Showing posts with label dato. Show all posts

USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK

USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK. Tahniah kepada Dato Paduka Ustaz Kazim Mohd Elias Atas kurniaan Darjah kebesaran dari Sultan Perak Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Murah rezeki Ustaz Kazim.. Dari Ustaz dapat Dato dari Dato dapat dato Paduka. gamaknya kalau aku tulis blog dengan bersungguh2 boleh dapat Dato tak? hahahaha


tak payah berangan la lekatlekit Ooi.. Melekat la kau kat situ di tepian blog katanya. Bukan kata tak boleh berangan.. Berangan pun orang kata salah satu langkah pertama untuk menuju kejayaan. Langkah pertama jer.. Bukan dah berjaya ok. Kalau setakat kau berangan tapi seinci pun tak gerak masih dok terbongkang atas katil layan angan angan.. Mereput la kau kat situ sampai kiamat. Apapun semua kena di sertakan dengan usaha, doa & tawakal. Yang paling penting kurang merungut & merintih.. Lebihkan tindakkan & usaha.


Ustaz Kazim Elias ni... erkk. dato Paduka Ustaz Kazim Elias ni dulu mula2 nak popular kat youtube je. Tapi tu la.. Sebab dia memang sangat berbakat dengan dakwah yang mampu menarik minat ramai orang maka setapak demi setapak dia melangkah ke level sekarang. Walaupun macam2 kontroversi dia hadapi sepanjang karier dia sebagai pendakwah sampai katanya pernah nak berhenti berceramah. tapi tak sure sekarang dia masih berceramah ke tidak. Apapun.. Dia juga salah seorang contoh yang baik. Sebab dia di lahirkan sebagai seorang anak yatim yang menempuhi hidup yang susah. Kalau korang pernah baca entri aku pasal kisah sedih spender ustaz kazim.. korang dapat bayangkan betapa susahnya hidup dia masa tu. Tapi tu la.. bak kata pepatah arab.. Man Jadda Wa Jadda. Siapa berusaha pasti berjaya. Dengan usaha beliau.. dia berhak menikmati apa yang dia dapat sekarang.

Moral of the story..  Aku dok tunggu sapa gamaknya blogger pertama yang mampu meraih gelaran Dato sebab penulisan blog. Tak mustahil pun kan? Orang berenang pun boleh dapat dato.. inikan orang menulis.

GAMBAR! DAH SAH MARIA FARIDA BERGELAR ISTERI MERANGKAP DATIN

GAMBAR! DAH SAH MARIA FARIDA BERGELAR ISTERI MERANGKAP DATIN. tak lama haritu kecoh kat Melodi katanya maria farida ni penyebabkan kemusnahan rumahtangga seorang datin. Tapi maria Menafikan tuduhan tu & datuk merangkap bekas suami datin tu pun menafikan. Katanya dia ceraikan si datin tu sebab perangai buruk dia sendiri bukan pasal Maria Farida yang putih gebu langsing, montok.. terlentok lentok sambil cakap.. Jaga baik baik... hahaha. Tapi perjalanan jodoh tu dah tertulis... Maka yang tertulis jodoh dengan bekas datin tersebut sampai setakat tu kini jodoh baru dato tu dengan datin baru maria farida. Siapa salah siapa bersalah.. Biarlah. Itu bukan masalah kita. hahahaha


Orang cantik ni walau berusia pun tetap nampak cantik. yelah.. dah cantik pandai jaga badan, pandai jaga muka maka kekal la cantik. Kalau di lahirkan cantik pun tak pandai jaga semua tu tetap nampak selekeh. Orang tak cantik pun kalau pandai berhias cantik jugak. Kuasa makeup boleh ubah beast jadi beauty ok! Sebab kecantikkan itu hak milik semua insan.

Alahai.. terbebel pulak. ye ye aku paham korang nak tengok gambar Datin Maria Farida dalam busana majlis akad nikah dia. Ok ok.. Ni aku pinjam je dari beautifulnara tapi beautifulnara pun pinjam jer dari Ig Fasha Sandha. Sharing is caring katanya... hahaha..

Meh la cuci2 mata yang berhabuk tu tengok gambar cun melecun makcun makcun maria farida ni. Nasib baik bukan azhar sulaiman pengantin lelaki kalau tak mesti adegan dalam filem bisikan cinta jadi realiti. Ops... jangan jadi gosip pulak.

Sumber Beautifulnara

Apapun selamat pengantin baru & jaga baik baik.. Jangan over lentok sangat datin yer nanti patah pinggang kesian datuk. hehehehe

AYAHANDA KIPIDAP RANI KULUP DAPAT GELARAN DATUK DARI SULTAN MELAKA

Tak tau la aku tak tahu atau memang benda ni belum di hebahkan kepada orang ramai. Semua orang dah kenal dengan Ayahanda Rani Kulup yang di gelar #kipidap. Orang paling banyak buat laporan polis terhadap isu2 semasa yang berlaku di Malaysia. Sampai Azwan Ali pun angkat spender putih bila dia warning nak buat laporan polis terhadap AA.. Dalam banyak2 orang akhirnya AA gentar jugak dengan Ayahanda Rani kulup. Memang kipidap betul!


