Showing posts with label hotfm. Show all posts

FARAH FAUZANA BERHENTI BERTUGAS DI HOTFM

FARAH FAUZANA BERHENTI BERTUGAS DI HOTFM. Aku ni dah lama tak dengar radio. Kalau dalam kereta pun jarang dengar radio sebab selalu dengar lala je menyanyi. Tak pun dok layan video boboiboy dia dalam kereta. Jadi kesempatan nak dengar radio tu memang kurang sangat. Kat rumah aku ni radio pun tak ada... Hahaha.. yelah. tak ada sapa nak dengar radio pun. Jadi dah lama la tak dengar apa2 siaran radio. Suara aku pun dah lebih dari dj radio dah. Cukup la tu kan.. Almaklum la bekas dj online radio katanya. Bakat terpendam tu sentiasa ada hahaha.


Tadi terbaca kat Hotfm page katanya Farah fauzana dah umumkan secara live kat hotfm pagi tadi tentang pemberhentiannya dari tugas sebagai dj radio hotfm.. Alahai.. mesti ramai peminat fafau tersedu sedan dengar kan? Maybe pagi mereka selepas ini akan suram katanya. Dulu suka jugak aku gabungan meletop fafau & FBI..  Tapi selepas 26hb ni tiada lagi suara fafau akan berkumandang di hotfm. Mesti ramai rindu gila gelak fafau yang mahal tu. Gelak jantan! hahahaha

Mungkin fafau rasa tiba masanya dia mencuba nasib dalam bidang lain atau radio lain pulak kot. Lagipun fafau ni bukan je boleh ber dj.. dia boleh mengacara & berlakon jugak. Cuma menyanyi je kelaut walau dia suka menyanyi & confident je bila menyanyi. Hahaha

Apapun aku suka dengan imej & perangai si fafau. Walau gila2 dia seorang yang sangat positif & jarang sekali kalau berlaku apa2 kontroversi melibatkan diri dia.. macam pasal baju dia pakai untuk majlis anugerah apatah ntah aku dah lupa.. Dia memberi jawapan yang paling bijak iatu bukan baju tak cantik cuma mungkin dia pakai jadi tak cantik. Bagi aku jawapan tu sangat mengambarkan personaliti dia. Tidak menyalahkan sesiapa even pereka baju tersebut. Jawapan tu mana2 pihak dengar pun tak sakit hati, ye dak?

Apapun aku ucapkan semoga farah fauzana terus success dalam apa juga bidang yang dia pilih selepas ni. Yang penting apapun kita buat kalau nak Ong lebih pastikan pratikkan petua ni >> Apa Yang Korang Boleh Buat & Tidak Untuk Lebih 'Ong' (bertuah) di tahun 2016 ni << Semoga 2016 fafau akan lebih bertuah & di temukan jodoh. Aminn...

RASA NAK TUNJUK KEMALUAN LEPAS TENGOK LELAKI KACAK

RASA NAK TUNJUK KEMALUAN LEPAS TENGOK LELAKI KACAK. Aku saja jer biarkan isu yang tengah viral tanpa mengulas kat wall FB macam kebiasaan aku buat sebelum ni atau komen kat mana2 status yang share atau komen pasal isu tu. Malas la.. Almaklum la apa yang keluar dari jari aku ni orang anggap negatif sangat padahal orang yang label aku negatif pun tak sepositif manapun. Kat wall sendiri je dia positif tapi kata2 positif pun banyak berbau sindiran je. Nak tengok warna hati dia sebenar.. cuba tengok kat status mengumpat orang lain. Sama naik je cuma kat wall dia je dia tak tunjuk tanduk. Hipokrit giler bagi aku spesis macam ni. Perwatakkan lembut belum tentu hati tu putih jernih. Ada jugak daki2 yang terselindung di celahan yang kita nampak putih jernih tu.


Jadi aku ambil keputusan untuk baca & biarkan je ia berlalu di news feed FB aku. Sampai masa kalau aku rasa nak mengopek isu tu aku ber warrior la kat blog. Bila dok baca banyak setaz setazah, pakar motivasi,judges awam dok berkomen isu tu. rata2 mengutuk perempuan2 yang mengedik katanya bila hotfm jemput doktor sado yang ensem ke konti untuk di temubual. Katanya ada yang sanggup nak doktor tu bidankan dia bersalin. Kita ni sebolehnya nak doktor perempuan cuma tak berkemampuan je nak buat pilihan.. ada juga sanggup tadah kat doktor laki dengan rela sebab dia ensem jer.

Tu yang terang2 mengaku terpesona dengan kacak & sado doktor tu.. Yang berkias2 sambil share gambar doktor kacak lagi sado tu pun sebenarnya bergetar jugak tulang rusuk walau caption dia laki aku lagi ensem. Kalau benda tu tak bagi kesan tarikkan mustahil la dia share. Aku.. entahlah. Kalau tanya memang la aku kata dia ensem. Tapi tak bagi apa2 makna dalam hidup aku sampai buat aku tergerak hati nak share pasal dia. Rasa bersalah pulak kat laki aku dok share gambar lelaki yang jadi viral sebab dia ensem tanpa sebab.

