Showing posts with label contoh. Show all posts

BUDAK PAKAI BAJU SEKOLAH JADI ICON ROKOK SELUDUP

BUDAK PAKAI BAJU SEKOLAH JADI ICON ROKOK SELUDUP. Ingatkan dah habis isu rokok seludup rupanya masih ada lagi kempen #taknakSeludup ni. Ingatkan lepas rokok seludup kempen hapuskan vape. yelah.. Vape pun membahayakan kesihatan jugak. Yang bahaya kat Malaysia ni rokok yang masuk secara sah & di kenakan cukai oleh kerajaan je. Rokok tu boleh hisap macam makan jajan je katanya. hahahaha


Sebab dok kecoh balik cerita pasal rokok seludup ni.. Aku pun baca la artikel apa pulak depa nak tulis pasal rokok seludup. Tertarik isu rasuah yang di kaitkan dengan rokok seludup ni.. Yup rokok seludup nak masuk salah satunya dengan cara merasuah pihak berkuasa. Tanpa rasuah memang rokok seludup atau apa2 barang seludup mustahil dapat di pasarkan secara berleluasa di Negara ni. Perkara ni aku tak salahkan pengguna kalau masih menyokong produk yang masuk secara seludup ni sebab sebagai pengguna depa pilih yang murah. Nak2 lagi kat malaysia ni semua dah mahal.. Jadi perokok beralih kepada rokok seludup untuk berjimat. Siapa salah.. semua ada bahagian salah masing2. Dari pihak kerajaan sampailah kepada pengguna. Sapa suruh naik harga melampau2. Konon nak mengurangkan jumlah perokok padahal nampak macam nak mengepow duit orang awam je.

Yang tu tak best lagi.. dalam artikel aku baca pasal rokok seludup ni ada satu gambar budak sekolah tengok macam budak sekolah rendah je uniform dia sedap je dok hisap rokok. Gambar dia pulak di jadikan contoh. Anak sapa gamaknya ni, kan? Sewenangnya gambar dia jadi icon rokok seludup. Bila rokok murah ni budak sekolah pun mampu beli. Tu antara keburukkan dia la. Korang nak tengok gambar budak tu boleh tengok kat sini >> [TERBONGKAR] 6 Perkara Yang Korang Tak Tahu Sedang Perlahan-lahan Melumpuhkan Tanah Air Kita << Manalah tau tetiba muka anak sendiri ke?

Moral of the story.. Rokok apapun takde yang baik untuk kesihatan. Membenteras rokok seludup je tak menjadikan rakyat Malaysia rakyat yang sihat. So, renung renungkan. Selamat merokok. hahahaha

RAHSIA CIK MAT GEBU DAPUR TANPA SEMPADAN

Cik mat Gebu atau kat FB dia guna nama Adnan Ibrahim pemilik blog resepi Masakan Dapur Tanpa sempadan.. Majoriti memang bukan blogger pun kenal. Even kengkawan geng cap Ayam aku pun kalau sebut nama blogger popular lain depa tak kenai sebab depa bukan blogger & depa tak ambil kisah sangat pasal blogger ni.. Tapi kalau sebut nama cik mat gebu dapur tanpa sempadan kenai pulak depa. Begitu besar pengaruh Cik Mat Gebu tu sebab dia tulis resepi kan dengan gambar2 masakan yang memusnahkan diet orang katanya, hehehehe... Sapa tengok gambar masakan cik mat gebu menitik air liur atas meja makan punya.. Aku masa baru2 pregnant tak buat pregnancy test lagi.. tak boleh tengok langsung gambar masakan dia.. terus terliur. Sampai aku rasa pelik.. lepas buat prengancy test baru tau perasaan pelik ni sebab aku pregnant rupanya...

Gambar muka cik mat takde jadi kita pinjam header blog dia jer la yer

Tapi ramai yang tak tahu rahsia cik mat gebu.. Rahsia blogger yang tak pernah tayang muka kat laman sosial tapi cukup terkenal se antero alam maya sehingga ramai sanggup bertandang kerumah dia untuk bertemu dia dengan dia. Aku tak pernah jumpa cik mat gebu tapi connect kat laman sosial je la.. Cuma bila dah lama kenal di alam maya ni aku nampak apa keistimewaan cik mat gebu. Kalau kat FB tu kadang2 status dia memang kelakar & menghiburkan.. seronok bergurau senda dengan dia sebab dia peramah. Even dia popular tapi dia tak kisah nak tag kita dalam komen atau status dia even kita ni level2 biasa je kat laman sosial.. atau datang berkomen di wall kita. Dia pernah jugak review blog aku kat dalam entri masakan dia.. terharu jugak la. Ko bayangkan la traffic yang masuk kalau cik mat gebu mention ko kat entri masakan dia.. even hujung perenggan pun. Kat situ kita boleh nampak betapa besar pengaruh cik mat gebu ni.

Cik mat gebu sangat merendah diri bagi aku.. Aku tak nampak populariti buat dia jadi sombong. Itulah rahsia dia di senangi ramai sebab kat laman sosial even semua orang ada haters tapi cik mat gebu haters dia ni tak berapa ketara sangat. Susah sangat nak nampak orang mempertikai, mengejek atau menyindir cik mat gebu ni. Salah satu sebab.. dia tak meletakkan diri dia di satu level yang nampak jurang antara dia dengan orang lain. Sangat humble & low profile. Kita pun tak terasa berkasta bila berkawan dengan dia even kita tahu dia seorang yang popular & di kenali ramai.

Bukan aku jer.. Ramai suka berkawan dengan cik mat gebu even kadang2 ada status dia buat aku rasa merajuk jugak hahahaha.. Yelah, mana ada manusia sentiasa sependapat kan? Merajuk tu bermakna terasa la.. tapi lepas tu isu tu boleh jadi bahan gurau jer.  So, hilang macam tu saja rasa2 yang tak berapa best. Cik Mat Gebu ni pun jenis outspoken jugak kadang2.. Tak kira la sapapun kau, kawan atau lawan.. kalau dia tak setuju tetap dia tak setuju. Salah satu sikap yang aku suka. Jujur dalam memberi pandangan. hehehehe

Cik Mat Gebu kekalkan sifat yang merendah diri & peramah dengan semua orang, Insya Allah sifat tu akan beri kelebihan pada cik mat. Umpama padi, semakin berisi semakin tunduk. Kita semua cuma manusia.. populariti ada pasang surutnya. Selalu populariti ni bersifat sementara, sampai masa dia ada expired date jugak cuma lambat atau cepat je expired date dia tu. jadi mari kita pratikkan cara cik mat gebu bawak diri kat laman sosial ni. Dan itulah rahsia Cik Mat Gebu makin popular & di senangi ramai juga kurang haters.

P/S : dulu aku pernah cakap aku nak jadi blogger macam cik mat gebu even bukan blogger masakan.. blogger yang tak payah tunjuk rupa tapi di kenali ramai penulisannya. Tapi ada yang macam kondem kata.. cik mat gebu lain, dia tak keluar cari orang tapi orang yang akan datang cari dia. Ye betul.. Tapi aku nak guna konsep dia tak perlu tunjuk muka tapi boleh berjaya. Memang bukan senang tapi angan2 adalah langkah pertama menuju kejayaan.


Yang menarik
Inilah pekerjaan seorang ayah yang sangat bahaya tak mustahil boleh terbunuh bila bila masa sahaja. Pekerjaan ni memang berlaku di Malaysia. Jom tengok >> Bapa ni lompat dari bangunan dan kena langgar kereta setiap hari untuk keluarga dia?! <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com