Sang lekit tunggu jugak la kesinambungan isu PEKIDA nak sama pengarah & penerbit filem KL Gangster yang di dakwa mendedahkan perkara sulit dalam pertubuhan tersebut. Perkara sulit yang di maksudkan adalah kata kunci rahsia. Apa yang rahsia sangat tu? Teruja nak tahu..
Hasil carian google
Rupa- rupanya kata kunci rahsia tu adalah
Ayahanda, AbangLong, Kaklong, Abang Kawasan.. Rahsia ker?(Di Rujuk dari :
Harian Metro) Sang Lekit pun tahu istilah tu. Dari sebelum KL Gangster di tayangkan lagi. Benda - benda tu dah lama terdedah, malah ada blog lagi ahli persatuan pertubuhan tu buat. Kalau benda tu la yang menjadi isu besar.. Alahai, rasanya sengaja nak buat kontroversi je kot. Kalau PEKIDA kaitan filem tu mengambarkan pertubuhan mereka seperti samseng.. Nak komen pun takut. Tapi dari pengalaman sang lekit pernah bekerja di bawah syarikat yang di usahakan oleh sesetengah anak buah dorang ni, sang lekit pun rasa ada yang menggunakan nama PEKIDA untuk melakukan aktiviti macam tu walau bukan semua & bukan perjuangan sebenar pertubuhan tersebut.
Ini Realiti.. Di sebabkan pengaruh kuat, ahli yang ramai.. Mereka ambil kesempatan untuk menggunakan nama PEKIDA memeras ugut & sebagainya. Rasanya PEKIDA harus tangani masalah tu supaya tak memberi pandangan buruk terhadap pertubuhan mereka gara2 segelintir pengikut yang membawa bangkai dalam nama PEKIDA.
Ini cuma pandangan peribadi dari apa yang sang lekit pernah tengok sendiri. Pun begitu Sang Lekit tak menuduh PEKIDA samseng cuma segelintir mereka yang salah menggunakan nama PEKIDA sehingga menyebabkan orang memandang pertubuhan tersebut sebagai satu gejala buruk.