Showing posts with label fake account. Show all posts

PANAS! USTAZ KAZIM ELIAS MINTA ADMIN FACEBOOK BERHENTI GUNA NAMA BELIAU

PANAS! USTAZ KAZIM ELIAS MINTA ADMIN FACEBOOK BERHENTI GUNA NAMA BELIAU.  Memang banyak sekarang page page kat facebook guna nama Ustaz Kazim Elias. Biasa la bila dah popular nama depa mesti ada ada value. Kita kita yang maybe sebenarnya tak tahu pun tu fake page bukan di kendalikan oleh pemilik nama tersebut kadang2 ter follow atau ter like untuk mengikuti aktiviti mereka di media sosial atau membaca nasihat atau dakwah yang di sampaikan. Aku pun pernah ter follow jugak fake account yang guna nama Ustaz kazim ni..


Sebab mereka menggunakan nama beliau.. Ustaz Kazim atau account rasminya Dato Ustaz Mohd Kazim Elias.. Mengeluarkan satu status meminta admin page facebook berhenti meraih rating & populariti menggunakan nama beliau. Korang jangan nak kecam pulak ustaz kazim buat macam tu.. Bahaya orang buat account guna nama kita.. Buatnya dia post benda2 tak betul, fitnah atau hadis2 palsu ke hapa.. Yang terpalit taik tu si pemilik nama tu. Nak2 lagi orang terkenal macam ustaz Kazim elias ni. Dia penceramah & pendakwa yang dah tahap selebriti sekarang so salah satu cara dia nak jaga reputasi & keselamatan diri dia jugak.

Page Nasihat Ustaz Kazim adalah bukan di kendalikan oleh ustaz kazim

Pada admin page facebook tu berhenti la meraih hasil dari fake account macam tu. Tak malu & tak rasa bersalah ke buat macam tu. Lepas tu hasil dia bagi anak bini & family makan. Jadi darah daging.. Kau takde nama sendiri ke nak guna? Kalau rasa nama kau tak se gah orang lain.. Berusaha la naik cara sendiri bukan asyik nak menumpang nama orang meraih hasil je. Malu la sikit.

Pada semua nitezen kita pun main peranan jugak untuk membenteras fake account yang semakin banyak kat media sosial ni. Kalau kita tahu itu fake account berhenti 'ikut' page tersebut. Kalau boleh boikot.. Nak2 lagi yang guna nama artis, selebriti atau pendakwah terkenal. Orang2 macam ni sebenarnya bahaya.. Depa boleh buat account atas nama sesiapa pun depa rasa nak buat termasuk la nama kita kalau depa ada niat tak baik. Jadi.. Jangan ingat kita tak berisiko ok walau kita bukan orang yang di kenali. Tak guna nama mungkin gambar kita boleh jadi mangsa. Ramai dah kot yang kena macam tu.. Padahal depa bukan retis pun..

Jadi yang mana ter follow atau like Page dengan nama Nasihat Ustaz Kazim berhenti mengikuti page tersebut kalau boleh sila report beramai ramai bagi membenteras aktiviti fake account macam ni.

FAMILIA MYVI CLUB OFFICIAL MEMPERBODOHKAN YANA

Aku baru jer ikuti page Familia Myvi Club Official ni semalam. Memula aku ingat page ni sekadar untuk memberi penjelasan pada semua yang berlaku tapi bila tengok admin dia yang aktif sangat update & kekadang status tu nampak macam memperbodohkan diri sendiri aku mula rasa macam something wrong somewhere jer.


Aku ni jenis bukan terima apa yang datang bulat2.. aku jenis belek2 dulu & fikir logik akal. So logik akal aku rasa macam page ni fake account sekadar provoke jer. sekarang ni asyik petik nama UMNO. sikit2 UMNO.. sikit2 UMNO. Status pun nampak macam memperbodohkan admin FMC si Yana tu. Tapi sampai sekarang tiada penafian di buat dari pihak FMC so susah la nak cakap kesahihan Page Familia Myvi Club Official tu. .


Biasa la.. Bila berlaku benda2 macam ni, mesti ada yang menaguk di air yang keruh. Ambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Bukan kata aku di pihak FMC.. aku myvi pun takde mana layak nak join depa ye dak. Bukan jugak aku menyokong mereka. Tapi dari korang dok layan page provoke macam tu.. Dengan hangpa sekali nampak bodoh termasuk aku ada jugak dua tiga komen aku tinggal kat situ sebab mula2 tak berapa perasan sangat. Bila dok baca status kat situ.. Kalau aku Yana, Rasanya aku tak update benda2 macam tu. Dah la kes tu tengah hot & spicy lagi buat apa nak panas kan orang ramai kat luar sebab benda tu mampu mengancam club mereka sendiri. Ada ke orang suka rasa terancam? Pelik jugak la sebab apa yang berlaku pun bukan depa sesaja buat nak publisiti tapi sebab kebanggangan 6 pemandu myvi dari club mereka tu mengundang kecaman dari orang ramai. Tapi kalau buat jugak memang jenis orang bodoh gila glemer la.

Page2 provoke macam ni kalau kita tak support ia takkan wujud. apa jer depa update kita tak payah emosional sangat la reply nanti depa tau depa berjaya provoke kita dengan status2 yang merangsang kemarahan kita pada FMC. Tak adil jugak menghukum semua sedangkan yang bersalah cuma 6 pemandu. Page2 camtu sekadar nak hasut kita anti FMC & yana selaku admin club tu.

Moral of the story.. Orang bijak mengkaji berbanding orang yang kurang bijak hanya terima apa yang datang. Even kita takde la bijak mana tapi jangan sampai senang di perbodohkan.

P/S : Aku tak confirmkan Familia Myvi Club Official ni adalah Fake Account sekadar untuk provoke cuma dari logik akal aku yang belajar tak tinggi mana ni rasa something wrong somewhere jer page tu.  Tapi kalau memang di update oleh admin FMC yang sebenar si Yana tu memang bodoh la minah tu. Sesia pakai myvi katanya... hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com