Sang lekit tunggu jugak la kesinambungan isu PEKIDA nak sama pengarah & penerbit filem KL Gangster yang di dakwa mendedahkan perkara sulit dalam pertubuhan tersebut. Perkara sulit yang di maksudkan adalah kata kunci rahsia. Apa yang rahsia sangat tu? Teruja nak tahu..
Hasil carian google
Rupa- rupanya kata kunci rahsia tu adalah
Ayahanda, AbangLong, Kaklong, Abang Kawasan.. Rahsia ker?(Di Rujuk dari :
Harian Metro) Sang Lekit pun tahu istilah tu. Dari sebelum KL Gangster di tayangkan lagi. Benda - benda tu dah lama terdedah, malah ada blog lagi ahli persatuan pertubuhan tu buat. Kalau benda tu la yang menjadi isu besar.. Alahai, rasanya sengaja nak buat kontroversi je kot. Kalau PEKIDA kaitan filem tu mengambarkan pertubuhan mereka seperti samseng.. Nak komen pun takut. Tapi dari pengalaman sang lekit pernah bekerja di bawah syarikat yang di usahakan oleh sesetengah anak buah dorang ni, sang lekit pun rasa ada yang menggunakan nama PEKIDA untuk melakukan aktiviti macam tu walau bukan semua & bukan perjuangan sebenar pertubuhan tersebut.
Ini Realiti.. Di sebabkan pengaruh kuat, ahli yang ramai.. Mereka ambil kesempatan untuk menggunakan nama PEKIDA memeras ugut & sebagainya. Rasanya PEKIDA harus tangani masalah tu supaya tak memberi pandangan buruk terhadap pertubuhan mereka gara2 segelintir pengikut yang membawa bangkai dalam nama PEKIDA.
Ini cuma pandangan peribadi dari apa yang sang lekit pernah tengok sendiri. Pun begitu Sang Lekit tak menuduh PEKIDA samseng cuma segelintir mereka yang salah menggunakan nama PEKIDA sehingga menyebabkan orang memandang pertubuhan tersebut sebagai satu gejala buruk.
owh...macam tu ke...baru tau. Tapi ape pulak maksud setiap perkataan tu?
ReplyDeleteowhh abang long...
ReplyDeleteapa yang saya tahu.. mcm pangkat la jugak..
ReplyDeletexde rhsianya..
ReplyDeleteHAHAHA dalam tu banyak lagi sebenarnya ayat2 dia...sebenarnya dah banyak cerita dah ada guna bahasa2 isyarat tuh..adalah aku perasan 2,3 cerita sebelum ni yang guna 'isyarat' atau 'buah' tangan tu....
ReplyDeleteBaru nak gembar gembur sekarang ni pasal KL gangster? HAHA macam pelik lak...biarkan jela....bukan kerja kita...keh3..
lol bodoh gila. yg ni xyah la sampai bersaman2 hahaha
ReplyDeleterasanya ada pertubuhan silat pun pakai gelaran ayahanda jugak.. :D
ReplyDeletejemput ke blog
Bukan fakta pun
x fhm sgt dgn pjuangan PEKIDA ni..Lekit pasti bongkarkan dgn lbih terperinci lgi..
ReplyDeletekat tempat aku la pekida ni ramai yang jadi penarik keta, samseng la tu...kalo rami...kalo sesorang?
ReplyDeleteini sengal tahap gigabyte!
ReplyDeletemesti ramai ahli pekida terjah wayang tgok kl gangster. haha
ReplyDeletekakcik ade tak??hahahah.. nonsense sungguh lar! ekekkeke
ReplyDeletePEKIDA skrg x mcm dulu... dulu setiap ahli PEKIDA kena hafaz AlQuran.. mmg bagus persatuan ni.. kt kampung2 kalau ada kenduti, PEKIDA byk tolong..
ReplyDeletetp skrg, remaja yg x berapa matang cemarkan PEKIDA... ada masalah, panggil geng setel cara yg salah.. at last, nama PEKIDA buruk... sebut PEKIDA jer, oh! samseng! pukul orang! padahal asas PEKIDA bkn mcm tu...
sbb tu slogan PEKIDA amar makruf, nahi munkar...
emm, ni serba sikit la yg atok iyou cerita... =)
rasanye semua tu dah tak jadi rahsie pon. org tau jugak kalo klgangster takde kan
ReplyDeletepulak dah
ReplyDeleteSatu kegagalan pihak PEKIDA (pengurusan meraka) ialah kegagalan melaksanakan program2 berbentuk tarbiyah dan keislaman dalam diri setiap ahli mereka. Itu sebabnya mereka menjadi liar dan ganaz.
ReplyDelete