling bijak iatu bukan baju tak cantik cuma mungkin dia pakai jadi tak cantik. Bagi aku jawapan tu sangat mengambarkan personaliti dia. Tidak menyalahkan sesiapa even pereka baju tersebut. Jawapan tu mana2 pihak dengar pun tak sakit hati, ye dak?
Apapun aku ucapkan semoga farah fauzana terus success dalam apa juga bidang yang dia pilih selepas ni. Yang penting apapun kita buat kalau nak Ong lebih pastikan pratikkan petua ni >> Apa Yang Korang Boleh Buat & Tidak Untuk Lebih 'Ong' (bertuah) di tahun 2016 ni << Semoga 2016 fafau akan lebih bertuah & di temukan jodoh. Aminn...