Terbaca kat astroawani isunya.. pasal konon sultan melaka (sultan yang tak di iktiraf) menjual gelaran Datuk kepada Ayahanda Rani kulup tapi dia nafikan kurniaan tu atas jasa Ayahanda Rani Kulup yang banyak membuat laporan polis atas keprihatinan beliau kepada perkara2 yang berlaku di Malaysia. Tapi Ayahanda Rani kulup tak pernah guna gelaran tu. Kata Sultan Melaka sebab dia dah ada gelaran Ayahanda tapi aku rasa Ayahanda Rani kulup pun tak confident kot kurniaan sultan melaka tu. hehehee

Sumber Astroawani

Apapun aku baru tau rupanya Sultan Melaka pun boleh kurniakan darjah kebesaran pada rakyat jelata. Tapi kalau kesultanan Melaka dia pun tak di iktiraf apatah lagi darjah kebesaran kurniaan Dari kerajaannya...

Moral of the story.. Tunggu jugak bila Ayahanda Rani Kulup nak buat laporan polis terhadap 'Orang Orang Besar' kat Malaysia ni. hehehehe


KALAU KAU BOS ELOK BACA

Ini adalah entri terperam dimana waktu entri ni di taip saya masih lagi anak dara & takde anak dara berbanding sekarang saya bukan lagi anak dara & mempunyai seorang baby girl. Waktu menulis entri ni saya seorang perempuan yang bekerja tapi sekarang saya seorang surirumah saja. Saya taknak edit.. Just nak share sebab saya rasa menarik entri terperam ni..
Carian Google

Hi Uolls.. selamat malam. Tanpa sedar dah febuari 2010. Yang bagai nak rak berazam awal tahun tu ari dah mula menjejak azam ker?? Orang berazam ko pun ye ye berazam bagai.. Orang capai bintang, ko taik bintang pun tak merasa nak hidu.. so how??

Alahai dik.. bukan pasal azam la kita nak bersiaran sekarang ni.. dongak skit kat atas tengok title tu.. Yezza.. kita nak cerita pasal bos. Malam2 camni amik la posisi bebas. Tak yah nak berbaris bagai baca cerita ceriti ni.

Berpaling tadah ke topik kita ni.. Bos!! Bila dah panggil bos tu.. dah terang tang tang dia la ketua kan?? tak kira la dia bos kat company bukan mak bapak dia punya or company tu memang reta menda dia. Bila dah bos ni mesti ada orang bawahan kan?? Kalau tak.. bukan bos namanya..

Bila dah bergelar bos memang dah tercalit tanggungjawab dia sebagai pemimpin. Bila dah jadi pemimpin maka dengan automatik & magik dia menjadi contoh pada orang bawahan. Bila dah menjadi icon tu pandai2 menunjukkan teladan yang baik. Bila dah tau tanggungjawab dia.. paham2 la apa yang patut & tak patut di buat.

Tapi kalau bos yang menggunakan kesempatan dari kelebihan yang dia ada untuk marah or lepas geram kat orang sesuka hati, camna?? Kadang2 perangai bos memang camtu.. Itulah hakikat. Orang lain yang di marah, orang lain lak kena marah. Sebab dia rasa dia ada kuasa, dia rasa nak lepas geram kat sesapa pun dia boleh la ekk..

No.. no..no.. Bos!! Becareful bos. Atitute camtu akan buat u'r staff hilang rasa hormat & membangkitkan rasa benci. Bak kata pepatah marahkan nyamuk kelambu di bakar. So kalau dah kelambu ko bakar, esok nyamuk lagi senang nak menghirup darah ko tu. Bila takde rasa hormat, takde rasa sayang pada bos maka susahlah untuk bekerjasama. Bila takde kerjasama, semua jadi tunggang langgang.

Kalau dah marahkan nyamuk, amik ridset bunuh la nyamuk tu. Yang ko pi bakar kelambu yang selama ni dok tutup ko dari nyamuk watper.

Jangan meletakkan level bos itu di tempat yang terlalu tinggi hingga staff tak tergapai sebab akan mencipta jurang yang amat jauh. Bila ada jurang.. langkah lak pendek.. masing2 takde connection susah la untuk bekerja bersama. Bukan soh letak stage ko sampai tahap cleaner semata2 taknak ada jurang jauh dengan staff tapi cukup la sekadar ada keserasian antara staff & bos kan.

seterusnya adalah Bos yang tak pandai nak asingkan antara personal & profesional. Hal peribadi memang la tu hak masing2. Sapapun tak leh pertikaikan tapi jangan la sebab personal ko jadi tak profesional kan?? Orang bawahan pun ada hak masing2.. So, sebagai bos adil la dalam setiap penilaian & keputusan. Jangan senget sebelah lak. Yang salah tetap salah tak kira la dia gundik ko ke, bini/laki angkat ko ker, kawan angkat ker.. or apa2 je la. Pertuturan, komunikasi dan bahasa/perkataan yang kita guna biarlah bernada yang elok. Bukan suruh manja2.. (Ni bukan point bos je tau tp untuk semua tak kira la ko Big bos or kuli skalipun). Yang dah masuk alam pekerjaan ni majoriti dah dewasa.. Kecik2 kita di ajar adap & sopan. Tak kurang pun gaji kalau kita bercakap dalam nada sopan sesama kita.

Lastly.. Bila kita di atas tu jangan la kita memandang rendah pada orang lain. Lagi rendah kita pandang orang di bawah sebenarnya level kita dah di bawah tapak kaki orang yang kita pandang rendah tu.Maybe kita pandang dia paras lutut jer.. tapi tanpa sedar kita sebenarnya dia bawah tapak kaki dia. So, how?? Atitute kita yang bajet BOS sangat tu buat kita lebih hina dari orang yang kita hina. (Nasihat dengan menghina tak sama tau nada, maksud,cara penyampaiannya)

entry ni tak point sapa.. mahupun bos aku dulu or sekarang. Just berkongsi pendapat jer...

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com