Memang tengok zaman media sosial sekarang perempuan tak kira apa status macam hilang kemaluan bila tengok lelaki kacak. Tu baru dapat tengok rupa dah bergetar tulang temulang, gamaknya kalau tetiba laki tu lamar terus lupa suami & anak la kot.

Walaupun teruja.. Jagalah harga diri & status kita sebagai seorang isteri. Tolong rasa hormat pada suami. Jatuh air muka suami bila bini dia tergedik2 tengok laki ensem seolah2 muka laki dia buruk sangat. Ye.. kita manusia kadang2 hati kita ni nakal jugak. Tapi tak payah tunjuk sangat. Kawal la tindakkan jangan ikut sangat nafsu tu. 

Moral of the story.. Terpesona tu satu rasa yang biasa bagi manusia normal tapi tetap kena sedar diri & status kita baru kita boleh kawal apa yang kita rasa agar kita tak berperasaan yang tidak sepatutnya.

PANGGILAN HANGIT HUKUMNYA HARAM

Dalam kita dok bergelak bila dengar panggilan hangit kat hotfm tanpa kita sedar kadang2 orang tu termalu dengan prank yang orang lain kenakan pada dia tanpa kerelaan dia untuk tontonan & pendengaran umum. Sebab yang kena tu orang.. yang dengar & rasa lawak tu kita, so kita rasa benda tu small matter. Takde apa yang memalukan & mengaibkan pun.

Tu kita... pada orang yang terkena belum tentu dia pun rasa lawak, betul tak?? Tak semua orang suka di ketawakan. Mungkin lawak bagi kita aib bagi dia ye dak?? Bila terbaca status dari Dr Maza kat Fb page beliau.. baru aku terfikir pasal ni. Macam panggilan hangit cikgu Izzuddin tu. Aku dengar pun gelak berdekah2.. Tapi cikgu Izzuddin pasti rasa malu yang teramat sampai dia tak benarkan lagi clip tu di sebarkan.

Sumber Fb Dr Maza

Rasanya pihak hotfm kena kaji semula la segmen tu. Sebab makin lama rasanya prank dorang tu makin melampau. So tak relevan sangat nak teruskan.. atau cuba cari solution lain untuk buat segmen tu tak melampau sangat memalukan orang. Kita yang dengar maybe rasa enjoy orang yang terkena belum tentu enjoy di kenakan, ye dak?? so, kadang2 kita kena letak diri kita kat tempat orang. Cuba bayangkan korang kat tempat cikgu Izzuddin yang cakap macam tu.. Apa perasaan korang bila kawan2 korang dengar kemudian jadi bahan lawak? Saya nak buka baju... hati seorang pengantin.. Korang rasa lawak ke kalau korang yang kena? Tak sangat la bagi orang yang terkena.. tapi bagi orang dengar, aku akui memang lawak giler sampai banyak kali aku dengar pun aku gelak.

Moral of panggilan hangit story.. Buat lawak berpada pada.. Jangan dari lawak jadi bala. Sebab tak semua lawak berakhir dengan gelak. Penerimaan orang jugak tak sama.. tak nafikan ada yang ok rasa perkara tu small matter sekadar menceriakan keadaan tapi tak semua rasa benda tu benda remeh. Yelah.. nama pun manusia kan?? Renung2 kan.. selamat berfikir. Salam Jumaat.


CIKGU SHIDA KENA TIPU DENGAN HOTFM??

Alahai... apa kes lak ni cikgu shida dengan radio paling hot di malaysia iatu hotfm ni?? Apa yang hotfm tipu cikgu shida ni?? Alkisahnya...

Sang Lekit kan umpama mamaraziah kalau pasal cikgu shida ni terkesian pulak Sang Lekit bila baca luahan hati cikgu shida yang blog beliau tu. Katanya hotfm janji nak bayar dia lepas buat video miming cikgu shida vs wak Ag tu. Alih - alih dah berpeluh ketiak cikgu shida tergedik - gedik, terkinja kinja, terkial kial.. terlompat - lompat nak siapkan video tu, dah siap habuk pun takde. Cikgu shida dalam nada maybe merajuk or tak puas hati pun mengeluarkan statement taknak bekerjasama lagi dengan hotfm lepas ni. Lekit tak tipu.. Ni buktinya. Ini bukan fitnah nak jatuhkan hotfm tapi kenyataan dari cikgu shida sendiri melalui laman blog dia.


Apapun cikgu shida Ooi.. lumrah hidup dalam dunia seni ni. Alah takat cikgu shida tu apa la sangat.. artis yang hot & spicy top lagi meletop pun kena tipu inikan cikgu shida baru dok kena tempias2 artis. Lagipun perjanjian air liur ni boleh pakai ker?? Takpe la cikgu shida anggap jer bukan rezeki yer... Lagi cikgu shida pun dah kata cukup makan pakai dengan duit gaji seorang cikgu tiap2 bulan. At Least takde la apa2 ter miss.


P/s : Sejauh mana kebenaran pada statement cikgu shida ni sang lekit tak pasti yer.. Cuma rujukan di ambil dari laman blog beliau sendiri


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com